Anda di halaman 1dari 7

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4

HORMAT

Langkah-langkah : 1. Guru menerangkan tentang nilai yang akan dipelajari iaitu hormati (jiran). Definisi berjiran:Orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita iaitu di kanan, di kiri, di depan, di belakang, di tingkat atas, & di tingkat bawah yang meliputi 40 buah rumah dari setiap penjuru. Definisi hormat : menghargai dan memuliakan seseorang dengan memberi layanan yang bersopan serta menhormati peraturan institusi sosial SIMULASI 2. Guru mengarahkan murid membaca petikan dalam buku teks. 3. Guru pergi ke kelas sebelah dan menyuruh murid tersebut buat bising sekejap(terkawal dgn kerjasama guru lain). 4. Guru bersoal jawab dengan murid tentang perasaan murid apabila terdengar suara kelas sebelah (jiran) yang bising semasa membaca teks. CONTOH SOALAN

1. Apakah tindakan murid jika situasi di atas berlaku apabila mereka sedang mengulangkaji? 2. Apakah sepatutnya tindakan anda sekiranya ada jiran yang ada anak kecil dan anda berkaraoke di rumah dengan bunyi radio yang kuat?

5. Guru membimbing murid cara untuk menghormati jiran 6. Guru memberi penerangan / arahan berkaitan aktiviti ( simulasi ) mengikut kumpulan. Contoh Kad Simulasi; A. Satu kumpulan murid akan berlakon sebagai jiran yang sedang mengangkat barang-barang dari dalam kereta ke dalam rumah. B. Satu kumpulan murid yang lain akan berlakon sebagai jiran yang terdengar dan terlihat jirannya sedang mengangkat barang.

Penutup :

Anda mungkin juga menyukai