Anda di halaman 1dari 3

HADIS 8: PEMUDA YANG MENGAGUMKAN TUHAN

‫للشاب ل صبوة له (رواه‬


ّ ‫إن ربّك ليعجب‬
)‫الروياني عن عقبة‬
“Sesungguhnya Tuhanmu kagum kepada seorang pemuda yang tidak
memiliki sifat shabwah )kejahilan dan keanak-anakan(.”

Penilaian
Disahihkan al Albani dalam Silsilah al Ahadis as Sahihah

Sekilas
Masa muda merupakan masa terpenting bagi Muslim kerana paling
produktif.
HR Tirmizi: Tidak berganjak kedua-dua kaki anak Adam dari sisi
Tuhannya pada hari Kiamat sehingga ditanya mengenai empat perkara.
Umurnya untuk apa dihabiskan dan masa mudanya untuk apa dia
habiskan ...
Ironinya, masa ini dicemari shabwah, sehingga tidak mampu
mengoptimumkannya.
Kesannya, gagal dan merana pada masa tua, celaka dan binasa pada hari
akhirat.

Nilai Ruhiyah
1. Pengertian Shabwah
• Rindu kepada zaman kanak-kanak atau sifat keanak-anakan.
Lambat menyedari sudah dewasa dan mempunyai tanggungjawab
Lebih suka serahkan tanggungjawab kpd orang lain, rasa xbersalah apabila
merugikan orang lain
• Cenderung kepada hal sia-sia atau permainan
• Cenderung melakukan kebodohan
Terdorong dgn gelojak emosi kerana darah mudanya. Melakukan kerosakan,
menyebabkan kerugian.
• Petualangan yang liar
Lakukan sesuatu yang baru utk buktikan kejantanan dan keberaniannya.
Kesannya, rugi fizikal, material dan mental. Rugi diri sendiri dan orang lain.

2. Cara Melawan Sifat Shabwah


• Jangan menyendiri
Mencari seseorang utk menyelesaikan masalah remajanya, berbincang dan
memohon doanya.
HR Ahmad: “Izinkan aku berzina.” “Celaka engkau”. “Suka apabila jadi pada
ibumu?” “Aku xsuka”. “Begitu juga orang lain.” “Kakak dan adik perempuanmu?”
“Emak saudara ayahmu?” “Emak saudara ibumu?” “Ya Allah, ampunilah dosanya,
sucikanlah hatinya, lindungilah farjinya”. Selepas itu dia tidak lagi memandang
perkara-perkara haram.
• Libatkan mereka dengan orang dewasa
Mempercepat kedewasaan dan rasa tanggungjawab, meninggalkan sifat keanak-
anakan.
HR Thabrani: Umar membawa Ibn Abbas menghadiri majlis tokoh Muhajirin dan
Ansar. Abdur Rahman b Auf mempersoalkan. Suatu hari, Umar bertanya tentang
surah an Nashr. Sebahagian mereka menjawab, Ibn Abbas turut menjawab. Umar
bersetuju dengan jawapan Ibn Abbas.
• Kunjungi orang yang soleh dan ahli ibadah.
Minta nasihat, contohi kebaikan dan kesolehan, bermalam di rumah mereka untuk
menyerap ketaatan mereka.
HR Ibn Khuzaimah: Ibn Abbas bermalam di rumah Maimunah Ummul Mukminin,
ibu saudaranya. Dia melihat Rasulullah tidur hingga pertengahan malam, bangun,
duduk, mengusap wajahnya lalu membaca 10 ayat terakhir Ali Imran, mengambil
air, berwudhu lalu solat. “Aku turut berdiri di kiri Rasulullah, baginda letak tangan
kanannya pada kepalaku, pegang telinga kananku lalu memusingkannya ke
sebelah kanan, kemudia solat dua rakaat, disambung lagi dengan dua rakaat
yang ringan. Selepas itu, baginda keluar ke masjid menunaikan solat Subuh.
• Pilih kawan yang baik
Bantu proses menjadi soleh, cerdas dan bertanggungjawab.
HR Abu Daud: Seseorg akan ikuti kawan karibnya. Oleh itu, perhatikanlah orang
yang akan dijadikan kawan rapatnya.
• Berlatih bekerja dan berusaha
Kerja rumah, hubungan kejiranan, cari rezeki halal.
HR al Hakim: Ibn Abbas sediakan air wudhu utk Rasulullah. “Ya Allah,
fahamkanlah dia terhadap agamanya dan ajarkan tafsir kepadanya.”
HR Thabrani: Rasulullah melihat Abdullah b Jaafar jual beli. “Ya Allah berkatilah
urusan jual belinya”.
• Tanam muraqabatullah
Menjadikannya berhati-hati dan berusaha utk meraih pahala dan reda Allah.
Standard lulus: Kisah syaikh suruh sembelih seekor ayam.
HR Tirmizi: Hai Ghulam ... Jagalah Allah, maka Dia akan menjagamu ...
• Bermain permainan sesuai dan bersifat mendidik
Sesuai dengan fitrah dan jantinanya.
HR Ahmad: Ajarlah anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda.
HR Thabrani: Jabir berjumpa Rasulullah ketika baginda berjalan dengan kedua-
dua kaki dan tangannya sedangkan Hasan dan Husain berada di punggungnya.
“Sebaik-baik tunggangan ialah tunggangan kamu, sebaik-baik penunggang ialah
kamu berdua”.

3. Kesan Melawan Shabwah kepada Pemuda


• Kebijaksanaan dan ketenangan hati
HR Ahmad: Kisah pemuda ingin berzina. Bijaksanan dan miliki kemuliaan diri.
• Kebahagiaan dan keselamatan pada zaman tua
Berjaya atasi gejolak syahwatnya, sukses dunia akhirat. Kata-kata seorang tua
yang masih cergas, “Dahulu ketika muda, aku sentiasa jaga badanku dari perkara
diharamkan Allah. Sekarang, Allah jaga badanku dari kelumpuhan dan
ketidakberdayaan.”
• Menjadi orang dikagumi Allah
Hadis Sahih
• Mendapat naungan Allah pada hari Kiamat
HR Muslim: Tujuh golongan pada hari kiamat, tiada naungan selain naungan
Allah. Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah. Seseorang yang
terpaut dengan masjid. Seseorang yang menjalin persahabatan atas cinta kerana
Allah. Seseorang yang mengingati Allah sendirian, lalu berurai air matanya.
Seorang lelaki diajak berzina oleh perempuan berkedudukan dan cantik, namun
dia menolak lalu berkata, “Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Penguasa
semesta Alam”.
Syarah Lengkap Arba’in Ruhiyah, Fakhruddin Nursyam, Bina Insani
Press Solo, Juli 2007

Anda mungkin juga menyukai