Anda di halaman 1dari 3

KECELARUAN EMOSI DAN TINGKAH LAKU Ujian 3 (20 markah) NAMA: MUHAMMAD FAIZ BIN RAHMAD NO.

MATRIK: M 20131000024

1. Kecelaruan seksual adalah suatu yang merosakkan, yang menghasilkan kebimbangan dan rasa bersalah, kompulsif, atau yang menyebabkan rasa tidak selesa kepada diri sendiri. Kecelaruan ini dapat dibahagkan kepada dua iaitu (i) ketidakfungsian seksual dan(ii) parafilia.

2. Kecelaruan fetishisme adalah sejenis kecelaruan seksual di mana dorongan, fantasi dan tingkah laku seksual adalah melibatkan objek seperti pelbagai pakaian dalam lelaki atau wanita. 3. Voyeurisme adalah kecelaruan seksual yang didorong oleh fantasi dan tingkah laku seksual melibatkan pengintaian (melihat) manusia berbogel, menanggalkan pakaian, atau melakukan aktiviti seksual. 4. Masokisme kecelaruan seksual yang memperolehi kenikmatan seksual apabila dia dicedera dan dihina oleh pasangan. 5. Billy seorang remaja yang yang mempunyai keinginan makan yang melampau dan dia tidak berusaha untuk mengawal dirinya daripada makan banyak. Ini menyebabkan berat badannya telah meningkat sehingga peringkat obesiti. Billy dikatakan mengalami kecelaruan makan episod binge. 6. Karen mahu dilihat cantik dengan bentuk tubuh kurus dan langsing. Dia takut untuk makan dan apabila makan dia akan memuntahkan makanan kerana takut dan bimbang berat badan meningkat yang menjadikannya gemuk. Karen dikatakan mengalami kecelaruan annorexia nervosa. 7. Parasomnias adalah kecelaruan tidur yang berkaitan gannguan yang berlaku sama ada semasa tidur atau di ambang tidur dan menyebabkan terjaga.

8. Kecelaruan tidur jenis sleep night terrors yang menyentuh masalah tidur yang berkaitan dengan gangguan mimpi semasa tidur, tidur berjalan dan ketakutan sehinggakan dia sering terjaga, menjerit, menangis dan sebagainya. 9. Simptom mereka yang mengalami insomnia ialah mereka mengalami masalah tidak cukup tidur dan tidak dapat tidur dengan nyenyak di malam hari menyebabkan mereka kelihatan kurang aktif dan tidak bertenaga di siang hari. Seringkali mereka yang mengalami kecelaruan ini terbangun dari tidur lebih cepat dan sukar kembali tidur. 10. Anorexia nervosa adalah kecelaruan makan yang berkaitan dengan mereka yang enggan dan tidak makan sehingga membawa kepada penurunan berat badan. 11. Pedofilia adalah sejeniskecelaruan seksual yang melibatkan kanak-kanak. Anda dikehendaki membuat analisis berdasarkan pelbagai pendekatan untuk memperihalkan punca berlakunya kecelaruan ini. Pendekatan yang berbeza wujud untuk menjelaskan punca pedofilia. Beberapa penyelidik menyifatkan pedofilia disebabkan faktor biologi. Mereka berpendapat bahawa testosteron, salah satu daripada hormon seks lelaki, mempengaruhi lelaki untuk melakukan kecelaruan seksual ini. Menurut pendekatan genetik pula, setakat tahun 2002, tidak ada penyelidik telah menemui gen yang khusus untuk pedofilia. Pendekatan seterusnya untuk menjelaskan pedofilia adalah faktor psikososial.Ada pendapat mengatakan pelaku pedofilia pernah didera secara seksual semasa kanakkanak. Selain itu, ia juga berpunca daripada interaksi pelaku itu dengan ibu bapa mereka semasa awal perkembangan hidup mereka. Sesetengah penyelidik menyifatkan pedofilia berpunca daripada emosi tidak stabil,maknanya pelaku pedofilia ini tertarik kepada kanak-kanak kerana tidak mempunyai kematangan dari segi psikologi. Pelaku pedofilia juga dianggap cenderung untuk menjadi dominan terhadap pasangan seksual berikutan kanak-kanak adalah lebih kecil dan biasanya lebih lemah berbanding orang dewasa. Mereka ini dianggap sebagai pasangan yang mudah dimanipulasi. Ini adalah punca yang menjelaskan mengapa kebanyakan pelaku pedofilia ini adalah lelaki.

12. Kajian lepas menunjukkan ramai remaja perempuan mengalami anorexia nervosa. Bincangkan pelbagai rawatan yang sesuai dengan peringkat umur mereka.

i.

Rawatan bagi penghidap Anorexia bagi kes yang serius ialah dimasukkan ke wad bagi rawatan yang berkesan. Ini bagi membetulkan ketidak seimbangan cecair dan bahan galian dalam badan, serta mengembalikan status pemakanan kepada tahap yang normal dan sihat.

ii.

Rawatan dan pemulihan Anorexia kepada pesakit dengan menerangkan mengenai pemakanan secara sihat dan seimbang diiringi dengan latihan senaman yang betul dapat membantu pemulihan jangka panjang.

iii.

Ubat antikemurungan (antidepressant)biasanya diberikan kepada pesakit anoreksia nervosa yang mengalami tekanan. Antidepressant seperti Prozac dan Zoloft digunakan dalam rawatan kecelaruan makan bagi merangsang pengambilan makanan. Dalam suatu kajian yang dijalankan, 10 daripada 11 pesakit anoreksia berjaya meningkatkan berat badan secara signifikan selepas rawatan 14 minggu melalui pengambilan antidepressant. Berat badan berkekalan dalam tempoh 64 minggu berikutnya.

iv. v.

Terapi keluarga digunakan untuk memahami masalah si pesakit serta memberikan sokongan moral sepanjang sesi agar meningkatkan keberkesanan rawatan. Terapi tingkah laku kognitif sesuai digunakan untuk membantu pesakit mengatasi cabaran dirinya terhadap kesempurnaan dan permintaan bentuk badan yang keterlaluan. Pendekatan ini dapat memperbaiki dan mengukuhkan cara pemakanan yang sesuai dan sistematik.

Anda mungkin juga menyukai