Anda di halaman 1dari 1

Rangka Cadangan Menyiapkan Tugasan HBML2203 Kehendak soalan a. Konsep penggunaan TMK dalam pdp Bahasa Melayu b.

Kekuatan dan kelemahan penggunaan mod tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi c. Aplikasi salah satu mod dalam RPH Tahun Lima untuk 60 minit pengajaran Bahasa Melayu Rangka jawapan 1.0 Pendahuluan - Menjelaskan perkembangan terkini penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan definisi teknologi maklumat dan komunikasi berdasarkan sekurang-kurangnya tiga atau lebih sumber rujukan berwibawa - Contoh : Dunia pendidikan telah mengalami perubahan yang pesat yang dibawa oleh kesan globalisasi, pengdemokrasian pendidikan, ledakan teknologi maklumat, ekonomi yang berasaskan pengetahuan, persaingan hebat dan usaha ke arah pembentukan sistem pendidikan yang bertaraf dunia. Perubahan yang berlaku secara global ialah penambahan minat dan usaha untuk para pendidikan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pendidikan. Kadar perubahan ini dipercepatkan lagi dengan pengaruh faktor-faktor seperti kos teknologi yang lebih murah bagi perkakasan dan perisian, perisian multimedia yang lebih mudah digunakan (user-friendly) serta perkembangan dalam teori dan model pendidikan yang berubah dari pemusatan guru ke pemusatan pelajar.Di peringkat sekolah, peningkatan dari segi bilangan pelajar, tuntutan 'stakeholder' kepada pengajaran dan pendidikan yang berkualiti, serta kekurangan bahan resos pengajaran dan tenaga pengajar telah mendesak para pendidikan melihat semula peranan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. - Definisi TMK : rujuk - http://www.scribd.com/doc/3825793/Teknologi-Maklumat-DalamPendidikan 2.0 Konsep TMK - Huraian konsep TMK dalam pengajaran dan pembelajaran BM dengan sokongan tiga sumber rujukan berwibawa - Contoh : http://www.ipgmtawau.edu.my/kdpm_online/nota/komponen%20TMK.pdf Dan http://compapplicationinlangandlit.wikispaces.com/file/view/Penggunaan%2520Komputer %2520dlm%2520pengajaran%2520bahasa.pdf Kekuatan dan kelemahan tiga mod pembelajaran - Huraian maksud empat mod, empat kekuatan dan kelemahan berdasarkan sumber rujukan berwibawa - Rujuk : http://www.ipgmtawau.edu.my/kdpm_online/nota/komponen%20TMK.pdf - Dan juga : http://eprints.utm.my/5968/1/08-yahya.pdf RPH Tahun 5 - Rujuk modul Oum m/s :145 Rumusan - Rumusan keseluruhan: Contoh: Kesimpulannya, BM sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi pandangan umum terhadap kepentingannya dalam pengajaran (A. Aziz Deraman, 2007). Walaupun demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan. Penggunaan komputer dalam pengajaran BM berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai BM dengan lebih baik. Oleh itu, aspek latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan penggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan semasa perlu diberikan perhatian.

3.0

4.0

5.0

Anda mungkin juga menyukai