Anda di halaman 1dari 3

Penyambungan struktur bangunan tambahan

Oleh admin pada Oct 3rd, 2013 // Tiada Komen

Jika kita buang tanah dan dinding rumah maka kita akan dapat melihat kerangka struktur yang kelihatan seperti grafik di atas, tapak gajah (footing), tiang (column) dan kerangka (beam). Kita tidak dapat melihat footing dan ground beam kerana ia dibina di bawah paras lantai/tanah. Tetapi itu tidak bermakna kedua-dua elemen itu tidak penting bahkan ia merupakan asas yang menjadi tunjang kekuatan rumah secara keseluruhannya. Antara kerja ubahsuai yang paling popular adalah penyambungan atau pembesaran bangunan. Terminologi yang biasa digunakan, extension. Dalam kerja-kerja penyambungan bangunan, penyambungan kerangka struktur (beam) bangunan baru dengan kerangka struktur bangunan sedia ada merupakan aspek yang sangat penting untuk dilakukan dengan betul. Begitu juga dengan saiz tapak gajah (footing) yang dibina untuk menyangga tiang-tiang utama. Jika bangunan asal dibina di atas tapak bercerucuk, maka adalah bijak untuk memastikan bangunan tambahan itu diberi layanan yang serupa. Objektif yang perlu dicapai bagi kedua-dua elemen ini penyambungan beam dan footing adalah supaya bangunan tambahan itu ditambat dengan baik kepada bangunan sedia ada dan memiliki kemampuan tanggungbeban yang seimbang. Jika kemampuan tanggungbeban bangunan tambahan itu kurang dari kemampuan tanggungbeban bangunan sedia ada, apabila berlaku pemendapan tanah maka bangunan tambahan itu akan turut mendap walaupun bangunan asal mungkin dapat bertahan.

Andai berlaku, kita akan dapat melihat keretakan yang melibatkan struktur khususnya di bahagian penyambungan berkenaan. Jika penyambungan di antara beam baru dengan beam lama tidak dilakukan dengan sempurna maka keadaan boleh menjadi teruk pada kadar yang lebih cepat.

Footing bangunan tambahan biasanya tidak dapat dibina dengan saiz dan kedudukan yang sempurna khususnya jika ia melibatkan rumah berangkai kerana terdapat kekangan ruang akibat batas sempadan, kedudukan mainhole, paip sistem kumbahan dan sebagainya. Untuk compensate kekurangan footing, lantai mungkin perlu diperkuatkan dengan tetulang yang kukuh dan disepadukan dengan ground beam. Pastikan juga besi tetulang setiap kerangka (beam) bangunan tambahan ditambat dengan kemas kepada besi tetulang beam bangunan asal. Beam MESTI disambung kepada beam. Bagaimanapun penyambungan tidak semestinya berlaku di pepenjuru bertiang seperti yang ditunjukkan melalui A, B, C dan D. Ia boleh

disambung di mana-mana bahagian beam kerana kadangkala lebar ruang bangunan tambahan kita itu tidak semestinya sama dengan ukuran lebar antara tiang bangunan asal. Walaupun footing dan teknik penyambungan beam ini amat penting, biasanya ia tidak begitu diambil berat oleh tuan rumah kerana mereka tidak nampak. Tuan rumah biasanya lebih mementingkan kemasan akhir jubin yang cantik, cat yang menarik dan seumpamanya. Ya, itu memang penting tetapi untuk memastikan bahawa bangunan tambahan anda dibina dengan kemampuan tanggungbeban yang sepatutnya dan ditambat dengan kemas kepada bangunan asalnya juga amat penting kerana risiko, serta kerja pembaikan jika ia perlu dilakukan mungkin melibatkan ketidakselesaan dan kos yang tinggi. Oleh itu adalah wajar untuk memastikan kedua-dua elemen itu dibina mengikut spesifikasi yang sepatutnya dari awal lagi.

Anda mungkin juga menyukai