Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Keseluruhan Olahraga

Pada tahun pengajian ini ,pihak institut pendidikan guru telah menawarkan mata pelajaran ISO2102 Kokurikulum Olahraga yang merangkumi olahraga kepada semua guru pelatih DPLI ambilan khas disember 2012.

Kekuatan

Di dalam ujian amali olahraga tersebut, penulis sebagai seorang guru melatih dapat melihat bahawa kekuatan yang ada pada ujian amali tersebut antaranya, mempunyau peralatan yang cukup. Hal ini memudahkan untuk jurulatih dan guru pelatih untuk mengaplikasikan teori-teori olahraga sekaligus memudahkan untuk jurulatih menilai amali olahraga guru-guru pelatih. Seterusnya, jurulatih yang berpengalaman. Selaku guru pelatih, penulis merasa bertuah kerana jurulatih yang dilantik oleh pihak Institut adalah daripada jurulatih yang berpengalaman. Ini akan memberikan kesan yang positif kepada guru pelatih kerana dapat mengaplikasikan amali olahraga yang telah diajar kepada para guru pelatih. Akhir sekali, kerjasama guru pelatih. Pada penilaian penulis, kerjasama yang diberikan oleh para guru pelatih amatlah baik kerana tidak ada guru pelatih yang tidak hadir ataupun datang terlalu lewat untuk ujian amali olahraga tersebut.

Kelemahan

Namun begitu, ujian amali ini masih terdapat beberapa kelemahan kecil. Antaranya ialah acara olahraga yang disediakan hanya 3 sahaja yang dapat diaplikasikan dengan betul dan dinilai. Ini menyebabkan teori-teori acara olahraga terhad kepada 3 jenis acara olahraga itu sahaja. Namun begitu, penulis sebagai guru pelatih masih berpuas hati dengan jenis acara olahraga yang disediakan Kedua, kurangnya persediaan awal melaksanakan ujian amali tersebut. Hal ini kerana, pelaksanaan ujian amali tersebut dilaksanakan bukan seperti asal yang dijadualkan dan kelihatan seperti tergesa-gesa. Namun begitu, ulangkaji amali olahraga oleh jurulatih sebelum penialaian dibuat menyebabkan para guru pelatih merasa lebih bersedia.

Peluang

Antara peluang yang dapat diambil hasil daripada ujian amali ini ialah, dapat menambahkan ilmu pengetahuan para guru pelatih tentang acara-acara olahraga. Hasilnya nanti, guru pelatih akan dapat mengaplikasi dan mengajarkannya dengan cara yang betul . Selain itu, penilaian yang dibuat memberikan guru pelatih mengaplikasi cara-cara menggunakan alatan sukan berkaitan olahraga dengan cara dan prosedur yang betul. Yang paling penting ialah, para guru pelatih amat bertuah kerana berpeluang berjumpa dan diajar oleh para jurulatih yang bertauliah lagi berpengalaman dalam bidang acara olahraga.

Target

Setelah pembelajaran dan penilain acara olahraga ini, penulis meletakkan beberapa target iaitu pertama, pada masa akan datang penulis akan melibatkan diri secara aktif terhadap acara yang dipertandingkan sama ada anjuran daripada pihak IPG atau pihak luar. Kedua, penulis juga tidak akan melepaskan peluang untuk cuba terlibat dalam pengurusan acara sukan. Ketiga, apabila penulis kembali semula ke sekolah yang ditugaskan penulis akan berkongsi kemahiran yang telah diajar kepada para murid sekolah. Keempat, penulis akan berusaha menjadi seorang guru j-QAF yang berkebolehan dalam pelbagai bidang seperti sukan dan sebagainya supaya orang sekeliling melihat guru j-QAF tidak hanya tahu dalam bidang pendidikan Islam sahaja tetapi berkebolehan dalam pelbagai kemahiran.

Anda mungkin juga menyukai