Anda di halaman 1dari 8

Terdapat dua hipotesis yang diutarakan oleh ahli

arkeologi dan ahli linguistik :


Kawasan Asia Tenggara Kawsan Nusantara

Kawasan Asia Tenggara Orang melayu berasal dari bahagian Selatan China. Contohnya : Indo China, Pantai Timur Cina Selatan iaitu Champa dan Kampuchea/Burma

Penghijrahan dari Utara (bahagian Selatan China) iaitu

Nusantara dilakukan secara berkelompok. Melayu-Proto merupakan kelompok melayu pertama yang sampai ke kawasan Nusantara sekitar tahun 2000 SM. Pada peringkat awal hipotesis perpindahan kelompok melayu telah dikemukakan oleh P.Sarasin dan F.Sarasin pada tahun 1892 dan diperkukuhkan oleh Geldern(ahli prasejarah) pada tahun 1932. Melalui kajian Geldern terhadap beliung bersegi panjang yang ditemui di Sungai Hwang Ho,Sungai Yangtze,Sungai Mekong,Sungai Salween,Sungai Irrawadi,dan Sungai Brahmaputra.

Oleh itu, beliau telah membuat kesimpulan bahawa

bentuk dan jenis beliung yang sama telah dijumpai di beberapa buah kawasan di Nusantara. Beliung tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu. Pada tahun 1500 SM, kelompok melayu kedua telah datang ke Nusantara dan mereka dikenali sebagai Melayu-Deutro (menyebabkan kelompok MelayuProto berpindah ke kawasan pedalaman).zaman mereka dikenali sebagai zaman logam.

Antara yang masih wujud di Malaysia orang asli

negrito, senoi, jakun, dan temuan. Melayu-Deutro telah menurunkan orang melayu moden. Mereka dikatakan mempunyai peradaban yang lebih tinggi, pandai dan berkemahiran dalam bidang pelayaran di bandingkan dengan melayuproto. Berlayar ke pulau-pulau di seluruh kepulauan Melayu dan akhirnya berkembang menjadi Bangsa Melayu dan Indonesia

Hipotesis pertama ini agak meragukan dari segi tarikh

berlakunya penghijrahan. Tarikh:Penghijrahan kumpulan Melayu-Deutro dikatakan berlaku pada 1500 SM sedangkan kajian arkeologi mendapati manusia moden telah wujud di kepulauan melayu sejak 35000 tahun yang lalu. Jika benar kelompok melayu berasal dari selatan China, sudah pasti kelompok induknya mempunyai persamaan dari segi pertuturan dan kebudayaan. Para sarjana yang tidak bersetuju telah mengemukakan hipotesis kawasan Nusantara.

Antara yang berikut, yang manakah penyataan yang

betul berhubung dengankelompok Melayu Deutro? i.Mereka pandai dalam bidang astronomi dan pelayaran ii.Mereka hidup dalam zaman Batu Baharu iii.Mereka mengamalkan cara hidup yang berpindah-randah iv.Merekalah yang menurunkan bangsa Melayu dan bangsa Indonesia a.i dan iii b.i dan iv c.ii dan iii d.ii dan iv

Siapakah kelompok Melayu pertama yang sampai ke

Nusantara? Pada tahun berapakah hipotesis peringkat awal dibuat? Berikan nama kelompok Melayu kedua yang datang ke Nusantara. Apakah kesimpulan yang dibuat oleh pengkaji prasejarah tentang beliung yang dijumpai?

Anda mungkin juga menyukai