Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA SENAM ROBIK SERENTAK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA SK JALAN HAMILTON

KELOLAAN Pelajar Guru IPG Kampus Pulau Pinang

DENGAN KERJASAMA Unit Kokurikulum SK Jalan Hamilton

Tarikh

10 JULAI 2012 (Selasa)


Masa

7.30 Pagi 9.00 Pagi


Tempat

Dataran Perhimpunan SK Jalan Hamilton

1.0

TAJUK: Senam Robik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia SK Jalan Hamilton Kelolaan Pelajar Guru Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang dengan kerjasama Unit Kokurikulum SK Jalan Hamilton.

2.0

LATAR BELAKANG: Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia merupakan

kesinambungan kepada pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Malah, Senam Robik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia ini dilaksanakan sempena Bulan Kecergasan Pendidikan Peringkat Kebangsaan Tahun 2012. Senamrobik serentak ini dijangka akan mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai Largest Simultaneous Participation of School Students In An Aerobic Session. Secara keseluruhan senamrobik akan disertai oleh sekurang-kurangnya 4.5 juta murid, guru dan warga Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga digalakkan untuk bersama-sama menjayakan aktiviti

senamrobik ini. Senam Robik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia ini akan dilancarkan secara serentak di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

3.0

RASIONAL: Aktiviti senamrobik ini bertujuan untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat, dan membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk melakukan senaman kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan diri dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.

4.0

OBJEKTIF: Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia dijadikan amalan di sekolahsekolah bagi mencapai objektif berikut:

4.1

meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk aktiviti bersukan daripada intensiti rendah ke tahap intensiti tinggi dengan lebih terancang;

4.2

mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul dengan membantu meransang otot dan tubuh badan secara teratur;

4.3

memperkenalkan senaman sesi memanaskan badan yang menarik sebelum melaksanakan aktiviti bersukan;

4.4

memupuk kepentingan senaman sebagai amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah dengan mengamal dan

mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas; 4.5 melibatkan penyertaan semua murid dan guru secara beramairamai dalam aktiviti kecergasan; 4.6 meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat

kesukanan dalam kalangan murid dan guru; 4.7 merapat dan mengukuhkan hubungan baik, perpaduan, dan kerjasama dalam kalangan murid dan guru;

5.0

MAKLUMAT PROGRAM: 5.1 Penyertaan 5.1.1 Semua murid SK Jalan Hamilton 5.1.2 Semua guru SK Jalan Hamilton 5.2 Pelaksanaan: 5.2.1 Tarikh : 10 Julai 2012 (Selasa) 5.2.2 Masa : 7.30 pagi 9.00 pagi

5.2.3 Tempat : Dataran perhimpunan SK Jalan Hamilton

5.3

Atur Acara:

Masa 7.15 pagi 7.30 pagi 7.45 pagi

Aktiviti Murid dan guru berkumpul Pendaftaran peserta (murid dan guru) Perhimpunan rasmi sekolah Bacaan doa oleh Ustaz Anuar Faisal B Yahya Bacaan perutusan YAB TPM merangkap Menteri Pelajaran oleh Encik Tan Teik Fong, Guru Besar SK Jalan Hamilton

8.00 pagi 9.00 pagi

Senam Robik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia Bersurai

6.0

Anggaran Perbelanjaan dan Peralatan:

Bil.

Perkara

Butiran

Amaun (RM)

01 02 03

Kain Rentang Siaraya CD Senam Robik 1M 1S 1Malaysia Jumlah

1unit x RM 190.00 -

190.00 190.00

7.0

Jawatankuasa Induk: Penaung : En. Tan Teik Fong, PJK (Guru Besar SK Jalan Hamilton) Ketua Penasihat : En. Balakrishnan a/l Angamuthu (PK Kokurikulum SK Jalan Hamilton) Penasihat : Pn. Khoo Phaik Lian (Setiausaha Kokurikulum SK Jalan Hamilton) : Pn. Cheah Yin Yin (Guru Pembimbing Intership) : En. Syahiran Bin Ismail (Guru Pembimbing Intership) Pengarah Projek AJK Pendaftaran AJK Siaraya AJK Persiapan Tempat : En. Muhammad Izzat Bin Muhammad Zulifli : Cik Noraini Binti Md. Ali : En. Muhammad Hakim bin Mohd Noor Azlan : En. Muhammad Iqmal Alliff Bin Ibrahim

8.0

Penutup Semoga Senam Robik 1Murid 1Sukan 1Malaysia ini dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama yang baik daripada semua pihak.

Disediakan oleh: (MUHAMMAD IZZAT BIN MUHAMMAD ZULKIFLI) Pelajar Guru IPG Kampus Pulau Pinang

Disokong oleh: . (CHEAH YIN YIN) Guru Pembimbing Intership SK Jalan Hamilton . (SYAHIRAN BIN ISMAIL ) Guru Pembimbing Intership SK Jalan Hamilton

Disemak oleh :

Diluluskan oleh :

. (BALAKRISHNAN A/L ANGAMUTHU) PK Kokurikulum SK Jalan Hamilton

. (TAN TEIK FONG) Guru Besar SK Jalan Hamilton

Anda mungkin juga menyukai