Anda di halaman 1dari 8

BBR 16203 MEKANIK, SIFAT JIRIM DAN HABA

PENGERTIAN MOMENTUM Momentum ialah hasil darab jisim dan halaju iaitu :Momentum (p) = jisim (m) x halaju (v) Unit S.I bagi momentum ialah kilogram meter sesaat (kgms-1). Momentum adalah kuantiti vektor. Arah momentum adalah sama dengan arah halaju. Arah halaju dan momentum dianggap positif jika arah gerakan menuju ke kanan. Arah halaju dan momentum dianggap negatif jika arah gerakan menuju ke kiri.

PRINSIP MOMENTUM Konsep momentum penting di dalam situasi di mana dua atau lebih objek bertindak. Bagi mana-mana sistem, daya di mana objek-objek di dalam sistem tersebut bertindak sesama sendiri, digelar daya dalaman. Maka, menurut Hukum Newton Ketiga Fa + Fb = 0 dPb - dPa = 0 dt dt a ( Pb Pa )= 0 dt P = ( Pa + Pb ) Fa + Fb = dP = 0 dt

PERLANGGARAN Di dalam momentum, perlanggaran terbahagi kepada dua iaitu perlanggaran kenyal dan perlanggaran tidak kenyal.

Perlanggaran kenyal Perlanggaran kenyal adalah perlanggaran di mana objek-objek yang berlanggar tidak bercantum sesama sendiri selepas perlanggaran. Prinsip bagi Prinsip Keabadian Perlanggaran Kenyal adalah : m1u1 + m2u2 = m1v1 + m2v2 Bagi perlanggaran kenyal, tenaga kinetik adalah mala ratau tidak berubah di mana tenaga kinetik ini disimpan dalam bentuk tenaga keupayaan. Maka jumlah tenaga kinetik sebelum dan selepas perlanggaran adalah sama.

BBR 16203 MEKANIK, SIFAT JIRIM DAN HABA

Perlanggaran tidak kenyal Perlanggaran tidak kenyal adalah perlanggaran di mana objek-objek yang berlanggaran bercantum sesama sendiri selepas perlanggaran. Maka mengikut prinsip keabadian momentum perlanggaran tidak kenyal adalah:m1 u1 + m2 u2 = (m1 + m2) v Walau bagaimanapun, jumlah tenaga kinetik bagi perlanggaran tidak kenyal sebelum berlanggar berbeza dengan selepas berlanggar. Ini kerana ketika perlanggaran, sebahagian daripada tenaga kinetik ditukar kepada bentuk tenaga lain seperti haba dan sebagainya.

Perlanggaran dua objek berjisim m1 dan m2 sebelum berlanggar,semasa berlanggar dan selepas berlanggar

Sebelum perlanggaran, pecutan masing-masing adalah mewakili v1 dan v2. Setelah berlaku perlanggaran, kelajuan objek menjadi v1' dan v2'. Apabila F12 adalah gaya dari m1 yang digunakan untuk melanggar m2, dan F21 adalah gaya dari m2 yang dipakai untuk menumbuk m1 maka menurut Hukum III Newton diperoleh hubungan sebagai berikut: F(aksi) = F(reaksi) atau F12 = F21. Jika kedua ruas persamaan dikalikan dengan selang waktu t maka selama tumbukan akan didapatkan:
2

BBR 16203 MEKANIK, SIFAT JIRIM DAN HABA

F12t = F21t Impuls ke-1 = Impuls ke-2 (m1v1 m1v1')= (m2v2 m2v2') m1v1 m1v1' = m2v2 + m2v2' .... (a)

Apabila Persamaan (a) dikelompokkan berdasarkan kecepatannya, persamaan tersebut dapat dituliskan sebagai berikut. m1v1 m1v1' = m2v2 + m2v2'

Contoh Soal 6 : Dua benda masing-masing berjisim m, bergerak berlawanan arah dengan kecepatan masing-masing 20 m/s dan 15 m/s. Setelah tumbukan, kedua benda tersebut bersatu. Tentukanlah kecepatan kedua benda dan arah geraknya setelah tumbukan.

Kunci Jawapan : Diketahui: m1 = m2 = m, v1 = 20 m/s, dan v2 = 15 m/s.

v2 bertanda negatif karena geraknya berlawanan arah dengan arah gerak benda pertama. Oleh karena setelah tumbukan kedua benda bersatu dan bergerak bersamaan maka kecepatan kedua benda setelah tumbukan adalah v1' = v2' = v' sehingga : m1v1 + m2v2 = (m1 + m2)v' m(20 m/s) + m(15 m/s) = (m + m)v'

Jadi, kecepatan kedua benda 2,5 m/s, searah dengan arah gerak benda pertama (positif).

BBR 16203 MEKANIK, SIFAT JIRIM DAN HABA

Air Bag Safety

Air Bag Safety (beg udara keselamatan) digunakan untuk mengurangkan hentakan akibat dari perlanggaran ketika pemandu memandu kereta. Beg udara keselamatan dipasangkan pada sesebuah kereta serta dirancang untuk keluar dan mengembang secara automatik ketika berlaku perlanggaran. Beg udara keselamatan ini mampu meminimumkan kesan hentakan terhadap objek atau kereta lain yang dilanggar. Prinsip alat ini adalah memanjangkan waktu yang diperlukan untuk menghentikan momentum pemandu. Ketika berlaku perlanggaran, pengemudi cenderung untuk tetap bergerak sesuai dengan pergerakan kereta (Hukum Pertama Newton). Penggunaan beg udara dan tali pinggang keselamatan dalam usaha meningkatkan keselamatan semasa berlaku perlanggaran adalah seperti berikut : Beg udara akan mengembang apabila berlaku perlanggaran. Pemandu dan penumpang yang cuba mengekalkan keadaan asalnya yang bergerak akan terhumban ke hadapan. Beg udara akan menghalang mereka daripada terhentak ke stereng atau cermin kaca dan ini membantu mengurangkan kecederaan mereka. Tali pinggang keledar pula menghalang mereka daripada terhumban ke hadapan.

Aplikasi momentum dalam meningkatkan keselamatan semasa berlaku perlanggaran sesebuah kereta.

BBR 16203 MEKANIK, SIFAT JIRIM DAN HABA

APLIKASI MOMENTUM DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN Prinsip keabadian momentum sering diaplikasikan dalam kehidupan seharian masyarakat kita bukan sahaja dari golongan dewasa,bahkan golongan kanak-kanak, bukan sahaja masyarakat setempat, bahkan kilang-kilang,syarikat-syarikat elektronik dan sebagainya. Sebagi contoh yang mudah, kanak-kanak yang bermain lastik mengaplikasikan prinsip momentum, tentera yang menggunakan senapang mengaplikasikan penggunaan senapang tersebut dalam prinsip momentum, kilang yang terlibat dalam bidang pemasangan, menyediakan mesin elektronik yang dapat memasang skru-skru pada objek yang dikeluarkan, juga mengaplikasikan prinsip momentum dalam memasang skru-skru tersebut. Contoh-contoh yang menyokong prinsip momentum yang diaplikasikan dalam kehidupan seharian adalah seperti berikut.

BBR 16203 MEKANIK, SIFAT JIRIM DAN HABA

Enjin jet Udara disedut masuk dan di mampatkan dalam bahagian kompresor. Udara termampat mengalir ke ruang kebuk pembakaran ( combustion chamber), bercampur dengan bahan api dan terbakar lalu membebaskan gas-gas panas. Gas panas berkelajuan tinggi dibebaskan ke belakang dengan momentum yang tinggi. Momentum yang sama magnitudnya tetapi dalam arah yang bertentangan dihasilkan lalu menggerakkan jet ke hadapan.

Enjin roket Campuran hidrogen dan bahan api oksigen dalam kebuk enjin terbakar hebat. Gas-gas panas dibebaskan dengan kelajuan sangat tinggi melalui ekzos akan menghasilkan momentum ke bawah yang sangat besar sehingga dapat memecahkan lapisan atmosfera dalam usaha sesebuah roket ke angkasa lepas. Berdasarkan prinsip keabadian momentum, menyebabkan momentum yang sama magnitudnya tetapi berlawanan arah akan terhasil. Maka, roket akan bergerak ke atas.

BBR 16203 MEKANIK, SIFAT JIRIM DAN HABA

Menggunakan bot kipas di kawasan paya Kipas menghasilkan halaju udara yang tinggi ke belakang, lalu momentum yang besar dalam arah yang sama terhasil. Berdasarkan prinsip keabadian momentum, momentum yang sama tetapi berlainan arah dihasilkan dan bertindak ke atas bot itu. Maka, bot akan bergerak ke hadapan.

KESIMPULAN Berdasarkan penerangan di atas, momentum wujud hasil daripada gabungan beberapa unit asas iaitu jisim dan halaju. Selain itu, tanpa kita sedari momentum sering diaplikasikan dalam kehidupan seharian sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Aplikasi momentum juga mempunyai keburukan dan juga kebaikan bergantung pada individu atau golongan yang mengaplikasikannya. Akhir sekali, momentum juga dapat diaplikasikan dalam usaha untuk meningkatkan perlanggaran yang mendatangkan keburukan melalui penghasilan alat keselamatan yang boleh menstabilkan momentum sesebuah alat.

BBR 16203 MEKANIK, SIFAT JIRIM DAN HABA

SUMBER RUJUKAN

Saripudin, A., D. Rustiawan K., dan A. Suganda. 2009. Praktis Belajar Fisika 1 : untuk Kelas XI Sekolah Menengah Atas / Madrasah Aliyah Program Ilmu Pengetahuan Alam. Pusat Perbukuan Departemen Nasional, Departemen Pendidikan Nasional, Jakarta. p. 234. Tim Redaksi Dorling Kindersley. 1997. Jendela IPTEK, Cetakan Pertama. Jakarta: Balai Pustaka. http://en.wikipedia.org/wiki/momentum http://en.wikipedia.org/wiki/Coefficient_of_restitution http://en.wikipedia.org/wiki/Blacksmith http://www.blechschaden.ch/glasschaden.html http://worldracing23.blogspot.com2011/12/fungsi-airbag.html?m=1

Anda mungkin juga menyukai