Anda di halaman 1dari 14

ISI KANDUNGAN

ABSTRAK
ABSTRACT
PENGHARGAAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
BAB 1

PENGENALAN

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

BAB 3

KAEDAH KAJIAN

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

BAB 5

PERBINCANGAN

BAB 6

KESIMPULAN

RUJUKAN
LAMPIRAN

BAB 1
PENGENALAN
Kajian ini telah dijalankan berdasarkan pemerhatian di sekitar tempat tinggal di Sungai
Buloh, Selangor, Zoo Negara dan Taman Herba, Sekolah Kebangsaan Kuang. Kajian ini
adalah bertujuan untuk mengelaskan sepuluh spesis makroskopik yang diambil
daripada pelbagai Alam yang boleh ditemui di Malaysia serta mendapatkan data
biodiversiti dan adaptasi spesies-spesies tersebut.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah :
1.1

Mengenal pasti dan memberi hierarki pengelasan dari Alam hingga ke


Spesies bagi sepuluh spesis makroskopik yang ditemui di Malaysia.

1.2

Mengkaji ciri morfologi, ciri unik dan adaptasi setiap spesies untuk
bermandiri.

KAJIAN LITERATUR
Biodiversiti dalam Biologi memberi maksud kepelbagaian organisma. Organisma ini adalah
organisma hidup yang bersaiz mikro seperti bakteria sehingga ke saiz makro seperti ulat
gonggok

dan gajah. Biodiversiti organisma boleh dikelaskan ke dalam Alam, Famili

sehingga

ke

spesies.

Pengelasan

biologi atau pengelasan

saintifik ini

merupakan

kaedah taksonomi saintifik yang digunakan dalam pengumpulan dan pengkelasan organisma
menerusi kategori organisma seperti genus atau spesies. Golongan kumpulan ini dikenali
sebagai taxa atau takson. Pengkelasan berjuta-juta organisma hidup adalah mengikut satu
system atau hirarki yang sama iaitu International Code for Nomenclature :

Alam

Filum

Order

Famili

Genus

Spesies

Setiap organisma ini ada yang telah wujud di muka bumi sebelum kewujudan manusia
dan ada juga yang spesies yang baru wujud. Untuk meneruskan kehidupan di pelbagai
keadaan dibumi, organisma ini perlu untuk beradaptasi. Adaptasi merupakan proses evolusi
di mana sesebuah populasi organisma mampu memnyesuaikan diri dengan habitatnya. Proses
ini berlaku sepanjang generasi populasi tersebut sebagai satu fenomena biologi yang asas.
Istilah adaptasi juga bermaksud suatu sifat yang penting khususnya untuk kemandirian

organisme. Adaptasi telah menyebabkan mereka berjaya mengekalkan generasi mereka di dunia ini.
Kelebihan kepada spesies yang dapat beradaptasi terhadap habitatnya boleh dilihat melalui
berbagai cara, iaitu:

2.1

Berjaya menguasai sumber yang ada seperti cahaya, ruang, bahan makanan
serta pasangan.

2.2

Mengatasi tekanan persekitaran daripada faktor fizikal seperti suhu dan


kelembapan.

2.3

Dapat mempertahankan diri daripada pesaing yang ada di habitat yang sama.

2.4

Menjalankan proses mengawan dan amat reproduktif.


Terdapat tiga jenis adaptasi yang terdapat pada setiap spesies, iaitu :

2.1

Adaptasi morfologi

Adaptasi ini merupakan adaptasi yang dapat dilihat pada bentuk tubuh organisma. Contohnya
burung yang mempunyai bentuk dan saiz paruh yang berbeza-beza bergantung kepada jenis
makanannya. Seekor burung kelicap mempunyai paruh yang panjang meruncing untuk
memudahkan mendapatkan madu dari bunga. Burung helang mempunyai paruh yang kuat dan tajam bagi
menyiat dan mengoyak daging mangsanya.
2.2

Adaptasi fisiologi

Adaptasi ini merupakan adaptasi fungsi organ-organ tubuh sertan sistem dalaman tubuh
spesies. Sebagai contoh kelawar mempunyai kemampuan mengesan sumber makanan dengan bantuan
sistem yang dikenali sebagai ekolokasi.
2.3

Adaptasi lakuan

Adaptasi ini merupakan perubahan terhadap tingkah laku yang terhasil daripada perubahan
persekitaran. Sebagai contoh, organisma menghindari atau bergerak meninggalkan sesuatu
tempat sekiranya keadaan di situ kurang sesuai akibat perubahan suhu. Selain daripada itu,
haiwan jantan perlu melakukan kelakuan untuk memikat haiwan betina sebelum mengawan.

BAB 3
KAEDAH KAJIAN
Sampel spesies terdiri daripada empat Alam yang berbeza iaitu Alam Protista, Alam Fungi,
Alam Plantae dan Alam Animalia. Sampel rumpai laut, l u m u t

dan

paku-pakis

diambil dari kolam di Taman Herba, manakala sampel kulat, pokok kon, bunga orkid dan ulat
gonggok diambil di kawasan persekitaran tempat tinggal. Bagi sampel arnab pula telah
diadakan pemerhatian di Zoo Negara. Semua bahagian yang berguna sebagai ciri untuk
pengecaman diambil.

BAB 4
DAPATAN KAJIAN
3.1 Alam Protista
Protista merupakan eukariot yang bukan haiwan, tumbuhan atau kulat. Protista merupakan
organisme eukariotik uniselular yang hidup secara berkoloni.

Spesies ini adalah

gred parafili dan bukannya kumpulan monofili.. Sesetengah pakar memanggil kumpulan ini
sebagai "baki" alam-alam eukariot yang lain. Spesies ini telah dibahagikan kepada beberapa
kumpulan berdasarkan persamaan dengan alam peringkat tinggi, iaitu protozoa yang seakanakan haiwan, alga yang seakan-akan tumbuhan, dan kulapuk lendir dan kulat air yang seakanakan kulat. Kumpulan-kumpulan ini sering bertindih, dan telah digantikan dengan
pengelasan-pengelasan filogenetik.
3.1.1 Contoh : Rumpai laut,( nama tempatan, Agar-Agar)
Pengelasan Rumpai laut
Alam - Protista
Filum - Rhodophyta
Order - Gigartinales
Famili - Solieriaceae
Genus - Eucheuma
Spesies - Euchema cottonii
3.1.1 Ciri morfologi

Rumpai laut mempunyai struktur yang tidak dapat dibezakan kepada akar, batang dan daun.
Rumpai laut juga tidak mempunyai tisu pengangkut air kerana tumbuhan ini tumbuh di
kawasan

persekitaranyang berair. Cabang-cabangnya berbentuk silinder atau pipih, serta tidak

teratur dan kasar (sehingga membentuk lingkaran) kerana ditumbuhi oleh nodul atau spine untuk
melindungi gamet. Hujungnya runcing atau tumpul berwarna coklat ungu atau hijau kuning. Permukaan
dahan yang licin dan berwarna merah. Ia dikenali sebagai alga merah disebabkan kebanyakan
ahlinya berwarna merah akibat kehadiran pigmen merah yang dominan iaitu fikoeritrin. Alga
merah bergumpal dengan padat jika dijumpai di kawasan yang terdedah semasa air surut
manakala talus akan menjadi lebih panjang dan leper jika ia di dalam laut. Ada juga ahli
dalam kumpulan Rhodophyta yang mempunyai bentuk talus yang berbeza akibat perubahan
faktor fizikal seperti suhu, cahaya dan kemasinan.

3.1.2 Ciri unik


Rumpai laut bersifat autotrof yang memiliki klorofil, iaitu dapat menghasilkan makanan
sendiri (fotosintesis). Rumpai laut digunakan di seluruh dunia bagi memberikan permukaan
pejal yang mengandungi perantaraan pertumbuhan bagi pertumbuhan bakteria dan fungi.
Pertumbuhan mikrobiologi tidak memusnahkan struktur gel disebabkan kebanyakan
mikroorganisma tidak mampu menghadamkan rumpai laut.
3.1.3 Ciri adaptasi
Rumpai laut sering dijumpai di tepi pantai. Ekologi rumpai laut didominasikan oleh dua
keperluan persekitaran yang tertentu. Ini adalah kemunculan air dan keperluan cahaya yang
mencukupi untuk tujuan fotosintesis. Pembiakan juga pelbagai dalam kalangan protista.
Hampir kesemuanya boleh membiak secara aseksual dan juga seks (penyatuan dua gamet
jantan dan betina).

3.2 Alam Fungi


Kulat ialah salah satu daripada organisma eukariot yang mencernakan makanannya di luar
dan

menyerap molekul nutrien ke

dalam selnya.

Kulat

digunakan

oleh manusia, iaitu ragi yang digunakan untuk menapaikan

secara

meluas

roti, dan cendawan yang

merupakan industri yang besar di banyak negara. Kulat ialah pengurai utama untuk bahanbahan tumbuhan dan haiwan mati di dalam banyak ekosistem, dan biasanya dapat dilihat di
atas permukaan roti yang lama.
3.2.1 Contoh : Kulat (nama tempatan, Cendawan butang)
Pengelasan Kulat
Alam - Fungi
Filum - Basidiomikota
Order - Agaricales
Famili - Agaricaceae
Genus - Agaricus
Spesies - Agaricus bisporus
Ciri morfologi
Cendawan butang tidak mempunyai batang, akar dan daun yang sebenar.
mempunyai pileus keperang-perangan serta insang yang berwarna perang gelap.
Ciri unik

Ia

Tidak

berklorofil

dan

dengan vitamin dan galian.

tidak

boleh

Cendawan

berfotosintesis.
ini

Cendawan

mengandungi

butang

kaya

kandungan vitamin

B dan kalium yang tinggi. Cendawan yang mentah bebas kolesterol, lemak dan natrium.
Selain itu, cendawan ini juga mempunyai perisa yang unik, iaitu rasa yang sedikit manis atau
agak "berdaging". Cendawan ini juga mengoksida dengan cepat apabila terdedah kepada
udara. Apabila dihiris dan didedahkan kepada udara selama 10 minit atau lebih, cendawan ini
menjadi lembik, menukar warna kepada keperang-perangan dan hilang perisa aslinya.
Ciri adaptasi
Cendawan hidup di kawasan lembap. Ia tumbuh liar secara semula jadi. Ia juga mendapat
makanan daripada organisma hidup atau mati. Cendawan akan menghasilkan spora untuk
pembiakan.

3.3 Alam Plantae


Tumbuh-tumbuhan dapat dikelaskan kepada dua kumpulan utama iaitu tumbuhan berbunga
dan tumbuhan tidak berbunga. Tumbuh-tumbuhan yang menghasilkan bunga dipanggil
tumbuhan berbunga, contohnya pokok bunga kekwa. Tumbuh-tumbuhan yang tidak
menghasilkan bunga dipanggil tumbuhan tidak berbunga, contohnya lumut, paku-pakis dan
pokok kon.
Spermatophytes,

atau tumbuhan

berbiji

benih merupakan

kumpulan tumbuhan vaskular yang terbahagi kepada dua, iaitu benih benih terdedah atau
gymnosperma, dan tumbuhan berbunga atau angiosperma.
3.3.1 Contoh : Lumut (nama tempatan, Lumut Jati)
Pengelasan Lumut
Alam - Plantae
Filum - Bryophyta
Order - Hypnales
Famili - Thuidiaceae
Genus - Thuidium
Spesies - Thuidium glaucinoides
Ciri morfologi

Mempunyai daun berklorofil dan rizoid sebagai akar. Lumut tidak mempunyai bunga atau
biji

benih.

Daunnya ringkas

dan

meliputi

batang

kasar

dan

teguh.

Ciri unik
Lumut boleh membuat makanan sendiri (fotosintesis) kerana mempunyai klorofil. Lumut ini
amat bernilai dari aspek ekologi kerana kemampuan menyimpan kelembapan dan air bagi
sesebuah kawasan hutan. Pada musim kemarau, briofit dan lichen akan mengeluarkan air
yang disimpan secara perlahan-lahan kepada ekosistem bagi mengekalkan kelembapan
kawasan hutan tersebut.
Ciri adaptasi
Lumut biasanya tumbuh dan hidup di tempat yang lembap, berair dan teduh. Microhabitat
bagi spesies ini adalah seperti banir, akar pokok yang terdedah, batang, dan dahan. Selain itu,
ia juga boleh dijumpai pada ranting pokok, kayu reput, tanah dan permukaan batu. Ia
menghasilkan spora untuk pembiakan.
3.3.2 Contoh : Paku-pakis (nama tempatan, Pokok Sayur Paku)
Pengelasan Paku-pakis
Alam - Plantae
Filum - Pteridophyta
Order - Dennstaedtiales
Famili - Dennstaedtiaceae
Genus - Stenochiaena
Spesies - Stenochiaena palustris
Ciri morfologi
Paku pakis mempunyai batang, daun berklorofil, dan akar serabut. Ia juga merupakan
tumbuhan vaskular yang tidak berbiji. Ia berbeza daripada tumbuhan berbiji (gimnosperma
dan tumbuhan berbunga) iaitu ia tidak mempunyai bunga atau biji benih. Paku pakis juga

mempunyai xilem dan floem untuk pengangkutan air dan bahan makanan. Pelepahnya terdiri
daripada daun-daun kecil yang mempunyai tepi bergigi. Permukaan bawah daun-daun ini
dilitupi dengan bintik-bintik kecil yang berwarna perang dan merupakan sorus-sorus yang
mengandungi spora.
Ciri unik
Pokok ini dipergunakan sebagai perubatan tradisional Melayu, dengan jusnya diminum untuk
merawat demam. Ia juga turut dijadikan makanan sayuran di kalangan orang-orang Melayu.
Ia boleh menghasilkan makanan sendiri.
Ciri adaptasi
Paku pakis hidup di kawasan yang lembap dan teduh. Paku pakis menghasilkan spora untuk
pembiakan.
3.3.3 Gimnosperma
Contoh : Pokok Rhu
Pengelasan Pokok Rhu
Alam - Plantae
Filum - Magnoliophyta
Order - Fagales
Famili - Casuarinaceae
Genus - Casuarina
Spesies - Casuarina equisetifolia
Ciri morfologi
Pokok rhu mempunyai daun berbentuk jarum, tebal dan berlilin. Batangnya lurus, berwarna
kelabu coklat dan mempunyai kulit yang tebal atau berdamar. Akarnya menular serta
mempunyai biji benih dalam kon yang keras.

Ciri unik
Pokok rhu adalah pokok dikotiledon dari jenis tumbuhan malar hijau yang tumbuh subur di
kawasan tropika. Buahnya adalah berbentuk kon. Kayu pokok rhu yang keras boleh
digunakan dalam pelbagai tujuan yang berasaskan kayu.
Ciri adaptasi
Pokok ini mempunyai batang yang kukuh dan tidak mudah patah walaupun ditiup oleh angin
yang kuat di tepi pantai. Akar tunjang yang jauh ke bawah menahan pokok daripada tumbang
dan mampu mengawal hakisan pantai. Daun pokok rhu amat tahan dalam banyak keadaan
sama ada air masin, hujan lebat, tiupan angin yang kuat atau musim kemarau.
3.3.4 Angiosperma
Contoh : Pokok Bunga Kertas
Pengelasan Pokok Bunga Kertas
Alam - Plantae
Filum - Magnoliophyta
Order - Caryophyllales
Famili - Nyctaginaceae
Genus - Bougainvillea
Spesies - Bougainvillea glabra
Ciri morfologi
Pokok bunga kertas mendapat nama disebabkan bunganya yang nipis dan mempunyai ciriciri seperti kertas. Ia juga mempunyai sudur yang rapat, daun yang lebar dan berbentuk bujur
tirus yang mampu membentuk rimbunan pokok di kawasan halaman rumah atau juga sebagai
tumbuhan pagar di kawasan yang menarik. Batang pokok bunga itu agak keras, mempunyai
duri yang tajam dan bercabang-cabang. Pokok ini mempunyai bentuk yang sukar untuk
tumbuh secara tegak.
Ciri unik

Pokok bunga kertas juga menjadi pilihan kacukan untuk menjadikan pokok bunga kertas
yang mempunyai pelbagai dahan dengan bunga yang berlainan warna. Pokok bunga kertas
menjadi pilihan ramai disebabkan bunga berwarna-warni yang cantik dan tahan lama, mudah
dijaga, serta pokoknya yang tahan lama sehingga melebihi 20 tahun (jika dijaga dengan
betul). Pokok bunga kertas kini juga menjadi pilihan bagi menghasilkan pokok bonsai renek.
Ciri adaptasi
Pokok bunga kertas banyak ditanam di kawasan tropika, terutamanya di kawasan taman dan
perumahan. Pembiakannya pula hanya memerlukan keratan batang yang boleh disemai di
dalam beg plastik ataupun pasu dengan cara mudah.

Anda mungkin juga menyukai