Anda di halaman 1dari 4

ISU SEMASA 1) INTERAKSI NON MUSLIM DI Malaysia : ANTARA SYARIAT DAN STRATEGI

Masyarakat majmuk Malaysia yang terdiri daripada Muslim dan non muslim mewujudkan interaksi pelbagai hala dalam pelbagai bidang kehidupan.Dewasa ini, isu isu perbezaan agama dan anutan ini mula tercetus dan menggugat keharmonian masyarakat kita. Memahami garis panduan yang disediakan syarak untuk orang Islam bergaul dengan masyarakat bukan Islam sangat penting untuk meredakan ketegangan yang tidak dikehendaki ini. Isu isu hangat yang berkait rapat dengan akidah seharusnya dipertimbang dengan neraca syariat dan tidak sesekali hanyut dengan sentimen kebangsaan yang tidak berasas. Sebelum itu, kita perlu memahami syirik dalam erti kata sebenar terlebih dahulu untuk menyesuaikan dengan penjelasan dan huraian dari ayat 51 62 surah al anbiya seterusnya memahami pentingnya tegas mempertahankan akidah dan menyesuaikan pelaksanaannya dengan waqi sesuatu tempat.

Syirik bermakna mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain daripada sifat uluhiyyahnya (berhak disembah, dicintai, dipatuhi perintahNya dan didoakan kepadaNya) ataupun sifat rububiyyahnya (menjadikan, mentadbir, dan menguruskan alam). Sesiapa yang menganggap mana-mana satu daripada sifat-sifat yang tersebut itu ada pada selain daripada Allah, sesungguhnya dia telah melakukan syirik dengan Allah walaupun dia pada masa itu masih mengaku beriman dengan Allah. Sebagaimana firman Allah subhaanahu wa taaala: Meskipun kebanyakan mereka beriman kepada Allah s.w.t dalam pada itu mereka tidak sunyi dari berbuat syirik.(Surah Yusuf: Ayat 106) Perkataan kufur juga mempunyai makna yang sama dengan syirik walaupun terdapat di kalangan ulama yang membezakan di antara kufur dengan syirik tetapi apabila dilihat kepada mafhumnya maka ianya tidaklah mempunyai perbezaan yang boleh dianggap bahawa dua perkataan itu mempunyai makna yang terlalu berlainan. Syirik dengan makna menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain dalam semua perkara. Oleh kerana hujjah yang tidak ditolak lagi tentang keesaan Allah s.w.t dan keagunganNya maka sesiapa yang menyengutui Allah dengan sesuatu yang lain sama ada pada ZatNya, SifatNya dan AfalNya, termasuk juga Hukum SyariatNya adalah bermakna telah kufur denga hakikatnya yang sebenar. Begitu juga seseorang

yang kafir adalah dianggap syirik kerana mencabar wujudnya Allah s.w.t, kesesaanNya dan kesempurnaanNya apabiila ia menerima sesuatu yang lain. Boleh juga dianggap syirik apabila mendustakan risalah Nabi Muhammad s.a.w. atau mendustakan sebahagian daripadanya kerana telah mendustakan sesuatu yang diwajib oleh Allah s.w.t telah membuktikan hujah-hujah yang jelas dan kuat tentang kerasulan Nabi s.a.w. segala apa yang disabda, diamal dan diakui oleh Rasullullah s.a.w adalah wahyu dari Allah s.w.t., maka barangsiapa yang ingkar walaupun sebahagian daripadanya adalah bermakna dia tidak mengitiraf apa yang dikemukakan oleh Allah s.w.t., tidak mengakui kesempurnaan dan kebenaran hujah-hujahNya. Jadi dengan itu dia telah menganggap sesuatu yang lain atau dirinya sendiri menyengutui Allah dalam menentukan sesuatu itu benar ataupun tidak benar. Adalah juga dianggap syirik kepada orang-orang yang tidak redha dengan hukum Allah s.w.t atau sebahagian daripada hukum Allah s.w.t atau sebahagian daripada hukumNya dan menganggap hukum yang lain lebih baik atau lebih adil daripadanya seperti yang berlaku di dalam hadith Rasulullah s.a.w kepada Adi bin Hatim at Thaie dalam menjelaskan Firman Allah s.w.t Maksudnya:
Mereka jadikan paderi-paderi dan pendita-pendita mereka sebagai tuhan yang lain daripada Allah. ( At Taubah: Ayat 31)

Masyarakat Malaysia hari ini, tidak hanya terdiri daripada satu bangsa dan satu agama. Malaysia ialah sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk pelbagai bangsa dan agama. Islam, Buddha, Hindu, dan Sikhisme ialah antara agama agama anutan masyarakat Malaysia. Oleh itu, orang Islam perlu bergaul dan berhubung dengan golongan bukan Islam dalam banyak urusan. Beberapa pendekatan strategik seorang muslim dalam interaksi dengan non muslim termasuklah: 1) 2) 3) 4) 5) 6) Menanam niat untuk berdakwah kepada mereka Mengajak mereka berbincang mengenai agama Menghargai kebaikan Menjawab atau membalas salam dengan baik Membudayakan ucapan yang baik Menghadiri majlis atau program kemasyarakatan yang tidak berkaitan dengan agama mereka 7) Mengajak menghadiri program keislaman 8) Menghuraikan dengan jelas makna bacaan al Quran 9) Mengedar bahan ilmiah berkenaan agama islam 10) Mengedar bahan ilmiah berkenaan agama islam 11) Berbuat adil dan kebaikan terhadap non muslim 12) Mengasihani mereka dengan rohani insaniah

13) Menunjukkan kemuliaan akhlak 14) Tidak mengakui kekufuran mereka 15) Tidak berbuat zalim 16) Tiada halangan bermuamalat 17) Berbuat baik terhadap jiran non muslim

Perbahasan khusus mengenai perayaan non muslim.


i) ii) iii) iv) Perbahasan hukum berkongsi menyambut perayaan non muslim Muslim memasuki rumah ibadah agama lain Ucapan tahniah sempena perayaan agama lain Ucapan tafakur di hadapan patung

2. Pengaruh aqidah dalam pembentukan masyakat madani

Sifat yang diasaskan kepada aqidah akan melahirkan satu bentuk persaudaraan yang sukar dirungkai oleh anasir yang tidak sihat. Contoh: Persaudaraan Muhajirin dan Ansar yang begitu mantap atas dasar aqidah Islamiah sehingga mampu mendirikan sebuah Negara yang disegani dalam masa yang singkat. Aqidah juga sangat berpengaruh dalam melahirkan pimpinan dan rakyat yang berintegriti dan dan berusaha melaksanakan peraturan dan undangundang yang dicipta Allah yang bukan sahaja memberi manfaat kepada umat Islam tetapi juga kepada non-Muslim.

Anda mungkin juga menyukai