Anda di halaman 1dari 5

LAWATAN ILMIAH KE PERPUSTAKAAN SULTANAH BAHIYAH, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA DAN PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

1.0

TUJUAN KERTAS KERJA Kertas kerja ini disediakan bagi memohon persetujuan dan pertimbangan untuk mendapatkan kelulusan peruntukan kewangan daripada Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Perdana bagi mengadakan Lawatan ilmiah ke Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia dan Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis.

2.0

LATAR BELAKANG Lawatan ke Perpustakaan Universiti Utara Malaysia dan Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan Kursus IML651:Digital Libraries. Subjek ini diperkenalkan sebagai satu usaha untuk mendedahkan pelajar mengenai konsep-konsep asas dalam pembentukan sebuah perpustakaan digital. Para pelajar didedahkan dengan proses dan prosedur yang terlibat dalam transformasi maklumat daripada manual kepada digital. Seterusnya para pelajar akan dapat menilai aspek-aspek penting yang diperlukan untuk membentuk sebuah institusi dalam bentuk digital dan boleh mengaplikasikannya pada masa hadapan.

Pemilihan Perpustakaan, Universiti Utara Malaysia dan Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis adalah untuk mendedahkan pelajar dengan suasana pentadbiran dan pengurusan sebuah perpustakaan akademik ke arah pembangunan koleksi digital masing-masing. 3.0 OBJEKTIF i ii Memenuhi keperluan subjek IML 651 (Digital Library) Mengetahui perkembangan terkini tentang pembangunan perpustakaan digital yang terdapat di perpustakaan akademik lain. iii Memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang keperluan aplikasi perpustakaan digital. iv Melahirkan pemikiran dan kreativiti dalam perancangan untuk membangunkan perpustakaan digital. v Melahirkan mahasiswa yang cemerlang, berinovasi dan kreatif dalam membuat perancangan dimasa hadapan.

4.0

MATLAMAT PROGRAM Menjadikan mahasiswa UiTM sebagai mahasiswa unggul selari dengan visi UiTM sekaligus melahirkan modal insan yang seimbang dan dapat berbakti kepada masyarakat berteraskan ciri-ciri model graduan UiTM.

5.0

MAKLUMAT PROGRAM

i.

Nama Program Lawatan ilmiah ke Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia, dan Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis.

ii.

Jenis Program Lawatan sambil belajar di dalam Negara.

iii.

Tarikh 15hb 17hb Mei 2012 (Selasa, Rabu, dan Khamis)

iv.

Tempat Program a) Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia, Kedah b) Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis, Perlis

v.

Jangkamasa Program 3 hari / 2 malam

6.0

PENSYARAH PENGIRING a) Pn. Zaina Zaharah Bt Mohd Ariff Pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat

b) Encik Mohd Zailan Bin Endin Pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat

7.0

PESERTA-PESERTA PROGRAM DIKALANGAN MAHASISWA UiTM Sila rujuk Lampiran A. 2

8.0

JAWATANKUASA PELAKSANA Sila rujuk Lampiran B

9.0

TENTATIF PROGRAM Sila rujuk Lampiran C

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Sila rujuk Lampiran D 11.0 PENUTUP Adalah diharapkan kertas kerja ini disokong dan diluluskan agar objektif yang dirancang akan tercapai. Lawatan ke Perpustakaan Universiti Utara Malaysia dan Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis ini diyakini akan dapat menambah pengetahuan mahasiswa mengenai profession kepustakawanan, disamping memberi pendedahan tentang kepentingan aplikasi perpustakaan digital. Selain itu, lawatan ini juga akan memberi pendedahan kepada bakal mahasiswa tentang keperluan aplikasi perpustakaan digital sekaligus dapat meningkatkan potensi di dalam diri bagi menghadapi alam pekerjaan selepas tamat pengajian nanti. Justeru itu, kami mengharapkan jasa baik pihak tuan agar dapat meluluskan permohonan ini demi manfaat kami amnya dan UiTM, khususnya. Sekian, terima kasih.

12.0 RINGKASAN EKSEKUTIF IPTA Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam

TAJUK PROGRAM

Lawatan ilmiah ke Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia, Kedah dan Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis

JENIS PROGRAM

Lawatan sambil belajar di dalam Negara

MATLAMAT DAN PENCAPAIAN PROGRAM

Menjadikan mahasiswa UiTM sebagai mahasiswa unggul selari dengan visi UiTM sekaligus melahirkan modal insan yang seimbang dan dapat berbakti kepada masyarakat berteraskan ciri-ciri model graduan UiTM.

ANJURAN

Pelajar Sarjana Muda Sains Pengurusan Maklumat (Kepujian) (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat), Fakulti Pengurusan Maklumat, Kampus Puncak Perdana, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. 15hb 17hb Mei 2012

TARIKH

TEMPAT

a) Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia, Kedah b) Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis, Perlis

ANGGARAN KOS

RM1,875.00

Disediakan oleh:

................................................ (MAIZATUL AQILAH BT AMZAH) Pengarah Projek Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Kampus Puncak Perdana

Disokong oleh:

................................................ (PN.NOR ZAINA ZAHARAH BT MOHD ARIFF) Pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Kampus Puncak Perdana

Anda mungkin juga menyukai