Anda di halaman 1dari 5

BAB 2

Spesies Ikan Hiasan Tropika

Sebagaimana yang kita ketahui, tidak kira di sungai


mahupun dilaut terdapat pelbagai jenis ikan yang dapat
kita pelihara.

Antara ikan hiasan air tawar yang biasa dipelihara adalah


seperti yang berikut:-

1) Ikan Guppy – berasal dari Trinidad. Berukuran 4-


6 cm panjang, kelazimannya ikan ini bewarna
campuran merah, biru, kuning dan kehitaman.
Ikan ini memakan semua jenis makanan ikan.

2) Ikan Koi – jenis ikan berwarna putih bertompok


merah, bertompok hitam. Berasal dari Jepun yang
berukuran lebih kurang 25 cm panjang. Seperti
Ikan Guppy, Ikan Koi juga memakan semua jenis
makanan ikan.
3) Ikan Pelaga – jenis ikan ini berwarna putih
bertompok merah dan bertompok hitam. Berasal
dari Jepun yang berukuran lebih kurang 25 cm
panjang. Ikan ini juga memakan semua jenis
makanan ikan.

4) Angelfish – sejenis ikan yang berwarna putih


keperakan, kebiruan, dan berbelang hitam. Berasal
dari Amerika Selatan. Ia memakan makanan
rumusan, tumbuhan akuatik, hidupan air yang kecil.
Ikan ini berukuran 15 cm panjang.

5) Ikan Kelisa – sejenis ikan yang berasal dari Amerika


Selatan. Ia berwarna keemasan dan keperakan. Selain
itu, ia memakan semua haiwan yang kecil. Ia
berukuran 100 cm panjang.

6) Ikan Emas – sejenis ikan yang berasal dari China.


Ia berwarna keemasan, keputihan, dan kemerahan.
Selain itu, ia memakan semua jenis makanan ikan.
Ikan ini berukuran lebih kurang 12 cm panjang.
Jenis Jenis Tumbuhan Hiasan Akuatik

Tumbuhan Akuatik sering digunakan sebagai pehiasan di


dalam sesebuah akuarium. Ianya juga memainkan
peranan penting dalam mengekalkan keseimbangan di
dalam akuarium.

Ciri utama tumbuhan akuatik ialah tahan hidup dalam air


dan antara peranan dan kepentingannya ialah untuk
membekalkan oksigen kepada ikan hasil dari proses
fotosintesis yang dijalankan. Disamping itu, ianya juga
bertindak sebagai agen pembersih yang menyerap bahan
toksik yang dihasilkan daripada perkumuhan ikan dan
sisa makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan.

Selain dari sebgai agen pembersih dan membekalkan


oksigen kepada ikan, ianya juga sebagai tempat
persembunyian dan perlindungan bagi ikan kecil dan
juga tempat rehat.

Terdapat 2 jenis tumbuhan akuatik yang sering


digunakan di dalam akuarium. Antaranya adalah:-

a) Terapung
Hidpu terapung dipermukaan air tetapi akarnya
berada didlam air.
Contoh : Pokok Kiambang, Pokok Teratai, Pokok
Keladi Bunting.

b) Tengelam
Tumbuhan Akuatik tenggelam pula, hidup
sepenuahnya didalam air.
Contoh : Cabomba, Red Telanthera, Java Fern,
Vallisneria.
BAB 4

Jenis Jenis Makanan Ikan Hiasan

Dalam penegurusan dan penjagaan ikan, pemakanan


adalah suatu faktor penting yang mempengaruhi
tumbesaran sesuatu jenis ikan yang dipelihara. Untuk
memastikan ikan itu terus hidup, pemelihara ikan harus
mengenal pasti makanan yang sesuai dengan jenis ikan
yang dipelihara.
Makanan ikan hiasan dapat dibahagikan kepada empat
kumpulan, iaitu

a. makanan hidup – makanan hidup terdiri daripada


plankton, cacing, ulat roti, jejentik, udang, anak
ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya.

b. makanan kering – makanan kering adalah cacing


yang diawet dan roti

b. makanan basah – makanan basah adalah seperti


kerang, hati lembu dan sayuran seperti salad dan
bayam.

c. makanan rumusan – makanan rumusan ialah


makanan khas ikan yang telah diproses. Makanan
tersebut terdiri daripada pellet, emping dan stick
yang telah sedia diproses di kilang. Makanan ini
dapat dibeli daripada kedai ikan atau pembekal
makanan haiwan

Anda mungkin juga menyukai