Anda di halaman 1dari 1

Songkran, Tahun Baru bagi rakyat Thai, yang disambut pada 13 April di Thailand dan Laos (di Laos

ia dipanggil "Pi Mai", yang bermaksud "Tahun Baru"). Perkataan Thai "Songkran" berasal dari perkataan Sanskrit dan bermaksud: "ubah" or "tukar posisi". Dalam hal ini, matahari bergerak apabila ia memasuki tahun solar baru. Perayaan Di Koh Samui, perayaan selalunya berlangsung lebih tiga hari. Perayaan Songkran yang kontemporari juga dikenali sebagai "perayaan air" apabila, selama tiga hari, setiap orang dibenarkan membaling air ke arah satu sama lain. Seluruh keluarga akan berdiri di sepanjang jalan bersama bakul, hos atau pistol air, bersedia untuk membaling ke arah orang yang lalu di situ. Lori pikap akan bergerak keliling kawasan perlahan-lahan, sambil beramai-ramai mengelilingi satu takungan air yang besar, dan akan membaling ke arah sesiapa yang mereka temui. Selalunya, mereka akan menyimpan satu bekas ais yang besar di suatu tempat, untuk menyejukkan air tersebut. Individu yang memakai payung atau sesiapa yang masih belum terkena akan menjadi sasaran mereka. Sesetengahnya mempunyai campuran air dan bedak putih bermenthol untuk disapu ke muka mereka. Setiap orang berasa seronok, dan apabila keadaan menjadi panas, air yang banyak akan menyejukkan mereka semula. Pada waktu pagi, sami akan membasuh patung Buddha (untuk meminta hujan bagi tanaman padi) dan haiwan kecil akan dilepaskan dari kandang mereka. Semasa perayaan, datuk nenek, generasi tua dan para guru akan dimuliakan oleh generasi muda. Dengan tapak tangan dirapatkan, generasi muda akan menuang sejenis wangian ke atas tapak tangan generasi tua. Sebagai balasan, mereka akan diberkati dengan kehidupan yang sihat, umur yang panjang dan kemakmuran.

Anda mungkin juga menyukai