Anda di halaman 1dari 2

MUHAMAD FADZIL BIN BAKAR

PULAU BUNTING
-Lokasi Pulau Bunting ialah melalui Kuala Sedaka. -Sebuah jambatan dibina sepanjang 2.3 kilometer dari Kuala Sedaka ke pulau ini oleh Syarikat Gamuda. -Jambatan mula dibina pada tahun 2002 dan siap pada 2004. -Di atas jambatan pelancong dapat melihat keindahan Gunung Jerai , Pulau Telur, Pulau Songsong dan Pulau Udang. -Pantainya adalah sesuai untuk para pemancing, dan tidak berapa sesuai untuk mandi manda kerana berbatu. -Bagi pelancong yang ingin ke sana boleh menggunakan jambatan yang telah siap dibina atau bot nelayan yang disewa. -Pulau Bunting dan pulau-pulau lain yang terdapat di sekitar pulau ini mempunyai mitosnya yang tersendiri. -Pelancong juga boleh menggunakan motosikal yang disediakan dengan kadar sewaan yang berpatutan. -Penduduk kampung membuka gerai-gerai di tepi jambatan untuk menambah pendapatan. -Bagi peminat jungle traking mereka boleh meneruskan minat mereka di pulau ini. -Pulau Bidan dan Pulau Telur pernah dijadikan tempat latihan tentera udara. -Aktiviti yang sesuai dilakukan di pulau ini ialah memancing, snorkeling dan beriadah. -Pulau ini penah diduduki oleh penduduk kampung suatu masa dahulu. -Bagi pelancong yang ingin bermalam mereka boleh menggunakan khemah. -Bagi kemudahan asas pulau ini belum lagi dibangunkan. -Waktu yang paling ramai orang berkunjung ialah pada waktu petang, mereka datang sekadar berjalan, berjoging dan beriadah .

MUHAMAD FADZIL BIN BAKAR

-Berdekatan pulau ini juga, syarikat cari gali minyak telah menjumpai telaga minyak tetapi belum cukup matang untuk diproses. -Di sini haruslah diadakan kemudahan asas dan pengawasan supaya pulau ini tidak tercemar . -Kos jambatan yang dibina ialah RM 20 juta. -Keluasan Pulau Bunting 7 kilometer persegi.

Anda mungkin juga menyukai