Bab 1: lsnin Edisi: Per/is, Perak, Kelantan, TerJnggpnii -"C< - Dua minggu lepas, hari lsnin, tepat jam 6:20 pagi, seorang wanita tua muncul di hadapan pintu pagar rumah Sukma. - lbu Sukma melarang Sukma membuka pintu kerana risau akan keselamatannya. - Wan ita tua itu hi lang sebelum sempat Sukma menemuinya. - Kehadiran wanita misteri itu mengganggu fikiran Sukma ketika dia menghadiri kuliah Profesor Darul. Bab 2: Selasa - Hari Selasa, tepat jam 6:20 pagi, seorang lelaki dalam lingkungan umur tiga puluhan muncul di hadapan pintu pagar rumah Sukma. - Sukma membuka pintu pagar walaupun dilarang oleh ibunya, malangnya lelaki itu sudah tiada. - Sukma dan Teja berkenalan dengan Rafiq, pelajar baru yang tinggal dan belajar di Washington. Bab 3: Rabu - Hari Rabu, pagi-pagi lagi Sukma sudah menunggu di balkoni kamarnya. - Perlakuan Sukrna meresahkan ibunya yang menyangka bahawa Sukma mengalami stres yang berpunca daripada tumpuannya terhadap pelajaran. - Sukma hairan akan sikap ibunya yang berubah daripada seorang yang bijaksana, lembut, dan sederhana kepada seorang yang mudah resah dan bimbang. - Kali ini rumah Sukma didatangi dua ekor kucing Burman tetapi menghilang ketika Sukma membuka pintu pagar. - Sukma bersetuju untuk menemani ayahnya ke Majlis Sumbangan Amal Persatuan Kraf Wanita. Bab 4: Rabu Malam - Ketika menemani ayahnya di Majlis Sumbangan Amal Persatuan Kraf Wanita, Sukma bertemu dengan Rafiq. - Sukma simpati akan penderitaan Ehsan yang menghidap sakit jantung dan sakit kulit. - Di majlis itu, Sukma bertembung dengan Iskandar yang pernah menuntut di sekolah menengah yang sama dengannya tetapi mempunyai pemikiran yang bertentangan. - Sukma terpandang wanita tua yang muncul di pintu pagar rumahnya pada pagi hari lsnin, tetapi tidak berpeluang untuk bertemu dengan wanita tua itu kerana laluannya dihalang oleh Iskandar. Bab 5: Khamis - Hari Khamis, tepat jam 6:20 pagi, seorang budak lelaki yang berusia kira-kira lima tahun berdiri di hadapan pintu pagar rumah Sukma. - Sukma sempat bercakap dengannya tetapi dia melarikan diri sebaik-baik sahaja ibu Sukma keluar dari rumah. - Di fakulti , Jerry serba salah apabila Alvin menanyakan tujuannya ke Kelab WX2, sebuah kelab hiburan yang disebut "kotak gelap" dengan suatu ruang yang disebut "sepi" untuk sekumpulan anak muda mendalami ilmu pencarian realiti dan kebebasan. - Jerry memberitahu Sukma bahawa Iskandar turut ada di Kelab WX2. (xxvi) Bab 6: Khamis Malam - Sukma memberitahu ayahnya tenta'ng kedatangan tetamu- tetamu misteri pada pukul 6:20 pagi sejak lsnin yang lalu. - lbu Sukma meminta suaminya membawa Sukma melancong. - Sukma dan Teja ke Restoran Kafe Flora, milik ibu saudara Teja untuk menenangkan perasaannya. - Sukma berkenalan dengan Erman yang mengetuai Kumpulan Waris Cinta dari Sarawak yang mengadakan persembahan tarian tradisi. - Sukma berbual-bual dengan Reny, penari kumpulan tersebut. Bab 7: Jumaat - Ketika menunggu di luar rumah, Sukma didatangi oleh Aim, budak lelaki yang pernah datang ke rumahnya sebelum ini. - Pak Rashid menawarkan diri untuk mencari Aim yang melarikan diri apabila terdengar suara ibu Sukma. - Sukma menjalani peperiksaan pada hari itu. - Rafiq meminta Jerry menjelaskan tujuan dia berada di Kelab WX2 pada hari semalamnya kepada mereka. Bab 8: Jumaat Petang - Pada ~ m 6: 20 petang, Sukma, Teja, Rafiq, dan Alvin menunggu kedatangan Jerry di tempat yang dijanjikan. - Sukma ternampak lelaki yang pernah datang ke rumahnya pada pagi hari lsnin yang lalu. - Mereka ternampak Jerry memasuki pintu Kelab WX2. - Jerry berjanji akan bertemu dengan mereka pada waktu malamnya dan meminta mereka supaya pulang. - Rafiq risau akan keselamatan Sukma, sebaliknya Sukma berkeras untuk mengikut Iskandar masuk ke dalam kelab itu. - Sukma terpaksa mengalah apabila Iskandar memujuknya supaya segera meninggalkan tempat tersebut. Bab 9: Jumaat Malam - Selain tetamu jam 6:20, penglibatan Jerry dalam Kelab WX2 kian meresahkan Sukma. - Rafiq mengajak Sukma ke Kafe Flora. - Rafiq memberitahu Sukma bahawa dia mengenali lelaki yang dikejar oleh Sukma petang itu. - Sukma memberitahu Rafiq tentang tetamu-tetamu misteri yang datang ke rumahnya. - Rafiq tidak dapat menceritakan perkara yang berlaku kepada Jerry kerana telah berjanji dengan Jerry untuk merahsiakannya daripada Sukma. - Mereka bertembung dengan Jerry yang berpakaian serba hitam. - Jerry meluahkan isi hatinya bahawa selama ini dia terpaksa menu rut segala aturan ibu bapanya sehingga jiwanya terasa kosong. Bab 10: Sa btu - Tepat pada jam 6:20, hari Sabtu, rumah Sukma didatangi nenek tua yang pernah ke rumahnya pagi lsnin yang lalu. - Perbualan ringkas antara Sukma dengan nenek tua itu meninggalkan tanda tanya kepada Sukrna. - Sukma bertelagah dengan ibunya yang menganggap Sukma tidak sihat dan perlu berjumpa dengan pakar psikologi . - Sukma berjumpa dengan Reny di pekarangan Kafe Flora ketika menunggu kedatangan Rafiq, Alvin, dan Teja. - Reny memberitahu Sukma bahawa dia mengenali Iskandar sejak setahun yang lalu dan tahu tentang "ruang sepi". - Sukma meninggalkan Reny lalu menaiki teksi ke Kelab WX2. - Tempat itu tidak menggambarkan ciri-ciri sebuah kelab muzik rock metal tetapi seperti sebuah kelab elit. Bab 11 : Sabtu Lagi - Iskandar yang kelihatan ceria, menyambut kedatangan Sukma lalu menghidangkan minuman untuk Sukma. - Iskandar cuba meyakinkan Sukma bahawa Kelab WX2 tidak terlibat dalam sebarang gejala negatif. - Sukma masih ragu-ragu tentang Kelab WX2, lebih-lebih lagi setelah melihat reaksi Iskandar yang berubah apabila dia menyebut nama Jerry. - Reny datang untuk meyakinkan Sukma, namun Sukma tidak mempercayai penjelasan mereka. - Semasa berjalan pulang, Sukma ternampak Aim yang duduk bersila sambil makan roti di kedai runcit Ah Leong. Bab 12: Sabtu Siang - Aim memberitahu Sukma bahawa neneknya yang meminta- nya supaya berdiri di hadapan pintu pagar rumah Sukma. - Sukma mengajak Aim ke rumahnya kerana ingin mendapatkan maklumat yang lebih banyak daripada Aim. - Setibanya mereka di rumah Sukma, Teja dan Rafiq yang sedia menunggu di situ hairan akan kehadiran Aim. - Mereka menyusun rancangan untuk berjumpa dengan nenek Aim dan Abang Aim. - Teja membawa Aim ke bilik Sukma setelah ibu Sukma pulang. - Sukma memberitahu Pak Rashid bahawa Aim dan Teja berada di biliknya sebelum Pak Rashid memberi jalan untuk membawa kedua-duanya keluar dari bilik Sukma. - Teja dan Rafiq pergi menemui Abang Aim manakala Sukma menemani Aim yang tertidur di atas katilnya. - Melalui Pak Rashid, Sukma mengetahui bahawa ibunya mempunyai agenda penting yang tersembunyi dan hanya Sukma yang dapat mencari jawapannya. Bab 13: Sabtu Petang - Sukma meninjau situasi di rumahnya sebelum membawa Aim keluar dari biliknya. - lbu Sukma membelikan Sukma buku tentang panduan untuk menghilangkan tekanan dan hal ini menimbulkan perselisihan faham antara Sukma dengan ibunya. - Sukma berjanji untuk meminta maaf kepada ibunya,. - Sukma menanyakan ayahnya tentang masalah remaja di daerah itu, tetapi ayahnya tidak tahu tentang Kelab WX2. - Selepas menunaikan fardu maghrib, Sukma membawa Aim keluar dari biliknya. Bab 14: Sabtu Malam - Sukma menemui Rafiq dan Teja di Kafe Flora lalu diberitahu oleh Rafiq bahawa dia dan Teja telah bertemu Abang Aim. - Abang Aim tinggal di belakang rumah siak masjid sejak sebulan yang lalu dan dikatakan menghidap AIDS. - Iskandar mempertahankan "ruang sepi" dan menyatakan bahawa dia tidak tahu tentang kehilangan Jerry. - Mereka menghantar Aim pulang ke rumah neneknya. - Nenek Aim rupa-rupanya bidan yang menyambut kelahiran Sukma dan menjaga Sukma hingga dia berusia dua bulan. - Ketika Sukma berumur empat tahun, berlaku perbalahan antara nenek Aim dengan ibu Sukma. - Sukma ternampak Jerry yang dalam ketakutan lalu mengejarnya. Bab 15: Sabtu Malam yang Sama - Sukma, Rafiq, dan Teja menemui Jerry yang dalam keadaan tidak terurus. - Jerry menyatakan perasaan takutnya kerana ada sesuatu yang besar akan berlaku dan hanya Sukma yang dapat menghentikan perkara itu daripada berlaku. (xxvii) - Selepas menghantar Jerry ke rumahnya, mereka menemui Abang Aim. ' - Abang Aim menyatakan bahawa Iapan peratus daripada pengikut Kelab WX2 merupakan golongan remaja. - Abang Aim memberitahu Sukma tentang suatu kejadian yang mempunyai kaitan dengan ibu Sukma dan hal ini mengejutkan Sukma hingga dia mengajak Rafiq pulang. - Ayah Sukma yang sedang menunggu Sukma di ruang tamu bertanya tentang sebab Sukma berada di Kelab WX2 seperti yang didakwa oleh Kak Ros. - Sukma meminta ayahnya supaya mengambil tahu akan hal ibunya yang dirasakannya sudah banyak berubah. - Sukma hendak ke rumah Kak Ros tetapi ditahan oleh Iskandar yang memujuknya dan mempertahankan "ruang sepi". - Sukma memberitahu Kak Ros segala-galanya dan bersedia bekerjasama untuk menyiasat kegiatan Kelab WX2. Bab 16: Ahad - Tepat pada jam 6:20, genap seminggu peristiwa ini berlaku. - Ketika berdiri di balkoni, Sukma ternampak Iskandar di pintu pagar. - Iskandar beredar 'apabila ibu Sukma menemuinya dan bercakap dengannya. - Nenek dan Aim datang lalu mengajak Sukma ke kubur ayah Aim yang meninggal dua tahun lepas. - Sukma nekad untuk membongkar kegiatan Kelab WX2. Bab 17: Ahad Pagi - Teja dan Rafiq menunggu Sukma di Kelab WX2. - Sukma mengikut Kak Ros masuk ke dalam Kelab WX2. - Jerry. memberitahu Sukma bahawa dia sekeluarga akan memnggalkan daerah tersebut kerana bimbang akan keselamatan mereka. - Sukma memujuk Jerry supaya memberikan keterangan tentang kegiatan Kelab WX2. - Jerry menyatakan rasa kesalnya menyertai Kelab WX2, namun dia tidak mempunyai pilihan kerana semuanya sudah diatur oleh pemimpin kelab tersebut. - Mereka diberi suntikan "Pati 1" supaya aktiviti mempengaruhi pemikiran seseorang lebih mudah dijalankan. - Suntikan lain digunakan untuk mereka yang ingkar dan cuba membongkar rahsia pergerakan kelab mereka. Bab 18: Ahad Petang - Rafiq menyampaikan maklumat terbaru kepada Kak Ros ten- tang Kelab WX2 yang merancang untuk mengadakan rusuhan. - Iskandar menyatakan kekesalannya kerana terpengaruh oleh agenda dari Barat. - Pada pukul 6:20 petang, operasi bermula berdasarkan perancangan yang dibuat dengan rapi. - ~ k Ros tidak membenarkan Sukma terlibat dalam operasi 1tu, sementara ayahnya pula meminta Sukma menemaninya. - Sejam kemudian, beberapa tangkapan telah dibuat. - Sukma dan ayahnya bimbang akan keselamatan Puan Delia. Bab 19: Hari lni - Kisah selama seminggu diceritakan oleh Sukma di mahkamah. - l ~ u n y diberi tugas sebagai pemberi maklumat kepada P!hak atasan, bukannya pengkhianat negara seperti yang d1sangkakannya dan masyarakat sekeliling. - lbu Sukma koma sebagai akibat terkena tembakan anggota kumpulan itu ketika operasi dijalankan. - Sukma berdoa agar ibunya akan sedar supaya dia dapat memohon maaf daripadanya. lema Jati diri remaja yang diuji dengan arus kemodenan dan anasir-anasir Barat yang mempengaruhi jiwa mereka. Persoalan (a) Perasaan curiga dan ingin tahu yang menebal dalam diri. (b) Sikap berdedikasi pemimpin terhadap tanggungjawabnya. (c) Konfhk dalam keluarga disebabkan oleh salah faham. (d) Semangat setia kawan yang kukuh hingga melahirkan rasa ingin membantu dalam apa-apa jua keadaan. (e) Pengorbanan yang dilakukan demi melaksanakan tugas yang diamanahkan. Watak dan Perwatakan (a) Watak utama: Nur Sukma Tuan Haji Syaqir. (b) Watak sampingan: Tuan Haji Syaqir, Puan Delia, Rafiq Mustaqeem, Teja, Jerry, Alvin, Pak Rashid, Kak Ros, Aim. Nur Sukma (Sukma) (a) Anak tunggal Tuan Haji Syaqir dan Puan Delia. (b) Usianya 19 tahun, bertubuh kurus dan sederhana tinggi, serta berpenampilan kemas dan cantik. (c) Mahasiswi jurusan Sains dan Politik di sebuah universiti awam. (d) Aktif dan cemerlang dalam akademik. (e) Mempunyai karisma sebagai pemimpin dan tidak pernah kenai erti putus asa. (f) Berkawan rapat dengan Teja. Rafiq Mustaqeem (Rafiq) (a) Anak tunggal yang berusia 19 tahun. (b) Tampan dan berketurunan Melayu, Timur Tengah, dan lnggens. (c) Ternan sekuliah dan jiran baru Sukma. (d) Baru pulang dari Washington dan menyambung pengajian dalam b1dang Sains Politik. (e) Mempunyai jati diri yang kukuh walaupun dibesarkan di Bar at. (f) Mahasiswa yang cemerlang, berperwatakan sederhana, merendah diri, dan tenang. Plot Binaan Plot (a) Permulaan - Sukma menyedari kedatangan tetamu- tetamu misteri pada pukul 6:20 setiap pagi di hadapan p1ntu pagar rumahnya. Dia tertanya-tanya akan tujuan kedatangan mereka. Keinginannya untuk menemui tetamu-tetamu tersebut sering dihalang oleh ibunya yang mengambil berat akan keselamatannya. (b) Perkembangan - Hari-hari seterusnya, rumah Sukma didatangi oleh tetamu-tetamu misteri itu. Sukma tetap berusaha untuk mengetahui tujuan kedatangan mereka. Pada masa yang sama, Sukma bimbang apabila mengetahui bahawa Jerry turut terlibat dalam Kelab WX2. (c) Konflik - Sukma ke Kelab WX2 untuk membawa Jerry keluar dari kelab itu, namun niatnya dihalang oleh Iskandar. Pertemuannya dengan salah seorang tetamu misteri di sana menyebabkan Sukma tertanya-tanya tentang kaitan antara kedua-dua perkara tersebut. (d) Klimaks - Sukma berasa sedih dan kecewa apabila mengetahui bahawa ibunya ialah pemimpin utama Kelab WX2 yang melancarkan operasi rusuhan. Walaupun begitu, dia tetap berasa bimbang akan keselamatan ibunya. (xxviii) (e) Peleraian - Di kamar saksi mahkamah, Sukma menceritakan peristiwa yang berlaku sepanjang minggu di rumahnya. Dia turut mempertahankan ibunya yang pernah dianggapnya sebagai pengkhianat negara. Rupa- rupanya, ibu Sukma ialah agen perisik pihak berkuasa yang diberi tanggungjawab untuk menumpaskan Kelab WX2. lbu Sukma sebenarnya wira negara. Teknik Plot (a) lmbas kembali. Contohnya, nenek tua menceritakan kisah yang berlaku antara dia dengan ibu Sukma ketika Sukma kecil. (b) Pemerian. Contohnya, pengarang memerihalkan ke- datangan nenek tua pada pagi hari Sabtu. Nenek tua yang enggan masuk ke rumah Sukma itu telah memberi Sukma sebiji manggis. (c) Dialog. Contohnya, dialog antara watak-watak, termasuklah dialog antara Sukma dengan ibunya. (d) Monolog. Contohnya, Sukma tertanya-tanya sendirian tentang maksud kata-kata nenek tua yang datang ke rumahnya pada pagi Sabtu itu. .. Latar Latar Masa (a) Pada masa sekarang. (b) Masa berlangsung selama tujuh hari. (c) Pada waktu pagi, petang, dan malam. latar Tern pat (a) Di banglo mewah di Taman Megah milik Tuan Haji Syaqir. (b) Di dewan kuliah. (c) Di Kelab WX2. (d) Di Kafe Flora. (e) Di rumah nenek Aim. (f) Di warung nasi lemak Pak Alias. (g) Di belakang rumah siak masjid. latar Masyarakat (a) Masyarakat yang bertanggungjawab. (b) Masyarakat yang gigih berusaha dan mengutamakan pendidikan. (c) Masyarakat yang mementingkan kasih sayang dalam keluarga. (d) Masyarakat yang sanggup berkorban demi negara. (e) Masyarakat yang mudah terpengaruh oleh sesuatu yang baru. Gaya Bahasa (a) Bahasa Arab. Contohnya, lnsya-AIIah; Alhamdulillah; madrasah; souq; Assalamualaikum. (b) Bahasa lnggeris. Contohnya, The Road To Mecca; Power- Point; terror; reign of Terror. (c) Simile. Contohnya, kaku seperti patung cendana; bersolek pucat seperti mayat. (d) Personifikasi . Contohnya, cuaca pagi terasa menggigit kerano motam tadi hujan turun dengon lebat. (e) Metafora. Contohnya, kerusi panas; pintu jowapan. (f) Penggunaan ayat pendek. Contohnya, o "Sukmar o Jerry ketawa /agi. Masih subuh sekali. (g) Penggunaan ayat panjang. Contohnya, "Macam manalah soya tak ketawa, ibu kan tahu rumah kita ni setiap pagi sejak hari lsnin lepas, ada-ada sahaja orang datang. Nilai (a) Prihatin. Contohnya, Tuan Haji Syaqir mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan rawatan kulit Ehsan . (b) Berdikari . Contohnya, Sukma tidak mengharapkan bantuan ibu dan ayahnya, malah dia lebih suka berdikari dalam setiap perkara yang dilakukannya. (c) Bertanggungjawab. Contohnya, Tuan Haji Syaqir bertanggungjawab terhadap tugasnya sebagai pengerusi persatuan penduduk. (d) Rajin. Contohnya, Sukma dan rakan-rakannya sering berbincang tentang pengajian mereka. (e) Kejujuran. Contohnya, Reny berterus terang dengan Sukma tentang hubungannya dengan Iskandar yang melebihi hubungan seorang rakan. (f) Amanah. Contohnya, Puan Delia bersikap amanah apabila dia merahsiakan segala kegiatannya daripada suami dan anaknya demi menjalankan tugasnya. Pengajaran (a) Janganlah kita mudah terpengaruh oleh anasir luar. (b) Kita hendaklah mempunyai perasaan simpati penderitaan orang lain. (c) Kita hendaklah mempunyai jati diri yang kuat. (d) Kita hendaklah mempunyai sikap setia kawan. (e) Kita hendaklah tabah menghadapi segala dugaan.