Anda di halaman 1dari 9

Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis dalam Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Ahli kumpulan : Nurul Izzati Binti Md Ramli Nur Amalina Binti Aminuddin

Pendidikan Jasmani
Proses pembelajaran yang bertujuan membangunkan pengetahuan tertentu, kemahiran dan kefahaman serta menggalakkan kecekapan fizikal. Fokus pelaksanaan kepada pembangunan kecekapan fizikal dan bukan aktiviti fizikal murid.

Pendidikan Kesihatan
Proses mengembang dan membekal pengalaman pembelajaran yang terancang. Bertujuan memberi maklumat, mengubah sikap dan mempengaruhi tingkah laku.

Kepentingan PJK kepada murid-murid


Membangunkan kemahiran pergerakan asas, kreatif, sukan dan gimnastik sambil mempelajari literasi bahasa. Memberikan kefahaman tentang keselamatan diri dan orang lain, peralatan dan tempat aktiviti sambil mempelajari literasi bahasa.

Membangunkan tahap kecergasan

Memberi peluang kepada murid untuk mengenali diri dan penjagaan kebersihan diri sendiri

Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar tentang Gaya Hidup Cergas dan Gaya Hidup Sihat

Aktiviti
Aktiviti bermain dengan huruf dan perkataan secara lokomotor dan bukan lokomotor. Permainan mengeja Permainan membentuk ayat

Pelontar abjad
Murid berdiri pada jarak 1 meter dari set permainan abjad. Murid diminta untuk melontar pundi kacang ke arah satu abjad pada set permainan abjad.

Sekiranya lontaran mengenai mana-mana abjad, maka pelajar perlu mengutip abjad tersebut.
Abjad tersebut hendaklah dibawa ke stesen seterusnya.

Teng-teng ajaib
Pelajar dikehendaki membaling dadu untuk menentukan bilangan lompatan. Seterusnya, cari perkataan yang bermula dengan abjad yang dibawa. Ambil dan eja perkataan tersebut. Kemudian, pergi ke stesen seterusnya.

Telaga perkataan
Pelajar perlu membawa perkataan bersama ke telaga perkataan. Di dalam telaga perkataan, terdapat beberapa perkataan yang perlu disusun untuk membentuk ayat yang lengkap. Pelajar dikehendaki mencari warna yang sama pada kad perkataan.

Kemudian susun perkataan tersebut supaya membentuk ayat pada ruangan yang disediakan.

Rujukan
Khairuddin Mohamad(2011). Siri Pendidikan Guru Literasi Bahasa Melayu. Shah Alam. Oxford Fajar Sdn. Bhd

Anda mungkin juga menyukai