Anda di halaman 1dari 11

Sumber: Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.

Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

KEMAHIRAN BERTUTUR

Proses dan Bentuk Kemahiran Bertutur


P & P kemahiran bertutur memerlukan perancangan

yang teliti dan menyeluruh. Perkara ini perlu untuk memastikan murid dapat menguasai kefasihan dan kecekapan pertuturan. Sehubungan itu, oleh sebab kemahiran bertutur adalah kemahiran berkomunikasi, maka penting untuk guru merangka pengajaran masing-masing berdasarkan fungsi bahasa. Fungsi bahasa menghuraikan proses dan bentuk kemahiran bahasa yang perlu dikuasai oleh murid.

Fungsi bahasa yang perlu diberi penekanan oleh guru yang mengajar kemahiran bertutur: (Maimunah Samat dan Radiah Nordin, 1992:33-35)
Fungsi (i) peribadi (ii) perhubungan (iii) memberi arahan (iv) menyoal (v) merujuk (vi) imaginasi (vii) menyampai maklumat

Fungsi peribadi
Proses dan bentuk kemahiran bertutur berdasarkan

fungsi peribadi merujuk kepada keupayaan dan kebolehan murid untuk menyampaikan buah fikiran, perasaan dan kehendak mereka dengan jelas.
Sebagai contoh, fungsi ini ditunjukkan melalui cara

murid melahirkan perasaan suka, gembira, marah dan kecewa dengan jelas serta difahami.

Fungsi perhubungan
Proses dan bentuk kemahiran bertutur

berdasarkan fungsi perhubungan pula, penting dalam kehidupan seharian muridmurid disebabkan penekanan diberi kepada pengucapan bertatasusila yang menjamin keharmonian perhubungan dan perpaduan dalam masyarakat.

Antara contoh pengucapan bertatasusila


melahirkan rasa simpati terhadap orang lain menumpang kegembiraan menunjukkan keprihatinan kepada kebajikan orang lain meminta diri meminta maaf dan memberi maaf memberi alasan tanpa menyinggung perasaan orang lain menyatakan penghargaan dan terima kasih menyatakan persetujuan dengan pendapat orang lain menyatakan ketidaksetujuan mencelah dengan cara yang sopan semasa orang lain

sedang bercakap

Fungsi memberi arahan


Proses dan bentuk kemahiran bertutur

berdasarkan fungsi memberi arahan membolehkan murid menggunakan ayat permintaan, memberi arahan dan menyatakan peraturan dengan jelas. Fungsi ini juga meliputi kemahiran bagaimana memberi cadangan, memujuk dan cuba meyakinkan orang lain.

Fungsi menyoal & merujuk


Proses dan bentuk kemahiran bertutur dengan

fungsi menyoal pula bertujuan melatih muridmurid untuk mengemukakan soalan dengan jelas, tepat dan ringkas. Fungsi merujuk sebagai salah satu proses dan bentuk kemahiran bertutur pula adalah fungsi bahasa yang paling kerap diajar oleh guru. Fungsi ini berkaitan dengan kemahiran bertutur tentang kejadian yang telah, sedang dan akan berlaku.

Fungsi merujuk
Ketika pelaksanaannya, murid-murid lebih banyak

dilatih menggunakan aspek linguistik dengan betul dan tepat . Contohnya: i. penggunaan perbendaharaan kata ii. penggunaan struktur ayat iii. penggunaan aspek morfologi iv. menterjemah satu bahasa ke satu bahasa yang lain

Fungsi imaginasi
Pernyataan proses dan bentuk kemahiran bertutur

yang diterjemahkan melalui fungsi imaginasi bertujuan melatih murid-murid menggunakan bahasa secara kreatif ketika bertutur. Contoh fungsi ini ditunjukkan melalui aktiviti i. mencipta dan melafaz puisi dengan nada dan intonasi yang betul; ii. menggunakan bahasa berirama, iii. bertutur secara spontan dalam lakonan dan drama iv. bercerita secara kreatif.

Fungsi menyampai maklumat


Proses dan bentuk kemahiran bertutur

melalui fungsi menyampai maklumat yang bertujuan melatih murid-murid menyampaikan maklumat secara lisan. Maklumat ini disampaikan dengan jelas dan betul berdasarkan pengalaman, pendengaran dan pembacaan untuk dikongsi dengan orang lain.

Anda mungkin juga menyukai