Anda di halaman 1dari 1

Gimnastik sering dianggap sebagai aktiviti pendidikan yang bertujuan untuk memperbaiki kualiti pergerakan supaya lebih baik

dan sempurna dalam kalangan murid sekolah. Gimnastik mampu melatih daya kelenturan, daya kekuatan, daya fleksibiliti, daya ketangkasan dan daya koordinasi yang mampu menyumbang ke arah kesihatan dan kecergasan kanak-kanak. Sukan gimnastik membantu kanak-kanak dalam mengembangkan pertumbuhan mereka dari segi kognitif dan fizikal. Gimnastik mengandungi pembelajaran yang membantu mengembangkan lokomotor dan teknik keseimbangan dan juga kesedaran ruang. Oleh itu, kanak-kanak boleh belajar untuk mengimbangkan tubuh badan mereka dan menggunakan ruangan yang terdapat di persekitaran mereka untuk bergerak. Aktiviti gimnastik dapat mencabar daya fikiran kanak-kanak. Apabila kanak-kanak melakukan pelbagai pergerakan, mereka akan berfikir secara lebih meluas untuk menambahkan lagi aksi atau pergerakan yang baru. Dalam erti kata lain, kanak-kanak berpeluang untuk meneroka kecergasan tubuh badan mereka sendiri. Sukan gimnastik ini meningkatkan keupayaan kognitif kanak-kanak dan kebolehan yang afektif dari segi penyelesaian masalah, pergerakan mekanikal tubuh badan dan estetika. pengalaman belajar dapat dipelbagaikan kepada kanak-kanak untuk merasai suasana persekitaran yang berbeza. Nilai disiplin dan patuh kepada arahan dapat diterapkan dalam diri kanak-kanak. Sikap sabar, tidak mudah patah semangat dan bekerjasama dapat dipupuk menerusi sukan gimnastik ini. Bakat kanak-kanak dapat diperkembangkan supaya meminati sukan ini dan membantu bakat mereka di dalam bidang lain. Sebagai contoh, gimnastik juga membantu kanakkanak berkembang dalam bidang tarian dan juga renang. Pergerakan gimnastik dapat bertindak atau menyelesaikan masalah secara kreatif dalam keadaan yang mereka mampu untuk melakukannya. Apabila kanak-kanak melakukan latihan mereka akan sanggup berkongsi peralatan dengan rakan-rakan yang lain. Hal ini akan mengeratkan hubungan persahabatan di antara kanak-kanak itu. Pergerakan gimnastik menjadikan kanak-kanak sebagai pemimpin yang cekap serta menjadikan alat kepada individu atau kelompok untuk bertindak dalam pelbagai situasi secara konstruktif dari segi fizikal, mental, dan juga sosial.

Anda mungkin juga menyukai