Anda di halaman 1dari 11

1

ISI KANDUNGAN

BIL

TAJUK

MUKA SURAT

PERNYATAAN MASALAH

OBJEKTIF KAJIAN

SAMPEL KAJIAN

KAEDAH KAJIAN

INSTRUMENT KAJIAN

I-I

MASALAH KAJIAN

2
1.1

Pengenalan
Kualiti pengajaran guru di sekolah adalah berkait rapat dengan pemilihan

pendekatan pengajaran yang diamalkan. Seandainya amalan pendekatan pengajaran


mereka bertepatan dengan objektif sukatan pelajaran maka terbuktilah kuantiti yang
dituntut. Mata pelajaran sains teras mempunyai struktur dan kandungan adalah
tersusun secara hieraki . Ini bermakna seseorang pelajar itu perlu menguasai asas
sebelum menguasai pengetahuan atau kemahiran berikutnya.
Bloom (1968), telah menyatakan bahawa semua atau hampir semua pelajar
boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh
keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi disediakan oleh
guru untuk pelajar menguasai pembelajarannya. Ini bermakna suatu pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai perlu dirancang dengan baik bagi
memastikan semua pelajar menguasai hasil pembelajaran yang diharapkan dalam
satu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya.
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan menilai tahap pemahaman dan
ingatan pelajar dalam sesuatu topik Sains melalui Teknik Menulis Nota Sebelum dan
Selepas Proses Pengajaran dan Pembelajaran.
Nota ialah catatan-catatan yang diambil dan disediakan daripada pelbagai
sumber untuk tujuan ulang kaji. Sumber-sumber itu boleh diperoleh daripada buku
teks, buku rujukan, perbincangan berkumpulan, pengajaran guru ataupun ceramah.
Dari situ, pelajar akan mencatat dan mengambil isi-isi penting untuk diingat atau
difahami. Menurut Salihah (1991), teknik belajar terdiri daripada kemahiran
membaca, mengulang kaji, mencatat nota dan kemahiran pengurusan masa.

1.2

Latar Belakang Masalah


Proses pembelajaran merupakan proses yang penting dalam kehidupan kita,

khasnya dalam bidang pendidikan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,

3
memang tidak dapat dinafikan bahawa model pengajaran yang digunakan oleh guru
adalah penting. Namun, strategi pembelajaran setiap pelajar juga memainkan peranan
yang penting dalam pencapaian akademik. Menurut Sabri (2003) dalam bukunya
Kemahiran Belajar Berkesan, sekumpulan pakar psikologi pembelajaran mendapati
bahawa perbezaan antara individu dalam kapasiti kerja dan belajar dinilai dengan:
1. Kebijaksanaan dan kebolehan istimewa 50-60%
2. Rajin, usaha dan kaedah belajar yang efektif 30-40%
3. Peluang dan faktor-faktor persekitaran 10-15%
Kebolehan adalah penting untuk berjaya dalam pendidikan di peringkat tinggi
tetapi kebolehan semata-mata adalah tidak mencukupi. Ramai pelajar yang cerdik
tetapi gagal terutamanya dalam mata pelajaran sains kerana mereka membuat kerjakerja yang tidak sesuai ataupun tidak mengetahui bagaimana untuk belajar secara
berkesan.
Kejayaan dalam pelajaran sebenarnya boleh dikecapi oleh sesiapa sahaja dan
tidak semestinya hak mutlak pelajar yang hanya mempunyai tahap kecerdasan minda
yang tinggi sahaja. Apa yang penting adalah cara dan teknik dalam kemahiran belajar
yang diguna pakai oleh pelajar itu sendiri.
Beberapa aspek penting dalam kemahiran belajar adalah seperti teknik
mengambil nota, teknik mengulang kaji, teknik mengingat, teknik membaca dan
pengurusan masa harus dipelajari dan diamalkan tetapi hanya sedikit pelajar sahaja
yang mendapat tunjuk ajar yang sistematik dalam perkara ini.
Di sekolah menengah, peperiksaan SPM merupakan peristiwa penting bagi
pelajar tingkatan 5 di alam sekolah. Oleh itu, pelajar memerlukan satu strategi
pembelajaran yang bersistematik. Kecemerlangan pelajar adalah menjadi harapan
pelbagai pihak terutamanya ibu bapa, pihak sekolah dan ahli masyarakat. Pelajar
yang memperolehi pencapaian yang rendah atau gagal tidak semestinya
menunjukkan ia malas atau lembab, mungkin mereka tidak pernah diberi panduan,
tunjuk ajar serta pendedahan tentang strategi dan kaedah belajar yang berkesan.
Maka, pengetahuan tentang strategi pembelajaran yang berkesan adalah penting
untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang.

1.3

Penyataan Masalah.
Menurut Sabri (2003), kejayaan dalam proses pembelajaran bukan sahaja

hasil daripada keupayaan dan kerajinan semata-mata tetapi juga hasil daripada
keberkesanan kaedah belajar. Namun mengikut kajian lepas yang telah dibincangkan
dalam latar belakang masalah, masih terdapat ramai pelajar yang tidak mengetahui
strategi pembelajaran yang berkesan.

Kebanyakan pelajar bergantung

kepada

teknik-teknik belajar yang dipelajari di sekolah atau yang mereka peroleh daripada
pemerhatian dan pengalaman.
Seperti kebiasaan, pelajar hanya akan menyalin nota yang diberikan oleh guru
mata pelajaran samada diberi secara bertulis (di papan hitam) atau secara lisan di
mana pelajar akan menyalin setiap patah kata yang diucapkan oleh gurunya. Dan
yang terkini adalah dengan cara potong dan tampal di mana guru akan mengedarkan
nota-nota yang telah siap di photostat kepada pelajarnya dan pelajar tersebut hanya
perlu potong dan tampal dalam buku nota mereka dan seterusnya pelajar perlu
menghafal setiap isi kandungan nota yang diberi itu. Namun, ada satu masalah yang
mungkin timbul apabila pelajar terlalu banyak membuat proses input ini tanpa
membuat proses seterusnya iaitu output. Apabila pelajar terlalu banyak menghafal,
pelajar mungkin telah hafal banyak perkara, tetapi apabila di dalam dewan
peperiksaan, mampukah pelajar mengingatinya semula untuk menjawab soalansoalan peperiksaan? Mungkin boleh tetapi jika pelajar berlatih menggunakan proses
output (menulis nota) ini, pelajar akan lebih mudah menjawab soalan peperiksaan.
Sehubungan dengan itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji dan
menilai tahap pemahaman dan ingatan pelajar dalam sesuatu topik Sains melalui
Teknik Membuat Nota Sebelum dan Selepas Proses Pengajaran dan Pembelajaran.
Kaedah penulisan nota ini saya namakan sebagai Akbar Memori.

1.4

Objektif kajian

5
Kajian ini secara terperincinya ingin mencapai objektif berikut
i.

Meningkatkan peratus kelulusan yang mempunyai kualiti yang lebih


baik.

ii.

1.5

Menentukan tahap minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains.

Persoalan Kajian

Berhubung dengan pernyataan masalah dan objektif kajian, berikut adalah beberapa
persoalan kajian:
(i)

Berapakah peratus kelulusan pelajar dalam mata pelajaran Sains?.

(ii) Bagaimanakah strategi dan kaedah pembelajaran pelajar di sekolah


menengah?.
(iii) Sejauh mana pelajar dapat mengamalkan teknik mencatat nota dalam
pelajaran Sains?.
(iv) Adakah terdapat perkaitan antara strategi pembelajaran pelajar dengan
pencapaian akademik?

1.6

Kepentingan kajian
Hasil dari kajian ini diharapkan akan dapat memberi maklumat kepada guru

dan pelajar mengenai amalan teknik menulis nota yang berkesan dalam memahami
dan mengingat setiap topik yang diajar dan dipelajari yang mana akhirnya nanti akan
mengubah persepsi pelajar kepada Sains adalah mudah seterusnya akan
meningkatkan tahap pencapaian pelajar dalam setiap peperiksaan yang dijalankan.
1.7

Batasan kajian

Kajian ini mempunyai batasan seperti berikut:


1. Kajian ini akan menggunakan bilangan pelajar yang terbatas di Sekolah
Menengah Teknik Kluang. Mereka bukanlah merupakan contoh perwakilan
sebenar untuk sesuatu kawasan. Oleh itu, hasil dapatan kajian ini tidak dapat
digenerasikan kepada semua pelajar tingakatan 4.

6
2. Dalam kajian ini wujud kesukaran untuk mengawal pembolehubah luar yang
memesong dari tujuan kajian misalnaya maklumat palsu yang mungkin
diberi oleh sample kajian.

1.8

Populasi dan Sampel Kajian


Kajian ini akan dijalankan di Sekolah Menengah Teknik, Kluang yang terdiri

daripada 10 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan tingkatan 4.


Menurut guru kelas ini, pencapaian tahap pembelajaran adalah diparas sederhana dan
pencapaian dalam mata pelajaran Sains juga hampir sama.

1.9

Instrumen Kajian
Instrumen kajian pelajar terdiri daripada borang soal selidik 1, kertas ujian

pra, kertas ujian pos, borang penulisan nota (akhbar memori) dan satu borang soal
selidik.
Tujuan penggunakan instrument yang dinyatakan ialah;

1.9.1

Borang Soal Selidik 1


Borang ini mengandungi serba sedikit tentang maklumat latar belakang

sample kajian. Maklumat adalah meliputi nama, jantina, kelas dan gred Sains dalam
PMR yang lalu. Soal selidik pula adalah berkaitan tentang persepsi dan nilaian
pelajar terhadap penulisan nota.

1.9.2 Kertas Ujian Pengesanan


Bertujuan untuk mengesan dan menilai tahap pencapaian pelajar dalam topik
yang telah dipelajarinya di dalam kelas. Ujian yang diberikan adalah berdasarkan
sukatan pelajaran sains tingkatan satu. Aturan mengubal soalan seperti berikut

7
i.

Konsep yang hendak diuji diatur terlebih dahulu

ii.

Soalan-soalan mula dibina.

Untuk mendapatkan soalan yang dibina, pengkaji telah merujuk kepada buku-buku
rujukan untuk dijadikan instrumen. Sila rujuk Lampiran 3
Jadual 1 : Jadual skor ujian pengesanan pelajar
UJIAN
Ujian Pra

BILANGAN SOALAN
1 1
3 4 5 6 7 8 9
0 1

15

Skor
Jumlah
Skor

1.9.3

Kertas Ujian Pos


Bertujuan menguji dan menilai kesan kaedah pembelajaran melalui penulisan

nota (Akhbar Memori). Soalan untuk ujian pos adalah hampir sama dengan ujian pra.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa pindaan dilakukan terutama pada susunan
nombor dilakukan. Oleh itu, ujian pos telah disusun semula supaya soalan tersebut
dilihat sebagai soalan berbentuk baru. Jadual dibawah menunjukkan susunan semula
soalan-soalan ujian pra dalam ujian pos. Sila rujuk Lampiran 4

Jadual 2 : Jadual skor ujian pos pelajar


UJIAN
Ujian Pra

BILANGAN SOALAN
1 1
3 4 5 6 7 8 9
0 1

Skor
Jumlah
Skor

1.9.4

Borang Soal Selidik 2

15

Mengetahui respone dan persepsi pelajar terhadap kaedah kajian serta


menilai keberkesanan kaedah penulisan nota (Akhbar Memori). Borang soal selidik
ini hanya diedarkan kepada kumpulan eksperimen sahaja. Ianya mengandungi 10
item yang dikemukakan .(lihat Lampiran 2)

1.9.5 Borang Penulisan Nota (Akhbar Memori)


Borang yang direka khusus untuk menulis nota oleh sampel kajian. (Lihat lampiran
5). Lampiran 6 pula menerangkan teknik dan kaedah yang betul dalam penulisan
nota.

2.0

Prosedur Kajian

Kajian ini akan dijalankan secara berperingkat seperti berikut;


2.0.1

Peringkat 1
Pelajar terlibat akan diberi penerangan dan taklimat tentang tujuan kajian dan

dikehendaki mengisi Borang Soal Selidik.


2.0.2

Peringkat 2
Pelajar terlibat akan diberi satu set ujian pengesanan yang mana bertujuan

untuk mengesan dan menilai tahap pencapaian pelajar dalam topik yang telah
dipelajarinya di dalam kelas. Pelajar akan menjawab soalan hanya berdasarkan
kepada pengetahuan dan pemahaman tentang topik yang telah mereka pelajari. Setiap
jawapan yang dipilih dalam ujian akan diberi skor mudah seperti yang ditunjukkan
dalam jadual di bawah
Jadual 3 : Jadual skor ujian pengesanan pelajar

9
Kadar skor
Jawapan salah

Nilai skor
0

Jawapan betul separa

Jawapan betul

Petunjuk daripada markah skor ini dapat diringkaskan seperti berikut :


i.

Sekiranya semua jawapan adalah betul Pelajar dapat menguasai

ii.

Terdapat jawapan separa Pelajar kurang menguasai

iii.

Jawapan salah Tahap penguasaan pelajar yang sangat lemah

Jumlah markah bagi 15 item soalan tersebut ialah 30 markah yang kemudiannya
ditukarkan kepada 100 markah
Jadual 4 : Jadual tahap penguasaan ujian pengesanan pelajar

2.0.3

Skor
0 40

Tahap Penguasaan
Rendah

41 -70

Sederhana

71 100

Tinggi

Peringkat 3
Bimbingan secara berkumpulan dan individu oleh guru. Pelajar akan

dibimbing cara dan teknik berkesan untuk menulis nota yang betul dengan
menggunakan Akhbar Memori. Lihat lampiran berkenaan teknik penulisan nota yang
berkesan.
2.0.4

Peringkat 4

10
Pelajar terlibat akan diberi satu set ujian pos yang mana bertujuan untuk
menguji dan menilai kesan kaedah pembelajaran melalui penulisan nota (Akhbar
Memori). Soalan untuk ujian pos adalah hampir sama dengan ujian pengesanan.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa pindaan dilakukan terutama pada susunan
nombor dilakukan. Oleh itu, ujian pos telah disusun semula supaya soalan tersebut
dilihat sebagai soalan berbentuk baru. Berikut adalah format analisis data dari ujian
pos.
Jadual 5 : Jadual skor ujian pos pelajar
Kadar skor
Jawapan salah

Nilai skor
0

Jawapan betul separa

Jawapan betul

Petunjuk daripada markah skor ini dapat diringkaskan seperti berikut :


iv.

Sekiranya semua jawapan adalah betul Pelajar dapat menguasai

v.

Terdapat jawapan separa Pelajar kurang menguasai

vi.

Jawapan salah Tahap penguasaan pelajar yang sangat lemah

Jumlah markah bagi 15 item soalan tersebut ialah 30 markah yang kemudiannya
ditukarkan kepada 100 markah

Jadual 6 : Jadual tahap penguasaan ujian pos pelajar


Skor
0 40

Tahap Penguasaan
Rendah

41 -70

Sederhana

71 100

Tinggi

2.0.5 Peringkat 5

11
Mengetahui respone dan

persepsi pelajar terhadap kaedah kajian serta

menilai keberkesanan kaedah penulisan nota (Akhbar Memori). Borang soal selidik
ini hanya diedarkan kepada kumpulan eksperimen sahaja. Ianya mengandungi 10
item yang dikemukakan .(lihat lampiran). Borang soal selidik ini adalah penutup bagi
peringkat kajian ini.

Anda mungkin juga menyukai