Anda di halaman 1dari 1

Malaysia yang mempunyai sifat iklim yang panas dan lembab sepanjang tahun mudah terdedah kepada keadaan

cuaca yang ekstrem seperti kemarau dan juga hujan lebat yang boleh mengakibatkan banjir besar. Keadaan ini akan meninggalkan impak kepada penduduk terutamanya dari aspek kesihatan. Penyakit mudah berjangkit pada musim banjir melalui pencemaran air. Banjir menyebabkan sumber air yang bersih akan terdedah kepada pencemaran. Mutu air terjejas melalui limpahan air kumbahan dan sisa-siasa industri. Selain itu juga, arus air banjir yang deras akan membawa bersamasama sisa-sisa hakisan, kelodak,lumpur,bangkai dan juga sampah-sarap. Oleh sebab penggunaan sumber air yang telah tercemar ini akan menyebabkan pengguna terdedah kepada pelbagai penyakit. Seterusnya, Pembiakan vektor menyumbang kepada pertambahan bilangan pesakit selepas musim banjir. Ini disebabkan banyak takungan air selepas musim banjir menjadi tempat pembiakan nyamuk. Fenomena ini biasanya menyebabkan bilangan pesakit demam denggi bertambah. Begitu juga pada musim kemarau pula, penyebaran vektor mudah berlaku melalui debu dan habuk. Ini secara tidak langsung turut menyebarkan wabak penyakit. Pencemaran udara juga menjadi punca kepada peningkatan bilangan pesakit. Cuaca panas dan kering yang melampau misalnya akan menghasilkan suasana persekitaran yang terdedah kepada habuk dan debu. Individu yang alah kepada habuk dan debu ini akan mudah terdedah pula kepada masalah asma dan juga selsema. Selain itu juga kemarau yang berpanjangan akan menyebabkan kehilangan air dalam badan. Keadaan ini akan mendedahkan pula seseorang itu kepada pelbagai penyakit. Akhir sekali, penyakit mudah berjangkit pada musim banjir melalui pencemaran sumber makanan. Bahan makanan seperti sayur-sayuran misalnya akan tercemar oleh bahan pencemaran seperti air kumbahan dan sisa-sisa toksid. Memakan sayur-sayuran yang tercemar ini sudah pastinya akan mendedahkan kepada penyakit. Begitu juga pada musim kemarau, sumber makan makan pula terdedah kepada debu dan habuk. Manusia tidak dapat melawan bencana banjir atau kemarau, tetapi boleh mengelakkan risiko kerananya. hanya kesedaran secara menyeluruh dalam kalangan rakyat dapat mengelak sebarang wabak yang boleh mengancam nyawa.

Anda mungkin juga menyukai