Anda di halaman 1dari 37

NOT A EDITOR

Email: shikin@majalahniaga.com

DatoTuan Hasnah Tuan Yussof

Perintis Fesyen Gaya Hidup Islamik

PENASIHAT Idris Husin, Hasbul Arif CEO Hasbul Aqill Hassan Zaki EDITOR Shikin Khalil PENULIS Haszi Othman, Hasbul Aqill, Hasbul Ariff, Syahrul Nizam, Aqiff Azizan, Rohaniah Noor, Nazri Kadir, PEREKA GRAFIK Marlia Muhamad PENGURUS WEB Marlia Muhamad EKSEKUTIF PENGIKLANAN Hasbul Aqill EKSEKUTIF PEMASARAN Hasbul Aqill & Hasbul Ariff DITERBITKAN OLEH INNOVATIC SOLUTION 16-3-2 Jalan Semarak Api 3, Dimond Square Business Centre, 53000 Setapak Kuala Lumpur. Tel: +603-4021 3344 Email: majalahniaga.com www.facebook.com/MajalahNiaga www.twitter.com/majalahniaga

Hak Cipta Terpelihara: Dilarang sama sekali menerbit semula dalam lain-lain bentuk atau mempergunakan e-majalah ini untuk tujuan keuntungan kecuali dengan kebenaran bertulis dari pihak Majalah Niaga.com. Namun begitu, anda dibenar bahkan digalakkan menyebar e-majalah ini untuk tujuan kebaikkan, tetapi haruslah dikekalkan sifatnya tanpa sebarang ubahan.

ssalamualaikum dan salam ceria. Alhamdulillah, Majalah Niga Edisi ke-27 menemui para pembaca yang hebat dan budiman. Konsep Majalah Niaga menampilkan barisan para usahawan yang berjaya dengan cara mereka sendiri. Kali ini Majalah Niaga memilih tokoh usahawan dalam penghasilan pakaian Islam dan pakaian ibadah, Pengasas dan CEO Sri Munawwarah, Dato Tuan Hasnah Tuan Yusoff. Durasi temubual selama 1 jam 37 ini dirasakan terlalu sekejap. Banyak idea, dan tip-tip hebat bakal anda perolehi menerusi temubual Tim Majalah Niaga dengan Dato Tuan Hasnah Tuan Yusoff atau lebih mesra di sapa sebagai Dato Nah ini. Sri Munawwarah Design pernah berkhidmat dengan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sejak tahun 2002 dengan mendesain tudung dan menyediakan perkhidmatan pakaian bagi majlis dan acara rasmi baginda. Antara tip serta perkongsian hebat oleh Dato Nah khas untuk paparan Majalah Niaga Edisi ke-27 adalah bagaimana mentransformasi hobi kepada perniagaan dan seterusnya kepada sebuah perjuangan keluarga dalam memartabatkan syariat Islam, mengembang dan memajukan perniagaan tanpa bantuan kewangan daripada pihak bank atau tanpa berhutang, menghadirkan roh dalam setiap produk yang dihasilkan dan banyak lagi. Tim Majalah Niaga yang berpeluang bertemu empat mata dengan beliau ternyata amat beruntung kerana dapat mendengar secara langsung pengalaman-pengalaman luar biasa beliau. Paparan mengenai temubual eksklusif ini tidak wajar dilepaskan.Pastikan para pembaca memuat-turun edisi terkini Majalah Niaga. Pesan Dato Nah, ilmu yang ada jangan di perap, sebarkan dan jadikan ia sebagai jalan berbuat kebaikan. Oleh itu, para pembaca budiman jangan lupa kongsikan maklumat mengenai edisi terkini Majalah Niaga dengan rakan-rakan lain. Perkongsian bermanfaat memberi laba sepanjang hayat! Selamat membaca

Shikin

SHIKIN KHALIL EDITOR MAJALAH NIAGA

1 Majalah Niaga Edisi 27

ISI KANDUNGAN
ARTIKEL 12 Berita Bisnes
Mengapa Bocor? 12 Tempat Pelancongan Terbaik Di Asia Tenggara Untuk Para Usahawan

EDISI 27
WAWANCARA EKSKLUSIF

16 Tip Kewangan 18 Tip Blogging


Jual Blog Bernilai RM150,000-Mitos atau Kebetulan?

20 Motivasi Bisnes
Kunci Kewangan, Kesyukuran dan Kejayaan Seni Menjual Dengan Bahasa Badan

21 Tip Jualan

Pemasaran 22 Tip Online


Pemasaran SEO 10 Mitos & Penipuan Merugikan

2 Majalah Niaga Edisi 27

26 Tip Perniagaan Online 29 Pelaburan Hartanah 33Tip Perniagaan 27 Tip Perkhidmatan 31Tip Penjenamaan 34Tip Komunikasi

Perintis Fesyen Gaya Hidup Islamik


Munawwarah Design lam adala perintis utama da industri pakaian Muslim

a ini sejak tahun 1992. Jenam ukmenjadi penglopor prod iri produk fesyen yang terd ta, daripada pakaian wani

n pakaian lelaki , pakaia ri haji dan umrah, akseso yaan serta hijab. Antara keja ama menarik yang dicipta jen ah, Sri Munawwarah adal da pernah berkhidmat kepa ja Seri Paduka Baginda Ra ku Permaisuri Agong Tuan n Nur Zahirah sejak tahu 2002 dengan mendesain

an tudung dan menyediak perkhidmatan pakaian dalam majlis dan acara rasmi baginda.

3 Majalah Niaga Edisi 27

agaimana Dato boleh memilih bidang fesyen patuh syariah? Serta bagaimana Dato memperoleh inspirasi untuk mewujudkan jenama yang diberi nama Sri Munawwarah Design ini? A s s a l a m u a l a i k u m warahmatullah dan terima kasih bagi pihak majalah niaga yang sudi memilih saya untuk kongsikan bersama perusahaan saya yang telah menjangkau hampir 23 tahun bermula dari tahun 1990 lagi. Jika nak cerita daripada mula, ia akan mengambil masa yang amat panjang. Pelbagai media cetak dan elektronik juga telah pun membuat liputan dan menulis cerita jatuh bangun Sri Munawwarah Design. Idea untuk mewujudkan perusahaan ini wujud sewaktu saya mengerjakan ibadah haji pertama kali pada tahun 1990, ketika itu saya masih bekerja sepenuh masa sebagai kakitangan kerajaan di Perkhidmatan Pos Malaysia. Sekembali daripada mengerjakan haji, perasaan untuk berhenti kerja sentiasa mengganggu fikiran dan menjalankan urusan perniagaan yang mana saya memang senantiasa dalam urusan meniaga secara informal seperti jualan langsung dan lain-lain perniagaan kecil-kecilan. Tetapi setelah mengerjakan haji, saya seperti didorong oleh satu rasa iaitu mengeluarkan pakaian haji dan umrah bagi wanita dari Malaysia. Kebetulan saya ada latar belakang pendidikan dalam bidang design dan factory outlet dari new Zealand selama 3 tahun belajar di sana. 4 Majalah Niaga Edisi 27

Selepas 20 tahun pulang dari luar Negara, baru timbul perasaan untuk menjahit dan sebagainya. Sebenarnya aktiviti menjahit dan mereka pakaian bermulasebagai hobi. Tidak pernah langsung terlintas di fikiran bahawa suatu hari ia akan di realisasikan seperti mana adanya Sri Munawwarah sekarang. Alhamdulillah atas dorongan yang kuat, saya memulakan secara kecil-kecilan, buat di rumah dulu, iaitu mereka pakaian ibadah haji untuk wanita dan saya sendiri sebagai pemakai pertama produk sendiri. Ketika berada di Makkah, ramai jemaah Malaysia yang bertanya tentang pakaian yang saya pakai. Bermula daripada situlah saya merasakan bahawa ia suatu idea baru yang sekiranya saya melakukan bisnes mengeluarkan pakaian sendiri dan membantu jemaah haji kita terutama sekali wanita, itulah cetusan yang pertama. Saya dapat pencen awal daripada Jabatan Kerajaan, maka bermulalah karier bisnes saya secara lebih formal lagi pada tahun 1992 secara serius dan daftarkan syarikat saya.

Tawaran Tabung Haji menyebabkan saya menjadi serius dalam melakukan perniagaan ini. Ketika itu hanya saya seorang yang melakukan semua urusan ini dengan di bantu oleh anak buah saya. Bisnes ini boleh dikatakan bisnes keluarga. Ketika itu kedua-dua anak saya masih belajar di luar negara di London. Sekembali mereka dari luar negara, Alhamdulillah mereka juga menunjukkan minat untuk sama-sama membantu saya dalam perusahaan ini. Sungguhpun anak-anak saya menunjukkan keseriusan mereka walaupun dengan memiliki ijazah dalam bidang masing-masing, tetapi tetap mahu berkecimpung dalam bisnes yang saya usahakan, saya katakan pada diri sendiri bahawa ini bukan perkara main-main lagi. Jadi saya tetapkan matlamat dalam perniagaan ini. Bukan setakat buka kedai dan menjual pakaian, kita ada misi lain di mana kami anak-beranak mempunyai misi yang sama iaitu sambil menjalankan perniagaan, sambil

Alhamdulillah, selepas itu saya dikurniakan rezeki daripada Allah untuk membekalkan pakaian kepada pihak Tabung Haji bagi tujuan ibadah umrah dan haji wanita ke seluruh Malaysia di mana keluaran dan desain saya diterima oleh pihak TH Travel, syarikat Tabung Haji yang menguruskan kelengkapan jemaah Malaysia yang mengerjakan ibadah umrah dan Haji.

menuju jalan mencari dan meraih redha Allah dengan membantu orang Malaysia (jemaah haji) memiliki pakaian yang lebih kemas dan selesa ketika mengerjakan ibadah haji. Kami anak-beranak juga membuat kajian daripada masa ke semasa untuk memenuhi keperluan-keperluan bakal-bakal haji lelaki dan perempuan

mengerjakan ibadah haji dengan pakaian yang lebih kemas dan praktikal. Daripada setahun ke setahun yang di tempuh walaupun dalam keadaaan yang agak kontroversi sedikit, kerana pada waktu itu, tidak ada pengeluaran pakaian secara formal terutama sekali daripada segi pakaian jubah, tudung, belum ada yang sampai ke tahap butik. Jadi pada fikiran saya, jika saya mahu memikat kawan-kawan saya ketika itu yang berada di sekitar Taman Tun Dr. Ismail ini, yang terdiri daripada golongan yang elit, bertaraf jutawan, saya akan bekalkan dahulu pakaian-pakaian itu kepada golongan ini.

Sebelum membuat keputusan membuka kedai, rumah saya pada ketika itu sudah seperti gudang dan kilang membuat pakaian. Jadi, akhirnya saya buat keputusan untuk membeli dan membuka sebuah kedai khusus untuk pakaian-pakaian yang saya hasilkan. Kedai pertama kami pada asalnya merupakan sebuah pejabat. Kelebihan pada waktu itu ialah bilik-bilik pejabat yang sedia ada, di jadikan stor pakaian mengikut kategori seperti kategori koleksi pakaian haji lelaki, koleksi pakaian haji perempuan dan koleksi pakaian harian. Secara sendiri kedai tersebut menjadi departmental store, ia mejadi lebih sistematik dengan cara begitu.

Langkah tersebut sebagai ikhtiar promosi secara tidak langsung kerana saya tahu golongan ini mampu, ada wang dan sangat mementingkan kualiti serta keselesaan pakaian yang mereka beli. Pada awalnya pakaian di Munawwarah ini mensasarkan kepada golongan pembeli yang mampu bayar lebih untuk jaminan kepuasan kualiti dan rekaan. Setelah itu, barulah kami buka kedai atau butik rasmi kami yang pertama pada tahun 1993/1994. Sebelum itu kami cuma beroperasi Keluarga Dato Tuan Hasnah Tuan Yusoff dari rumah.

Rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) Rancangan Tv Al-Hijrah

Daripada situlah saya belajar pengurusan perniagaan walaupun saya tidak ada latar belakang pendidikan dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Saya belajar sikit-sikit keperluan pelanggan, masyarakat setempat dan apa yang perlu dibuat untuk jadikan kedai dan perniagaan kami ini cepat naik dan meraih perhatian pengguna. Pada ketika itu kedai kami mendapat liputan daripada media cetak seperti The New Straits Times dan Berita Harian.

Butik Sri Munawwarah

5 Majalah Niaga Edisi 27

Perniagaan yang asalnya bermula daripada hobi, kini bertukar misi iaitu lebih kepada jihad dalam ekonomi, sudah seperti menjadi tanggungjawab kepada saya dan Munawwarah. Kami belajar hukum tuntutan syariat. Selepas belajar ilmu tentang hukum syariat dalam menghasilkan pakaian, barulah kami mula mereka pakaian yang patuh syariah. Daripada situ kami mula mendapat perhatian dan permintaan yang banyak dalam menghasilkan pakaian patuh syariah tetapi bergaya dan kontemporari. Memulakan perniagaan tidak semudah yang disangka-sangka. Rata-rata usahawan yang kami menemuramah, menempuh cabaran yang berbeza. Jadi, boleh Dato kongsikan cabaran-cabaran yang dihadapi pada peringkat awal terutamanya dalam fasa pembinaan jenama Sri Munawwarah ini? Soalan ini yang paling menarik sekali. Saya suka apabila ditanya tentang cabaran memulakan Sri Munawwarah. Yang pertama tentulah cabaran tentang diri saya sendiri yang tidak memiliki ilmu secara formal dalam bidang perniagaan. Walau bagaimanapun, menjadi tanggungjawab kita untuk belajar dan ambil tahu selokbelok perniagaan. Tentang pengurusan, tentang akaun. Saya bermula dengan kosong. Ketika itu saya gunakan duit pencen yang saya peroleh setelah berkhidmat dengan kerajaan. Namun, saya tidak boleh hanya bersandarkan dengan modal pencen yang tidak seberapa. Untuk memulakan satu fasa baru dalam hidup, tidak dinafikan ia menuntut banyak pen6 Majalah Niaga Edisi 27

gorbanan terutamanya daripada segi kewangan. Saya tidak terlalu runsing memikirkan sumber kewangan. Bagi saya, bantuan boleh diperolehi daripada bank, saudara mara atau rakan-rakan. Tetapi bagi saya yang paling penting ialah diri kita sendiri. Saya memodalkan Sri Munawwarah dengan diri saya sendiri. Saya menggunakan konsep sekali buat, sekali jual dan peroleh kembali modal (pelaburan semula). Sebagai contoh, jika ketika itu saya tidak mempunyai duit yang cukup, saya cuma beli segulung kain dan hasilkan 6 pasang baju. Saya jual kesemua baju tersebut dan hasil jualan yang diperoleh saya beli 2 gulung kain pula, iaitu sekali ganda daripada yang sebelumnya. Saat-saat mencabar adalah ketika zaman kegawatan ekonomi. Ketika ekonomi gawat, berlaku lebihan barang, pembeli semakin berkurang. Saya agak runsing memikirkan strategi untuk menderaskan jualan. Namun, saya sedar bahawa ketika Malaysia di landa kegawatan ekonomilah label Sri Munawwarah mula mendapat perhatian. Ramai orang ketika itu mahu pergi ke Makakh, menunaikan umrah dan haji. Disebalik kekalutan rakyat berdepan dengan kegawatan ekonomi, ketika itulah Sri Munawwarah mula membina nama dan pengaruhnya yang tersendiri. Ketika zaman ekonomi merosot, ramai orang sedang mengalami gangguan emosi, fikiran bercelaru, rasa sedih dan tiada motivasi. Disebabkan perkara-perkara ini, mereka membuat keputusan untuk mencari ketenangan dengan memperbanyak beribadah dan

memilih untuk pergi ke Makkah. Untuk itu, mereka mula mencaricari kedai dan butik yang menjual pakaian untuk pergi beribadah di Makkah dan Alhamdulillah, Sri Munawwarah menjadi pilihan. Pada ketika itu, saya cuma mampu menzahirkan rasa sangat bersyukur saya dengan menjual pakaian dengan cara yang betul dan tidak terlalu memikirkan keuntungan. Bermula dari situlah Sri Munawwarah mula berkembang dan menjadi lebih stabil. Daripada sebuah syarikat sole-proprietor, dinaiktaraf kepada syarikat sendirian berhad. Ketika syarikat ini semakin maju, saya juga mula mahu mencari per capital saya dan mula mendekati bankbank dengan tujuan membuat pinjaman. Walau bagaimanapun, saya yakin Allah mahu melindungi saya daripada berhutang, oleh itu, di sukarkan proses pinjaman untuk saya. Banyak bank yang saya dekati memberi pelbagai alasan untuk tidak meluluskan pinjaman. Situasi tersebut membuatkan saya mencari hikmah disebaliknya. Rupa-rupanya, Allah mahu pelihara perniagaan saya daripada mempunyai unsur-unsur hutang dan tidak patuh syariah. Bermula dari situ, saya berazam bahawa saya akan buktikan yang syarikat saya boleh menjadi lebih berjaya dan maju walaupun tanpa pinjaman.

Kami belajar hukum tuntutan syariat. Selepas belajar ilmu tentang hukum syariat dalam menghasilkan pakaian, barulah kami mula mereka pakaian yang patuh syariah.

.........

.........

Dalam keadaan tidak memiliki cukup modal, kami ambil pendekatan lain. Kami bekerja lebih masa, bersungguh-sungguh dan berikhtiar, mencari jalan meningkatkan jualan. Alhamdulillah, pada tahun 2008, perniagaan Sri Munawwarah berjaya mencecah jualan RM8 juta setahun, tanpa bantuan sebarang pinjaman. Saya sedar bahawa jika perniagaan mahupun hidup kita bebas hutang, hati kita akan lebih tenang. Kita bukan hidup atau bekerja untuk membayar hutang. Kita bekerja untuk membuat simpanan dan untuk tujuan amal ibadah. Saya berbangga kerana Sri Munawwarah maju tanpa saya berhutang kepada mana-mana pihak sekalipun. Sri Munawwarah mengamalkan konsep pusing modal iaitu dapat untung hari ini, gunakan untuk urusan perniagaan akan datang dan seterusnya. Lambakan produk yang muncul dalam industri fesyen tanah air bak seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Ini merupakan berita baik kerana ia bakal memeriahkan lagi industri. Namun dari konteks lain, ia juga satu cabaran bagi Sri Munawwarah yang menggunakan pendekatan pemakaian patuh syariah. Mungkin Dato boleh kongsikannya? Persaingan yang ada bagai cendawan tumbuh pada hari ini sebenarnya antara faktor yang menjadikan Munawwarah semakin mantap, semakin berkembang dan semakin banyak idea baru lahir dalam usaha mempertahankan kegemilangan Sri Munawwarah Design. Saya sering di soal, Munawwarah tidak risaukah dengan kewujudan 7 Majalah Niaga Edisi 27

Dato Tuan Hasnah Tuan Yusoff

pelbagai produk pakaian Muslimah baru yang semakin cepat berkembang? Tidak takutkah produk saya di tiru dan sebagainya. Tetapi bagi saya, semua persoalan tersebut merupakan baja bagi saya untuk terus memperjuangkan dan mengeluarkan keluaran yang lebih mantap dan biarkan masyarakat dan pembeli sendiri yang memilih dan membuat penilaian. Saya yakin pengguna sekarang lebih bijak dalam membuat pilihan. Kami mahu pelanggan rasa selesa ketika membeli dan membuat pilihan dan tidak menyesal dengan pilihan yang telah dibuat. Mereka pilih sejenis pakaian dan rasa selesa serta tahu bagaimana

mahu menggayakannya. Inilah yang kami mahu. Kami mahu pakaian kami menjadi satu fenomena dan contoh kepada usahawan lain melalui kajian terperinci yang dilakukan sebelum mereka sesuatu pakaian. Antara aspek kajian yang di titikberatkan ialah hukum dari segi syariat, keselesaan dan mesra-pemakai. Kami bukan sahaja menjual busana Islam, malah kami turut pergi ke Makkah bersama-sama jemaah haji dan membuat kajian secara langsung dengan melihat sendiri keselesaan jemaah mengenakan pakaian keluaran kami di samping melakukan penambahbaikan.

Strategi pemasaran di internet telah banyak membantu banyak jenama fesyen meluaskan jaringan pengikutnya terutamanya melalui Facebook. Bagaimana pula strategi pemasaran online yang digunapakai oleh pasukan pemasaran Sri Munawwarah? Dalam soal ini, saya banyak di bantu anak-anak saya. Bermula daripada soal penggunan komputer sehinggalah kepada pemasaran menerusi media sosial. Walau bagaimanapun, saya kurang gemar dengan perniagaan menerusi internet. Saya tetap mengikuti perkembangan semasa. Malah, Sri Munawwarah ada laman sendiri di Facebook dan Instagram, yang dikendalikan oleh anak saya, Haslina. Namun, saya lebih mementingkan konsep jualan dari hati ke hati. Bertemu empat mata dengan pelanggan, berbual, beri pendapat dan saling bertukar pandangan dan dapat bertanyakan sendiri kepada pelanggan pendapat mereka mengenai Sri Munawwarah secara berdepan lebih memuaskan hati saya. Jika kami melakukan urus niaga online, kami tidak dapat melakukan semua ini. Saya yakin, konsep inilah yang mejadikan label pakaian Sri Munawwarah kekal berkualiti dan menepati citarasa pelanggan. InshaAllah. Dalam perniagaan berasaskan fesyen, antara kekangan utama yang perlu dihadapi adalah mengekalkan kualiti desain dan kualiti kain. Apakah cara yang Dato gunakan terhadap Sri Munawwarah supaya produk itu kekal berkualiti dan menepati janji seperti yang diwar-warkan? Alhamdulillah, Sri Munawwarah merupakan satu perniagaan pakaian yang mematuhi hukum Islam. Saya teramat bersyukur Allah pelihara perniagaan kami dari masa ke semasa. Kami mengamalkan konsep perniagaan dari hati ke hati. Kami mahu dekat dengan pelanggan. Belajar tentang citarasa mereka. Cari tahu apa yang mereka mahu. Saya sendiri seorang yang suka mencari dan mementingkan kualiti. Jadi, daripada pemilihan fabrik, potongan, desain, kesesuaian mengikut iklim dan geografi, semuanya dilakukan oleh saya sendiri. 8 Majalah Niaga Edisi 27

Tidak dinafikan ada pembeli yang melabel produk kami sebagai mahal. Penjelasan kami, harga pakaian di butik Sri Munawwarah bersesuaian dengan kualiti yang di tawarkan. Kami memiliki dan menjual pakaian untuk semua kelas masyarakat. Tanpa mengurangkan aspek kualiti untuk mana-mana produk dan harga. Kami juga tidak membuat potongan pakaian sebarangan. Semua aspek di ambil kira sebelum sesuatu baju di hasilkan. Aspek yang paling utama sudah tentulah aspek syariat. Saya mempunyai keyakinan, dalam perniagaan, jika kita utamakan Allah, rezeki akan datang kepada kita dan pealnggan pun akan jatuh cinta. Saya dan seluruh staf Sri Munawwarah juga bukan sekadar menjual pakaian patuh syariah, malah, kami turut memberi khidmat rundingan cara pemakaian yang mematuhi syariat secara tidak langsung. Kami dapati salah satu kejayaan jenama Sri Munawwarah adalah mempunyai puak-pengikut setia sertai punyai pasaran yang tersendiri. Boleh Dato kongsikan pendekatan serta penjenamaan yang digunapakai oleh jenama Sri Munawwarah yang membezakan dengan jenama-jenama yang lain? Saya bertuah anak-anak mahu membantu walaupun jurusan yang mereka nelajar dahulu tidak ada kaitan dengan perniagaan. Namun berguna dan membantu untuk masa akan datang. Seperti Haslina, memiliki ijazah dalam perundangan manakala anak lelaki saya dalam bidang kejuruteraan/arkitek, jadi mereka masing-masing membantu dalam bidang-bidang perundangan dan rekaan kedai atau pakaian serta website. Ketika anak-anak menyatakan hasrat untuk turut serta dalam perniagaan ini, saya memikirkan masa depan mereka. Oleh itu, bisnes ini tidak boleh jadi sesuatu yang di buat secara suka-suka. Saya mula memikirkan dengan lebih serius bagaimana mahu membangunkan perniagaan ini. Jadi, untuk itu, ia perlu ada sistem pengurusan yang betul dan pengendalian akaun yang bagus juga. Bermulalah cita-cita kami anakberanak membangunkan perusahaan pakaian ini.

....................

Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, konsep dan pendekatan yang Sri Munawwarah amalkan ialah konsep berniaga dari hati ke hati.
Ia menjadi sebuah cita-cita dan misi yang tidak bertepi. Kami mahu perniagaan ini kekal disebabkan ia bersabit dengan hukum iaitu pemakaian yang mengikut syariat. Selagi mana ada Islam, selagi mana ada Makkah dan Madinah, selagi mana orang melancong dengan pakaian Islamik yang patuh syariah, selagi itulah perniagaan ini akan diteruskan. Sepeti yang saya sebutkan sebelum ini, konsep dan pendekatan yang Sri Munawwarah amalkan ialah konsep berniaga dari hati ke hati. Kami sentiasa berazam dan berusaha memberikan layan terbaik kepada setiap pelanggan yang berkunjung ke butik kami tanpa ada sikap dan unsur-unsur dwistandard. InshaAllah. Jika Dato bermula semula dari kosong, apakah strategi yang Dato gunakan untuk membangunkan jenama Sri Munawwarah serta membina pengikut setia dalam masa yang singkat? Saya akan gunakan strategi sepertimana yang saya gunapakai sekarang. Ketika ini, hanya saya seorang sahaja teraju Sri Munawwarah yang berpangkat veteran, anakanak saya yang membantu terdiri daripada golongan belia. Jadi, saya akan aplikasi dan eksploitasi kemahiran dan corak pemikiran mereka. Dalam erti kata lain, saya menggunakan strategi yang bersesuaian dengan zaman tersebut. Seperti mana sejarah Sri Munawwarah, yang membina dan memperluas pelanggan dan 9 Majalah Niaga Edisi 27 semangat dan tidak mudah putus asa. Sri Munawwarah merupakan salah satu jenama perintis utama dalam industri pakaian Muslim, termasuk terlibat dalam mendesain tudung buat Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah serta menaja 10 personaliti dalam program Solehah di TV Al-Hijrah. Kami yakin kejayaan ini tidak terhenti dan bakal berterusan. Jadi apakah hala tuju dan perancangan jangka masa panjang dalam masa 5 tahun untuk Sri Munawwarah? Kami mendidik diri dan cara kami melihat kejayaan menerusi apa kebaikan yang dapat, akan dan telah kami lakukan untuk agama Islam dan umatnya. Kami tidak mahu membiasakan diri mengejar dunia. Ramai orang memberi semangat dan menyarankan saya supaya kembangkan empayar Sri Munawwarah, go big dan kejar itu ini. Secara tulusnya, saya amat menghargai semua kata-kata perangsang tersebut. Namun, bukan cara saya meletakkan target untuk tempoh tertentu. Saya boleh menetapkan matlamat yang tinggi dan besar untuk Sri Munawwarah, tapi saya percaya, lagi besar matlamat, lagi besar dan berat sakitnya jika kita tersungkur di tengah jalan. Asas pembinaan jenama Sri Munawwarah ialah sebagaimana seorang bayi membesar.

pengikut setia melalui promosi mulut ke mulut, strategi ini juga yang akan saya gunapakai kerana ia lebih merupakan satu testimoni daripada pelanggan yang telah mencuba sendiri pakaian keluaran Sri Munawwarah. Bagi saya cara promosi mulut ke mulut ini berkesan dan memberi impak luar biasa kepada sesuatu perniagaan kerana ia merupakan satu pengakuan ikhlas daripada pelanggan yang mempromosi atau mewar-warkan produk saya kepada orang lain. Ia menyampaikan mesej tersendiri iaitu saya memenuhi kepuasan pelanggan dengan cara menghasilkan pakaian yang bukan sahaja menepati citarasa pelanggan malah menepati potongan badan dan selesa serta yang paling penting sekali, tidak bertentangan dengan syariat. Selain itu, penting untuk kita faham apa yang kita mahu buat. Perniagaan perlu ada sistem. Motivasi diri juga penting. Kuat

Bermula dengan merangkak-rangkak, duduk dengan selesa, kemudian dapat berdiri, berjalan dan seterusnya. Ironinya bagi saya, saya masih menganggap Sri Munawwar ini sebagai bayi. Saya suka mengumpamakan Sri Munawwarah sebagai bayi saya kerana kami belajar dan buat keperluan pakaian Islam setiap hari. Jadi, tiada istilah Sri Munawwarah lebih maju daripada sebelumnya, kerana kami berusaha memajukan dan membangunkan perniagaan ini setiap hari. Saya lihat Sri Munawwarah sebagai satu perjuangan. Perjuangan untuk meninggikan martabat pemakaian Muslim yang mematuhi hukum dan selari dengan citarasa semasa.

Akhir sekali, apakah nasihat Dato iaitu mengenai keusahawanan dan motivasi kepada para pembaca Majalah Niaga terutamanya yang sedang mendengar audio temubual ini? Nasihat saya, jika mahu belajar kejayaan seseorang usahawan, jangan tanya tentang kejayaan dia pada masa sekarang, tetapi tanyalah kesusahan dan jatuh bangun yang dihadapinya dalam membina perusahaannya. Bagi saya, cabaran yang dihadapi semasa awalawal menubuhkan sesebuah perniagaan, itulah kejayaan yang sebenarnya. Belajarlah dan kaji setiap kesusahan yang dilalui peniaga-peniaga yang telah berjaya.

Jika tidak keberatan, boleh Dato kongsikan insan disebalik tabir yang memberi tunjuk ajar, nasihat dan panduan kepada Dato dalam kegiatan keusahawanan dan industri fesyen ini? Ramai individu yang memainkan peranan mereka tersendiri sepanjang usaha saya dan pasukan Munawwarah membina jenama dan pengaruh kami sendiri. Suami yang memberi sokongan dan motivasi. Anak-anak yang membantu daripada banyak segi dan staf Munawwarah yang sangat setia.

Jika mahu terjun ke dunia perniagaan, selidik dahulu apa kemahiran dan apa yang anda boleh buat. Elakkan sikap meniru membuta-tuli, kerana kemahiran dan pengetahuan setiap orang berbeza. Sikap dengki dan saling memburukkan adalah dua perkara yang paling perlu dijauhi jika ingin berjaya dalam dunia perniagaan. Paling penting, ada matlamat yang anda mahu capai. Jangan sesekali menabur pasir dalam periuk nasi orang lain. Berniagalah dengan tujuan mencari redha Allah. Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada Dato Tuan Hasnah kerana sudi meluangkan masa bersama kami. Sekian sahaja dari kami. Semoga perkongsian daripada Dato Tuan Hasnah sebentar tadi dapat dimanfaat sepenuhnya oleh para pembaca. Kita jumpa pada edisi seterusnya. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

10 Majalah Niaga Edisi 27

BERIT A BISNES
Tim Majalah Niaga

PELANCONGAN
TERBAIK DI ASIA TENGGARA UNTUK PARA USAHAWAN
Sebagai seorang usahawan yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja serta urusan-urusan untuk menguruskan pejabat, kadangkala anda memerlukan rehat untuk kembali bersemangat ibarat bateri yang perlu dicaj. Jika anda ingin bercuti untuk merehatkan minda dari sebarang urusan bisnes, di manakah tempat yang biasa anda tujui? Jika anda masih tiada idea, tidak mengapa. Menurut CNN, terdapat lebih 100 pantai yang terindah di seluruh pelusuk dunia untuk bercuti. Berikut antara pantai-pantai yang indah di seluruh Asia Tenggara dan terbaik untuk merehatkan diri anda sekeluarga.

12 TEMPAT

12 Majalah Niaga Edisi 27

Pulau Palaui, Lembah Cagayan, Filipina


Pasir putih yang memenuhi batu-batuan gunung berapi dan air laut yang hijau kebiruan disamping taman batu karang yang indah ini mengalu-alukan para penyelam. Pantai ini memiliki kecantikan semulajadi dan tidak mempunyai trek khas untuk sampai ke sana.

Pantai Nihiwatu, Sumba, Indonesia


Ia antara pantai yang sempurna untuk para pelancong walaupun jauh. Pantai ini dilengkapi pasir yang bersih, air yang jernih, kurang pelancong serta pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan.

Pulau Perhentian, Malaysia


Mempunyai dua pulau utama iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar yang memiliki lebih banyak tempat menginapan, pulau ini antara pulau yang terindah dan memberikan ketenangan kepada para pelancong. Terdapat penyu dan jerung kecil di perairan biru di luar Pulau Perhentian Kecil.

Teluk Maya, Ko Phi Phi, Thailand


Walaupun pantai ini penuh dengan kehadiran pelancong, Teluk Maya tetap sebuah tempat pelancongan yang sempurna dengan pasir yang memutih dan penuh terumbu karang untuk aktiviti snorkeling. Filem The Beach turut dilemkan di sini.

13 Majalah Niaga Edisi 27

Pantai Juara, Pulau Tioman, Malaysia


Walaupun pantai ini kurang maju serta kurang dikenali seperti pantai di Thailand, pantai Juara di Pulau Tioman ini memberikan keindahan alam semulajadi dan memberikan suasana yang tenang kepada pelancong.

Pantai Canggu, Bali, Indonesia


Pantai ini menawarkan kesempurnaan kepada anda yang mahu berehat dan mencari inspirasi kerana keindahannya serta suasana pantai yang memukau. Kebanyakan dari pelancong merupakan pengembara dari seluruh dunia.

Pantai Sunrise, Koh Lipe, Thailand


Ia merupakan pantai yang menakjubkan di Thailand dengan perkhidmatan penginapan yang selesa dan pelbagai pilihan makanan yang menyelerakan. Pulau ini antara pulau yang terkecil di mana anda boleh mengelilingi pulau ini hanya dengan berjalan kaki.

Tanjung Rhu, Langkawi, Malaysia


Kebanyakan pelancong di Langkawi berduyun-duyun mengunjungi Pantai Cenang tetapi hakikatnya Tanjung Rhu mempunyai pemandangan alam yang indah dan memukau serta dipenuhi ketenangan.

14 Majalah Niaga Edisi 27

Pantai Phra Nang, Railay, Thailand


Railay merupakan tempat pilihan untuk pendaki berpengalaman kerana memiliki struktur batu kapur yang kukuh serta beratus-ratus laluan memanjat tebing. Railay cuma boleh diakses dengan bot dari Krabi dan Aonang.

Pulau Derawan, Indonesia


Perairan sekitar pulau derawan ini amat dikenali sebagai rumah kepada manta dan penyu hijau. Kebanyakan pelawat akan dapat melihat penyu ketika berada di tepi pulau ini.

Haad Rin, Ko Pha Ngan, Thailand


Amat terkenal dengan parti bulan penuh dan ia merupakan antara pengalaman terindah sekali seumur hidup. Di sini terdapat banyak makanan-makanan yang lazat dan masyarakatnya juga peramah.

Pantai Puka, Boracay, Filipina


Dikenali sebagai syurga tropika, merupakan pantai kedua terpanjang di Boracay dan sentiasa kosong pada kebanyakan masa kerana ketiadaan pusat peranginan di situ.

15 Majalah Niaga Edisi 27

TIP KEWANGAN
Hafiszi Othman Fasilitator Pembelajaran Profesional

Sufi merasakan dirinya dalam kategori penjimat. Apa yang dibelinya dirancang dengan rapi. Jarang sekali Sufi membeli yang tidak tidak. Kalau ada pun sudah tentu untuk ibu-ayah dan adik-adiknya yang bertiga di kampung itu. Apapun Sufi hairan, begitupun beliau sering rasa tidak cukup, dan yang paling mengharukan mengapa simpanannya masih di takuk sama. Bayangkan tuan-puan itu yang terjadi kepada Sufi. Bagaimana pula dengan Kamal, Amir, Azlan dan Masyitah rakan-rakan sepejabatnya yang jelas agak pemboros. Yang jelas, mereka ada situasi yang sama, sering rasa tidak cukup malah tahap simpanan peribadi ke laut! Jawapannya masih sama untuk kedua-dua situasi berkenaan, wang mereka bocor! Jika mahu disenaraikan semua mengapa bocor, maka boleh lengkap penulisan sebuah buku. Maka di ruangan saya kali ini, dikongsikan empat sebab mengapa bocor.

MENGAPA BOCOR?

16 Majalah Niaga Edisi 27

#1 TIDAK BERSYUKUR
Inilah sebab utama rasa ketidakcukupan itu berlaku! Walaupun bukan perkara baru diketahui hari ini, ia memang jarang diamalkan dan diabaikan. Antaranya berapa ramai yang sujud syukur pada hari gaji? Elok juga kita pasakkan di minda kita dan disemat di sanubari rman Allah swt ini : Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur maka Aku akan tambahkan nikmat-Ku lagi kepadamu dan sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras. Surah Ibrahim 14:7. Dapatlah kita ambil peduli di sini, mengapa kewangan kita sering bocor ialah kerana ia tidak bertambah. Mengapa tidak bertambah? Sebab ia tidak disyukuri. Menjadi persoalan juga, bagaimana cara bersyukur? Betul, tidak cukup dengan bersujud syukur sahaja. Seperti kisah Adha dalam rencana sebelum ini, wang pendapatan ialah amanah! Setiap satunya nanti akan dipersoal semula ke mana dan bila dibelanjakannya. Selain dari bersedekah, berbelanja kepada ilmu dan sebagainya, satu cara paling berkesan untuk bersyukur ialah dengan tidak membazir.

#3 NAWAITU YANG KABUR


Inilah penyakit utama masyarakat. Semakin tinggi teknologi, semakin tinggi pula angan-angan. Tidak bermakna salah berangan-angan, tetapi jika asyik berangan, jadilah buah berangan. Mana tidaknya, nampak kelibat BMW angannya ke BMW, nampak pula Audi angannya ke Audi pula. Itu belum lagi berangan nak berkahwin ala-ala Prince William. Nawaitu ataupun niat menyebabkan tenaga dan penumpuan dipusatkan. Elemen pengurusan kewangan bermula dengan menuliskan angan-angan kepada matlamat. Contohnya tertulis di atas kertas, Saya Su Bt Ikrima, ingin mempunyai simpanan peribadi sebanyak RM5,000 pada Disember 2011 ini. Maka jelaslah nawaitu, tenaga mula tertumpu ke situ. Jika tidak ia akan mula tertumpu ke Jusco ataupun Sogo pada bulan-bulan tertentu.

#4 SELESA
Guru saya ada mengingatkan comfort kills ataupun keselesaan membunuh. Selesa membunuh tenaga, membunuh idea, membunuh peluang, membunuh simpanan dan membunuh masa depan. Perkataan paling popular yang selalu disebutkannya ialah Tidak mengapa. Ini bagi membuktikan kebenaran mengapa ada juga tuan-puan yang banyak sudah membaca dan menghadiri seminar berkaitan kewangan masih lagi bocor wangnya. Apabila ditawar peluang pelaburan amanah, Tidak mengapa. Bila dia tawar peluang hartanah, Tidak mengapa. Ditambah lagi dengan, Cukuplah apa yang ada, asal hutang aku berbayar, dan tidak meminta-minta.

#2 BEKAS YANG KECIL


Di dapur tuan-puan pasti ada sebarang bekas bukan? Ambil sebuah bekas tersebut, tuan-puan tuangkanlah air perlahanlahan sehingga penuh melimpah. Maka basahlah sekitar bekas itu bukan? Itulah perumpaan untuk asbab kedua bocornya wang. Bekas ialah minda. Air adalah wang. Air yang melimpah itu adalah wang yang bocor. Minda yang sempit ibarat bekas yang kecil. Ia tidak boleh menampung wang yang banyak kerana ia sempit. Bagi tuan-puan yang pernah menghadiri seminar ataupun workshop saya, pasti tuan-puan ingat bagaimana saya menekankan 10% dari perbelanjaan bulanan tuan-puan ialah untuk perbelanjaan ilmu dan meningkatkan diri. Ia ibarat membesarkan bekas. InsyaAllah selepas ini bila dituangkan air ianya elok bertakung kerana dek besarnya bekas. Ada 1001 teknik kewangan, teknik menyimpan, teknik melabur dan pelbagai lagi teknik berkaitan kewangan yang boleh dipelajari dan dicuba-suai. Bacalah dan hadirlah ke mana-mana pun kelas dan seminar, insyaAllah bekas tuanpuan akan semakin besar.

AMALAN BAGI MENGUATKAN ANTIBODI KEWANGAN BAGI MENGELAKKAN KEBOCORAN


1. Berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis. 2. Membaca blog-blog berkaitan kewangan setiap hari bekerja, terutama Majalah Niaga. 3. Menulis dan memaparkan matlamat kewangan di tempat terbuka. 4. Menyertai pertubuhan sosial seperti menjadi AJK Surau, pertubuhan amal, kelab fotogra dan sebagainya.

Terang bulan tenanglah hati, Angin pula melambai rasa, Inikan pula gelap jahilnya

17 Majalah Niaga Edisi 27

Yang celik pula bocornya diri,

TIP BLOGGING
Hasbul Aqill CEO Majalah Niaga & Komik Niaga

JUAL BLOG BERNILAI RM150,000MITOS ATAU KEBETULAN?

Chris adalah pemilik blog The Traffic Blogger. Beliau juga merupakan pemberi kejutan dan penghapus mitos dalam dunia blogging. Kami agak terkejut dengan artikel yang disampaikan, menerusi ruangan guest blogging di blog Darren Rowse, yakni Problogger.net. Menurut artikel yang ditulis, Chris mendakwa beliau telah berjaya menjual sebuah blog dengan harga RM150,000 (USD50,000). Apa yang lebih menarik, blog itu hanya menggunakan platfom blogspot. Tidak cukup dengan itu. Lebih mengejutkan, individu yang membeli blog beliau dengan jumlah 5 angka itu adalah rakyat Malaysia sendiri.

Ayat di atas membawa maksud penerimaan dunia blog juga sedang berkembang dalam kalangan rakyat tempatan. Di mana ada sesetengah mereka dapat lihat potensi blog. Kemudian membuat segala perincian sebelum membeli blog itu. Sekiranya situasi ini terjadi pada Chris, maka tidak mustahil juga ia boleh berlaku kepada kita.

18 Majalah Niaga Edisi 27

Given the time difference between the buyer and myself (I was on the US East coast he was in Malaysia), Google docs provided us with a convenient method for storing information and communicating, and it worked out far better than hundreds of small emails would have

JUALAN 6 ANGKA DENGAN PLATFORM BLOGSPOT


Ketika kita menekankan betapa mudah dan pentingnya menggunakan platfom WordPress, Chris bertindak dengan berlawan arus. Beliau menggunakan platfom blogspot sahaja untuk membangunkan dan menjual blog. Malah jumlah yang diperoleh itu seperti tidak masuk akal. Bayangkan, dengan menggunakan platfom percuma, tanpa perlu membayar sebarang kos, ROI (Return of Investment) Chris melebihi 100%. Beliau hanya melaburkan masa untuk mengemaskini entri-entri blog. Menurut beliau, semua itu hanya mengambil masa sekitar 2 hingga 5 jam sehari. Kes beliau membuktikan blogging mampu memberikan pendapatan lumayan sebanyak 4 hingga 5 angka, dengan hanya memerlukan gerak kerja sebanyak 14 jam seminggu, minimum.

ILMU ITU PENTING DAN LUMAYAN


Selain daripada peluang untuk menjana pendapatan, kajian terhadap pemilik blog The Trafc Blogger yang berjaya menjual blognya sebanyak RM150,000 ini membuktikan betapa tingginya nilai penulisan dan ilmu. Tanpa entri-entri yang diterbitkan, ia akan mengurangkan nilai sesebuah blog. Justeru itu, untuk menjual blog dengan nilai harga yang tinggi, di manakah fokus kita? Fokusnya, adalah menghasilkan: Entri blog yang berkualiti, yakni unik, mudah difahami dan memenuhi keperluan sasaran pembaca kita. Entri blog yang konsisten. Entri blog yang interaktif, iaitu tidak terlalu formal dan mengekalkan personaliti kita sebagai penulis. Apabila kita berjaya memenuhi keperluan pembaca, ia akan mencerminkan nilai blog kita secara natural di mata pembeli. Itu yang berlaku pada blog Chris yang telah dijual. Namun ia tidak mustahil akan berlaku pada blog kita.

BAGIMANA MENJADIKAN BLOG KITA BERNILAI TINGGI?


Selain daripada menghasilkan entri dan artikel yang berkualiti, terdapat beberapa aspek lain bagi meningkatkan nilai di mata pembeli. Ini bagi menonjolkan sejauh mana blog kita mampu memberikan pulangan kepada mereka. Antara salah satu contoh adalah kewujudan sales funnel. Sales funnel ibarat saluran yang memberikan pendapatan kepada blog. Lebih banyak sales funnel, maka lebih tinggi kita boleh caj kepada pembeli. Contohnya, kita mempunyai 4 slot pengiklanan di sidebar blog. Harga setiap satu slot adalah RM100 setiap bulan. Ini bermakna blog kita mampu memberikan pulangan RM400 setiap bulan. Apabila membuat penilaian terhadap harga yang ditawarkan pembeli, lakukan pengiraan nilai blog untuk jangka masa satu tahun.

Sebagai contoh, sekiranya blog kita memberikan pulangan RM400 setiap bulan, maka pulangan dalam tempoh masa setahun adalah RM4,800 (RM400 x 12 bulan). Oleh itu, sekiranya pembeli menawarkan harga yang kurang daripada RM4,800, maka keputusan yang terbaik adalah menolak tawaran itu. Antara sales funnel lain yang boleh ditambah dalam blog kita adalah: 1. Produk informasi (ebook / video / audio dan sebagainya). 2. Reviu artikel. 3. Paid membership site (Ruangan ahli berbayar).

19 Majalah Niaga Edisi 27

MOTIV ASI BISNES


Hasbul Ariff Pengarah Urusan VAG Network

KUNCI KEWANGAN, KESYUKURAN DAN KEJAYAAN


Cerita ini berlaku ketika saya berada di Brunei
atas urusan kerja beberapa tahun lepas. Hikmah ceritanya ialah saya berjaya mencapai apa yang saya ada pada hari ini. Ketika itu saya ke Brunei bersama seorang mentor saya, juga merangkap rakan niaga. Beliau adalah mentor saya yang kelihatan paling selekeh walaupun berstatus jutawan. Kisahnya saya membeli ubat gigi berharga RM2. Semasa berada di bilik hotel saya membuang resit ubat gigi itu ke dalam tong sampah dan berkata di hati saya, Alah, RM2 ringgit sahaja, tidak mengapa pun kalau tidak catat. (Wah, sombongnya saya!) Mentor saya mengambil balik resit tersebut di dalam tong sampah, dan mencatat perbelanjaan RM2 tersebut di dalam buku perbelanjaan syarikat. Beliau berpesan kepada saya, Ariff, wang ringgit adalah satu amanah besar dianugerahkan Allah kepada kamu untuk diuruskan dengan baik. Walaupun harga barang itu hanya RM2, kita perlu tunjukkan dan buktikan kepada Yang Maha Kuasa bahawa kita menguruskan setiap sen anugerahNya itu dengan amanah, jujur dan disertakan rasa syukur. Tambahnya lagi, Jika kita pandang RM2 itu dengan nilai yang kecil, maka kecillah kita akan dapat. Jika kita pandang RM2 itu dengan nilai yang besar disertakan rasa kesyukuran yang tinggi maka besarlah kita akan dapat. Mungkin kita pernah lihat sebilangan individu atau syarikat yang sudah mencapai wang besar. Kemudian hilang balik apa yang dimiliki dalam sekelip mata atau sedikit demi sedikit. Mungkin juga kita sendiri pernah alami situasi ini.

MENSYUKURI NIKMAT KECIL MEMBAWA KEUNTUNGAN BESAR


Setinggi mana tahap kita sekarang, menghargai dan mensyukuri sekecil-kecil nikmat membantu kita mencapai lebih banyak rezeki luar jangka secara terus menerus. Jika sebaliknya, kita boleh hilang apa yang dimiliki sekarang dan tidak mustahil jatuh miskin kerana kita seolah-olah membuktikan kepada pencipta bahawa kita tidak layak menguruskan rezeki milikNya. Tuan-tuan dan cikpuan-cikpuan yang mulia hatinya, pengurusan mantap kewangan individu atau syarikat adalah salah satu bukti kukuh kita kepada pencipta, bahawa kita layak memegang amanahNya. Seterusnya layak untuk dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah selama hidup kita di dunia. Setiap sen itu juga akan dihitung di akhirat sana.

20 Majalah Niaga Edisi 27

TIP JUALAN
Syahrul Nizam Pakar Seni Komunikasi Berpengaruh

SENI MENJUAL DENGAN BAHASA BADAN


SHARON SAYLER Penulis Buku What Your Body Says

Apabila bahasa badan selaras dengan apa yang kita sebutkan, kita dapat mencapai apa sahaja matlamat yang kita inginkan.

Bahasa badan yang betul menjadi tanda kita layak ditawarkan kontrak bisnes. Justeru dalam usaha mempromosikan produk, strategi menjalin kemesraan menjadi perkara pokok. Seni bahasa badan membantu kita membentuk kemesraan dengan pelanggan. Selain itu, bahasa badan menjadi penentu kejayaan kita memujuk prospek. Apabila kita bertemu buat kali pertama,hulurkan tangan bagi bersalaman. Ia teknik bagi mengizinkan kita memasuki wilayah orang lain.

KAEDAH MEMANIPULASI EMOSI PROSPEK


Genggaman tangan yang erat tetapi mesra adalah kaedah bagi menyentuh seseorang secara zikal. Apabila kita sudah mesra secara zikal, baharulah kita dapat menyentuh seseorang secara emosional. Sepanjang perbualan, sentiasalah dalam postur terbuka. Tiada anggota badan disilangkan. Kekalkan kontak mata di sekitar kawasan mata ke dahi. Selain itu, apabila kita duduk bersama-sama prospek, apa sahaja objek yang berada di atas meja menjadi penghalang komunikasi. Jurujual yang berkesan berkomunikasi secara terbuka, berdepan dan tidak berhalangan. Di samping itu, tambahkan kesan visual semasa kita membuat penjelasan tentang produk kita. Contohnya, semasa mengira bilangan, sertakan dengan pergerakan jari.

TEKNIK MEMUKAU PROSPEK


Walaupun pada zaman Facebook ini kita boleh menawarkan produk kita secara dalam talian, namun aspek lebih penting ialah bagaimana kita dapat menjual diri. Seni bahasa badan elemen penting dalam proses ini. Seni bahasa badan juga dapat membantu kita membaca niat prospek. Daripada gerak geri dan postur badan mereka, kita dapat menangani penolakan. Apabila kita bijak membaca gerak-geri prospek, kita dapat meyesuaikan teknik jualan. Perhatikan jika prospek menyentuh dagu dan kemudian berpeluk tubuh. Dengan berpeluk tubuh mereka menghantar mesej yang bermakna hati mereka belum terbuka. Selain itu, renung di sekitar mata ke hidung prospek. Ia menjadikan mereka kurang tertekan. Mereka lebih mesra lalu menyerah diri kepada kita bagi dipengaruhi. Dengan renungan mata yang betul, mereka tidak berdaya menangkis hujah kita. Heleen Vandromme dari University of Leuven, Belgium mengaitkan eye contact atau kontak mata dengan keyakinan diri.

3 TIP BERBUAL-BUAL DENGAN PROSPEK


Allan Pease dalam buku Questions are the Answers menyenaraikan beberapa tip semasa kita berbual-bual dengan prospek atau pelanggan:

1 2 3

Sesuaikan gaya duduk semasa berbicara dengan pelanggan. Anggukkan kepala bagi menyokong pendapat pelanggan. Kekalkan kontak mata sekitar wajah pelanggan.

21 Majalah Niaga Edisi 27

TIP PEMASARAN ONLINE


Hasbul Aqill CEO Majalah Niaga & Komik Niaga

PENIPUAN MERUGIKAN
22 Majalah Niaga Edisi 27

PEMASARAN SEO 10 MITOS &

Menulis tentang tip pemasaran SEO bukan satu perkara yang mudah. Perkara utama yang bermain dalam fikiran setiap penulis yang ingin mengulas topik ini adalah berkaitan dengan relevansi dan keberkesanannya. Ada tip-tip pemasaran SEO yang dikongsikan oleh pakar (termasuk pihak Google) sendiri sudah tidak relevan digunakan. Dalam masa sama, terdapat beberapa prinsip pemasaran SEO yang masih lagi menguntungkan. Dalam artikel kali ini, kami akan mengulas topik mengenai mitos-mitos pemasaran SEO yang sering didebatkan dalam forum SEO antarabangsa mahupun tempatan.

#1 - Hala Pautan Ke Google.com Bantu Pemasaran SEO


Strategi linking out adalah satu daripada strategi untuk memberikan signal pada Google, bahawa kita merujuk laman web orang lain. Ada yang berpendapat, dengan linking out pada laman autoriti seperti Google sendiri (www.google.com), ia akan membantu dalam kempen pemasaran SEO. Jawapan ini tidak benar.
SOLUSI Strategi linking out adalah strategi yang bagus. Gunakan strategi ini dengan menghalakan ke laman web autoriti yang lain seperti Wikipedia dan sebagainya. Bukan Google.com.

#4 - Hanya Orang Seperti Rand Fishkin Boleh Dominasi Google

#2 - XML Sitemap Dapat Bantu Untuk Boost Ranking SEO

Pendapat yang menyatakan orang-orang yang pakar dalam pemasaran SEO seperti Rand Fishkin (pengasas SEOMoz) dan sebagainya adalah pendapat yang tidak betul. Semua orang boleh mendominasi Google. Walaupun kita masih baru dan segar dalam industri pemasaran enjin carian ini. SOLUSI Sertai Seminar SEO Majalah Niaga dan belajar cara serta strategi yang betul untuk mendapat tempat pertama di Google. Kami mengajar cara yang mengikut peraturan-peraturan Google (white hat).

#5 Google Sayang Kita Jika Ada Meta Tags


XML Sitemap adalah fail yang dapat membantu Google untuk menyemak fungsi dan tujuan laman web kita lebih mudah. Walaupun ia memudahkan navigasi Google spider / bot,namun ia tidak bermakna ia akan membantu kita dalam pemasaran SEO. SOLUSI Bagaimanapun, setiap laman web atau blog disarankan menyediakan fail sitemap.xml di laman web mereka. Fikirkan begini: Jika kita mudahkan kerja Google, berkemungkinan besar Google juga akan membantu kita. Menghabiskan masa untuk meta tags adalah aktiviti yang merugikan. Ia dinyatakan oleh Stephen Spencer, penulis Search Engine Land. Meta tags kini sudah tidak dipandang Google. Kerana sebelum ini terlalu ramai orang yang cuba memanipulasi meta tags. SOLUSI Walaupun Google menyatakan meta tags sudah tidak lagi digunakan dalam algoritma mereka, namun kita boleh sahaja meluangkan masa untuk mengisinya. Namun jangan terlalu fokus pada bahagian ini.

#3 - Beli Links, Google Pasti Marah


Google pernah menyatakan di blog SEO mereka bahawa aktiviti jual beli links di antara laman web adalah aktiviti yang haram. Forbes sendiri sudah menerima padahnya apabila mengaut keuntungan menerusi aktiviti ini. Namun begitu, ia tidak bermakna Google sentiasa dapat kesan aktiviti jual beli links, dan terus membunuh laman-laman web yang mengamalkan strategi ini. SOLUSI Boleh sahaja untuk membeli links di blog-blog yang mempunyai Pagerank (PR) tinggi dan sebagainya. Namun kita perlu berhati-hati agar ia tidak nampak terlalu ketara di mata Google.

23 Majalah Niaga Edisi 27

#6 - Syarikat Servis Pemasaran SEO Adalah Malaikat


Kebanyakan syarikat-syarikat yang menyediakan servis pemasaran SEO menjanjikan mereka dapat membantu laman web kita, untuk mendapat kedudukan tertinggi di Google. Hakikatnya, janji-janji mereka seperti Google Approved, Partner with Google dan sebagainya adalah satu mitos semata-mata. SOLUSI Sebelum memilih sebarang syarikat yang menawarkan servis pemasaran SEO, lakukan kajian terlebih dahulu bagi mengetahui reputasi mereka dalam industri.

#9 - Teks Mesti 1,000 Patah Kata Ke Atas


Ini adalah satu daripada mitos yang menjadi perbualan hangat mengenai jumlah perkataan di laman web. Ada yang berpendapat, lebih banyak jumlah perkataan, lebih tinggi peluang untuk berada dalam kedudukan teratas enjin carian. Soalnya di sini, adakah artikel yang panjang sentiasa memberikan manfaat kepada pengguna? Jawapan ini subjektif. Maka begitu juga pendapat Google. Tidak semestinya artikel yang panjang menjadi pilihan utama mereka. SOLUSI Apa yang penting adalah pembaca memperoleh manfaat dan belajar sesuatu yang baru daripada artikel. Namun begitu, pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh pakar pemasaran SEO menyatakan jumlah perkataan minimum dalam satu artikel adalah 400 patah kata.

#7 - Jika [Pakar] Buat, Ia Mesti Berkesan


Pertama-tama, tukarkan perkataan [Pakar] itu kepada sesiapa sahaja individu yang kita percaya mereka pakar dalam pemasaran SEO. Dari situ, kita akan berpendapat apa sahaja yang mereka buat dalam aktiviti optimasi enjin carian, kita rasa ia adalah strategi yang berkesan. Hakikatnya, kebanyakan masa ia berkesan. Kebanyakan masa juga tidak. Ini kerana mereka sekadar melakukan apa yang mereka tahu tentang pemasaran SEO. Apa yang mereka tahu tidak akan sentiasa sama dengan apa yang Google tahu. SOLUSI Selagi mana perkongsian mereka menghasilkan kesan yang baik terhadap kempen pemasaran SEO, maka tiru sahaja apa yang mereka buat. Pelbagaikan strategi kita dengan membaca lebih banyak perkongsian daripada pakar pemasaran SEO.

#8 - Apa yang Penting Kualiti Backlinks!


Apabila bercerita mengenai fungsi backlinks dalam pemasaran SEO, keutamaan yang sering ditekankan adalah kualiti backlinks. Apakah yang dimaksudkan dengan backlinks yang berkualiti? Berikut adalah sudut pandang yang disuarakan oleh jurutera Google, Matt Cutts: Backlinks yang berkualiti berasal daripada content yang berkualiti. Kerana content berkualiti yang membuatkan pengguna Internet menyebarkan pautan laman web kita tanpa perlu diminta. SOLUSI Jangan terlalu fokus untuk mencari backlinks yang berkualiti. Fokus pada menghasilkan artikel atau content yang berkualiti. Kemudian sebarkan menerusi medium-medium sedia ada untuk menghebahkan kepada orang ramai.

#10 - Content Mesti Dikemaskini Setiap Masa


Content adalah panggilan umum untuk penerbitan bahanbahan multimedia seperti teks (artikel), video, audio, imej dan pelbagai lagi menerusi laman web kita. Adakah kita pernah dengar kenyataan seperti di bawah? Untuk sentiasa berada di kedudukan tertinggi enjin carian, pemilik laman web mesti mengemaskini content mereka setiap masa. Enjin carian seperti Google berfungsi setiap masa untuk memaparkan maklumat relevan yang dicari oleh pengguna mereka. Namun ia tidak bermaksud kita perlu mengedit laman web setiap masa, hanya kerana mahu dilihat sebagai laman web yang sentiasa segar dan dikemaskini. SOLUSI Wujudkan blog dalam laman web. Gunakan ia sebagai medium untuk kita menerbitkan content secara konsisten bagi mengekalkan kesegaran laman web setiap masa.

24 Majalah Niaga Edisi 27

TIP PERNIAGAAN ONLINE


Aqif Azizan Central Intelligence Agency(CIA) Write To Wealth

SIRI PANDOL BISNES STRATEGI BISNES GAYA TONY FERNANDES


(The Apprentice Asia)
Semua rancangan di televisyen tidak bermanfaat untuk bisnes! Kenyataan ini tidak benar. Malah jauh tersasar. Tahun 2013 adalah tahun di mana pemilik bisnes boleh menyerap ilmu daripada usahawan tersohor, iaitu Tony Fernandes. Proses penyerapan itu boleh dilakukan menerusi rancangan siri The Apprentice Asia. Sebuah rancangan setiap hari Rabu. Pukul 9 malam. Durasinya, 1 jam sahaja. Satu jam untuk duduk di hadapan televisyen, makan keropok lekor, kemudian belajar sesuatu yang bermanfaat untuk diimplimentasikan dalam bisnes masing-masing.

3 TIP EMAS - THE APPRENTICE ASIA (MINGGU KE 1 & 2)


Para peserta yang dipilih untuk menerajui siri ini bukan calang-calang orang. Mereka ini digelar sebagai The best in Asia Jadi, terselit beberapa ilmu-ilmu emas yang jarang diberitahu secara formal berkenaan dengan dunia bisnes dan produktiviti. Berikut adalah senarai ilmu-ilmu emas:

1. LISTEN, LISTEN, LISTEN

Kemampuan untuk menjadi pendengar yang baik akan memberikan impak yang besar dalam bisnes. Apabila melakukan strategi pemasaran, kita mendengar keluhan pelanggan. Daripada keluhan itu, kita strukturkan kempen yang menepati dengan keperluan mereka. Begitu juga dalam aspek kerja berpasukan. Lebih banyak kita mendengar cadangan satu sama lain, lebih besar impak yang akan berlaku dalam sesebuah pasukan. Ahli pasukan lain juga tidak rasa seperti disisihkan, apabila semua pendapat mereka diambil kira.

2. TAHYUL KERJA KERAS

Kerja keras. Kerja sampai keras. Setiap hari kerja berderas-deras. Untuk menjadi pemilik bisnes berjaya, kerja keras semata-mata adalah satu mitos yang tidak benar. Apabila para peserta berkata, Kami sudah bekerja keras. Tony Fernandes segera memberitahu, Bekerja keras semata-mata tidak menjamin kejayaan secara total. Makna yang mendalam. Kerja keras itu adalah perbuatan yang digalakkan. Dalam masa sama, gabungkan satu lagi elemen iaitu bekerja dengan kebijaksanaan. Apabila kita bergerak sebagai sebuahpasukan, delegasi tugasan supaya dapat maksimumkan setiap ahli. Ambil idea yang penting dan bagus. Raikan setiap maklumat dan pengalaman yang dikongsikan.

Dalam bisnes, persaingan yang melampau akan memberikan tekanan kepada pengusaha. Sehinggakan para pengusaha terpaksa membuat keputusan untuk melanggar etika. Sebagai contoh, menyatakan diri mereka pakar dalam sesuatu bidang, tanpa mempunyai sebarang credentials atau pengesahan daripada badan-badan rasmi. Perbuatan ini bukan sahaja melanggar etika. Malah membunuh jenama bisnes untuk jangka masa panjang. Cara paling mudah untuk jadi pakar adalah memperoleh credentials atau kredit daripada pelanggan.

3. JAGA ETIKA BISNES

Bonus: Belajar Jual Dengan Perkataan Mahal Bisnes hidup dengan keuntungan yang diperoleh. Atau dalam Bahasa Inggerisnya, Profits. Untuk itu, perkara utama sebelum bergelar usahawan berjaya adalah belajar menjual. Semuanya boleh direalisasikan menggunakan perkataan-perkataan yang betul. Gunakan ayat-ayat yang pelanggan mahu dengar.

26 Majalah Niaga Edisi 27

TIP PERKHIDMA T AN
Aqif Azizan Central Intelligence Agency(CIA) Write To Wealth

BUAT DUIT DENGAN FOTOGRAFI

Industri fotografi kini semakin meningkat naik dan mendapat permintaan daripada pelbagai individu dan organisasi. Harga aksesori fotografi yang berada dalam lingkungan RM1,000 hingga RM5,000, iaitu harga mampu kepada perkembangan industri ini. Kini lebih ramai orang milik untuk majoriti rakyat tempatan juga mendorong menganggap diri mereka sebagai jurufoto. Namun hakikat pahit yang perlu ditelan adalah hanya segelintir individu sahaja yang berjaya untuk kekal dalam industri ini, dan majoriti yang cuba masuk untuk industri ini akan lesap begitu sahaja dalam tempoh 1 atau 2 tahun beroperasi. Antara faktor yang menyebabkan kegagalan jurufoto-jurufoto yang baru memasuki industri ini adalah kerana kurangnya ilmu, mengenai carian lubuk-lubuk duit yang dapat memberikan pendapatan lumayan kepada mereka. Menurut Peter Sawyer, terdapat 5 lubuk mewah yang boleh digunakan oleh jurufoto baru dan berpengalaman, untuk menjadikan internet sebagai sumber buat duit dengan fotografi.

5 Lubuk Mewah Dibongkarkan

27 Majalah Niaga Edisi 27

MENGADAKAN BENGKEL DAN SEMINAR


Bagi jurufoto yang mempunyai pengalaman lebih 5 tahun dalam industri ini, kita boleh mengadakan bengkel atau seminar fotogra, bagi membantu jurofoto-jurufoto baru untuk menajamkan skil tangkapan mereka. Caj seminar dan bengkel biasanya sekitar RM200 hingga RM1,500 untuk seorang peserta. Bagi jurufoto baru yang mempunyai skil menggunakan perisian untuk edit gambar seperti Photoshop dan sebagainya, kita juga boleh membangunkan modul-modul seminar dan bengkel, bagi mendidik peserta untuk belajar mengedit gambar agar ia kelihatan lebih kemas, dan profesional.

MENJADI JURUFOTO FREELANCE


Alternatif pertama untuk menjana pendapatan lumayan dengan fotogra adalah menerusi bayaran untuk melakukan kerja-kerja freelance. Jurufoto menubuhkan blog atau laman web, untuk menawarkan perkhidmatan menangkap dan mengedit gambar, bagi memenuhi keperluan individu atau organisasi. Antara tugas-tugas freelance yang mempunyai permintaan di pasaran Malaysia adalah seperti gambar perkahwinan mahupun gambar acara rasmi daripada badan-badan kerajaan atau swasta. Apa yang perlu kita lakukan adalah mempunyai laman web tempahan, untuk memudahkan pelanggan mencari kita menerusi enjin carian dan melakukan tempahan pada bila-bila masa.

JUAL GAMBAR DI LAMAN LELONGAN ONLINE


Bagi individu yang berkemahiran untuk menangkap gambar yang unik, serta memenuhi keperluan industri, kita boleh menjual gambar-gambar yang ditangkap menerusi laman lelongan online khas untuk penjualan foto. Antara senarai laman lelongan yang boleh kita gunakan, bagi menjana pendapatan dengan fotogra adalah seperti Fotolia, iStockPhoto serta Getty Image. Meskipun laman lelongan ini mempunyai jutaan pelawat setiap bulan, gaya kir luar kotak dapat membuat kan diri kita berbeza dengan penjual-penjual lain. Sentiasa kirkan bagaimana untuk mencipta keunikan, agar kita tidak ditenggelamkan oleh pesaing.

MENJUAL PERKAKAS DAN AKSESORI FOTOGRAFI


Sekiranya kita mempunyai kenalan yang mempunyai kedai yang menjual aksesori fotogra, kita boleh berurusan denganmereka untuk menjual produk secara dropship. Sebagai contoh, kita mengambil 10% hingga 25% keuntungan daripada harga produk yang dijual oleh pemilik kedai. Namun harus diingatkan, kita perlu berurusan dengan baik agar kita tidak perlu menyimpan stok. Ini bermakna, apabila jualan berjaya dihasilkan, kita akan bayar kepada pemilik kedai, dan tugas mereka adalah untuk menghantar produk itu kepadapelanggan. Konsep ini juga dinamakan untung atas angin. Untuk melakukan promosi,kita boleh gunakan 4 medium percuma seperti di laman web Mudah.my, laman web Ebay, laman web Lelong, laman web Facebook dan laman blog.

MENULIS BUKU MENGENAI TIP BIOGRAFI


Peningkatan jumlah jurufoto baru di Malaysia secara tidak langsung mencipta permintaan buku-buku baru, yang berkaitan dengan industri ini. Kita boleh menulis buku dan menjana pendapatan lumayan menerusi royalti daripada syarikat penerbitan seperti PTS, Truewealth dan banyak lagi. Selain daripada buku, kita juga boleh menulis ebook. Di mana ia memberikan margin keuntungan yang lebih tinggi kepada penulis.

28 Majalah Niaga Edisi 27

PELABURAN HART ANAH


Rohaniah Noor Pelabur Hartanah

AWAS JERAT PERSONA RUMAH CONTOH


Wow! Cantiknya.. Terpana dan terpegun seketika. Itulah reaksi yang biasa berlaku kepada kebanyakan pelawat rumah contoh bagi projek pembangunan rumah yang sedang di dalam pembinaan. Baik rumah apartment, kondominium atau rumah bertanah, pemaju akan menonjolkan rumah contoh yang sangat cantik supaya pelawat terus gatal tangan membuat tempahan. Antara pengubahsuaian yang biasa dilakukan adalah dengan memasang cermin besar di dinding, membuang pintu bilik, membuka dinding pemisah dapur, memasang perabot mahal dan kemasan mewah, memasang kabinet terbina dalam serta hiasan dalaman berkonsep kontemporari. Ada juga pemaju yang sanggup meletakkan perabot yang lebih kecil dari saiz standard atau meninggikan syiling supaya ia kelihatan lebih besar dan luas.

INDAH KHABAR DARI RUPA


Kecantikan rumah contoh menyebabkan pelawat lupa tujuan mereka datang untuk melihat bentuk rumah yang akan dibeli, bukan untuk apresiasi rekaan dalaman. Sebaik mendapat kunci, mereka kecewa apabila mendapati unit yang mereka terima jauh berbeza. Hanya dinding kosong, kemasan asas dan cat putih sahaja. Kata orang tua, terlajak perahu boleh diundur. Terlajak beli, tanggunglah sendiri. Kecantikan rumah contoh hanyalah satu imaginasi pereka hiasan dalaman. Ia tidak tertulis di dalam perjanjian jual beli. Di Malaysia, walaupun kisah sebegini biasa didengar, setakat ini tiada undang-undang atau peraturan tertentu yang boleh membendungnya. Apatah lagi , tiada undang-undang yang memberi mereka jalan keluar untuk menuntut pampasan. Berbeza halnya dengan di Singapura. Pembeli rumah di negara itu dilindungi apabila kerajaannya memperkenal dan menguatkuasakan satu peraturan di mana setiap rumah contoh mestilah menggambarkan unit yang sebenar dengan tepat. Dari segi keluasan, ketinggian siling, struktur dinding, struktur tiang, jenis perabot, hiasan dalaman dan lain-lain mestilah sama dengan apa yang bakal pembeli terima. Melalui peraturan ini, pembeli diberi gambaran dan pengalaman yang sebenar bagaimana rupa dan perasaan berada di dalam rumah kotak merpati itu. Selain itu, peraturan ini juga mensyaratkan pemaju untuk menyediakan kepada umum senarai harga yang lengkap sekurang-kurangnya dua hari sebelum hari jualan. Brosur dan iklan yang dipaparkan juga mestilah tidak mengandungi sebarang maklumat atau gambaran yang boleh mengelirukan.

29 Majalah Niaga Edisi 27

ORDINAN HARTANAH KEDIAMAN


Keberkesanan peraturan di Singapura ini dicontohi oleh Hong Kong. Di sana, tanah terlalu terhad. Jadi, purata keluasan rumah hanyalah seluas 500 meter persegi sahaja. Ini menyebabkan pemaju terdesak untuk menarik perhatian pembeli melalui rumah contoh yang memukau, biarpun melibatkan pengubahsuaian yang ekstrem. Terdapat banyak kes di mana pemaju menggantikan dinding batu yang biasanya setebal 10 cm dengan dinding kaca yang hanya setebal 2.5 cm. Pintu masuk utama dibuang, menyebabkan pembeli tersalah anggap ruang awam di koridor adalah sebahagian daripada rumah. Selain itu, ada pemaju yang sanggup membuang dinding yang memisahkan bilik utama dengan bilik kecil disebelahnya supaya ia kelihatan seperti satu ruang yang luas. Hakikatnya, apabila kunci rumah diterima, pembeli mendapati bilik utama hanya betul-betul muat satu katil kelamin sahaja. Bagi mengekang trend ini, Biro Pengangkutan dan Perumahan Hong Kong telah menguatkuasakan polisi serta garis panduan yang lebih ketat dengan kerjasama Jabatan Tanah dan Persatuan Pemaju Hartanah di sana. Ordinan Hartanah Kediaman (Jualan Kali Pertama) juga telah diluluskan dan akan dikuatkuasakan pada bulan Jun 2013 ini. Semua peraturan ini menitikberatkan pembinaan rumah contoh, brosur jualan dan maklumat urusniaga yang lebih telus. Sebarang representasi yang mengelirukan atau kurang tepat tidak dibenarkan sama sekali.

AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA


Di Australia pula, perlindungan yang sama begitu diambil berat melalui Akta Perlindungan Pengguna. Agen atau pemaju hartanah mestilah memberi gambaran yang tepat mengenai lokasi, harga, karakter, gunatanah atau ciri-ciri tertentu di masa hadapan berkaitan rumah tersebut. Dalam satu kes mahkamah, dua orang pembeli telah memaklumkan kepada seorang agen jualan bahawa mereka hanya berminat untuk membeli unit yang mempunyai pemandangan yang tidak dihalang oleh apa-apa bangunan atau objek. Agen jualan telah mencadangkan unit yang dikatakan mempunyai pemandangan sebegitu beserta beberapa ciri-ciri lain. Atas keyakinan secara lisan yang diberi, mereka menandatangani perjanjian jual beli. Namun begitu, mereka kemudiannya mendapati bahawa pemaju yang sama telah membuat permohonan kepada pihak berwajib untuk membangunkan tanah yang betul-betul berada di sebelah projek kediaman yang mereka beli. Ini akan menghalang pemandangan yang bakal mereka nikmati nanti. Tidak berpuas hati, kedua-dua pembeli membatalkan pembelian dan pihak pemaju membawa kes ini ke mahkamah. Mahkamah mendapati bahawa perjanjian jual beli itu boleh diketepikan kerana wujudnya maklumat yang tidak tepat. Janji yang dibuat secara lisan oleh agen jualan mengikat perjanjian tersebut. Kesimpulannya, Malaysia masih ketinggalan di dalam melindungi pembeli rumah dari gimmick rumah contoh dan maklumat-maklumat yang kurang tepat dan boleh mengelirukan ini. Diharap pihak kerajaan mengambil berat dan mewujudkan undang-undang atau peraturan seumpamanya. Bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah juga perlu diperluaskan bagi mendengar aduan sebegini. Membeli rumah bukanlah satu pelaburan yang murah. Lima hingga ke tujuh angka dibayar kepada pemaju. Maka seharusnya transaksi semahal ini dijalankan secara telus dan jujur supaya pembeli benar-benar menikmati apa yang dijanjikan sebelum dompet mereka dibuka.

ADVERTISING STANDARD AUTHORITY (ASA)


Sebenarnya, peraturan sebegini telah lama dikuatkuasakan di United Kingdom. Undang-undang di sana menekankan konsep What You See is What You Get yang bermaksud apa yang anda nampak, itulah yang anda terima. Baru-baru ini, sebuah syarikat pemaju terkemuka tempatan iaitu Taylor Wimpey telah didapati bersalah dan diambil tindakan oleh Advertising Standard Authority (ASA), sebuah agensi pemantauan pengiklanan di sana.Tindakan ini berikutan aduan yang diterima apabila pemaju ini memuatnaik gambar bilik air yang didakwa diambil dari unit contoh yang sebenar di laman web mereka. ASA memutuskan bahawa gambar ini boleh menyebabkan pembeli terkeliru dan tersalah anggapan bahawa kelengkapan itu sudah termasuk di dalam harga jualan yang ditawarkan. Perkataan harga dari yang diletakkan di dalam iklan tidak cukup untuk mengelakkan kekeliruan ini. Pemaju sepatutnya memaparkan gambar bilik air dalam keadaan sebenar yang akan mereka terima dengan harga standard atau menyatakan dengan jelas di dalam iklan itu berapa kos yang perlu dibayar untuk mendapatkan kelengkapan dan kemasan seperti yang ditonjolkan.

30 Majalah Niaga Edisi 27

TIP PENJENAMAAN
Nazri Kadir Jururunding Bidang Kewangan

RAHSIA KEJAYAAN DAVID KARP & EMPAYAR $1.1BILION TUMBLR

Beberpa bulan yang lalu kita semua dikejutkan oleh berita yang dilaporkan daripada Wall Street Journal mengatakan bahawa pihak lembaga pengarah Yahoo! Inc. telah meluluskan peruntukan $1.1 bilion untuk mengambil alih sebuah syarikat micro-blogging, Tumblr. Setelah banyak spekulasi berkenaan dengan pengambil alihan ini, akhirnya pihak Yahoo! Inc. telah membuat pengumuman rasmi berkenaan dengan pengambil alihan tersebut. Ia merupakan antara pengambil alihan yang terbesar selepas Facebook mengambil alih Instagram pada tahun lepas. Tumblr yang diasaskan pada Februari 2007 oleh CEO syarikatnya David Carp, merupakan sebuah platform micro-blogging yang terbesar di internet. Menggunakan tagline Blogging made easy pada awal kemunculannya, kini Tumblr menerima lebih 300 juta pelawat unik dan mempunyai lebih 108 juta blog di bawahnya. Statistik terkin Tumblr ialah menerima lebih 120,000 pendaftaran baru setiap hari, lebih 900 updated dibaca dalam setiap saat serta Lebih 24 bilion minit dihabiskan di Tumblr setiap bulan. Jika Facebook merupakan rangkaian sosial untuk menghubungkan manusia dan Twitter pula digunakan untuk berkomunikasi secara mudah, Tumblr pula berbeza kerana ia mengetengahkan self-expression. Tumblr merupakan platform untuk blogging dengan cara yang paling mudah tanpa terikat dengan penulisan panjang.

31 Majalah Niaga Edisi 27

5 kunci kejayaan Tumblr yang menjadikan mereka sangat diminati dan bernilai tinggi:

MEMBERIKAN SOLUSI PANTAS


Tumblr membolehkan anda berkongsi apa juga medium dalam satu platform dengan lebih mudah tanpa memeningkan kepala. Tumblr membenarkan anda memuat naik serta berkongsi text, gambar, quotes, link, dialog, audio serta video dengan mudah hanya dengan satu butang sahaja di dashboard anda dan ia akan dipaparkan kepada pengguna internet yang lain dengan mudah.

Tahukah anda idea micro-blogging Tumblr sebenarnya diinspirasikan daripada masalah pengasasnya sendiri yang mahu berkongsi sesuatu di internet dengan lebih mudah tanpa perlu menaip artikel yang panjang seperti di blog wordpress atau blogger? Tidak semua pengguna internet berminat untuk menulis artikel dan tidak semua pengguna internet dapat berkongsi serta menunjukkan apa jua yang mahu diluahkan di Twitter mahupun Facebook. Mereka memerlukan sebuah platform yang mudah untuk berkongsi apa yang mahukan di internet tanpa memeningkan kepala. Maka dengan itu Tumblr dibangunkan dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna internet kerana ia telah berjaya menyelesaikan masalah mereka yang mahu sebuah platform micro-blogging untuk meluahkan idea serta berkongsi perasaan dengan pengguna lain dengan lebih mudah.

MEMPUNYAI DAYA TARIKAN SELEBRITI

MEMUDAHKAN PENGGUNA

Selain daripada memberikan penyelesaian pantas kepada pengguna, ciri penting seperti simplicity dan mesra pengguna juga turut memainkan peranan penting untuk menarik pengguna internet. Ciri ini merupakan perkara yang diberikan perhatian oleh Tumblr. Kebiasaannya untuk menulis blog, kita perlu mengisi tajuk dan ruangan content artikel, memasukkan gambar, video dan sebagainya. Di Tumblr, anda cuma perlu lakukan beberapa langkah mudah sahaja tanpa perlu menulis artikel panjang yang kadangkala membantutkan niat seseorang untuk berkongsi di blog. Anda juga tidak perlu pening kepala mengetahui fungsi-fungsi dalaman dashboard blog anda seperti anda menggunakan wordpress. Tumblr sangat mudah digunakan oleh semua golongan. Cuma beberapa klik, anda sudah mampu berkongsi sesuatu kepada pengguna internet yang lain. Tumblr juga memudahkan pengguna membuat duit dengan menjual theme premium kepada pengguna Tumblr yang lain.

Para selebriti dan golongan berpengaruh memainkan peranan penting dalam menarik lebih ramai pengguna internet menggunakan sesuatu platform tersebut. Ini kerana manusia akan mencontohi apa sahaja yang dilakukan oleh orang yang mereka kagumi. Ramai selebriti serta orang-orang berpengaruh menggunakan Tumblr untuk berkongsi perasaan, pengalaman, projek terkini dan banyak lagi kepada pengguna internet yang lain dengan lebih pantas dan berkesan. Perkongsian sebegini bukan sekadar berkongsi cerita, ia juga dapat memotivasikan orang lain. Antara orang berpengaruh yang turut menggunakan Tumblr untuk berkomunikasi ialah Presiden Amerika, Barrack Obama yang menggunakan platform ini untuk berkempen serta berhubung dengan rakyatnya. Selain itu selebriti seperti John Mayer, Josh Groban, Anthony Bourdain dan ramai lagi turut menggunakan Tumblr.

MEMBENTUK KOMUNITI SOSIAL

MEMPELBAGAIKAN PENGGUNAAN

Mungkin pada hari ini kita semua menggunakan Twitter untuk berkomunikasi pantas, Youtube untuk berkongsi video serta Flickr dan Instagram untuk berkongsi gambar. Pengguna internet mempunyai keinginan untuk memiliki satu tapak atau tempat untuk berkongsi segalanya kepada umum melalui blog. Ya, Facebook mungkin antara platform yang mungkin terlintas di kiran anda untuk berkongsi segalanya di internet tetapi untuk pengguna internet yang lain, mereka memerlukan ruang yang lebih khusus untuk serlahkan diri serta minat mereka dan berkongsi kepada pengguna internet yang lain tanpa had.

Selain daripada golongan selebriti dan orang berpengaruh, ramai juga golongan kreatif turut menggunakan Tumblr untuk berkongsi gambar atau design terkini mereka kepada para peminat mereka. Antara yang menggunakan Tumblr termasuklah para pereka fesyen antarabangsa yang terkenal. Para peminat serta pengguna sesuatu jenama seperti baju dan beg tangan boleh mendapatkan maklumat berkenaan dengan fesyen baju terkini serta keluaran beg tangan terkini yang akan dikeluarkan oleh sesebuah syarikat. Tumblr mampu merapatkan lagi komuniti berasaskan minat pengguna Tumblr yang lain. Tumblr juga turut mempunyai fungsi mudah butang Reblog di mana pengguna Tumblr boleh berkongsi artikel yang mereka minati terus ke blog mereka hanya dengan satu klik sahaja. Ia boleh dijadikan sebagai pemasaran viral paling mudah walaupun anda bukanlah seorang bintang di Youtube.

32 Majalah Niaga Edisi 27

TIP PERNIAGAAN
Aqif Azizan Central Intelligence Agency(CIA) Write To Wealth

Sekali Percaya, Selamanya Tidak Berjaya


TAHAYUL 1 PINJAM DUIT BANK AWAL-AWAL
Ini adalah satu daripada tabiat kegemaran para usahawan Melayu. Mereka lebih gemar memulakan perniagaan dengan meminjam duit bank. Meminjam duit bank tidak salah. Namun meminjam tanpa mempunyai ilmu perniagaan yang bagus adalah satu perbuatan yang tidak bijak. Yakni perbuatan itu akan membuatkan bisnes kita lingkup, dan menjadikan kita si penghutang yang tidak tahu malu. Kerana rata-rata usahawan yang meminjam wang dari bank untuk bisnes, akhirnya gagal dan tidak mampu bayar hutang.

7 MAKLUMAT TAHYUL BISNES


TAHAYUL 5 TIRU ORANG SAHAJA
Ali buat bisnes ABC. Mari kita tiru bisnes ABC 100%. Mentor aku kata tiru itu bagus. Tiru itu bagus. Tiru itu menjelaskan bahawa kita mempunyai idola atau ikon dalam bisnes yang diceburi. Namun meniru secara bulat-bulat adalah perbuatan yang merugikan perniagaan sendiri. Apabila meniru, gunakan pendekatan TiruVasi. Yakni meniru dan menginovasikan bisnes sendiri. Baru bisnes tidak dicop sebagai bisnes tiruan. Hari ini, ramai pemilik bisnes yang tidak mempunyai keunikan.

Dalam tempoh 5 tahun, 90% bisnes akan tutup kedai. Tidak dinafikan maklumat ini memberikan trauma kepada bakal-bakal usahawan, serta usahawan yang baru sahaja berjinak-jinak dalam perniagaan. Apakah faktor yang menyebabkan bisnes-bisnes ini gagal? Kesemua 7 maklumat tahyul ini adalah jawapannya.

TAHAYUL 2 CIPTA PRODUK PALING NGETOP


Ramai orang boleh menyanyi, namun hanya segelintir orang sahaja yang boleh buat duit lumayan dengan menyanyi. Produk yang bagus tidak semestinya memberikan signal bahawa bisnes kita bagus. Hakikat yang perlu ditelan adalah, produk adalah satu daripada perkara penting dalam bisnes. Namun ia bukan nombor satu. Nombor satu adalah pemasaran.

TAHAYUL 6 DUIT BIAR MASUK AKAUN AKU


Duit yang mengalir daripada bisnes kita bukan hak perseorangan. Ia adalah hak akaun bisnes kita. Mencampur-adukkan duit dalam akaun peribadi akan merosakkan bisnes kita secara perlahan-lahan. Duit bisnes adalah duit bisnes. Duit peribadi adalah duit peribadi. Ia tidak sama. Asingkan kedua-dua saluran duit ini. Wujudkan akaun semasa bisnes sebelum memulakan perniagaan sebagai langkah keselamatan.

TAHAYUL 3 WAJIB UNDER TABLE


Ini adalah gaya kir usahawan-usahawan yang masih belum telan realiti perniagaan. Ramai yang berpendapat, usahawan perlu mempunyai kabel-kabel yang baik dengan Dato, orang besar atau orang atasan untuk memiliki perniagaan yang bagus lagi stabil. Pendapat ini tidak betul. Tidak semestinya kita perlu gadaikan maruah agama dan diri, semata-mata untuk memperoleh harta dalam perniagaan.

TAHAYUL 7 PERKATAAN ITU TIDAK PENTING


Setiap perkataan yang kita tulis mencerminkan kredibiliti bisnes sendiri. Apabila usahawan gagal menguasai teknik penulisan bisnes, maka mereka sedang melacurkan bisnes ke tempat yang bahaya. Kuasai setiap perkataan yang digunakan dalam kempen pemasaran atau promosi. Supaya setiap perkataan dapat diubah menjadi magnet untuk menyeru lebih ramai pelanggan yang membaca.

TAHAYUL 4 PEMASARAN HUKUMNYA HARUS


Jangan fokus pada pemasaran, fokus pada pembinaan produk dan sistem yang bagus terlebih dahulu. Ini adalah nasihat beracun yang diberikan oleh golongan bukan usahawan kepada bakal usahawan. Perkara paling penting dalam perniagaan adalah pemasaran. Pemasaran yang menentukan samada pelanggan mahu keluarkan duit untuk bisnes kita atau sebaliknya. Pemasaran adalah nadi perniagaan. Penguasaan terhadap ilmu pemasaran adalah wajib untuk menjamin keuntungan bisnes. Kuasai pemasaran, kuasai magnet tarikan pelanggan.

33 Majalah Niaga Edisi 27

TIP KOMUNIKASI
Aqif Azizan Central Intelligence Agency(CIA) Write To Wealth

TERIMA KASIH PELANGGAN BAHAGIA, PERNIAGAAN KAYA

Tanpa pelanggan, perniagaan tidak akan mempunyai kemampuan untuk kekal lama. Kerana pelanggan adalah mereka yang memberikan wang kepada kita. Dalam perniagaan, apabila kita tidak mempunyai wang, maka bisnes kita akan lingkup. Para pemilik perniagaan sanggup melaburkan wang sehingga jutaan ribu ringgit bagi menjaga pelanggan. Mereka percaya, apabila pelanggan rasa diri mereka seperti tidak dihargai, maka sudah tiba masanya untuk mereka beralih kepada pembekal produk yang lain. Situasi ini yang digeruni oleh pemilik-pemilik perniagaan. Namun begitu, terdapat satu strategi yang dapat membantu kita meningkatkan kesetiaan dalam diri pelanggan tanpa sebarang kos.

TERIMA KASIH - MUDAH DAN MEMBAHAGIAKAN


Ucapan terima kasih adalah salah satu daripada cara yang dapat meningkatkan kesetiaan pelanggan terhadap perniagaan kita. Kajian demi kajian yang dijalankan mendapati, apabila kita mengucapkan terima kasih kepada pelanggan, mereka akan cenderung untuk menghebahkan berita baik mengenai perniagaan kita kepada rakan-rakan mereka yang lain. Kenapa situasi ini berlaku?

Penulis buku Work Positive in a Negative World, Dr. Joey Faucette menyatakan, kesetiaan pelanggan terhadap perniagaan kita adalah bagaimana cara kita berkomunikasi dengan mereka. Salah satu daripada ucapan komunikasi yang dapat mempengaruhi pelanggan adalah ucapan Terima kasih. Menurut beliau, situasi ini semakin diendahkan apabila zaman Internet semakin menular dalam kalangan pelanggan. Di mana ucapan terima kasih menjadi terlalu umum dan tidak ditekankan ketika proses jual beli berlaku.

MAHU DIINGATI ATAU DILUPAI?


Dr. Joey Faucette menjelaskan, tindakan yang boleh diambil oleh para pemilik perniagaan hari ini adalah menulis ucapan terima kasih kepada pelanggan secara spesik. Ini bermakna, tunjukkan setinggi-tinggi penghargaan kita kepada pelanggan. Sebagai contoh, antara ucapan terima kasih yang dapat mendorong dan meningkatkan estim pelanggan adalah: Terima kasih En. Zulkii kerana membeli produk emas daripada kami. Kami berbesar hati untuk membantu tuan jika ada sebarang masalah berkenaan dengan emas yang tuan beli daripada kami. Terima kasih kerana membeli sistem kedai online Niagakit. Tindakan tuan membeli sistem ini adalah langkah pertama untuk tuan menjadi seorang usahawan internet. Dr. Joey Faucette dalam artikel yang ditulis dalam majalah Entrepreneur memberitahu, ucapan terima kasih yang terlalu umum sukar untuk menyerap ke dalam hati pelanggan. Justeru itu, rangka ucapan terima kasih yang spesik, agar pelanggan rasa dihargai apabila melakukan urusan jual beli dalam perniagaan kita.

APAKAH MESEJ TERIMA KASIH BISNES KITA?


Tindakan memberikan ucapan terima kasih adalah tindakan yang mudah. Namun kesannya terhadap diri pelanggan dan perniagaan kita adalah drastik. Dengan mengucapkan kata-kata penghargaan, kita menunjukkan kredibiliti kita menguruskan pelanggan dengan baik. Perniagaan yang bernilai jutaan ringgit tidak bergantung semata-mata kepada produk. Keutamaan diletakkan kepada pelanggan, kerana mereka yang akan memberikan wang kepada kita.

34 Majalah Niaga Edisi 27

Boleh
Untuk tempah iklan, hubungi eksekutif pemasaran, Hasbul Aqill di 016 2025437 atau layari www.MajalahNiaga.com

nampak saya ke?

Bagus!
Bermakna iklan di sini berkesan!
INOVATTIC SOLUTION

E-majalah ini diberikan PERCUMA!


Hak cipta terpelihara oleh MajalahNiaga.com, dilarang sama-sekali menerbit semula dalam lain-lain bentuk atau mempergunakan e-majalah ini untuk tujuan keuntungan kecuali dengan kebenaran bertulis dari pihak MajalahNiaga.com. Namun begitu anda dibenarkan, bahkan digalakkan menyebar e-majalah ini untuk tujuan kebaikan, tetapi haruslah dikekalkan sifatnya tanpa sebarang ubahan.

MAJALAH NIAGA www.majalahniaga.com


INOVATTIC SOLUTION

Anda mungkin juga menyukai