Anda di halaman 1dari 17

TIPS Menggaji Pembantu Rumah Indonesia 05 Oct 2009

Merapatkan jurang budaya di antara dua benua dan persehaman antara dua darjat adalah
suatu tugas yang amat sukar. Namun toleransi dan persefahaman mampu meredakan
tegangan. Tips-tips di bawah mungkin boleh membantu anda bagi memahami pembantu
dan mengurangkan jurang persefahaman terutama dalam tempoh penyesuaian di tahun
pertama.

"Ya Allah, jauhkan kami daripada majikan yang kejam kepada pembantu seperti
menyisihkan pembantu kerana sombong, kikir dalam hal kebajikan dan makan minum,
dan mengkhianati pembantu dalam apa jua bentuk. Jauhkan kami daripada pembantu
yang berniat jahat dan tidak ikhlas untuk bekerja. Berikankan kepada kedua mereka
keserasian dan keselesaan hidup. Hindarkan kami daripada mana-mana pihak yang
khianat dan mengkhianati. Lapangkan dada semua pihak agar memudahkan segala
urusan demi mencapai keredhaanMu. Amin"

1) Benarkan pembantu menghubungi keluarga di Indonesia apabila tiba memulakan kerja


dirumah majikan. Kod panggilan murah Celcom 1310062xxxxxx Maxis 1320062xxxx.
Digi 0062... Biasanya hp bermula dengan 8xxx . jika nombor yang diberikan bermula
08xx, abaikan 0. Contoh : 081375869008 ditukar kepada 132006281375869008 . Kod
Indonesia ialah 0062 jika menggunakan Ring-Ring Card.

2) Pastikan makanan ruji (nasi) yang mencukupi untuk pembantu. Majikan selalu
mengharapkan pembantu membuat seperti rumah sendiri. Sebaliknya pembantu biasanya
segan untuk makan apa lagi dengan kehadiran majikan. Bertanyalah sekiranya pembantu
belum makan dan suruhlah mereka makan dan rehat walaupun kadang-kadang mereka
segan.

3) Pastikan rehat dan tidur yang mencukupi untuk pembantu. Pembantu biasanya segan
untuk berehat dengan kehadiran majikan.Waktu bekerja yang lazim 5.30 am hingga 10.00
pm. Rehat sewajarnya dalam tempoh itu.

4) Cuti sehari seminggu seperti peraturan imigresen boleh diganti dengan bayaran ganjaran
sewajarnya oleh majikan seperti pemberian bonus pada akhir tahun atau cuti bergaji
penuh pada akhir tahun. (misalnya pembantu balik bercuti awal sebulan daripada tamat
kontrak).

5) Majikan sebaiknya jangan membawa masalah dan tekanan ditempat kerja ke rumah
sehingga bertindak kasar dengan pembantu kerana masalah di tempat kerja.

6) Pembantu adalah manusia biasa yang bersosial. Jangan menyisihkan pembantu dan
anggap mereka sebahagian keluarga yang harmoni. Jika membeli jajan, jangan hanya
dibeli untuk kita sekeluarga sahaja. Beri mereka makan apa yang kita makan. Jangan
sampai kita kenyang mereka lapar, kita gembira mereka bersedih, kita makan mereka
lihat sahaja. Contohi Rasullulah SAW melayani hamba abdi baginda.

7) Jangan mudah menengking dan meninggikan suara jika pembantu membuat kesalahan.
Pembantu mungkin sensitif tetapi memendam rasa. Mereka manusia biasa yang ada
perasaan dan perlu dihormati sebagai pekerja. Ajari dan teguri secara berhemah.

8) Selalu bertanya keperluan asas mereka seperti perubatan, ubat dan berus gigi, sabun,
tuala wanita dan lain-lain. Mereka mungkin segan untuk memberitahu majikan. Jangan

1
sampai sehingga mereka mencuri guna barang majikan. Perbelanjaan keperluan asas,
perubatan dan urusan permit mereka adalah tanggunggan majikan.

9) Pastikan pembantu tidak terlalu bebas. Pantau pergaulan sesama mereka mungkin mereka
selalu bercakap perkara buruk tentang majikan dan membanding-banding. Tidak
digalakkan pembantu memiliki handphone kecuali dirasakan sangat perlu. Awasi
penggunaan dan bil telefon rumah anda.

10) Awasi pembantu sekiranya terdapat pekerja Indonesia yang berhampiran biasanya
pekerja kontrak. Pembantu boleh cepat terpengaruh dengan pujukan lelaki. Jangan mudah
percaya jika pembantu mungkin menyatakan mereka adalah saudara terdekat.

11) Awasi jika ada sindiket yang mendekati pembantu menawarkan pendapatan yang
lumayan, memujuk pembantu melarikan diri.

12) Keinginan untuk bersosial dan seks adalah naluri biasa manusia, namun pantau agar
ianya berada di landasan yang dibenarkan syarak. Jangan sampai tindakan mereka
melampaui batas seperti bergaul atau berkhalwat dengan bukan muhrim.

13) Jangan terlalu percaya kepada pernyataan pembantu rumah. Pembantu mungkin tidak
bercakap benar demi menyembunyikan kesilapan dan kelemahan kerana mungkin takut
kepada majikan.

14) Jangan menimbulkan kesangsian yang sembarangan kepada pembantu kerana ia akan
menimbulkan ketidakselesaan untuk pembantu bertugas seterusnya. Sediakan bukti yang
kukuh jika terdapat kes-kes kehilangan barang atau kes-kes lain.

15) Simpan passport dan buku bank pembantu ditempat yang selamat jangan sampai diambil
oleh mereka. Passport jatuh ke tangan pembantu adalah peluang untuk berlakunya kes
lari.

16) Majikan perlu membuka akaun bank, disarankan nama bersama majikan dan salah satu
untuk transaksi. Tunjukkan resit kemasukan duit pada setiap bulan.

17) Jika pembantu menyatakan keinginan untuk pulang ke Indonesia kerana sebab-sebab
yang dinyatakan, awasi, mungkin dia mempunyai masalah lain dengan majikan dan tidak
akan kembali lagi.

18) Jika perlu pegang gaji pembantu sekitar 3 bulan gaji untuk mengelakkan kes-kes lari.
Kadang-kadang pembantu memerlukan pinjaman daripada majikan untuk dihantar ke
Indonesia, bersederhanalah dalam menghulurkan pinjaman tersebut.

19) Kebanyakan pembantu adalah daripada golongan miskin dan perantau mencari rezeki
yang halal. Berlebih kuranglah dalam urusan kewangan dengan mereka, jangan terlalu
berkira, semoga kita dimurahkan rezeki oleh Allah. Anggap yang kita terlebih beri
sebagai sedekah atau sebahagian zakat.

20) Pembantu anda adalah manusia yang unik sifat-sifat dan kebolehan masing-masing.
Elakkan membanding-bandingkankan dengan pembantu sebelumnya atau pembantu
orang lain yang lebih baik. Jangan terlalu memikirkan sikap buruk pembantu sebaliknya
hargai sikap baik mereka dan manafaat yang kita perolehi. Terlalu memikirkan dan
memperhatikan kelemahan tanpa memperbetulkannya hanya akan menambahkan
masalah rumahtangga.

2
21) Pembantu biasanya adalah golongan yang kurang berpendidikan dan taraf sosio
ekonominya rendah. Majikan harus faham keupayaan pembantu dan janganlah
mengharapkan sesuatu yang melebihi kemampuan pembantu. Tatacara bekerja disetiap
rumah juga adalah berbeza. Ajari pembantu dengan jelas dan sabar. Kadang-kadang
pembantu perlu diajar berulang-ulang tentang sesuatu perkara.

22) Jangan memberi kepercayaan 100% kepada pembantu tentang perkara yang kritikal
seperti keselamatan. Contohnya anda perlu sekali-sekala memantau adakah pintu atau
pagar telah dikunci sebelum pergi tidur, penjagaan barangan elektrik dan aspek-aspek
keselamatan lain.

23) Setengah pembantu kurang memahami bahasa Melayu terutama daripada Jawa. Kadang-
kadang mereka kurang memahami arahan majikan dan istilah bahasa Malaysia tetapi
takut untuk bertanya. Perkataan tuala=anduk, sudu=cedok, tembikai=semangka,
handphone=hape, perempuan=cewek, lelaki=cowok, teman=pacar, nakal=jahat, tak
bertimbangrasa=jahat. Berhati-hati menggunakan istilah sedekah=mengemis. Teliti
semasa komunikasi bagi mengelakkan salah faham.

24) Ajari pembantu tentang budaya kita Malaysia dan fahami perbezaan budaya mereka.
Pegangan agama mereka kadang-kadang lebih longgar. Seperti bersalaman lelaki dan
perempuan amalan biasa di Indon sebagai tanda hormat. Tunjukkan cara berpakaian yang
sopan dan beli pakaian yang sesuai untuk mereka jika perlu. Awasi jika ada pengamalan
tahyul dan syirik atau merokok.

25) Awasi tahap kebersihan dan ajari langkah keselamatan terutama dalam penggunaan
barangan elektrik jika perlu. Setengah rumah pembantu di Indonesia tidak berelektrik.
Awasi pintu kereta yang selalunya tidak bertutup rapat.

26) Jangan mendera secara fizikal,emosi atau mencabul, ia boleh memudaratkan majikan
sekiranya laporan dibuat kepada konsulat atau polis.Penggunaan bahasa kesat dan ugutan
oleh majikan adalah contoh penderaan emosi yang sering berlaku.

27) Jangan terlalu memandang rendah kepada mereka kerana kita memerlukan khidmat
mereka. Anggap mereka sebagai pembantu dan bukan orang suruhan. Jangan menghina
atau memperli bangsa mereka dihadapan mereka kerana ini akan menimbulkan kebencian
mereka kepada kita.

28) Jangan meninggalkan kotoran peribadi seperti tuala wanita yang sudah dipakai untuk
diuruskan pembantu. Pembantu mungkin merasakan kehinaan.

29) Jika boleh ajak pembantu makan bersama kita. Ini boleh mengeratkan perhubungan dan
mempastikan beliau tidak memasukkan ramuan tambahan berupa ubat pengasih atau ubat
penunduk dalam makanan. Kepercayaan tahyul amat berleluasa di setengah kawasan di
Indonesia.

30) Layan pembantu dengan baik seperti mana kita mahu majikan kita berlaku baik kepada
kita. Keseronakan mereka bekerja dan berkhidmat dengan kita harus dipupuk supaya
majikan dan pembantu sentiasa mempunyai hubungan yang baik ,balasannya kita akan
rasa anak-anak dan hartabenda kita sentiasa selamat .

31) Pembantu mungkin terasa tersinggung dengan kata-kata kesat anak-anak kita walaupun
masih kecil. Pembantu mungkin tidak berani menegur anak-anak sebaliknya memendam

3
rasa. Tegur anak-anak jika perlu. Pembantu juga mempunyai hak perlindungan daripada
majikan sepertimana anak-anak berhak mendapat perlindungan.

32) Barang berharga seperti barang kemas harus disimpan dengan baik bagi mengelakkan kes
kecurian. Jika pembantu hendak pulang anda boleh memeriksa beg pembantu dan barang
simpanan kita sebagai langkah keselamatan jika dirasakan perlu. Jangan terlalu percaya
walaupun pada zahirnya pembantu nampak baik dan alim. Jangan pula terlalu mencurigai
sehingga menimbulkan rasa tidak selesa bagi pembantu.

33) Kita tidak perlu menguji kejujuran pembantu, kebanyakan mereka adalah tidak jujur.
Bayangkan mereka adalah daripada golongan bawahan dan anda perlu mengakui banyak
kelemahan mereka. Namun kita tidak perlu risau akan sifat panjang tangan mereka selagi
mereka masih berada di rumah kita. Namun kita perlu sentiasa mempastikan barang-
barang berharga tersimpan baik. Kalau boleh jangan sampai mereka mengetahui tentang
adanya barang kemas di rumah kita.

34) Majikan tidak digalakkan memberi pelepasan cuti pembantu dan bermalam ditempat lain.
Rancang cuti bersama pembantu atau tinggalkan pembantu dirumah saudara terdekat jika
perlu. Pergaulan pembantu yang luas biasanya mengundang masalah.

35) Pemberian hadiah adalah kaedah terbaik dalam memupuk kemesraan dan kasih-sayang
antara seorang majikan dan pembantu. Lakukan yang anda fikirkan terbaik kerana
pembantu adalah asset anda. Pemurahlah dengan orang yang sebenarnya banyak
membantu kehidupan kita kerana mereka penjaga pada anak kita masa kita bekerja.
Layani mereka sebagai seorang yang banyak berjasa kepada kita sekeluarga.

36) Elakkan pergaduhan dan pertengkaran yang berlanjutan dengan pembantu kerana ianya
mengaibkan. Mereka kadang-kadang nekad untuk melarikan diri apabila terasa
tersisih/tidak dihargai oleh majikan. Sebagai majikan gunalah kebijaksanaan dalam
menyelesaikan sebarang masalah.

37) Majikan harus tegas dalam hal yang perlu tetapi mesti menjadi majikan yang penyayang
dan berhati mulia bagi menimbulkan seseronakkan bagi pembantu bekerja dalam tempoh
kontrak kerana ia suatu jangkamasa yang agak lama.

38) Bayaran perubatan di hospital kerajaan untuk pekerja asing adalah tinggi. Untuk kes
kematian bayaran menghantar jenazah disekitar RM6000 atau lebih. Mengambil insurans
akan mengurangkan beban majikan. Bayaran insurans Takaful Nasional adalah RM60
setahun.

39) Pembantu adalah manusia biasa yang mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-
masing. Amat sukar untuk mencari pembantu yang sempurna. Pembantu muda mungkin
senang mengikut arahan tetapi mungkin cepat terpengaruh dengan lelaki. Pembantu tua
mungkin kurang terpengaruh dengan lelaki tetapi kadang-kadang sukar untuk memahami
arahan.

40) Tidak perlu memarahi pembantu dalam soal yang kecil atau remeh walaupun besar pada
pandangan kita. Tegur dengan berhikmah contohnya jika pembantu menggunakan telefon
atau barangan tanpa kebenaran kita. Ada kemungkinan pembantu melarikan diri kerana
merasa bersalah atau kesalahannya akan diketahui.

41) Jangan memandang ringan soal hak pembantu kerana mungkin pada pandangan
pembantu adalah suatu yang besar. Contohnya masalah gaji tidak dibayar dengan penuh

4
atau dipotong tanpa hak, barangan dirampas dan sebagainya, kerana dikhuatiri pembantu
akan berdendam dan mengambil tindakan yang diluar dugaan.

42) Dapatkan penilaian pembantu terhadap kita dengan mendapatkan maklumbalas orang
yang dekat dengan beliau contohnya pembantu rumah saudara kita. Jika pembantu
mengatakan majikan kejam, mungkin kerana beliau merasa tertekan kerana selalu
dimarahi. Jika mengatakan majikan pelit (kedekut) mungkin majikan terlalu berkira
dengan pembantu. Jika mengatakan majikan tidak bagi cukup makan bermakna majikan
tidak pernah menjaga hal ehwal makan minum mereka atau mereka merasa sukar untuk
mendapat masa yang sesuai untuk makan.

43) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri.
Pembantu merantatu ke sini kerana kesempitan dan keperitan hidup yang memaksa.
Fahami masalah mereka dan kasihani golongan yang lemah, nescaya kita dirahmati
Allah.

44) Berusahalah mendidik pembantu terutama tentang solat dan membaca al-
Quran..Kebanyakan pembantu agak daif dalam hal ini. Paling tidak bersama-samalah
membaca Quran dengan ahli keluarga pada setiap malam jumaat.

45) Tunjukkan kasih saying dan perihatin anda kepada pembantu seperti mereka sebahagian
daripada keluarga kita. Ambil berat tentang kesihatan dan kebajikan mereka.

46) Ingatlah segala pemberian,layanan,tuturkata dan perbuatan baik kita terhadap pembantu
takkan sia-sia dan pastinya akan mendapat ganjaran yang sawajarnya di akhirat
nanti. Sebaliknya juga.

Pembantu adalah asset anda. Uruskan mereka dengan baik dan kita memperolehi pelbagai
manafaat daripadanya. Sekiranya kita tidak menguruskan dengan baik tidak mustahil kita
akan kehilangannya.

Beristikarahkah semasa membuat pilihan sepertimana maksud al-Hadith.


”….Sesungguhnya tidak akan menyesal orang yang beristikarah….”.

Jika mendapat kesenangan atau ditimpa kesusahan ingat maksud al-Hadith “Aku
mengkagumi orang mukmin. Jika dikurniakan nikmat dia memuji Allah dan bersyukur.
Jika dia ditimpa kesusahan, dia memuji Allah dan bersabar…..”

Tiada beza darjat pembantu dan majikan. Orang yang paling mulia di sisi Allah ialah
orang yang bertakwa. Semua ini hanyalah sebagai panduan sahaja. Ianya mungkin
adalah berdasarkan pengalaman atau pengamatan semata-mata. Majikanlah orang yang
paling sesuai menilai bagaimana cara terbaik menangani pembantu rumah masing-
masing.Wallahua’lam.

Sifat Sifat Yang Perlu Dijauhi oleh Majikan

5
Sikap Indikasi Implikasi
Cerewet yang keterlaluan Majikan tidak menolong Pembantu akan merasa
dan menunjuk ajar stress dan tidak aman
pembantu bahkan asyik dengan kehadiran majikan.
memeriksa setiap gerakerja
pembantu
Sombong yang melampau Majikan tidak Pembantu kurang hormat
menghiraukan kebajikan kepada majikan
dan makan minum terutamanya sewaktu
pembantu ketidakhadiran majikan
Kikir Yang Berlebihan Contohnya majikan mengira Pembantu akan merasakan
berapa biji telur yang tidak cukup diberikan
digunakan setiap hari dan makan kerana dikongkong
bertanya pembantu ke mana keterlaluan.
pergi telur-telur tersebut.
Biasanya berkaitan dengan
profesyen seperti akauntan,
perbankan dan audit.
Terlalu Berkira Majikan akan memotong Pembantu tidak selesa dan
gaji untuk pembantu bercakap dengan jiran
menelefon yang perlu, tentang majikan yang pelit.
membeli jajan, kerosakan Menghitung hari untuk
harta benda yang tidak tamat kontrak
sengaja dan sebagainya.
Terlalu Garang Pembantu selalu ditengking Pembantu akan membenci
dengan suara yang tinggi majikan
Menganiaya Pembantu tidak dibayar gaji Pembantu mendendami
yang sepatutnya atau hak majikan
mereka diambil tanpa hak
Mencabul Pembantu dicabul sewaktu Boleh menjadi kes jenayah
ketiadaan isteri seksual

Sikap Biasa Pada Pembantu Kritikal Bagi Majikan

Majikan mungkin sensistif dan serius bagi sikap-sikap berikut tetapi ianya adalah
fenomena biasa di kalangan pembantu:
Mencuri, Berbohong, Mereka Cerita, Merokok, Mengamalkan Tahyul.

Doa Pelindung Sihir

Dengan Nama Allah yang tidak


memberi mudharat bersama namaNya
sesuatu pun di langit dan di bumi. Dan
Dia Maha Mendengar Lagi Maha
Mengetahui

6
Sifat-Sifat Dan Sikap Pembantu

Sifat-sifat yang dimiliki pembantu yang perlu difahami oleh majikan. Pembantu biasanya
tidak mempunyai kesemua sifat positif atau negatif, tetapi kombinasi kedua-duanya .
Sifat Positif 1- Sifat Negatif 1-5
5
Berinisiatif, kerja yang tidak perlu Curi tulang
disuruh-suruh
Menghormati majikan Ego, merasakan diri lebih pandai
Jujur Suka berbohong
Amanah Panjang Tangan
Suka Di Rumah Suka Merayau
Pandai dan cerdik Agak lembab dan perlu diajar
berulang kali
Teliti dan bersih dalam pekerjaan Agak gelojoh dan kasar dalam
pekerjaan
Menjaga pergaulan Sosial dan bebas pergaulan
Baik tutur kata Suka mengumpat
Jumlah Jumlah

Perbezaan latarbelakang mungkin menyerlahkan kebaikan dan kelemahan yang berbeza:

Kebaikan Kelemahan
Pembantu Muda
- Senang diarah - Senang terpengaruh dengan lelaki
- Cergas - Terpengaruh dengan kawan2

Pembantu Berusia
- Tidak terpengaruh dengan lelaki - Susah memahami arahan

Pembantu Bujang
- tidak sibuk dengan komitmen di - Kemungkinan hendak kahwin
Indonesia
Pembantu janda
- Bekerja sungguh2 untuk anak2 - Mudah terpengaruh dengan lelaki
- Tidak sibuk dengan suami

Pembantu Bersuami
- Tidak sibuk untuk kahwin - Sibuk dengan suami

Pembantu berpengalaman
- Cekap bekerja - Langkah panjang
- Tidak rindu kampong - ‘Demanding’

Pembantu tidak berpengalaman


- Tidak langkah panjang - Tidak cekap bekerja perlu disuruh2
- Rindu kampong di tahun pertama

7
Suku Sifat Ketara
Sumatra Bahasa, kebudayaan dan masakan
menghampiri kaum Melayu Malaysia
Aceh / Padang Golongan yang suka berniaga, tidak suka di
arah-arah
Jawa / Sunda Golongan yang rendah diri, menghormati
majikan, rajin dan pembersih
Madura / Lombok / Batak Biasanya sesuai untuk kerja-kerja keras
seperti perladangan dan pembinaan.

Kebanyakan pembantu rumah Indonesia mempunyai tahap pendidikan yang rendah,


berasal dari kampung yang mundur dan miskin. Tahap pendidikan yang rendah
menyebabkan mereka tidak dapat memahami sesuatu arahan dengan tepat dan cepat.
Mereka juga kurang mahami Bahasa Indonesia dan kebanyakan mereka menggunakan
bahasa daerah sebagai bahasa utama.

Tanda-tanda pembantu ingin melarikan diri:


1) Membuat pelbagai alasan seperti anak sakit, ibu atau bapa nazak, kenduri kahwin
dan sebagainya. Pembantu mohon pulang sekejap dan mungkin tidak lagi
kembali.
2) Barang-barang yang tersusun kemas dalam beg, bersedia untuk meninggalkan
rumah.
3) Pembantu yang menjumpai dan mengetahui dimana pasport disimpan
berkecenderungan untuk melarikan diri jika beliau memegang pasport kononnya
akan lebih selesa dengan peluang kerja di tempat lain.

Wallahu’alam

8
Menilai Jurang Pembantu-Majikan

PEMBANTU MAJIKAN
1)
Ingin Kebebasan Ingin Mengawal
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
∆ ↑
2)
Kesediaan Mendengar Ingin Ketaatan
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
∆ ↑
3)
Tahap Kebersihan/Kerja Sensitif kepada Kebersihan/Kerja
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
∆ ↑
4)
Pegangan Agama Sensitif Urusan Agama
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
∆ ↑
5)
Bebanan Kerja Inisiatif/Motivasi
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
∆ ↑

Tahap Jurang Perbezaan = (6-4)+(6-5)+(9-2)+(9-2)+(7-3) = 26


Peratusan = 21/50 X 100% = 42%
Jurang Perbezaan (%) Akibat
0 – 25% Amat bagus. Ikatan boleh bertahan lama dan boleh dianggap
sebahagian keluarga. Biasanya pembantu tidak pernah
dimarahi atau ditengking
26% - 50% Kadang-kadang berlaku perselisihan tetapi boleh di atasi
dengan pertimbangan kedua pihak. Pembantu kadang2 ditegur
kesilapannya dan pembantu tidak mengulangi kesilapan.
51% - 75% Keadaan agak tegang. Majikan tidak gembira dan pembantu
tidak senang. Hampir setiap minggu pembantu dimarahi dan
ditegur
75% - 100% Amat sukar untuk penyesuaian. Tindakan segera perlu diambil.
Pembantu ditengking dan dimarahi hampir setiap hari

Semua di atas hanyalah ilustrusi dan gambaran sahaja. Apapun yang penting adalah
toleransi kerana jurang persefahaman boleh diubah oleh masing-masing melalui latihan
dan persefahaman.
Jika anda ingin mencari pembantu yang ideal, mungkin anda perlu banyak mengorbankan
masa, wang dan emosi. Jika anda asyik memikirkan masalah pembantu, anda menambah
beban dalam hidup. Jika anda berpada dengan apa yang ada, insya Allah akan
dipermudahkan Allah dalam banyak urusan. Jangan berlawan dengan pembantu,
banyakkan berkawan nescaya rumahtangga kita lebih selesa.

9
Berikut adalah kemungkinan faktor-faktor pembantu rumah melarikan diri:

Faktor Majikan Faktor Pembantu

1) Selalu dimarahi tanpa berhikmah 1) Dipengaruhi oleh pembantu jiran-


oleh majikan atau penghuni rumah jiran.
yang lain seperti ibu bapa dan 2) Pengaruh kenalan lelaki atau
mertua. perempuan
2) Pembantu selalu ditengking dan 3) Ditawarkan gaji dan kerja yang
diarah dengan suara yang tinggi. lumayan oleh kenalan atau sindiket.
3) Keadaan kerja yang memenatkan 4) Mengikut suami atau teman lelaki
dan majikan tidak pernah bertanya 5) Pengaruh dari keluarga di
dan mengambil hirau keadaan Indonesia.
tersebut. 6) Pembantu merasa tidak selamat
4) Keadaan persekitaran kerja yang akibat diancam atau khuatir tidak
tertekan atau kehidupan seumpama dibayar gaji.
tahanan di rumah. 7) Pembantu risau akan hilang
5) Pembantu merasakan majikan tidak kebolehan bercakap akibat terlalu
memberikan cukup makanan ruji jarang berkomunikasi.
untuk mereka melakukan kerja. 8) Memang berniat untuk lari.
Majikan tidak pernah menjemput Biasanya akan lari dalam tempoh
pembantu makan dan tidak pernah beberapa hari dari ketibaan.
mengambil berat tentangnya. 9) Pembantu menemui barang-barang
Biasanya akibat pembantu berharga yang nilainya melebihi
merasakan kekok untuk makan gaji mereka jika berkerja sehingga
lebih lagi dengan kehadiran tamat kontrak.
majikan. 10) Pembantu melakukan kesilapan
6) Tidak tahan dengan kerenah anak- besar dan takut berhadapan dengan
anak atau ahli rumah yang selalu majikan, contohnya merosakkan
menghina pembantu. barang berharga.
7) Majikan kurang berkomunikasi 11) Pembantu menemui passport
dengan pembantu menyebabkan merupakan peluang untuk
pembantu merasa tersisih, membebaskan diri.
terkongkong atau kesunyian.
8) Keadaan kerja yang terlalu
terkongkong dan kadang-kadang
tidak ada peluang langsung untuk
bersosial.
9) Pembantu didera secara fizikal

Adalah dianjurkan majikan membenarkan pembantu menghubungi agen jika


mengkhuatiri pembantu mempunyai masalah penyesuaian di tempat kerja. Ini
membolehkan kaunseling dibuat kepada pembantu bagi mengelakkan kes-kes lari.

10
Dipetik dari buku Koleksi Doa Salafus Soleh Terbitan Surau Madrasatul Falahiyah
Subang, Shah Alam. Apa pun yang berlaku semoga kita redha dengan ketentuan Allah.
Betapa besarnya pahala membebaskan seorang hamba, semoga dengan keikhlasan dan
kesabaran, kita juga akan mendapat ganjaran yang sewajarnya.

Suatu Renungan Tentang Pembantu Rumah Tangga


Oleh : Sigit Indrijono

''Mereka adalah saudara kalian, Allah menjadikannya di bawah kendali


kalian, maka berikanlah kepada mereka makanan sebagaimana yang kalian
makan. Berikanlah mereka pakaian seperti yang kalian pakai. Dan jangan
kalian sekali-kali menyuruh sesuatu di luar batas kemampuannya. Dan bila

11
kalian menyuruh sesuatu, bantulah pekerjaannya semampu kalian.'' (HR
Muslim).

Di dalam media cetak maupun elektronik, sering kita dapatkan berita


tentang perlakuan yang tidak manusiawi terhadap pembantu rumah tangga.
Apakah itu berupa perintah di luar kewajaran, diberi hukuman fisik
karena kesalahan tidak berarti, atau tidak diberikan hak-hak mereka
secara layak seperti gaji, istirahat, dan makan. Suatu tindakan zalim
yang tidak disukai oleh Allah SWT.

Hadis di atas memberikan peringatan, hak-hak pembantu rumah tangga harus


diperhatikan. Sedangkan tugas yang diberikan harus wajar sesuai dengan
kemampuan mereka.

Harus disadari, di hadapan Allah SWT, posisi kita dan pembantu rumah
tangga adalah sama, yaitu sesama hamba-Nya yang mencari keridhaan-Nya.
Mereka telah memberikan manfaat cukup banyak dalam penanganan beban
pekerjaan rumah tangga. Sehingga, sepantasnya mereka diperlakukan secara
baik. ''Sesungguhnya Allah itu Mahalembut, dan menyukai kelembutan dalam
segala perkara.'' (HR Muttafaq 'alaih).

Rasulullah SAW, memberi contoh bagaimana berperilaku terhadap pembantu


rumah tangga. Anas bin Malik menceritakan, selama sepuluh tahun menjadi
pembantu di rumah Rasulullah SAW belum pernah dikasari. Apakah itu
dengan perkataan ataupun tindakan. Bahkan, ia belum pernah mendengar
Rasulullah SAW menegurnya, ''Mengapa kamu melakukan ini?'' (HR Muslim).

Bahkan Rasulullah SAW mendoakan Anas bin Malik saat diantar ibunya
menjadi pembantu di rumah beliau. ''Rasulullah, Anas ini pembantumu,
doakanlah dia,'' kata ibunya. Kemudian beliau berdoa untuk Anas bin
Malik. ''Wahai Allah, berilah dia harta dan anak yang banyak serta
berkatilah apa yang Engkau berikan.'' (HR Bukhari).

Kita wajib menempatkan pembantu rumah tangga pada posisi yang layak, dan
tidak menganggap mereka pada status yang rendah. Semoga kita diberi
kemampuan oleh Allah SWT untuk dapat memperlakukan mereka dengan baik.

Contoh Rasulullah memahami kelemahan budaya sesuatu kaum

Hadis Anas r.a:

Seorang arab kampung kencing di dalam masjid menyebabkan orang ramai


segera mengerumuninya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Biarkan dia,
jangan kamu halanginya. Anas berkata: Sebaik sahaja orang tersebut
berlalu, Nabi s.a.w meminta sebaldi air, lalu mencurah ke atasnya iaitu
membasuhnya.

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:

Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seorang hamba


perempuan milik salah seorang di antara kamu melakukan perbuatan zina
dan telah terbukti, maka hukumlah dia dengan merotannya dan janganlah
kamu memakinya. Jika dia mengulanginya lagi perbuatan zina itu, maka
rotanlah dia dan janganlah kamu memakinya. Dan jika dia mengulanginya
lagi buat kali ketiganya dan terbukti, maka juallah dia walaupun dengan
harga sehelai rambut.

12
Cerita Sedih
>>>>Date: Fri, 14 May 2004 14:32:13 +0700
>>>>To: (Recipient list suppressed)
>>>>From: Lenny Halim
>>>>Subject: Fwd: FW: Cerita sedih dari Malaysia.doc

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar -


meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.
Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.
Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja
bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama
ada berayun-ayun di atas buaian yang dibeli bapanya,ataupun memetik
bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di halaman rumahnya.

Suatu hari dia melihat sebatang paku karat. Dia pun mencoret semen
tempat mobil ayahnya diparkirkan tetapi kerana lantainya terbuat dari
marmer, coretan tidak kelihatan. Dicobanya pada mobil baru ayahnya.Ya...
kerana mobil itu bewarna gelap, oretannya tampak jelas. Apa lagi kanak-
kanak ini pun membuat coretan sesuai dengan kreativitasnya.

Hari itu bapak dan ibunya bermotor ke tempat kerja kerana macet ada
perayaan Thaipusam. Setelah penuh coretan yang sebelah kanan dia beralih
ke sebelah kiri mobil. Dibuatnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya
sendiri, lukisan ayam, kucing dan lain sebagainya mengikut imaginasinya.
Kejadian itu berlangsung tanpa disadari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut pasangan itu melihat kereta yang baru
setahun dibeli dengan bayaran angsuran. Si bapak yang belum lagi masuk
ke rumah ini pun terus menjerit, "Kerjaan siapa ini?"
Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar.
Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan lebih2 melihat
wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan


'Tak tahu... !" "kamu dirumah sepanjang hari, apa saja yang kau
lakukan?" hardik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya,
tiba-tiba berlari keluar dari kamarnya. Dengan penuh manja dia berkata
"Ita yang membuat itu abahhh.. cantik kan!" katanya sambil memeluk
abahnya ingin bermanja seperti biasa.

Si ayah yang hilang kesabaran mengambil sebatang ranting kecil dari


pohon bunga raya di depannya, terus dipukulkannya berkali2 ke telapak
tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong
kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul telapak tangan, si ayah
memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan saja,
seolah merestui dan merasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu
rumah terbengong, tidak tahu hrs berbuat apa?.

Si bapak cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri
anaknya.Setelah si bapak masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah
Menggendong anak kecil itu, membawanya ke kamar.

Dilihatnya telapak tangan dan belakang tangan si anak kecil luka2 dan
berdarah. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air
sambil dia ikut menangis. Anak kecil itu juga terjerit-jerit menahan
kepedihan saat luka2nya itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian
menidurkan anak kecil itu.

13
Si bapak sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak.Pembantu rumah
mengadu. "Oleskan obat saja!" jawab tuannya, bapak si anak.Pulang dari
kerja, dia tidak memperhatikan anak kecil itu yang Menghabiskan waktu di
kamar pembantu. Si bapak konon mau mengajar anaknya. Tiga hari berlalu,
si ayah tidak pernah menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu
tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap
pembantunya ringkas. "Kasih minum panadol ," jawab si ibu. Sebelum si
ibu masuk kamar tidur dia menjenguk kamar pembantunya. Saat dilihat
anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup lagi pintu kamar
pembantunya.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahukan tuannya bahwa suhu


badan Ita terlalu panas. "Sore nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00
siap" kata majikannya itu. Sampai saatnya si anak yang sudah lemah
dibawa ke klinik. Doktor mengarahkan ia dirujuk ke hospital kerana
keadaannya serius. Setelah seminggu di rawat inap doktor memanggil bapak
dan ibu anak itu.
"Tidak ada pilihan.." katanya yang mengusulkan agar kedua tangan anak
itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu parah. "Ia sudah
bernanah, demi menyelamatkan nyawanya kedua tangannya perlu dipotong
dari siku ke bawah" kata doktor.

Si bapak dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.


Terasa dunia berhenti berputar, tapi apa yang dapat dikatakan. Si ibu
meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata
isterinya, si bapak terketar-ketar manandatangani surat persetujuan
pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas obat bius yang
suntikkan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga heran2 melihat
kedua tangannya berbalut kasa putih. Ditatapnya muka ayah dan ibunya.
Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka
semua menangis. Dalam siksaan menahan sakit, si anak bersuara dalam
linangan air mata. "Abah.. Mama... Ita tidak akan melakukannya lagi. Ita
tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama."
katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa sedihnya.

"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah,
sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung histeris. "Abah..
kembalikan tangan Ita. Untuk apa ambil.. Ita janji tidak akan
mengulanginya lagi! Bagaimana caranya Ita mau makan nanti? Bagaimana Ita
mau bermain nanti? Ita janji tidak akan mencoret2 mobil lagi," katanya
berulang-ulang. Serasa copot jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.
Meraung2 dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia
dapat menahannya.

*"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah untuk menyukai apa yang kita dapat.."
*SoMeTiMeS GoOd PeOpLe Do EvIl ThiNgs….

 
PANDUAN JADUAL KERJA HARIAN PEMBANTU RUMAH

14
Ini adalah cadangan jadual kerja harian pembantu. Walaubagaimanapun majikan
mungkin mempunyai jadual kerja yang lebih bersesuaian dengan keluarga masing-
masing..
Waktu Aktiviti Harian / tugasan
5.30am Bangun tidur, gosok gigi, mandi, kemas diri, solat subuh.
Bersarapan dahulu di awal pagi sebelum bekerja.
6.00am Masak Air, Sediakan sarapan untuk majikan sekeluarga
6.30am Lap perabut ,Sapu dan mop lantai
7.00am Uruskan anak ke sekolah
7.30am Basuh dan sidai pakaian
9- 10 am Berkemas
10.00am Tidurkan anak
11.00 am Masak tengahari
12.00 pm Makan tengahari bersama anak2, kemas
1.00 pm Rehat, mandi jika perlu, solat zohor
2.00 pm Lipat kain, gosok pakaian,kemas
5.00pm Solat Asar, sapu halaman rumah ,siram bunga
6.30pm Siapkan anak-anak mandi dan untuk tidur. Mandi, Solat Maghrib
8.00pm Sediakan tempat tidur majikan dan anak-anak, spray ubat nyamuk jika perlu.
Solat Isya
9.00pm Kemas rumah, Mop dapur, Basuh semua pinggan dalam sinki
10.00pm Masuk Tidur

Kerja mingguan /bulanan Pembantu :


1. Mencuci tandas – 2 hari sekali
2. Menyusun pakaian di almari – 1 kali seminggu
3. Mencuci kereta ( jika perlu) – 1 kali seminggu
4. Mengemas rak buku – 1 kali seminggu
5. Kemaskan stor/ merumput – 1 kali seminggu
6. Menyapu sawang – sebulan sekali
7. Mengelap kipas – Sebulan sekali
8. Kerja-kerja lain yang perlu – mengikut keperluan

Bahasa Malaysia <=> Indonesia


tuala= anduk lari = kabur saya=awak
handphone=hape gastrik = mah nakal=jahat
perempuan=cewek tandas= kamar mandi elektrik=listrik
mop = empel stor = gudang kereta=mobil
cerewet=judis tak bertimbangrasa=kejam besar = gedik
sudu= sendok tak tahan = tak kerasan motorsikal= kereta
tembikai=semangka degil = bandel lelaki=cowok

Tips / Panduan Untuk Pembantu

15
1. Bangun pukul 5.00 am atau sebelum subuh. Tidur selepas jam 10.00 pm
2. Pintu pagar rumah hendaklah sentiasa berkunci. Jaga kunci elok-elok jangan
sampai kehilangan atau diambil orang. Jangan tinggalkan kunci di luar rumah.
3. Jangan benarkan sesiapa masuk ke dalam rumah tanpa kebenaran majikan samada
orang yang dikenali atau tidak.
4. Jangan selalu menghubungi saudara di Malaysia atau Indonesia kecuali jika perlu.
Minta kebenaran daripada majikan jika menggunakan telefon majikan.
5. Jangan banyak memikirkan hal keluarga dikampung. Banyakkan doa dan
bertawakal, serta serahkan segalanya kepada Allah.
6. Tidak boleh memiliki handphone kecuali di izinkan oleh majikan.
7. Jika memiliki hand phone jangan sampai menggangu kerja dan tidak boleh
menghubungi kenalan, saudara apatah lagi teman lelaki.
8. Jika ada masalah dengan majikan, minta majikan menghubungi agen atau hubungi
agen sendiri. Jangan buat keputusan sendiri seperti melarikan diri.
9. Jika mengemaskan surat-surat dan dokumen, jangan dibuang kecuali dengan
arahan majikan. Susun dengan rapi dan teratur.
10. Sentiasa menghormati dan menjaga hati majikan selain menjaga harta benda
majikan. Jika terjumpa barang berharga majikan harus diberikan kepada majikan.
11. Lantai hendaklah sentiasa bersih dari habuk dan diempel (mop).
12. Jangan mencampur kain lap dengan pakaian lain semasa membasuh.
13. Asingkan pakaian sendiri dan pakaian majikan semasa membasuh.
14. Semasa menjemur pakaian pastikan bahagian dalam dijemur keluar untuk
mengelakkan pakaian cepat pudar, jemur secara teratur dan rapi.
15. Jangan bertengkar dan jangan banyak menjawab teguran majikan. Hormati
majikan sebagai tuan. Jika perlu beritahu masalah anda kepada majikan atau
berikan cadangan di waktu yang sesuai.
16. Pembantu mesti meminta maaf jika melakukan apa jua kesilapan semasa bekerja.
17. Maklumkan kepada majikan jika anda ada menyebabkan kerosakan barang-
barang majikan semasa bekerja. Berterus terang adalah lebih baik dalam apa
keadaan sekalipun.Majikan biasanya tidak akan memarahi pembantu jika ianya
berlaku tanpa disengajakan.
18. Kemalangan yang berlaku kepada anak-anak seperti terjatuh, terluka atau
sebagainya perlu dimaklumkan kepada majikan secepat mungkin.
19. Jangan memukul anak-anak dan jangan ambil hati dengan kata-kata anak-anak.
20. Jangan biarkan anda dipukul atau dicabul. Jika berlaku minta bantuan atau
hubungi agen.
21. Jangan mengamalkan jampi, tangkal atau ilmu hitam, mencampurkan sesuatu ke
dalam makanan atau minuman untuk tujuan disayangi majikan .Majikan akan
sayangkan pembantu yang rajin ,jujur dan amanah.
22. Pembantu tidak boleh meninggalkan solat lima waktu walau sesibuk mana
sekalipun.
23. Jangan terlalu memaksa dalam bekerja. Rehat bila penat, makan bila lapar dan
beritahu majikan jika sakit.
24. Kebanyakan rumah majikan dipasang dengan kamera yang dapat merakam semua
perbuatan pembantu semasa bekerja tanpa dimaklumkan kepada pembantu.
25. Jangan mendahului majikan untuk makan kecuali diizinkan.
26. Ketuk pintu sebelum memasuki kamar majikan. Masuk setelah diizinkan masuk.
27. Pembantu tidak boleh merokok secara diam-diam atau terang-terang.

16
28. Jangan berbicara perkara buruk tentang majikan dengan tetangga, kenalan atau
saudara mereka.Itu adalah sifat tercela.
29. Jaga aurat dan pakai kerudung bila ada lelaki / tetamu di rumah atau bila keluar
dari rumah.Tutup kepala semasa memasak di dapur.
30. Berjimat dan berhemat dalam penggunaan air,listrik,sabun dan pencuci piring.
Sifat membazir dilarang agama.Tutup lampu dan kipas jika tidak perlu.Jangan
biarkan air melimpah semasa anda mencuci.
31. Sebelum tidur pastikan rumah dalam keadaan rapi,kemas dan tiada piring di sinki.
32. Kesalahan berikut adalah kesalahan jenayah:
o Lari dari rumah dengan meninggalkan anak-anak bersendirian.
o Mencuri.
o Mencederakan anak-anak.

33. POTONGAN gaji biasanya 3 bulan dan tempoh kontrak kerja 2 tahun minima.

Tiada beda darjat pembantu dan majikan di sisi Allah. Orang yang lebih mulia adalah
orang yang bertakwa di sisi Allah. Jadilah orang yang bertakwa.Jika anda mempunyai
masalah yang tidak dapat diselesaikan dengan majikan, hubungi 012-3777766
(Radzi) , 013-3333126 (Kamariah).
Layari www.iklaneka.net.my Email : radzi@iklaneka.net.my

17

Anda mungkin juga menyukai