Anda di halaman 1dari 16

Ahli Kumpulan: Irene Sii Leh Yung Kong Teck Kiong Liew Chiat Ing Yek Yee Ling

Law Ngo Leng

Jantung adalah satu pam yang

menghasilkan impuls beritma yang menyebabkan otot jantung mengendur dan mengecut pada turutan tertentu, mengepam darah dari jantung ke peparu dan seluruh badan. Otot berkadiak adalah miogenik (mengecut secara automatik tanpa kawalan saraf).

Impuls elektrik dalam

jantung bermula dengan atau melalui sebahagian kecil sel otot yang dipanggil nodus. a.Nodus sinoatrial (SA) b.Nodus antrioventrikel (AV).

Nodus SA dikenali sebagai perentak,

terletak di dinding atas bahagian kanan atrium. Pengecutan bermula apabila ia menghasilkan impuls di kedua-dua atrium dan menyebabkan ruang atas jantung mengecut.

Pengecutan atrium menyebabkan darah

terdeoksigen dipam ke dalam ventrikel kanan dan darah beroksigen dipam ke dalam ventrikel kiri. Apabila gelombang sampai ke nodus AV yang terletak di bawah atrium kanan, ventrikel mengecut. a.darah terdeoksigen dalam ventrikel kanan dipam ke peparu melalui arteri pulmonori b.darah beroksigen dipam keluar dari jantung ke seluruh badan melalui aorta

Bunyi Jantung I (S1)


Bunyi lub Bernada rendah, lunak, relatif lama

Durasi lebih panjang (kira-kira 0.15

detik) Disebabkan oleh penutupan injap AVatrioventrikular (injap trikuspid dan injap mitral/bikuspid)

Apabila sistol atrium (pengecutan) berlaku,

injap atrioventrikular (atrioventricular valves) akan terbuka. Darah dipam masuk ke dalam ventrikel. Apabila sistol atrium berakhir, sistol ventrikel pula bermula. Tekanan tinggi dalam ventrikel menyebabkan injap atrioventrikular tertutup, dan injap sabit (semilunar valves) terbuka. Ini menyebabkan darah hanya dipam ke dalam aorta dan arteri pulmonari tetapi tidak ke dalam atrium.

Bunyi Jantung II (S2)


Bunyi dub Disebabkan oleh penutupan injap

semilunar (semi-lunar valve) iaitu injap salurnadi paru-paru / injap sabit (kanan jantung)dan injap salurnadi aorta (kiri jantung). Bunyi jantung kedua memiliki frekuensi nada yang lebih tinggi dan memiliki intensiti (bunyi kuat) yang maksimum di daerah aorta.

Injap salurnadi paru-paru / injap sabit

Injap salurnadi aorta

LUB DUB
Ia adalah bunyi penutupan injap . LUB terhasil bila injap pemisah di antara

bilik jantung atas dan bawah tertutup . DUB kedengaran apabila injap dari pemisah bilik bawah jantung ke paruparu serta injap pemisah di antara bilik bawah jantung dan salur darah keluar dari jantung tertutup.

Rujukan
http://id.wikipedia.org/wiki/Bunyi_jantung
Gan Wan Yeat (2007). Success Biology SPM.

Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Sekian, terima kasih!

Anda mungkin juga menyukai