Anda di halaman 1dari 2

Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, televisyen merupakan

media elektrik yang penting kepada manusia. Semua keluarga mampu memilikinya
kerana ada segelintir televisyen murah harganya. Selain itu, ia juga dijadikan sebagai
bahan rujukan. Terdapat beberapa kebaikan dan keburukan mengenai televisyen.
Antara kebaikan televisyen ialah ia memberi banyak maklumat kepada kita.
Televisyen banyak menyiarkan rancangan yang boleh meningkatkan ilmu pengetahuan
seseorang itu. Contohnya seperti rancangan berkenaan dengan kemajuan sains dan
teknologi, kepelbagaian haiwan-haiwan di negara-negara lain dan sebagainya. Ramai
ibu bapa tidak menyedari akan kebaikan televisyen dan melarang anak-anak mereka
menonton televisyen. Sepatutnya ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka menonton
televisyen kerana anak-anak mereka dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka.
Jika peluang ada di depan mata kita, kenapa kita melepaskannya begitu sahaja? Kita
seharusnya merebut peluang tersebut kerana peluang hanya datang sekali.
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa televisyen juga menyiarkan
rancangan berbentuk pengetahuan tidak kira dari segi informasi, dokumentasi, berita,
majalah tiga dan sebagainya. Ia juga boleh dijadikan bahan rujukan kepada kita.
Contohnya ialah dengan menonton berita, kita dapat tahu apa yang terjadi di dunia
seperti berlaku bencana alam, orang awam terlibat dalam kemalangan ngeri dan
sebagainya. Di samping itu, jika kita seorang yang baik budi pekertinya dan mengambil
berat tentang orang lain, majalah tiga banyak menceritakan tentang kehidupan
setinggan orang luar sana, aduan rakyat tentang isu semasa dan sebagainya.
Seterusnya, kita boleh mengisi masa yang terluang denagn menonton televisyen.
Sebenarnya kita sepatutnya mengisi masa yang terluang kita dengan mengulang kaji
pelajaran tetapi jika kita mula berasa bosan, kita boleh menonton rancangan yang
berkaitan dengan subjek yang kita pelajari seperti rancangan di Astro Tutor Tv. Astro
Tutor Tv ini menyiarkan rancangan yang berkaitan dengan pelajaran kita di sekolah.
Kita tidak akan berasa bosan jika kita menonton televisyen di Astro Tutor Tv kerana
animasi-animasi yang terdapat dalam rancangan tersebut seolah-olah sedang
berkomunikasi dengan kita dan kita juga boleh menganggapnya sebagai guru kedua
kita.
Sama ada kita sedar atau tidak sedar, jika sesuatu benda itu mempunyai kebaikan,
pasti terdapat juga kebaikannya. Sepertimana yang kita maklumi, remaja zaman
sekarang suka menonton filem-filem yang berunsurkan keganasan. Ini menyebabkan
mereka mudah terpengaruh dengan aksi-aksi ganas dalam filem tersebut. Ini sangat
berbahaya kerana ada kemungkinan mereka akan membuli rakan-rakan mereka di
sekolah.
Selain itu juga, dengan menonton televisyen, kita akan terlalu asyik dan
mengabaikan pelajaran. Terdapat ramai pelajar yang gagal dalam peperiksaan kerana
menonton televisyen berlebihan kerana ia tidak akan memberi apa-apa faedah.
Daripada kita menonton televisyen, lebih baik kita belajar bersungguh-sungguh hingga
ke menara gading.
Bagi menggulung segala kenyataan yang telah diperkatakan di atas, kita perlu bijak
memilih rancangan yang bermanfaat dan tidak merosakkan diri kita. Jangan kita
menyesal di kemudian hari kerana ia tidak ada gunanya lagi. Bak kata pepatah,
menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya lagi.

Anda mungkin juga menyukai