Anda di halaman 1dari 1

1.

Peraturan dan undang-undang manusia


Peraturan-peraturan dan undang-undang ciptaan manusia membawa maksud peraturan ciptaan
manusia, atau dengan kata lain undang-undang yang dicipta oleh manusia bagi mengawal
perlakuan manusia itu sendiri. Pada hari ini pun, kita lihat banyak peraturan ciptaan manusia
yang muncul. Peraturan lalu lintas, peraturan tanah, peraturan pejabat, peraturan pentadbiran dan
lain-lain.
Peraturan ciptaan manusia ini diterima Islam apabila ia tidak bercanggah dengan peraturan yang
terdapat dalam Islam seperti peraturan yang tidak bercanggah dengan pelaksanaan hukum hudud
dan hukum qisas. Sebaliknya peraturan yang melibat hukum-hukum takzir iaitu hukum yang
dilihat sesuai oleh pihak berkuasa untuk mengawal perlakuan manusia adalah dibenarkan selagi
tidak mendatangkan kerosakan kepada manusia itu sendiri seperti kerosakan kepada agama,
pemikiran, keyakinan, kehormatan diri, keturunan dan tubuh badan.

2. Kelebihan dan kelemahan undang-undang manusia
Peraturan yang dicipta oleh manusia tetap mempunyai kebaikan dan keburukannya. Antaranya
menimbulkan rasa bangga manusia dengan peraturan yang diciptakan oleh mereka sendiri.
Mengatur kehidupan manusia secara lebih sistematik dan memperlihatkan akal manusia dalam
mengendalikan urusan yang bersangkutan dengan manusia itu sendiri.
Antara keburukannya pula ialah peraturan manusia tidak suci sebagaimana peraturan yang
ditetapkan oleh Allah. Peraturan yang diciptakan oleh manusia bersifat sementara waktu dan
hanya sesuai untuk masa-masa tertentu sahaja. Peraturan manusia sentiasa mengalami perubahan
dari semasa ke semasa. Peraturan yang dibuat oleh manusia kurang dihormati oleh manusia yang
lebih tinggi dari orang yang membuat peraturan itu sendiri. Peraturan yang dibuat oleh manusia
tidak dapat mendidik rohani manusia. Contohnya peraturan lalu lintas: Seseorang yang disaman
oleh pihak polis kerana memandu kenderaan tanpa lesen umpamanya, walaupun ia pandai
memandu, akan membayar denda yang dikenakan ke atasnya tetapi perasaan tidak puas hatinya
tetap wujud dalam sanubarinya.

3. Perbezaan undang-undang manusia dengan undang-undang Islam
Kelebihan undang-undang dan peraturan ciptaan Allah SWT berbanding undang-undang dan
peraturan ciptaan manusia antaranya adalah, undang-undang ciptaan Ilahi adalah bersifat suci,
kerana ia datang dari tuhan yang
bersifat dengan sifat kesempurnaan. Peraturan ciptaan Ilahi seperti hukum hudud dan qisas
bersifat kekal sehingga ke hari kiamat tidak seorangpun berhak mengelakkan diri dari
menghukum berdasarkan hukum Islam apabila ada seseorang yang melakukan pembunuhan, jika
telah sabit segala buktinya.
Hukum bunuh balas tetap dikenakan ke atasnya jika segala bukti tadi telah sabit. Peraturan
ciptaan Ilahi mendatangkan rasa gerun di dalam hati, di mana perasaan gerun ini adalah
merupakan satu bentuk pendidikan kepada pelaku kemungkaran dan orang-orang yang
menyaksikan pelaku kemungkaran itu dijalankan hukuman ke atasnya. Hukuman Ilahi
menggugurkan dosa pelakunya. Dengan lain perkataan seseorang yang melakukan perzinaan,
kemudian dilaksanakan hukum-hukum hudud zina ke atasnya, maka dosa-dosanya dihapuskan
dan ia akan dibangkitkan di akhirat kelak tanpa dosa zina lagi, jika ia bertaubat sebelum ia
sempat meninggal. Inilah antara puluhan keistimewaan undang-undang dan peraturan Ilahi yang
terdapat dalam Islam.

Anda mungkin juga menyukai