Anda di halaman 1dari 11

Drama 1400

(Nordin Hassan)
Sinopsis

Dollah yang capik menyuarakan rasa tidak puas hati atas sikap mesyarakat yang menolaknya disebabkan
harta dan kecacatannya. Dia berazam untuk menjadi kaya untuk mengubah pendirian orang kampong
Dollah bertemu dengan dukun dengan menggunakan azimat mayat ibunya, dan hasil pertolongan dukun
Dollah mendapat harta karun dengan pertolongan Jin. Dollah bertukar corak dengan memakai kaki palsu
dan pakaian mahal serta mempunyai pembantu Doli.
Awalnya, peminangan ditolak. Walaupun begitu dengan kekayaan Dollah telah membina empayar yang
luas dengan membeli tanah orang kampong.
Dollah juga telah berkahwin dengan Intan Siti Rahimah yang beriman dan baik hati.
Sikap isterinya menyebabkan disayangi oleh masyarakat kampong
Namun Dollah dibenci kerana sering menindas orang kampong dan memelihara kuda yang banyak yang
mengotorkan bekalan air sungai kampong.
Akibat pencemaran menyebabkan penyakit merebak dan puncanya mendapat zuriat yang cacat
Dollah yang suka memburu gembira dengan kehamilan isterinya dan meminta isterinya supaya tidak
bergaul dengan orang kampong yang susah.
Apabila anaknya lahir, anak itu cacat. Lalu dibuang dan isterinya dihalau. Dollah bertemu dengan mayat
ibunya yang memintanya supaya bertaubat.
Dollah bertemu semula dengan isterinya di kampong lain yang memperjuangakan Islam. Namun Dollah
hilang di laut dan Siti Rahimah mendoakan keselamatannya.
Pemikiran

Kekayaan mengubah sikap manusia ke arah
kemungkaran dan menindas golongan lemah.
Dollah seorang pemuda yang asalnya miskin dan
capik. Dia dipandang hina oleh masyarakat justeru
dia berazam untuk menjadi kaya. Malang hajatnya
termakbul tetapi sikapnya berubah sama sekali. Dia
sering menindas orang kampung dan mencemarkan
air sungai hasil bekalan air orang kampung dengan
najis kuda peliharaanya.
Persoalan
persoalan kepincangan masyarakat memilih kepada orang berharta
persoalan keimanan yang kukuh menjadi panduan pada kebaikan
persoalan pencemaran sungai memberi kesan yang buruk kepada pengguna
yang membawa penyakit.
persoalan penindasan kepada golongan lemah
persoalan penipuan kepada orang yang kurang berilmu

Plot
Permulaan
memperkenalkan Dollah yang tempang, tiada berharta tetapi baik budi dan suka membantu. Dollah
sering ditindas atas kelemahan dirinya menyebabkan ingin menjadi kaya. Nasihat Soud kepada Dollah
supaya ikhlas dalam melakukan apa sahaja dan mencari rezeki yang halal.

Perkembangan
Dollah bertemu bomoh yang membantunya menjadi kaya dengan menggunakan azimat
mayat ibunya. Dollah berubah jadi kaya dan perwatakan orang yang mewah.

Konflik
pinangannya ditolak pada peringkat awal walaupun Dollah menjadi kaya
Dollah mengambil tanah orang kampong dan memelihara kuda yang mencemarkan sungai.
Dollah disondol binatang ganjil dan Siti Rahimah melahirkan anak cacat lalu dibuang.

Klimaks
Dollah hilang kekayaan dan harta benda dan pertemuan dengan mayat ibunya
menasihatkannay supaya bertaubat

Peleraian
Dollah insaf dengan kesalahan dan kembali beriman dengan bantuan Siti Rahimah yang
ditemui semula di kampong lain. Walau bagaimanapun Dollah hilang di laut.
Teknik Plot
Kejutan
Dollah bertemu dengan mayat ibunya
Siti Rahimah melahirkan anak cacat dan hodoh

Suspens
Dollah disondol binatang ganjil

Pemerian
manusiakah? Jinkah? Jembagkah! Apa dia! Kepalanya besar, telinganya panjang, matanya halus,
berbulu disini sana, tabik-tabik cakap..

Imbas kembali
Dollah: Imah pernah tak ke tepi laut?
Siti Rahimah: Pernah, tapi lewat petang saja, apabila matahari hamper terbenam, sebelum
maghrib. Waktu itu angina kerap kali sayu dan laut beranak ombak di gigi air. Pantai tak jauh.

Monolog
Dollah: (Agak kehilangan akal pada mulanya, tetapi tiba-tiba dia berkata) Ya Allah ampunkanlah
dosaku. Berikan aku rahmat-Mu.
Watak&Perwatakan
Watak Utama
Dollah
Capik, miskin dan dihina masyarakat
Seorang yang bertukar haluan apabila mempunyai kekayaan dan dia tidak mengambil berat tentang solat
setealh menjadi kaya
Seorang yang menindas orang lemah. Dollah tidak membenarkan isterinya bergaul dengan orang miskin
Seorang yang sombong apabila kaya. Dollah marah apabila pinangannya ditolak.

Watak sampingan
Intan Siti Rahimah
Isteri Dollah yang cantik
Beriman dan baik yang disukai oleh semua orang. Dia dijemput ke surau daripada isteri dan ibu-ibu pekerja
mereka

Abu Lahab
Broker tanah
Menipu penduduk kampong menjual tanah demi mengaut keuntungan dan hamper dikenakan
hukuman tanam hidup-hidup.

Pak Sudin
Pekerja Dollah yang setia. Pak Sudin terlalu setia sehingga dianggap tali barut Tuan Dollah
Latar
Latar
Latar masa
Lewat petang (sebelum maghrib) Siti Rahimah pergi ke tepi laut
Miggu depan- Intan Siti Rahimah pergi mengajar anak-anak orang kampong
mengaji
Petang- disurau, Dollah berbual dengan Pak Long

Latar tempat
Kampong Kuala dan Kenanga- tempat Dollah membeli tanah memelihara kuda-
kudanya
Sungai Nenek- airnya yang jernih telah tercemar dan dipanggil sungai Kuda.
Surau-tempat isteri Dollah mengajar mengaji anak-anak
Di rumah pawing- Dollah meminta pertolongan mendapat azimat untuk menjadi kaya

Latar masyarakat
Masyarakat yang mementingkan harta benda. Abu Lahab sanggup menipu orang
kampong
Masyarakat yang sombong dengan kekayaan/kuasa. Dollah bangga dan sombong
dengan kekayaan.
Masyarakat yang beriman dan taat pada perintah Tuhan. Maulana mengingatkan Dollah
supaya menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk.
Masyarakat yang mementingkan diri. Dollah tidak membenarkan isterinya membantu
bergaul dengan orang susah
Masyarakat yang saling membantu. Intan Siti Rahimah membantu keluarga pekerja
Dollah yang susah dengan mengajar anak-anaknya mengaji.
Gaya bahasa

Simpulan bahasa
Besar hati, naik kepala, duri dalam daging
Repitisi
Mereka, merekalah..
Cakap, cakap, cakap, cakap..
Personifikasi
Kambing-kambing tersenyum
Kata Pinjaman
Bahasa Inggeris order, secret, you, I
Bahasa Arab Fajer, sidik, hijrah
Nilai

kesabaran Soud meminta Dollah bersabar dengan hinaan
orang
tolong-menolong- Intan Siti Rahimah menolong anak
orang kampong mengaji
menghargai barangan tempatan Dollah menggunakan batu
mamar Itali bukan dari Langkawi.
kasih sayang Tuan Dollah menjaga isterinya yang sedang
mengandung dengan baik
ketaatan Intan Siti Rahimah mendengar arahannya
suaminya semasa mengandung

Pengajaran

Kita hendaklah mencari rezeki halal. Abu Lahab
mengumpul harta dengan menipu orang kampung
dan akhirnya mereka dimasukkan ditahanan
kita janganlah menindas orang yang lemah seperti
Dollah yang menindas orang susah ketika dia kaya
kita perlulah menjaga keindahan alam sekitar
seperti Dollah yang mencemarkan sungai dengan
najis kuda
kita hendaklah taat dan menunaikan perintah Allah
seperti Maulana mengingatkan Dollah supaya
mentaati Allah dan bukannya menurut nafsu

Anda mungkin juga menyukai