Anda di halaman 1dari 1

[Sifat Yahudi dan Nasrani yang tersembunyi

pada sebahagian ummat Islam]



Kata seorang ulama' bernama Ibnul Jauzi* :








"Talbis (tipudaya) iblis terhadap manusia secara umum ialah
kebiasaan mereka yang mengikuti tradisi, dan ini termasuk faktor
kerosakan mereka yang paling menonjol. Mereka meniru para nenek
moyang dan orang-orang terdahulu, sesuai dengan keyakinan yang
diterimanya semenjak kecil dan yang memang sudah menjadi tradisi.
Banyak di antara mereka menjalani hidup selama lima puluh tahun,
tetapi tidak pernah berfikir apakah yang dia ikuti benar atau salah.
Seperti halnya orang-orang Nasrani, Yahudi, dan orang-orang
Jahiliyah yang selalu dibelenggu tradisi, orang-orang Muslim pun
tidak jauh berbeza. Mereka mendirikan solat dan melaksanakan
ibadah hanya berdasarkan tradisi. Sekian puluh tahun seseorang
solat seperti solat orang lain yang dilihatnya. Boleh jadi bacaan Al-
Fatihahnya tidak benar dan tidak tahu mana yang wajib. Tidak mudah
baginya untuk mengetahui semua itu, kerana memang dia
mengabaikan agama. Padahal sekiranya dia hendak berniaga (di
sesebuah tempat), tentu dia akan bertanya-tanya apa yang diminati
para pelanggan di suatu kawasan tempat dia berniaga."

[Sumber: Kitab Talbis Iblis, bab: , tulisan Ibnul Jauzi]

* N.B:
Ibnul Jauzi bukan Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah. Ibnul Jauzi meninggal dunia pada tahun
597 Hijrah, manakala Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah meninggal dunia pada tahun 751
Hijrah)

Anda mungkin juga menyukai