Anda di halaman 1dari 19

KULIAH 1

ASAL-USUL BANGSA MELAYU


12 June 2014 1
Objektif Pembelajaran


Matlamat utama kuliah Asal-Usul Bangsa dan Bahasa Melayu ini
ialah untuk memastikan pelajar memahami sejarah asal-usul
Bangsa Melayu sebelum memahami asal-usul bahasa Melayu.
Secara dasarnya, pemahaman kepada asal-usul bangsa adalah
suatu keutamaan sebelum mengetahui asal-usul bahasa yang
dituturkan oleh penutur tersebut.
12 June 2014
2
Hasil Pembelajaran

Pada akhir kuliah ini , pelajar akan dapat:

Menjelaskan asal-usul bangsa Melayu yang menjadi penutur asli
bahasa Melayu.

Menjelaskan asal-usul bahasa Melayu seterusnya memahami
susur-galur pensejarahannya.



12 June 2014 3
ASAL USUL BANGSA
MELAYU
Terdapat 2 teori berhubung asal usul orang Melayu:

Teori Von Heine-Geldern:
Menyimpulkan orang Melayu dan bangsa Melayu mempunyai
hubungan rapat dengan orang-orang Mon-Khmer.
Ini merupakan teori awal tentang sejarah bahasa Melayu.

12 June 2014 4

Teori Henderik Kern:
Menyatakan bahawa orang Melayu datang dari Tanah Tinggi
Yunan yang berasal daripada golongan manusia yang digelar
Austronesia. Mereka menjelajah Asia Tenggara melalui
gelombang pergerakan manusia yang dikenali sebagai Melayu
Proto dan Melayu Deutro. Teori ini lebih diterima umum dan
banyak dijadikan rujukan dalam kajian sejarah asal-usul
bahasa Melayu.
12 June 2014
5
MELAYU PROTO
Gelombang Pertama: 2500 Sebelum Masihi
Mendiami kawasan pedalaman
Menjalankan aktiviti berburu dan memakan pucuk paku

12 June 2014 6
MELAYU DEUTRO
Gelombang Kedua: 1500 Sebelum Masihi
Menduduki kawasan pantai dan tanah lembab di kepulauan Melayu
Menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan mahir dalam ilmu pelayaran
Tamadun MD lebih tinggi daripada MP
Bilangan MD lebih ramai berbanding MP. Mereka mudah menduduki
kawasan-kawasan subur yang sebelum ini didiami oleh MP
12 June 2014
7

Orang-orang MD mula mempunyai bahasa yang sama untuk
berkomunikasi, dan bahasa ini berkembang menjadi bahasa yang
berlainan seperti yang dapat dilihat sekarang.
Mereka menjadi asas terhadap penduduk Asia Tenggara sekarang
ini.
12 June 2014 8
ASAL USUL BAHASA
MELAYU

Rumpun bahasa Austronesia, Austroasia, dan Tibet-Cina tergolong
dalam satu keluarga bahasa yang lebih besar iaitu bahasa Austris.

AUSTRIS
Austronesia Austroasia
Tibet-Cina
12 June 2014 9
Rumpun bahasa Austronesia pula terbahagi kepada 4 cabang
bahasa lain:
AUSTRONESIA
Nusantara Polinesia Melanesia Mikronesia
12 June 2014 10
Bahasa Polinesia : Bahasa Hawai, Tonga dan Maori
Bahasa Melanesia : Kepulauan Fiji, New Caledonia dan Irian
Bahasa Mokronesia : Kepulauan Marianna, Marshall, Carolina
dan Gilbert
Bahasa Nusantara : Bahasa Melayu tergolong dalam bahasa
Nusantara dan mempunyai jumlah bahasa terbanyak kira-kira
200-300 bahasa
12 June 2014 11
GOLONGAN BAHASA
NUSANTARA
Pada asalnya mereka menuturkan bahasa yang sama, tetapi
disebabkan penghijrahan yang berlaku telah menghasilkan
bahasa yang berbeza
Gol. Filipina : Tagalog, Bikol, Bisaya, Sulu, Lioko, Palau,
Tombulu
Gol. Sumatera : Aceh, Batak (Karo, Toba, Angkola-Mendailing)
Gol. Jawa : Sunda, Jawa, Madura
Gol. Kalimantan : Iban, Sasak, Sumbawa
Gol. Sulawesi Selatan : Makasar, Bugis, Seko
12 June 2014
12
SEJARAH
PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
Bahasa Melayu mengalami keadaan pasang-surut sejak awal
pensejarahannya sebelum dapat meletakkan diri sebagai bahasa
kebangsaan.
Apabila negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957,
kedudukan bahasa Melayu berubah sehingga akhirnya dapat
meletakkan dirinya sebagai bahasa kebangsaan, dan kemudiannya
dinobatkan sebagai bahasa rasmi negara.
12 June 2014 13
Perjuangan untuk menegakkan bahasa Melayu bukan mudah.
Pengaruh bahasa penjajah, terutamanya bahasa Inggeris
menghalang BM dijadikan bahasa perantaraan
12 June 2014 14
Perkembangan bahasa Melayu daripada lingua-franca
perdagangan zaman silam sehingga kini telah melalui beberapa
tahap:
Tahap 1: Bermula dari zaman kedatangan orang Melayu dari
Yunan ke Alam Melayu zaman Kerajaan Srivijaya. Bukti ini
berdasarkan perjumpaan 4 batu bersurat yang ditemui pada
abad ke-7 di Palembang, Jambi dan Pulau Bangka.
Tahap 2: Zaman Melaka mengalami zaman keagungannya iaitu
pada abad ke-15. Pada waktu ini Melaka manjadi pusat
perdagangan, bahasa dan kesusasteraan.
12 June 2014 15
Tahap 3: Zaman membangunkan semula kesusasteraan
Melayu di Johor untuk menggantikan kesusasteraan Melayu
yang musnah apabila Melaka ditawan oleh Partugis Sejarah
Melayu dikatakan selesai ditulis pada 1616.
Tahap 4: Permulaan abad ke-19 (Abdullah bin Abdul Kadir
Munsyi). Beliau mencela dan mengecam bangsa Melayu kerana
mengabaikan bahasa & kesusasteraan Melayu. Peranan beliau
dalam pengembangan bahasa & kesusteraan Melayu amat
besar. Karyanya menambah perbendaharaan sastera Melayu &
menghidupkan sastera Melayu.

12 June 2014 16
Tahap 5: Pada abad ke-20, iaitu pada masa perkembangan
bahasa Melayu menuju bahasa kebangsaan di Malaysia,
Indonesia, Brunei dan Singapura.

12 June 2014 17
SOALAN PENILAIAN
S1.Teori ini menyimpulkan orang Melayu dan bangsa Melayu
mempunyai hubungan rapat dengan orang-orang Mon-Khmer yang
merupakan teori awal sejarah bahasa Melayu. Teori ini merujuk
kepada _______________________.
A. Teori Von Heine-Geldern
B. Teori Henderik Kern
C. Teori Abdullah Munsyi
D. Teori Amir Hamzah

S2. Antara berikut yang manakah BUKAN tergolong dalam golongan
bahasa Austris?
A. Austronesia
B. Austroasia
C. Hindus
D. Tibet-China
RUJUKAN
Rujukan Utama

1. Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt (2002). Siri Pendidikan
Tinggi: Bahasa Kebangsaan, Edisi Kedua Khas Untuk IPTS.
Selangor: Longman

2. Abdullah Hassan (1987). Isu-isu Perancangan Bahasa:
Pengintelektualan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

3. Ismail Hussein (1992). Sejarah Pertumbuhan Bahasa
Kebangsaan Kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


12 June 2014 19

Anda mungkin juga menyukai