Anda di halaman 1dari 2

1.

Dua tokoh akademik yang memperkatakan tentang


teori kedatangan bangsa melayu ke kepulauan melayu.
Huraikan.

Terdapat dua teori iaitu teori Yunan dan teori Nusantara. Teori
yunan disokong oleh Asmah Haji Omar. Hal ini demikian kerana Kapak
Tua yang serupa dengan Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di
Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk
daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.

Berdasarkan Teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari


Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama,
yang ditandai dengan perpindahan orang Negrito, Melayu Proto, dan
juga Melayu Deutro.

Seterusnya , teori Nusantara didukung oleh J.Crawfurd. Bangsa


Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad
kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan
budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal
dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.

Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat


di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan
adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia
kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun
bersendirian.
2. Peranan guru bahasa melayu untuk memupuk
semangat perpaduan dalam menyokong dasar bahasa
kebangsaan.

Peranan guru bahasa Melayu untuk memupuk semangat


perpaduan dalam menyokong dasar bahasa kebangsaan ialah guru
bahasa Melayu hendaklah menggalakkan murid-murid berkomunikasi
dengan menggunakan bahasa Melayu dengan kawan-kawan atau guru
mereka semasa mereka berada di dalam kawasan sekolah. Hal ini
demikian dapat membantu murid-murid meningkatkan penguasaan
bahasa Melayu mereka.

Selain itu , guru juga hendaklah menjadi teladan kepada murid-


murid contohnya menggunakan bahasa Melayu yang betul supaya
bahasa yang dicakap oleh guru akan dipelajari oleh murid-murid. Bukan
itu sahaja , guru juga perlu mengurangkan murid-murid bercakap
dengan bahasa yang tidak baku supaya mereka berkemampuan
bercakap atau bertutur secara fasih dalam majlis formal dengan
menggunakan bahasa baku.

Selain itu , guru juga hendaklah menggalakkan setiap kaum


berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Melayu antara satu sama
lain berbanding dengan bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris. Hal
ini demikian kerana bahasa Melayu merupakan bahasa perpaduan
negara kita dan bahasa ini memudahkan kita berkomunikasi antara satu
sama lain berbanding dengan bahasa lain.

Anda mungkin juga menyukai