Anda di halaman 1dari 1

1. Pilih soalan 1(a) atau 1(b). Panjang surat/rencana mestilah antara 130140 perkataan.

(a) Tulis sepucuk surat kepada kakak anda yang berada di luar negara untuk menceritakan
tentang persembahan anda di sekolah. Antara kandungannya:
Apakah jenis persembahan anda (misalnya: tarian, lakonan, nyanyian).
Siapakah yang melatih anda untuk persembahan ini?
Bagaimanakah sambutan terhadap persembahan anda?
Siapakah yang hadir semasa persembahan ini?
Apakah perasaan anda selepas persembahan ini?


2.Anda terbaca kenyataan ini di surat khabar: Anak-anak muda sekarang ini terlalu sibuk
bermain permainan komputer sehingga tidak hiraukan alam sekitar. Tulis kepada surat
khabar itu untuk menyuarakan pendapat anda.
Kandungan surat anda mestilah termasuk:

Pendapat anda tentang kenyataan ini.
Apakah yang anda dan kawan-kawan anda buat dalam masa lapang anda.
Apakah yang anda buat untuk menolong menjaga alam sekitar.
Masalah yang dihadapi oleh anak-anak muda sekarang ini.
Pada pendapat anda apakah yang harus dibuat untuk menyelesaikan masalah ini?

Anak-anak muda sekarang ini terlalu sibuk bermain permainan komputer sehingga tidak hiraukan
alam sekitar.

Menemui saudara pengarang , pendapat saudara tentang anak-anak muda hari ini terlalu
sibuk bermain permainan komputer sehingga tidak kisahkan lagi alam sekitar memang ada
benarnya. Lambakan gajet-gajet elektronik dan permainan komputer di pasaran memburukkan lagi
keadaan.

Saudara pengarang,
Saya tidak dapat nafikan bahawa saya dan rakan-rakan sebaya dengan saya tidak terlepas
daripada dihimpit masalah ini. Setelah membaca rencana saudara barulah saya sedar bahawa saya
dan rakan-telah membuang masa dengan mengabdikan diri saya kepada gajet-gajet elektronik dan
permainan komputer ini sehingga melupakan keindahan alam sekitar.

Justeru, atas dasar rasa bersalah kepada alam sekitar, mulai sekarang saya berazam untuk
mengitar semula bahan-bahan buangan. Saya berharap dengan cara ini, saya dapat mengurangkan
pencemaran dan pembalakan hutan.

Saudara pengarang.
Masalah besar bagi remaja pada hari ini ialah mereka kurang kesedaran tentang
kepentingan alam sekitar. Gaya hidup moden yang berkiblatkan kemewahan dan kecanggihan gajet
elektronik menyebabkan golongan ini kian hanyut dan mengabaikan alam sekitar.

Seiring dengan itu, pihak kerajaan sewajarnya melaksanakan lebih banyak kempen
kesedaran bagi menarik minat golongan muda supaya memelihara dan memulihara alam sekitar.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai