Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PROGRAM LINUS GURU KECIL SAYA- 2014

PENGENALAN
Program Linus merupakan sub-NKRA yang diperkenalkan mulai tahun 2010 adalah untuk
memastikan semua murid yang telah mengikuti tiga tahun pendidikan rendah dapat
menguasai asas literasi/numerasi kecuali bagi mereka yang telah mempunyai masalah
pembelajaran.Sasaran NKRA pada tahun tiga semua murid mencapai 100% penguasaan
asas litersasi dan numerasi.Sehubungan dengan itu satu program khas dirancang khususnya
untuk murid Tahun Tiga yang masih belum menguasai asas literasi dan numerasi.Apa yang
diharapkan dengan perlaksanaan program ini sekurang-kurangnya dapat membantu murid
Linus menguasai konstruk yang menjadi masalah bagi mereka untuk menguasainya dengan
berkesan.

RASIONAL
Tujuan utama program ini ialah memberi bimbingan asas dan membantu murid Linus yang
belum menguasai mana-mana konstruk agar dapat melepasinya apabila saringan Linus
dijalankan.
OBJEKTIF
1. Menyediakan suasana pembelajaran baru kepada murid Linus dengan bimbingan
dalam kalangan rakan mereka sendiri.
2. Memberi keyakinan kepada murid untuk membimbing murid Linus dengan bantuan
modul yang disediakan.
3. Meningkatkan prestasi penguasaan sesuatu konstruk yang belum dikuasai murid.

SASARAN
Guru Kecil- 10 orang murid Tahun 5 Tekun
Murid Linus seramai 5 orang.


TARIKH PELAKSANAAN
Mulai Februari 2013
KAEDAH PELAKSANAAN
1. Pembentangan dalam mesyuarat Kurikulum kali 1/2014
2. Perjumpaan dan taklimat dengan murid Tahun 5 Tekun seramai 10 orang.
3. Sesi suai kenal di antara guru kecil dengan murid Linus.
4. Pelaksanaan program Guru Kecil Saya bermula Februari.
5. Penilaian
JADUAL TENTATIF PELAKSANAAN PROGRAM GURU KECIL SAYA- 2014
MASA PERKARA
Disember 2013 Pembentangan Program dalam Mesyuarat Kurikulum 1/2014
6 Februari 2014 Perjumpaan dan taklimat bersama Guru kecil- murid Tahun 5
Tekun
10 Februari 2014 Sesi suaikenal di antar Guru kecil dengan murid Linus Tahun 3
11 Februari-Nov 2014 Pelaksanaan Program Guru Kecil Saya.
15 November 2014 Post-mortem Program Guru Kecil Saya.

MURID-MURID YANG TER|LIBAT:
GURU KECIL MURID LINUS
1. Nur Alia Maisara bt Shafiee
2. Raihanah bt Mohd Hanafi
Nursuhaida bt Zamri
1. Iskandar Zaharien b.Zaharudin
2. Ikramul Hassan b Mohd Azhar
Muhd Haziq Farhan b.Mohd Sazali
1. Noor Fakrullah b. Mohd Noor
2. Mohd Aiman b. Md Halim
Muhd Junaidi b. Jasni
1. Nur Alia Najwa btb Samsumir
2. Aina Maisara bt Mohd Yasin
Wan Muhd Ridwan b.Wan Narul Shazuan



PENUTUP:
Diharapkan program ini dapat membantu pihak sekolah melepasi sasaran NKRA ke arah
pencapaian 100% penguasaan Linus di akhir Tahun Tiga persekolahan.Di samping itu juga
dapat membantu murid Linus membina keyakinan diri dan membangun potensi individu yang
lebih seimbang dari segi kognitif, psikomotor dan afektif terutama apabila mereka melalui
pembelajaran di kelas arus perdana.

Disediakan oleh:

(AIDA BT SAMAT)
Penyelaras Linus SK Sawah Dato

Anda mungkin juga menyukai