Anda di halaman 1dari 3

NOTA PENGURUSAN MAKMAL SAINS

NOTA PENGURUSAN MAKMAL SAINS



KONSEP MAKMAL SAINS
Makmal Sains adalah salah satu bilik mata pelajaran khas yang dibina untuk
pengajaran-pembelajaran amali Sains.
Ia dibina dengan tujuan untuk melakukan aktiviti dan eksperimen Sains di
bawah keadaan yang terkawal.
Melalui aktiviti penyiasatan dan penemuan secara amali dalam makmal Sains,
pelajar dapat mengamalkan ilmu dan kemahiran Sains dengan lebih berkesan.


PENGURUSAN MAKMAL SAINS
Komponen pengurusan makmal sains
meliputi:

1. Kemudahan dan susunan fizikal makmal sains.
2. Anggota struktur organisasi
3. Stok yang merangkumi pengurusan buku-buku stok, bahan dan
peralatan, dan proses pemerolehan, pembelian, penyelengaraan dan
penyimpanan.
Carta di bawah mengilustrasikan secara amnya komponen-komponen pengurusan
makmal Sains di peringkat sekolah, institut perguruan dan kolej matrikulasi.






















































STRUKTUR ORGANISASI MAKMAL SAINS
Pengurusan makmal sains dengan cekap bergantung kepada sikap proaktif dan
kerjasama yang erat di antara guru-guru Sains dan pembantu makmal.
Aspek-aspek utama dalam pengurusan makmal Sains ialah:

1. Keceriaan makmal
Sains
2. Penyelenggaraan dan penyimpanan peralatan dan
bahan.
3. Penggunaan dan penyimpanan peralatan dan bahan
4. Keselamatan Makmal Sains



KESELAMATAN DALAM MAKMAL SAINS
Komponen-komponen keselamatan dalam makmal Sains meliputi:

1. Persediaan peraturan penggunaan makmal Sains termasuk
peralatan dan bahan sains.
2. Penyediaan alat pemadam api dan senarai cara
menggunakannya.
3. Persediaan pelan laluan kecemasan dan latihan kebakaran.
4. Persediaan peti pertolongan cemas dan panduan kemahiran
pertolongan cemas seperti: luka, pengsan, selar dan lecur, kejutan
elektrik, mata terkena bahan kimia atau benda asing, sengatan serangga,
terkena asid atau alkali, terhidu gas, tertelan kimia dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai