Anda di halaman 1dari 1

ASPEK PKSR PSV

1. PERSEPSI (JANGKAAN)
- Melalui mata pelajaran seni visual, murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan
penggunaan pancaindera dan deria. Pendidikan seni visual menambahkan pengetahuan
mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan
hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.
- Pandangan seseorang terhadap sesuatu perkara

2. SENSITIVITI (KEPEKAAN)
- Sensitiviti pula merupakan kepekaan dan kebolehan membuat pertimbangan dan
persepsi dari segi sosial serta estetik. Pembelajaran Seni Visual, aktiviti dan apresiasinya
dapat memantapkan kepekaan, sensibility (kebolehan untuk merasa dan menghayati)

3. KEFAHAMAN BAHASA VISUAL
- Bidang ini memberi peluang kepada murid membuat kajian pemahaman terhadap hasil
seni visual dalam budaya tempatan, kebangsaan dan negara ASEAN serta negara
tertentu yang mempunyai kesamaan dan kelainan dengan budaya kebangsaan.
Murid dapat menyatakan kefahaman, membuat apresiasi dan kritikan seni.
Penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan, terutama
dalam meningkatkan nilai hidup.

4. APLIKASI BAHASA VISUAL
- membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan, pemahaman, dan bahasa seni
visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti seni.
- Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa Seni Visual dalam menghasilkan
karya senidgn menyatakan bahan dan alatan yang digunakan.

5. KEMAHIRAN KRITIKAL KRITIKAL DAN ANALITIKAL
pemikiran kritis /kritikal ditakrif sebagai penggunaan operasi berfikir yang asas untuk menganalisis ,
mentafsir dan menilai sesuatu hujah yang mendalamEMPAT (4) ciri pemikiran kritikal
- REAKTIF ,reaksi atau gerak balas terhadap idea yang sedia ada dan bukan penghasilan
idea baru.
- PENILAIAN ,digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu idea itu patut dipercayai.
- ANALISIS ,melibatkan penggunaan operasi dan kemahiran berfikir yang asas untuk
menganalisis sesuatu hujah supaya dapat ditafsirdan difahami dengan jelas.
- LOGIK ,merangkumi kaedah memikul secara logik dan bersepadu dengan
mempertimbangkan andaian.
- PEMIKIRAN ANALITIKAL:
- Susun maklumat: ke dlm komponan - komponan dan lihat kaitan. Kalau ubah satu
perkara, apa akibatnya kepada yang lain.
- Faham Sebab - Akibat: kenapa satu-satu perkara berlaku.
- Tujuan: analisis boleh membantu selesai isu masalah.

Anda mungkin juga menyukai