Anda di halaman 1dari 2

Aku Sebuah Telefon Bimbit

Pengenalan
Aku dilahirkan sebagai sebuah telefon bimbit.
- berjenama Nokia dan telah terkenal di seluruh dunia
- berperanan untuk berkomunikasi dan menghantar pesanan ringkas
- memiliki pelbagai kecanggihan yang diinginkan oleh generasi hari ini

Idea-idea Utama
Aku merupakan generasi yang canggih sekali berbanding datuk dan moyangku.
- memiliki keistimewaan yang tidak ada pada generasi Nokia yang lama
- paparan aku berwarna dan boleh diubah-ubah
- memiliki nada dering yang boleh dimuat turun melalui internet

Aku kini dimiliki oleh seorang usahawan yang berjaya.
- mampu membeliku walaupun hargaku agak tinggi
- mampu meningkatkan imej tuanku itu
- dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik

Tugasku amat sibuk apabila majikanku berada di pejabatnya.
- sentiasa menghubungi pelanggan,teman dan sesiapa yang diinginkan
- turut menyampaikan pelbagai pesanan ringkas
- menyimpan pelbagai data yang diinginkan oleh tuanku

Kecanggihan yang ada padaku digunakan tanpa henti.
- bertugas sebagai mesin kira-kira untukmengira keuntungan syarikat
- mengambil gambar tertentu kerana badanku dilengkapi kamera
- bertugas sebagai jam loceng untuk mengejutkan majikanku pada setiap pagi

Aku semakin lemah apabila sentiasa digunakan oleh majikanku.
- menggantikan tenagaku dengan tenaga yang baru
- mudah diperoleh dari kedai-kedai yang menjual alat-alat komunikasi
- sentiasa segar dan mampu berfungsi dengan baik

Penutup
Selagi nyawa dibadan aku akan tetap berkhidmat dengan sebaik mungkin.
- sedar bahawa model Nokia yang baru bakal muncul pada bila-bila masa
- mungkin tidak akan digunakan lagi oleh majikanku
- beginilah nasib yang bakal dihadapi oleh sebuah telefon bimbit

Anda mungkin juga menyukai