Anda di halaman 1dari 47

Pertolongan

Cemas
TIANG SIAO FOONG
Definisi
Pertolongan yang diberikan kepada sesiapa
yang cedera dengan tiba-tiba sebelum
mendapat rawatan yang sewajarnya.

Bertujuan:
a) Menyelamatkan nyawa
b) Melegakan kesakitan
c) Memberi keselesaan kepada pesakit
Sifat-sifat ahli pertolongan cemas:
1) Tajam perhatian
2) Pantas berikhtiar
3) Tidak kasar
4) Berakal berbudi
5) Bertimbang rasa
6) Sentiasa bersenyum
7) Memberi pertolongan
Jenis-jenis Kecederaan
Patukan ular dan sengatan serangga
Luka: a) luka terbuka
b) luka tertutup
Kecederaan tulang
Kecederaan sendi dan otot
Terbakar dan melecur
Renjatan
Renjatan elektrik
Patukan ular dan sengatan serangga
Patukan ular:
a) Jenis patukan ular sukar dibezakan, jadi
setiap patukan perlulah dirawat seperti
patukan ular bisa.

Bantuan awal patukan ular:
a) Cuci anggota mangsa yang dipatuk ular.
b) Jangan gerakkan anggota mangsa yang
dipatuk ular.
c) Pasangkan tuap kepada anggota mangsa.

d) Kekalkan bahagian anggota yang cedera di
bawah aras jantung supaya bisa tersekat
setempat.
e) Buat ikatan di atas bahagian patukan kira-kira
10cm di sebelah atas daripada tempat
patukan.
f) Uruskan penghantaran
mangsa ke hospital
dengan segera.
Sengatan serangga:
o Sengatan kala jengking
a) Tanda-tanda:bengkak dan rasa sakit
:rasa loya atau muntah
:kulit menjadi kemerah-merahan
:menunjukkan tanda renjatan

b) Bantuan awal:
1) Jangan gerakkan anggota mangsa yang
cedera.




2) Kekalkan bahagian anggota yang cedera di
bawah aras jantung supaya bisa tersekat
setempat.
3) Uruskan penghantaran mangsa ke hospital
dengan segera.



o Sengatan lebah dan tebuan
a) Tanda-tanda:
- Mangsa akan rasa sakit dan gatal
- Kebengkalan pada tempat yang kena disengat
- Bahagian yang disengat menjadi merah
- Mangsa akan mengalami kesesakan
pernafasan

b) Rawatan:
- Sengatan yang terbenam pada kulit mangsa
boleh dikeluarkan dengan penyepit halus.
- Sapukan krim antihistamine, surgical spirit,
larutan amonia atau larutan soda bikarbonat.
- Bawa pesakit ke hospital.
o Sengatan ikan
a) Tanda-tanda:
- Mangsa akan berasa sakit yang teruk.
- Tempat yang terkena sengat membengkak.
- Mangsa berasa pening, lemah dan boleh
menjadi pengsan.

b) Rawatan:
- Keluarkan darah pada sengatan bagi
mengeluarkan bisa.
- Sapukan spiritswap, metal, cuka atau
antihistamin pada bahagian yang disengat
- Basuh bahagian yang terkena sengatan
dengan air suam dan balut
- Bawa mangsa ke hospital.
o Sengatan obor-obor
a) Rawatan:
- Membasuh bahagian yang
disengat dengan sabun
dan air garam.
- Sapukan ubat salap
antihistamin pada
anggota yang cedera.
Luka Terbuka
Terbahagi kepada lima jenis:
a) Luka terhiris
- Berlaku apabila salur darah
terpotong oleh
alat tajam.
- Mudah bertaut
kembali dan
mudah dirawat.


Luka tikaman
- Mempunyai liang yang
kecil tetapi dalam
- Mempunyai risiko
jangkitan kuman yang tinggi

Luka terkoyak
- Mengakibatkan kerosakan
tisu yang teruk
- Darah yang keluar mungkin
kekurangan
Luka tembakan
- Terkena peluru dan
lukanya luas.
- Peluru yang tidak
dikeluarkan akan mengalami
kecederaan dalaman yang teruk

Calar balar
- Luka ringan yang hanya
menampakkan lapisan tisu
luar yang tipis

Luka Tertutup
Terbahagi kepada 2 jenis:
a) Lebam
- Terkena pukulan yang kuat
- Drah keluar berwarna merah-kemerahan
berkumpul di bawah kulit
- Bahagian luar kulit kelihatan
kebiruan.
b) Haematoma
- Berlaku apabila pembekuan darah kebiru-
hitaman di dalam organ dan tisu
- Disebabkan kecederaan
atau pembedahan

c) Luka parah
- Luka yang teruk dan perlu dirawat dengan
segera
- Luka ini akan mengakibatkan:
1) pendarahan
- jangkitan kuman
- renjatan
- maut

Cara-cara rawatan luka
i. Hentikan pendarahan
ii. Hindarkan daripada jangkitan kuman
iii. Beri rawatan renjatan
iv. Hantar ke hospital dengan segera
Kecederaan Tulang
Didefinisikan sebagai keadaan tulang yang
retak atau patah.
Sebab-sebab:
a) Kekuatan hentakan tepat- patah pada tempat
yang menerima hentakan
b) Kekuatan hentakan sipi- patah bukan pada
tempat yang menerima hentakan
Jenis-jenis patah:
1) Patah tertutup
- Tulang patah tidak menunjukkan
kecederaan pada tisu kulit
- Tulang yang patah tidak menembusi kulit
dan tiada pengaliran darah

2) Rawatan
i. Hentikan pendarahan cara membalut
ii. Rehat

iii. Cegah gerak sama ada tuap atau anduh
iv. Tinggikan bahagian cedera
v. Bawa ke hospital
2) Patah terbuka
- Tulang terkeluar melalui luka di kulit
- Terdedah kepada bahaya jangkitan kuman
- Rawatan awal dapat mengurangkan
komplikasi jangkitan kuman

3) Rawatan
i. Rehat
ii. Cegah gerak sama ada
tuap atau anduh
iii. Tinggikan bahagian cedera
iv. Bawa ke hospital



Jenis-jenis patah tulang
a) patah melintang (bersudut
tepat 90)


b) patah menyerong
- Tulang patah di tempat
yang terkena
hentakan dari arah
yang berlainan

c) Patah berpusing
- Kepatahan tulang berpusar mengikut
bulatan tulang akibat
hentakan yang memusar


d) Patah melarat
- Melibatkan salur darah putus
e) Patah remuk
- Tulang pecah kepada
beberapa keping akibat
hentakan kuat


f) Patah lesung
- Tulang mencucuk antara
satu sama lain
g) Patah tebu
- Tulang tidak patah terus tetapi hanya
melentur
- Berlaku pada kanak atau bayi kerana tulang
mereka masih lembut
Kecederaan Sendi dan Otot
Elemen penting dalam pergerakan badan
Fungsi akan terganggu jika tisu lembut
terkoyak dan pengecutan otot yang kencang

Jenis-jenis:
a) Terkehel
- sendi yang terkeluar daripada kedudukan
asal
- Berpunca dari daya kekuatan yang
menggeliatkan tulang ke dalam kedudukan
yang tidak normal

Rawatan:
1) Ampu
2) Balut untuk
elakkan pergerakan


b) Terseliuh
- kecederaan pada ligamen dan tendon
terkoyak
- Berlaku pada pergelangan tangan dan kaki
akibat rentapan yang kuat

o Rawatan:
I. Rehat
II. Tuaman sejuk
III. Balut
IV. Tinggikan anggota cedera
c) Keregangan
- Berlaku apabila otot meregang secara
berlebihan atau keadaan otot separuh koyak

o Rawatan:
I. Rehat
II. Tuaman sejuk
III. Balut
IV. Tinggikan anggota cedera

d) Kekejangan otot
- Kesakitan yang datang mendadak akibat
pengecutan otot

o Rawatan:
1. Rehatkan pesakit
2. Jika kekejangan berlaku di betis dan peha,
ampu kakinya, tolak hujung jari kaki ke arah
mukanya secara perlahan dan tegas
Terbakar dan Melecur
Terbakar terbahagi kepada 2 jenis
a) Luar: bahagian epidermis kulit terlibat
b) Dalam: semua bahagian kulit terlibat

Sebab-sebab terbakar
1) Haba kering
2) Bahan kimia
3) Arus elektrik
4) Gas beku
Melecur (sebab-sebab)
- wap
- air panas
- minyak panas

Lain-lain unsur:
- radiasi
- pencemaran infra-merah
- pencaran lembayung
- gelombang mikro
Bantuan awal:
i. Hentikan kebakaran
ii. Sejukan anggota terbakar dengan air selam
20 minit untuk mengurangkan kepanasan
iii. Tentukan ianya tidak merebak bagi
mengurangkan kesakitan
iv. Pastikan mangsa masih bernafas
v. Periksa tahap kebakaran
vi. Selimutkan dengan kain yang basah
vii. Hantar mangsa ke hospital dengan segera

Renjatan
Berlaku ketidakseimbangan sistem peredaran
darah gagal membekalkan darah ke tisu tubuh
badan.

Punca-punca:
a. Pendarahan parah
b. Terbakar atau melecur teruk
c. Patah tulang yang serius
d. Penyakit cirit-birit

e) Gangguan emosi

Bantuan awal
i. Baringkan mangsa dengan meninggikan
bahagian kaki
ii. Pastikan punca dan sebab renjatan
iii. Palingkan muka mangsa ke kiri atau ke kanan
iv. Longgarkan pakaian mangsa
v. Selimutkan mangsa
vi. Hentikan pendarahan

vii. Jangan beri minuman jika berlaku
pendarahan- memadai dengan
membasahkan bibir
viii.Hantar mangsa ke hospital dengan segera
Renjatan Elektrik
Berlaku apabila pesakit tersentuh punca arus
elektrik yang terdedah.

Kebocoran arus elektrik akibat suis yang koyak
dan sebagainya.

Seseorang itu akan mengalami kecederaan
malahan boleh membawa maut.
Rawatan:
a) Mangsa tidak sedar
- tentukan kedudukan mangsa dalam keadaan
melentang
- periksa saluran pernafasan dan nadi mangsa

b) Mangsa tidak bernafas dan tiada nadi
- Segera berikan bantuan pemulihan jantung
dan paru-paru
c) Mangsa tiada nadi
- Mulakan kitar pertama tekanan dada dan
pernafasan bantuan

d) Mangsa bernafas
- Letakkan mangsa dalam posisi pemulihan

e) Mangsa sedar
- Berikan rawatan yang sesuai mengikut
kecederaan yang dialami
- Hantar mangsa ke hospital dengan segera
Pendarahan
Terjadi apabila sistem peredaran darah
tercedera di arteri, vena dan kapilari.

Rawatan:
a) Bersihkan luka dari kekotoran
b) Tekan dengan tekanan langsung di tempat
luka supaya darah tidak mengalir keluar
c) Tinggikan anggota yang luka untuk
mengurangkan pengaliran darah
d) Tahan darah secara tidak langsung- tahan
pada urat nadi
e) Periksa nadi/ pernafasan untuk menentukan
tanda-tanda renjatan
f) Jika ada tanda renjatan, beri rawatan
sewajarnya
g) Rehatkan mangsa dan hantar ke hospital
Pendarahan hidung
i. Terjadi apabila saluran darah di dalam
hidung tercedera akibat tamparan, bersin,
menggorek dan menghembus selsema

ii. Boleh berlaku akibat tekanan darah tinggi
bagi orang dewasa
Rawatan:
I. Dudukan pesakit dan tundukkan sedikit
kepalanya ke bawah
II. Picit bahagian lembut hidung dan lepaskan
III. Ulangkan beberapa kali selama 10 minit
IV. Jika hidung masih berdarah, ulang picit di
tempst yang sama selama 10 minit lagi
V. Bernafas melalui mulut dan dilarang
menghembus hingus
VI. Jika sekiranya pendarahan tidak berhenti,
mangsa perlu dihantar ke hospital
SEKIAN
TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai