Anda di halaman 1dari 2

Sejarah ASEAN

Anggota ASEAN
Pemerhati ASEAN
Calon anggota ASEAN
ASEAN tambah 3
Sidang Kemuncak Asia Timur
Forum Serantau ASEAN

Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) mula dibentuk dengan penubuhan sebuah
pertubuhan yang dikenali sebagai Persatuan Asia Tenggara (Association of Southeast Asia atau
ASA) yang dianggotai oleh Filipina, Malaysia dan Thailand pada tahun 1961. ASA merupakan
asas kepada pembentukan ASEAN sekarang.
Akibat daripada pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, pertikaian berlaku khususnya
antara Indonesia dan Filipina yang menganggap pembentukan Malaysia sebagai satu bentuk
penjajahan baru. Ini kerana mereka mendakwa Sabah dan Sarawak merupakan sebahagian
daripada negara mereka.
Oleh kerana pertikaian tersebut, munculnya slogan Ganyang Malaysia yang membawa kepada
konfrontasi pada 1965-1966 oleh Indonesia. Selepas tamatnya konfrantasi tersebut, semua
negara-negara Asia Tenggara bersepakat untuk mewujudkan persefahaman untuk memberi ruang
kepada semua negara-negara terbabit bersatu dalam perkara yang melibatkan kepentingan
bersama.
Maka, pada 8 Ogos 1967, lima pemimpin - Menteri Luar Indonesia, Filipina, Malaysia,
Singapura dan Thailand (Adam Malik, Narciso R. Ramos, Tun Abdul Razak, S. Rajaratnam dan
Thanat Khoman) - duduk bersama di dewan utama Jabatan Hal Ehwal Luar di Bangkok,
Thailand dan menandatangani satu dokumen yang kini dikenali sebagai "Deklarasi ASEAN".
[1]

Papua New Guinea diberikan status negara pemerhati pada 1976 dan pemerhati khas pada
1981.
[2]
Brunei menganggotai ASEAN pada 8 Januari 1984 iaitu seminggu selepas mencapai
kemerdekaan.
[3]

Hanya selepas 11 tahun kemudian barulah ASEAN menerima anggota baharu. Vietnam menjadi
anggota yang ketujuh pada 28 Julai 1995.
[4]
Laos dan Myanmar menjadi anggota dua tahun
kemudiannya, iaitu pada 23 Julai 1997.
[5]
Walaupun Kemboja sudah menyertai ASEAN
bersama-sama Myanmar dan Laos, negara itu terpaksa menangguh disebabkan masalah politik
dalam negara tersebut. Kemboja menyertai semula ASEAN pada 30 April 1999.
[6]

Negara baharu Timor Leste, dahulunya dalam Indonesia, terpaksa berhempas pulas untuk
mendapat status pemerhati dalam ASEAN. Namun, banyak negara dalam ASEAN tidak
menyokong penglibatan Timor Leste pada akhir 1990-an atas rasa hormat kepada Indonesia.
Myanmar, terutamanya, menentang pemberian status pemerhati kepada Timor Leste kerana
sokongan Timor Leste terhadap perjuangan Aung San Suu Kyi. Sejak kemerdekaan Timor Leste
pada Mei 2002 dan diterima sebagai negara pemerhati, ASEAN telah banyak membantu negara
baru ini.
[7][8]

Anda mungkin juga menyukai