Anda di halaman 1dari 12

1 | P a g e

ISI KANDUNGAN

PERKARA / ISI KANDUNGAN

MUKA
SURAT
1.0 PENGENALAN

2
2.0 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN
FALSAFAH ALAM SEKITAR?
3
3.0 SIKAP DI ANTARA MASYARAKAT ANIMISME DAN KOLONIAL
TERHADAP ALAM SEKITAR
4
4.0 FALSAFAH ISLAM MENGENAI ALAM SEKITAR

4
5.0 KEPENTINGAN DALAM MENJAGA ALAM SEKITAR

5
6.0 KAEDAH-KAEDAH MENJAGA ALAM SEKITAR

6
7.0 KESIMPULAN 9
RUJUKAN 10
LAMPIRAN 11







2 | P a g e

1.0 PENGENALAN
Alam sekitar merupakan kurniaan tuhan yang amat bernilai. Kehidupan manusia tidak dapat
dipisahkan dengan alam sekitar. Manusia sejak awal kewujudannya lagi telah berinteraksi
secara langsung dengan alam sekitar. Sejarah menusia menunjukkan bahawa manusia telah
menggunakan alam sekitar sebagai sumber makanan, tempat perlindungan dan sebagainya.
Oleh itu, alam sekitar dengan kewujudan manusia tidak dapat dipisahkan dan segala aktiviti
manusia akan mempengaruhi keadaan alam sekitar. Sejak manusia berevolusi daripada
zaman prasejarah sehingalah hari ini, peranan alam sekitar tidak pernah lari dari kehidupan
manusia. Kemajuan yang dicapai oleh manusia dari segi pertanian,perniagaan sehingalah
penerokaan angkasa lepas berkait rapat dengan alam sekitar. Dalam mencapai kemajuan
tersebut, terdapat segelintir manusia yang terlupa tentang tanggungjawab mereka dalam
menjaga alam sekitar dengan baik. Atas dasar keuntungan dan kekayaan, segelintir manusia
sanggup merosakkan alam sekitar. Namun begitu, terdapat juga sebilangan manusia yang
berusaha memulihkan alam sekitar yang dimusnahkan dan usaha mereka hendaklah disokong
agar alam sekitar dapat dinikmati oleh generasi masa hadapan.












3 | P a g e

2.0 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN FALSAFAH
ALAM SEKITAR?
Perkataan falsafah berasal dari perkataan Greek iaitu philo dan Sophia yang bermaksud
cintakan kebijaksanaan atau love of wisdom. Manakala maksud perkataan kebijaksanaan
yang dinyatakan tersebut adalah kejayaan atau dapatan ilmu pengetahuan hasil dari
penaakulan terhadap kewujudan kejadian dialam ini. Falsafah merupakan suatu pandangan
umum terhadap semua ilmu yang ada dialam ini. Ia bertujuan untuk menggalakkan wawasan
dan pemahaman yang tinggi,yang wujud dalam seluruh kehidupan dialam ini. Mengikut
Pojman (1991), ahli-ahli falsafah menggunakan alasan, persepsi, imaginasi dan intuisi
mereka untuk membentuk dan menganalisa hujah atau teori yang mungkin dapat menjawab
persoalan yang tidak berkesudahan.
Terdapat tiga komponen dalam falsafah alam sekitar yang menghuraikan dan memberikan
kefahaman tentang alam sekitar. Komponen pertama ialah mengenai bidang-bidang falsafah
sekunder yang terdapat dalam bidang-bidang yang telah terasing tadi seperti falsafah sains,
fizik, dan lain-lain. Perkara yang terlibat dalam komponen ini ialah mengenai persoalan
terhadap konsep-konsep dan masalah-masalah teoritikal yang terdapat dalam falsafah
tersebut. Bagi menghurai sesuatu analisis terhadap konsep skema teoritikal, ia memerlukan
kepada kepakaran dalam aspek kefalsafahan. Kemudian apabila alam ini berkembang dan
menghasilkan bidang teknologi, ia turut mencipta masalah-masalah yang baru.
Bidang epistemologi dalam kajian falsafah alam sekitar juga turut meliputiperkara seperti
punca pengalaman dan pandangan atau persepsi seperti metafizik, moral, etika, ontologi.
Aspek kewujudan dan metodologi dalam bidang-bidang ini menyediakan kaedah untuk
digunakan dalam kajian.. Perkembangan falsafah alam sekitar muncul sejak zaman awal lagi,
iaitu sejak tamadun Greek lagi. Aristotle alah satu-satunya ahli falsafah yang terawal, yang
hamper mendekati falsafah alam semulajadi dari perspektif ekologi. Beliau mengenal pasti
tentang keperluan untuk satu pemerhatian terhadap biologi dan geologi. Bagaimanapun
beliau tidak berminat untuk melindungi alam semulajadi ini. Beliau berpendapat semua
kejadian di alam ini adalah untuk kegunaan manusia serta perbuatan manuasia adalah juga
telah ditentukan oleh alam ini.

4 | P a g e

3.0 SIKAP DI ANTARA MASYARAKAT ANIMISME DAN KOLONIAL
TERHADAP ALAM SEKITAR
Falsafah alam sekitar adalah berbeza antara satu tempat dengan satu tempat yang lain.
Mengikut ahli falsafah barat alam ini dan penghuninya yang terdiri dari binatang, tumbuhan
dan alin-lain adalah dijadikan untuk kegunaan manusia. Sebaliknya bagi orang-orang Asia,
falsafah alam sekitarnya adalah berdasarkan Animisme yang merupakan kepercayaan dan
agama. Kepercayaan dan agama yang dianuti oleh penduduk peribumi adalah bergantung
seratus peratus kepada alam semulajadi. Mereka banyak terdedah kepada alam sekitar dan
turut sama mengalami apa yang berlaku kepada alam sekitar.seperti bencana alam, serangan
binatang buas, dan penyakit. Manakala kegiatan ekonomi yang dijalankan adalah kecil dan
bertujuan untuk menyara diri sahaja.
4.0 FALSAFAH ISLAM MENGENAI ALAM SEKITAR
Dalam Islam, pembicaraan mengenai alam bukanlah bersifat picisan ataupun remeh. Jika
merujuk kepada kandungan al-Quran sendiri, didapati isu alam telah dijadikan asas untuk
mengenali dan mendekati Tuhan. Dalam masa yang sama, al-Quran juga menjelaskan telah
banyak kerosakan alam yang sebenarnya adalah berpunca daripada perbuatan manusia. Ini
boleh dilihat dalam surah al-Rum (30:41) yang bermaksud:
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut
dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; kerana Allah
hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk
mereka, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Setiap sumber alam yang digunakan perlulah mengambil kira kepentingan dari sudut zahir
dan batin. Mungkin sesebuah masyarakat dianggap bertuah kerana memperolehi sumber air
minuman yang bersih dengan mudah berbanding sesebuah masyarakat lain yang menghadapi
kemarau berpanjangan dan kebuluran. Akan tetapi, sejauh manakah masyarakat yang
memilikinya dengan mudah sentiasa berkeupayaan mengaitkan nikmat yang mereka perolehi
dengan kesyukuran kepada Penciptanya. Inilah menjadi persoalan. Walau semaju mana
sekalipun sesebuah masyarakat, mereka masih lagi bergantung kepada peranan alam
termasuklah dalam konteks ibadat. Sebagai contoh, umat Islam masih lagi menggunakan
kaedah cerapan anak bulan dalam menentukan tarikh menyambut kedatangan bulan Ramadan
dan sambutan hari raya.
5 | P a g e

5.0 KEPENTINGAN DALAM MENJAGA ALAM SEKITAR
5.1 UDARA YANG SEGAR
Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih
merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar dan
bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan
oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.Udara
dalam alam sekitar yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati keselesaan.
5.2 MENSTABILKAN SUHU PERSEKITARAN
Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari semasa ke
semasa. Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang
sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman
pokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan
karbon dioksida.
5.3 MENGELAKKAN PEMBIAKAN SERANGGA YANG MAMPU
MEMBAWA PENYAKIT.
Alam setikar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang mampu
membawa penyakit. Persekitaran yang bersih menghalang haiwan seperti lalat, nyamuk dan
tikus daripada membiak dan menyebarkan penyakit kepada manusia seperti malaria, deman
denggi dan taun. Gangguan daripada serangga di dalam rumah juga dapat dielakkan jika
persekitaran dalam keadaan bersih. Alam setikar yang bersih dapat mengurangkan pembiakan
serangga seperti nyamuk, lalat, dan serangga lain yang berada di dalam rumah.
5.4 PUNCA AIR BERSIH.
Air juga merupakan sumber asli yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Air sangat
diperlukan oleh tubuh badan manusia sehinggakan manusia boleh hidup bertahan beberapa
hari dengan air sahaja tanpa makanan. Tubuh kita mengandungi lebih kurang 70% air.
Sekiranya kehilangan air, hal ini akan mengakibatkan kita kehilangan tenaga. Air bukan
sahaja penting kepada manusia malah kepada hidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-
tumbuhan yang turut memerlukan air.

6 | P a g e

5.5 MENGELAKKAN KEPUPUSAN HAIWAN DAN TUMBUH-TUMBUHAN
Alam sekitar yang dijaga oleh semua lapisan masyarakat dapat mengelakkan kepupusan
haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuh-tumbuhan adalah merupakan salah satu
sumber makanan kepada manusia. Pencemaran alam sekitar yang dilakukan akan
menyebabkan kemusnahan habitat haiwan dan akan menyebabkan sumber makanan manusia
akan berkurang, sebagai contoh hidupan laut seperti udang, ikan dan seumpamanya
merupakan sumber makanan yang mengandungi protein yang dapat menstabilkan kesihatan
manusia.
5.6 MENINGKATKAN EKONOMI NEGARA.
Sesebuah masyarakat yang bersih dan mengandungi nilai kedamaian akan dapat menarik
perhatian pelancong asing. Kedatangan pelancong asing ke dalam negara kita akan
meningkatkan nilai tukaran wang asing, dan ini akan dapat memajukan perkembangan
ekonomi negara kita. Selain itu, kedatangan pelancong juga dapat memajukan sektor
perkhimatan dan sektor perniagaan serta menawarkan peluang perkerjaan kepada masyarakat.
Dengan ini, imej negara kita akan dapat ditingkatkan.

5.7 MENJAMIN KESEIMBANGAN EKOSISTEM
Menjaga alam sekitar adalah penting untuk flora dan fauna. Kebersihan alam sekitar akan
menjamin keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan manusia
akan membantu menjamin sumber air. Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai
kawasan tadahan hujan. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan
secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya
menyebabkan air hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang
turun itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk meneruskan peredaran air.




7 | P a g e

6.0 KAEDAH-KAEDAH MENJAGA ALAM SEKITAR
6.1 MEDIA MASSA
Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan surat khabar.
Pada hari ini, media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran
semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isu-isu
pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana
televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau
individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia atau individu
perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang
sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar.
6.2 KEMPEN ALAM SEKITAR
Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen
kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan
didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar
seperti menguruskan sisa pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam
sekitar. Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar semula
bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-cermat
dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar.
6.3 PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
Kaedah yang ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah melalui organisasi-
organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-syarikat tertentu.
Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam
pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran sains
seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan
Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan
bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan
perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di sekolah..



8 | P a g e

6.4 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN
Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat
penting. Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran
dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan
adalah lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu,
dengan menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula bahan-
bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-
bahan plastik. Hal ini sudah tentu akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan
oleh pengurusan .
6.5 PENGURANGAN PENGGUNAANBAHAN KIMIA
Hal ini demikian kerana bahan kimia akan mendatangkan pencemaran kepada alam sekitar
selain akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam sekitar. Apa
yang dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga dan pendingin hawa merupakan salah
satu kesan yang paling ketara dan serius. Akibat daripada penggunaan racun serangga dan
pendingin hawa,berlakunya penipisan lapisan ozon dan air bawah tanah oleh
kluoroflurokarbon (CFC) yang amat berbahaya kepada masyarakat di jagat raya. Kesannya,
masyarakat mudah dihidapi penyakit-penyakit yang berbahaya seperti katarak mata, barah
kulit dan sebagainya.
6.6 UNDANG-UNDANG
Kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang berkaitan aspek penjagaan kebersihan
persekitaran. Hal ini amat signifikan sebagai langkah menjaga alam sekitar kita. Jika kita
lihat pada hari ini, berapakah kilang yang telah dibina oleh kerajaan yang mematuhi piawaian
kebersihan yang telah ditetapkan? Hanya segelintir sahaja kilang yang mematuhi piawaian
kebersihan. Dalam kebanyakan kes, pelepasan asap kilang dan pembuangan sisa toksik ke
dalam sungai mahupun ke dalam laut secara terbuka terus berlaku tanpa kawalan. Sikap
pengilang ini bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing kerana
menyebabkan berlakunya pencemaran air .



9 | P a g e

7.0 KESIMPULAN
Alam sekitar sememangnya amat bernilai kepada manusia. Segala kelakuan dan tindakan
manusia akan menyebabkan kesan terhadap alam sekitar.Oleh itu, tindakan manusia yang
boleh menyebabkan kerosakan terhadap alam sekitar seharusnya dihentikan bagi memastikan
alam sekitar mampu bertahan dan terus menyumbang kepada keselesaan manusia. Selain itu,
sikap mausia juga perlu diubah seperti suka merosakan alam sekitar dengan menebang pokok
sesuka hati, mencemarkan sungai dan sebagainya. Manusia seharusnya lebih menghargai
alam sekitar dan berusaha menjaganya. Usaha memulihara alam sekitar secara berterusan
merupakan tanggungjawab manusia yang perlu dilakukan. Kegagalan menjaga alam sekitar
bermaksud kehidupan manusia akan menjadi lebih sukar kerana alam sekitarlah yang
melindungi manusia selama ini. Manusia juga mungkin tidak dapat hidup jika alam sekitar
dimusnahkan sepenuhnya.













10 | P a g e

RUJUKAN
http://alamsekitarbmp.blogspot.com/p/kaedah%20kaedah-untuk-menjaga-alam.html
http://pencemarandunia.blogspot.com/2010/12/kaedah-mengatasi-masalah-alam-sekitar.html
http://tamayanthi.blogspot.com/2013/05/langkah-langkah-mengatasi-masalah.htm




















11 | P a g e

LAMPIRAN

Rajah 1 : Kaedah-kaedah atau langkah-langkah menjaga alam sekitar.

Rajah 2 : Punca-punca kemusnahan Alam Sekitar.

12 | P a g e


Rajah 3 : Tindakan manusia menyebabkan kemusnahan Alam sekitar.

Anda mungkin juga menyukai