Anda di halaman 1dari 18

2

3
4
1.0 PENGENALAN

Antroposentrisme terbentuk dari bahasa Latin “ anthropo ”, yang bermaksud “man” dan
akhiran “ ism ” yang bermaksud “ pergerakan ”. Aliran falsafah yang berasal dari zaman
Renaissance ini berpendapat bahawa manusia dijadikan sebagai pusat yang paling penting
dalam alam semesta. Ia telah menjadi punca bahawa manusia yang bertanggungjawab atas
segala peristiwa dan kemusnahan yang berlaku di dunia berdasarkan sebuah teori yang
dirumuskan oleh ahli falsafah Yunani yang mengatakan “ Individu adalah ukuran segala sesuatu
”. Setiap individu menampakkan dirinya dalam segala perkara yang dilakukan. Cara berfikir,
sistem persepsi dan pemahaman tentang apa yang sedang berlaku di sekeliling kita Konsep ini
merupakan ciri yang penting dalam watak manusia.

Alam semesta ini merupakan anugerah ciptaan Tuhan yang sangat bernilai untuk
kesejahteraan hidup di muka bumi ini, malah kita manusia amat bergantung kepada sumber
alam kerana ia memberi manfaat. Persekitaran atau "environment" dalam bahasa Inggeris
merujuk kepada keadaan fizikal sekeliling yang melibatkan flora (tumbuhan) dan fauna
(haiwan). Fenomena ini juga berkaitan dengan iklim dan cuaca, air, udara dan tanah. Ia juga
mempunyai hubungan yang rapat dengan manusia yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran,
Surah Ali Imran ayat 190 yang bermaksud:

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang,
ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang
yang berakal”

Didalam Kitab Al-Quran juga ada menunjukkan bahwa alam semula jadi
diciptakan untuk manusia didalam Surah Al-Baqarah ayat 30 yang tertulis :

“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”

5
Contoh-contoh isu semasa yang berlaku di Malaysia adalah, bagi pencemaran udara,
masyarakat masih tidak sedar dan sering melakukan pembakaran terbuka seperti membakar
sampah-sarap dan menggunakan bahan-bahan yang mengandungi klorofluorokarbon seperti
aerosol, penghawa dingin dan lain-lain, secara tidak langsung menipiskan lapisan ozon di
atmosfera bumi. Selain itu, pencemaran lain yang sering berlaku di Malaysia adalah
pencemaran air. Mengikut keratan akhbar Berita Harian September 4 2021, telah
menunjukkan kilang yang berasaskan makanan telah menyebabkan pencemaran di sungai
Semenyih yang menyebabkan gangguan bekalan air berlaku di sekitar Selangor dan Kuala
Lumpur. Di samping itu, tatkala dunia sedang menghadapi virus Covid-19, terdapat segelintir
masyarakat yang mengambil kesempatan untuk mengubahsuai rumah mereka pada waktu
Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) berlangsung. Kerja pengubahsuaian tersebut
menghasilkan bunyi bising yang mengganggu ketenteraman jiran tetangga dan telah
mengakibatkan pencemaran bunyi. Namun pencemaran ini kurang diberi perhatian kerana
sukar untuk dikesan dengan mata kasar. Oleh itu, objektif kajian kertas kerja ini bertujuan
untuk dijadikan sebagai bahan rujukan bagi masyarakat di Malaysia.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

6
Kajian ini dibuat untuk memahami konsep ideologi antroposentrisme dalam konteks ilmu
falsafah dan menghubungkait konsep ideologi antroposentrisme dengan isu alam sekitar. Hal
ini demikian kerana, manusia adalah satu-satunya makhluk yang dianugerahkan akal fikiran
untuk menjaga alam semula jadi. Ini kerana setiap ciptaan tuhan terdapat kepentingan dan
fungsi tertentu. Segala ciptaan di dunia ini tidak akan sempurna jika tidak saling melengkapi,
kerana keselesaan manusia, flora dan fauna akan wujud di dalam alam semuladi jadi yang
berkualiti. Sekaligus untuk menghuraikan implikasi terhadap alam semula jadi contohnya
pencemaran udara, air, tanah, bunyi dan lain-lain yang berpunca daripada ketamakan dan
kepentingan manusia.

Ia juga bertujuan untuk dijadikan panduan dan bahan rujukan kepada masyarakat. Tajuk
yang dipilih, “Antroposentrisme dan isu alam sekitar di Malaysia” amat penting dikalangan
rakyat Malaysia dan perlu diterapkan kerana apabila pengetahuan tersebut mempunyai
kesedaran yang tinggi, ianya mampu membina amalan yang baik terhadap alam sekitar dalam
diri setiap masyarakat.

Kemusnahan alam semula jadi yang terjadi di Malaysia turut berlaku di negara-negara lain.
Jadi, terdapat beberapa cadangan yang boleh menyelesaikan atau mengelakkan kemusnahan
ini daripada berlaku dalam penulisan ini. Manusia sebagai hamba di bumi ini harus berperanan
untuk mengelakkan kemusnahan alam sekitar. Hal demikian kerana alam sekitar berkait dengan
hubungan insan dan alam dari sudut teori.

Manusia atau disebut sebagai Insan ialah makhluk istimewa kerana mereka mampu
berfikir, menerima ilmu pengetahuan, dan berkehendak. Alam juga berhubungkait dengan
insan kerana alam adalah ciptaan tuhan yang mampu diketahui dan difahami oleh insan.
Falsafah Islam turut menghuraikan isu-isu kehidupan dan peranan manusia dalam
kehidupan. Ini kerana perjalanan manusia tidak akan berakhir dengan kematian, tetapi
permulaan kepada kehidupan akhirat dimana ianya kekal abadi.

7
3.0 ANALISA DAN PERBINCANGAN

3.1 Analisa dan Perbincangan 1

Antroposentrisme adalah pandangan beberapa pihak yang menunjukkan tentang


manusia adalah faktor utama yang menjadi kepentingan di dunia. Apakah antroposentrisme
dalam falsafah ? Pada zaman dahulu, Socrates (ahli falsafah Greek) yang merumuskan istilah
ini pada awalnya dan mendapat sokongan ahli falsafah pada zaman moden. Ini menunjukkan
moto hidup hanya dapat diseimbangkan dengan nilai kehidupan yang lain atau dalam erti kata
lain, alam sekitar.
Pada masa kini, antroposentrisme dapat ditafsirkan dalam beberapa perkataan lain yang
mudah difahami iaitu :

1. Dari segi Falsafah : manusia merupakan matlamat yang tertinggi di alam


semesta
2. Dari segi Linguistik : Imbangan nilai antara manusia dan alam sekitar
3. Dari segi Ekologi : Manusia adalah tuan alam yang mempunyai hak untuk
mengawal sesuatu sumber.

Setiap perkara pasti mempunyai prinsip supaya kita berlandaskan perkara yang benar.
Oleh kerana itulah prinsip antroposentrisme ini diwujudkan dan antaranya adalah nilai utama
sesuatu sumber yang bergantung kepada nilai kegunaan seseorang manusia. Hal ini boleh
dijelaskan apabila sesuatu sumber yang mempunyai banyak kegunaan oleh manusia seperti
kayu, mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding dedaun kerana kegunaannya yang agak
terhad. Selain itu, ahli falsafah terdahulu berpendapat bahawa dunia sekeliling merupakan hak
milik manusia, dan mereka bebas memperlakukan apa sahaja mengikut kehendak mereka,
sama ada merosakkan atau memilih untuk merawat.

8
Berdasarkan kedudukan sosial, manusia berada di tempat tertinggi kerana mereka yang
mengawal sesuatu sumber diikuti dengan tempat kedua iaitu benda yang diciptakan oleh
manusia dan tempat terakhir adalah sifat alam yang bernilai bagi kegunaan manusia. Manusia
juga dapat dikaitkan dengan sumber alam apabila, sumber - sumbernya diterima atas keperluan
manusia (idea antroposentrisme). Jumlah sumber-sumber alam dikawal oleh keperluan
manusia dalam membangunkan ekonomi, teknologi dan kehidupan seharian mereka.

Bagi pendapat ahli-ahli falsafah barat terdahulu, mereka berpendapat bahawa manusia
mempunyai tiga komponen untuk memahami alam semula jadi dari segi material, mental dan
fizikal. Fizikal merupakan elemen bukan hidup yang ada dalam alam sekitar. Dari segi mental
bersamaan dengan pemikiran, kesedaran, penghayatan, pemikiran, dan kebahagiaan
manusia manakala material ialah sumber yang berharga atau tidak. Perkembangan falsafah
alam sekitar muncul sejak awal lagi sewaktu tamadun Greek. Ahli falsafah yang terawal iaitu
Aristotle adalah yang hampir dari perspektif ekologi mendekati falsafah alam semulajadi.
keperluan untuk satu pemerhatian terhadap biologi dan geologi dikenalpasti oleh beliau.
Namun begitu, melindungi alam semulajadi ini tidak menangkap mata beliau kerana
berpendapat bahawa manusia berhak menggunakan apa saja kejadian di alam ini. Manusia
telah diciptakan untuk alam ini. Justeru itu, perbuatan manusia tidak salah segala tindakan
mereka.

Namun, penelitian ini berdasarkan pada pendapat pengkritik Barat yang mempelajari
falsafah tentang alam, berdasarkan pendekatan seperti kehidupan dan masalah kehidupan,
cabang dan teori falsafah Barat sebelumnya. Apa yang kita fahami berdasarkan penjelasan di
atas adalah, bagaimana falsafah mengenai alam iaitu bagaimana manusia menggunakan
kearifannya untuk berhubung dengan alam. Kebijaksanaan yang dimaksudkan disini tidak
diberikan oleh ilmu pengetahuan sebagai dasar untuk mengenali kebenaran melalui asal-usul
penelitian, sebab-sebab, proses, prinsip, atau unsur alam yang melingkupinya

Konsep antroposentrisme dari sudut agama Kristian adalah sama, namun hanya dalam
interpretasi atau tafsiran yang khusus setelah mempertimbangkan moral Kristian. Prinsip-
prinsip utama yang ada dari sudut agama Kristian adalah mereka menganggap Tuhan
merupakan pencipta bagi seluruh alam. Manusia juga diciptakan "dalam gambar dan rupa
Tuhan," justeru itu, dia berlandaskan segala yang diciptakan oleh Tuhan dan diberikan
kebebasan bagi pengaturan terhadap alam semula jadi disebabkan oleh objek di dunia tidak
sempurna jadi manusia merasakan bahwa sumber-sumber tersebut boleh ditambah baik.

9
Kristian berpendapat bahwa kemahuan atau hasrat manusia ialah suatu kebaikan yang
tertinggi, dalam usaha untuk memberi keindahan dan kecantikan terhadap alam. Pada abad ke-
21, prinsip keharmonian manusia pada alam semula jadi adalah untuk mengkaji bukan untuk
menakluk, jimat dan berguna untuk generasi akan datang. Manusia juga perlu lebih berhati-hati
dalam menyikirkan sumber dan harus menghadkan keburukkan yang dibuat demi kepentingan
untuk penambahbaikkan teknologi.

3.2 Analisa dan Perbincangan 2

Alam semesta yang sempurna dan seimbang yang dicipta oleh Tuhan bertujuan untuk
kemakmuran manusia. Majoriti hidupan bergantung kepada sumber semula jadi di bumi
terutamanya manusia. Berdasarkan kefahaman agama, setiap sumber alam yang digunakan
perlu mengambil kira semua aspek penggunaannya bagi mengelakkan pembaziran dan
kemusnahan alam.
Alam sekitar dari segi falsafah bermaksud cara manusia mengeksploitasikan
kebijaksanaan mereka dalam berhubung dengan alam. Dengan apa yang manusia ada, ia
dapat melakukan kajian untuk mencari kebenaran dan memahami erti kehidupan yang
sebenar.

Alam sekitar merupakan segala benda yang hidup dan yang bukan hidup yang wujud
secara semula jadi di permukaan bumi atau sebahagian daripadanya juga digelar sebagai
flora dan fauna. Alam sekitar meliputi beberapa komponen utama iaitu unit landskap yang
berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk tumbuh-
tumbuhan, haiwan, batu-bata dan sebagainya serta fenomena semula jadi yang berlaku.
Selain itu, sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan
tertentu seperti udara, air, dan iklim, serta tenaga, sinaran, cas elektrik, dan kemagnetan yang
tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia. Ekosistem dijadikan sebagai suatu sistem
kesatuan yang utuh dan menyeluruh antara segenap unsur lingkungan hidup dan saling
mempengaruhi. Di samping itu, ekosistem juga merupakan penghubung dari setiap unit
biosistem ( organisma )

Kesemua definisi di atas secara umumnya menerangkan bahawa alam sekitar adalah
fenomena semula jadi yang mampu mempengaruhi kehidupan sesuatu organisma. Definisi ini
telah diterima dalam pengajian Sains Alam Sekitar yang terhad pada fenomena fizikal yang

10
sesuai dengan pandangan semesta moden yang berpandukan sebuah panduan (Mohd Nur
Hakimi Razana, 2004).

Dalam era globalisasi ini, kita lebih kepada dalam penggunaan teknologi. Antara
teknologi yang diperkenalkan untuk kegunaan alam sekitar adalah teknologi pendigitalan yang
berfungsi sebagai sistem pengurusan alam sekitar yang menggunakan sistem grid dan sensor.
Ia sering dibincangkan dalam bidang industri dan sedikit sebanyak membantu dalam
mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar seperti penggunaan tenaga yang menjadi
semakin jimat dan cekap kerana teknologi cekap tenaga menjadi lebih bersepadu di rumah,
untuk perniagaan dan pengangkutan. Terdapat banyak contoh di mana teknologi pendigitalan
dapat membantu meningkatkan prestasi persekitaran di pelbagai sektor seperti bangunan,
pencahayaan, perkhidmatan makanan dari segi kualiti kebersihan dan keselamatan,
perdagangan dan lain-lain.

Selain itu, teknologi hijau atau teknologi alam sekitar, yang mempunyai peranan
strategik yang jauh lebih baik berbanding mencapai autonomi tenaga dan menangani
perubahan cuaca. Teknologi hijau adalah pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta
sistem untuk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi, dan meminimumkan kesan
negatif daripada aktiviti manusia sebagai contoh meminimumkan kemerosotan kualiti
persekitaran, mempunyai pembebasan gas rumah hijau yang rendah dan menjamin
keselamatan untuk digunakan. Ia merupakan teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam
berbanding dengan teknologi yang sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, secara
teknikalnya kita telah menggunakan sumber-sumber semula jadi seperti tenaga air, angin dan
lain-lain secara minimum.

Oleh itu, tujuan menyeru manusia untuk memerhati kejadian alam adalah untuk
membolehkan manusia bukan sahaja memahami ciptaan Tuhan, tetapi juga pencipta-Nya.

11
3.3 Analisa dan Perbincangan 3

Menurut artikel Berita Harian pada 27 November 2020, sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP), sebanyak 23 kes pembalakan haram dikesan pada Mac lalu di beberapa negeri di
Malaysia. Berdasarkan kes tersebut, kami dapati bahawa pembalakan haram ini membawa
kemusnahan antaranya terhadap habitat, ekosistem, biodiversiti, telah meningkatkan kadar
hakisan dan mengubah cuaca dunia ataupun lebih dikenali sebagai pemanasan global. Tanpa
kita sedari, pelbagai pencemaran yang telah berlaku seperti banjir kilat, tanah runtuh yang
memberi kesukaran kepada ramai pihak sehingga meragut nyawa insan yang tidak terlibat .

Selain daripada itu, pernah berlakunya gangguan bekalan air di lima daerah di Selangor
selama tiga hari, dan ia telah menjadi kebiasaan untuk negeri ini melalui situasi yang sama.
Menurut keratan akhbar Berita Harian 3 September 2021, Air Selangor Sdn. Bhd. ( Air
Selangor ) menjelaskan Loji Rawatan Air ( LRA ) Sungai Semenyih terpaksa dihentikan tugas
sepenuhnya pada jam 5:15 petang. Perbuatan itu harus diambil oleh pihak pengurusan LRA
atas sebab kes bau yang tercemar pada sumber air mentah di Sungai Semenyih. tugas ini
dijangka berhenti disebabkan gangguan bekalan air tidak terkawal di 463 kawasan di lima
wilayah Air Selangor iaitu Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat. Ketua
Komunikasi Korporat Air Selangor, Elina Baseri mengatakan sebanyak kawasan-kawasan di
daerah yang sama mengalami gangguan bekalan air yang tidak berjadual selepas LRA Sungai
Semenyih menghentikan operasi akibat pencemaran bau yang dikesan di Stesen Pam Air
Mentah Jenderam Hilir.

Adalah wajar bahawa manusia dan alam sekitar perlu seimbang, kerana kedua-duanya
adalah faktor penting yang mempengaruhi kesejahteraan dunia dan diwarisi oleh generasi
akan datang. Namun, kini nyata kerosakan alam sekitar ini berpunca daripada kerakusan dan
kepentingan diri manusia. Ini kerana semakin maju peredaran zaman, semakin banyak
sumber alam digunakan semata-mata untuk merealisasikan keperluan dan kepentingan
manusia.

Pencemaran alam sekitar dan krisis musibah alam yang berlaku menunjukkan sikap dan
tanggungjawab masyarakat. Perlindungan flora dan fauna masih di tahap yang
membimbangkan. Namun akhir-akhir ini, manusia menunjukkan sikap ketidakprihatinan
terhadap alam sekitar sehingga menyebabkan pelbagai bencana alam seperti banjir, tanah
runtuh, jerebu, taufan, kemarau dan tsunami yang menunjukkan alam sekitar tidak dijaga

12
dengan baik. Oleh itu, tanpa kita sedari sikap sikap sedemikian menjejaskan kesejahteraan
negara sekiranya masalah alam sekitar ini tidak dibendung.

Bagi memenuhi kepentingan kehidupan manusia, ia secara tidak langsung perubahan


iklim global menjadi punca utama. Aktiviti seperti pembangunan, penebangan hutan, industri,
pembuatan, dan pengangkutan sedikit sebanyak menyumbang kepada pemanasan global
dan secara tidak langsung menipiskan lapisan ozon di atmosfera. Perubahan cuaca yang
berterusan menyebabkan pertumbuhan pesat industri pembuatan dan pembalakan,
pertanian, pengangkutan dan industri lain di dunia tanpa adanya keseimbangan dengan alam
sekitar. Keadaan ini secara tidak langsung meningkatkan penggunaan gas-gas
klorofluorokarbon dan menyebabkan suhu bumi meningkat. Perbuatan manusia sendiri
menjadi punca berlakunya perubahan tersebut berdasarkan rekod pengawasan saintifik.

Selain pemanasan global, pelbagai aktiviti sebegini juga menyebabkan implikasi jangka
panjang kepada alam semula jadi, seperti air yang tercemar, udara, banjir, tanah runtuh,
pembakaran hutan, kepupusan flora dan fauna, dan perubahan iklim yang tidak dapat
diramalkan, membuatkan kehidupan makhluk di muka bumi terjejas.

Jelas sekali, musibah dan kerosakan alam sekitar yang berlaku di dunia ini berpunca
daripada kepentingan dan ketamakan manusia.

Manusia tidak boleh berbuat sesuka hati terhadap bumi, kerana ia adalah hak mutlak milik
tuhan. bumi ialah tempat persinggahan manusia untuk berkongsi harta dan kehidupan dengan
makhluk lain dan manusia berperanan melaksanakan segala perintah-Nya.

4.0 CADANGAN

13
Pencemaran alam sekitar adalah masalah utama dalam media pada hari ini, dan ia telah
menjadi semakin membimbangkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Di Malaysia, usaha
meningkatkan pendidikan alam sekitar perlu diterapkan di peringkat sekolah, kerana implikasi
alam sekitar pada masa kini telah mencapai tahap yang boleh dikategorikan sebagai bencana.
Ia terdiri daripada pencemaran di bandar, kesesakan jalan raya, banjir kilat, Air tercemar, udara
tercemar, bunyi tercemar, tanah yang tercemar dan sampah sarap yang tidak terkawal.

Cara mengatasi kesan pencemaran udara ialah dengan menggunakan kaedah hijau.
Penanaman buah-buahan dan pokok-pokok lain dipersekitaran dapat mengurangkan kenaikan
suhu bumi . Selain itu, ia dapat mengurangkan kandungan gas dioksida didalam udara dan
meningkatkan gas oksigen melalui kaedah fotosintesis. Walau bagaimanapun, program kitar
semula juga membantu mengurangkan isu alam sekitar. Masalah pencemaran udara adalah
disebabkan oleh manusia yang melakukan pembakaran terbuka secara tidak
bertanggungjawab ianya boleh diselesaikan dengan menggalakkan masyarakat menjual
barangan kitar semula kepada peniaga yang membeli barangan terpakai. Barangan kitar
semula termasuk majalah lama, surat khabar dan kertas akan diproses semula untuk
menghasilkan barang-barang yang baharu.

Usaha untuk menangani kesan pencemaran air, undang-undang perlu diperketatkan


dan melarang individu daripada terlibat dalam aktiviti mencemarkan sungai yang berlebihan di
kawasan perumahan dan kawasan perindustrian. Aktiviti perkilangan juga haruslah dipantau
untuk mengelakkan air daripada tercemar. Akta-akta berkaitan perlindungan air mesti
diperkukuhkan untuk meminimalkan bahan-bahan yang boleh mencemarkan sungai kita. Di
samping itu, sistem pembetungan kumbahan bersepadu dan loji pembuangan sisa adalah
wajib. Melalui kaedah ini, air boleh dibaik pulih mengikut sistem yang diperuntukkan oleh
kerajaan sebelum ia mengalir ke sungai. Pelaku hendaklah dihukum dengan hukuman yang
setimpal mengikut akta yang berkenaan. Kerajaan dan masyarakat harus mengambil langkah
komprehensif untuk memerangi aktiviti yang mencemarkan sungai.

Pendidikan alam sekitar merupakan salah satu usaha yang boleh dilaksanakan sejak
dari bangku sekolah lagi. Ia boleh membentuk nilai murni seseorang individu yang membuatkan
mereka sedar akan bahayanya pencemaran alam semula jadi. Pemahaman tentang
pencemaran, termasuk punca dan kesan pencemaran alam sekitar dapat memupuk rasa
menghargai dan mencintai alam sekitar. Media massa juga sebenarnya memainkan peranan
penting dalam menyelesaikan isu pencemaran tanah. Seperti yang kita sedia maklum, dalam
era yang serba lengkap dengan teknologi ini, ia lebih senang menarik perhatian dan membentuk

14
masyarakat. Justeru itu, pendedahan berkenaan isu pencemaran alam sekitar oleh media akan
membuatkan masyarakat lebih berwaspada dalam mengatasi isu pencemaran.

Usaha untuk mengurangkan pencemaran bunyi adalah kawalan manusia. Semua orang
boleh mengurangkan pencemaran bunyi, kerana 80% punca pencemaran bunyi berasal dari
manusia. Sebagai contoh, pembuat kereta perlu proaktif menghasilkan enjin kereta yang lebih
senyap dan mesra alam. Selain itu, seseorang itu juga perlu berperanan dalam mengawal
bunyi, lebih-lebih lagi jika kawasan itu dihuni ramai orang, agar tidak mengganggu masyarakat.
Tindakan undang-undang kerajaan terhadap sesiapa sahaja yang menyebabkan gangguan
bunyi boleh membantu mengelakkan penularan ini berterusan. Tamsilnya, kontraktor
pembinaan dilarang menjalankan aktiviti pembinaan pada waktu-waktu tertentu terutamanya
pada waktu senja. Ini kerana waktu petang adalah masa untuk masyarakat beristirehat. Jikalau
tidak, ianya merosotkan produktiviti dan kesihatan manusia.

Kaedah menangani isu pelupusan sisa buangan. Kawalan operasi dan pelupusan sisa
buangan juga harus dipertingkatkan. Berbanding dengan pembakaran yang tidak
mencemarkan, salah satu kaedahnya ialah menggunakan kaedah pelupusan yang lebih murah.
Disamping itu, badan-badan yang bertanggungjawab boleh membina saluran untuk
mengasingkan bahan cemar dalam sisa pepejal daripada tanah di tapak pelupusan. Insinerator
untuk membakar sisa buangan Diesel juga boleh dihasilkan dan ia dapat mengurangkan 90
peratus sisa pepejal di tapak pelupusan. Di samping itu, kolam dan parit saliran boleh dibina di
sekeliling tapak pelupusan sampah yang boleh mengalirkan sisa air ke dalam kolam air khas
yang dibina. Akhir sekali, penyeliaan bukan perundangan juga dapat mengelakkan pencemaran
sisa pepejal. Kerajaan mestilah menubuhkan pusat kitar semula di serata tempat supaya
kominuti dapat mengumpul sisa kitar semula dan meminimalkan pelupusan sisa buangan.
Perkongsian informasi tentang pendidikan berhubung flora dan fauna mampu menambahkan
nilai kecintaan terhadap pencemaran alam semula jadi.

5.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Pencemaran alam sekitar memberi banyak impak negatif kepada dunia hari ini seperti
hujan asid, kesan rumah hijau, dan penipisan lapisan ozon adalah semua akibat isu
pencemaran alam sekitar, yang perlu ditangani segera sebelum ia menjadi lebih teruk. Manusia
serta makhluk lain saling berhubung antara satu sama lain untuk terus hidup di dunia ini.
15
Manusia memerlukan makanan. Jika sumber makanan tercemar, maka manusia akan
kekurangan makanan. Malah, punca utama isu alam semula jadi ialah manusia yang tidak ada
sikap bertanggungjawab terhadap isu sosial. Manusia haruslah bertanggungjawab dan menjaga
alam sekitar. Sekiranya pencemaran itu sering berlaku, bumi akan hilang keindahan alam.
Mungkin suatu hari nanti, bumi akan kehilangan makhluk termasuk manusia. Manusia haruslah
berusaha sedaya upaya untuk melindungi alam sekitar daripada musnah atau terjejas. Setiap
orang harus mempunyai rasa cinta dan sayang kepada alam sekitar, pematuhan undang-
undang, sikap bertanggungjawab dan kebijaksanaan menilai. Selagi sikap tidak
bertanggungjawab orang ramai tidak berubah, selagi itulah peningkatan suhu, air yang
tercemar, pembalakan dan masalah lain tidak akan dapat kita atasi. Oleh itu, adalah amat
penting bagi masyarakat membantu meningkatkan kesedaran orang ramai agar isu
pencemaran yang mengancam nyawa dan kehidupan berkurang. Ia sudah menjadi kewajipan
kita untuk menjaga, memelihara dan melindungi alam sekitar. Kita semua tinggal di bumi yang
sama. Kita mestilah bekerja sama untuk membina bumi dan kehidupan yang lebih baik, bersih,
segar, dan lebih indah, dan mula menghargai dan melindungi alam semula jadi.

6.0 BIBLIOGRAFI / RUJUKAN

1. Luqman Arif Karim Abdul Karim (2021), 463 Kawasan terjejas Sungai Semenyih
tercemar
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/859536/463-kawasan-terjejas-sungai-
semenyih-tercemar

16
2. Berita Harian (2020), 23 kes pembalakan haram dikesan sejak PKP
https://www.bharian.com.my/amp/berita/wilayah/2020/11/758961/23-kes-pembalakan-
haram-dikesan-sejak-pkp

3. Shaharudin Abdullah & Pok Wong Besut, Falsafah Alam Sekitar


https://tatabahasabm.tripod.com/bank/alamsekitar.pdf

4. Atap. Ekosistem: Pengertian, Komponen dan Macam


https://www.gramedia.com/literasi/ekosistem/

5. Mohamad Mohaimin Mohamad Zaki (2020), Kerosakan Di Muka Bumi Hasil


Kerakusan Manusia
https://www.hmetro.com.my/addin/2020/01/535589/kerosakan-di-muka-bumi-hasil-
kerakusan-manusia

6. Alam Sekitar (2010), Definisi Alam Sekitar


http://bmpengurusanuum2010.blogspot.com/2010/08/definisi-alam-sekitar.html

7. Prihatin Spanco (2020), Kepentingan Pemeliharaan & Pemuliharaan Alam Sekitar.


https://www.prihatinspanco.com.my/2020/10/01/2132/

8. Ms. Tierent (2021), Antroposentrisme dan Humanisme dalam masyarakat moden


https://ms.tierient.com/anthropocentrism-dan-humanisme-dalam-masyarakat-moden/

9. Wikipedia (2021), Alam sekitar


https://ms.wikipedia.org/wiki/Alam_sekitar

10. Permohonan.my (2021), Pencemaran Alam Sekitar- Kesan dan Cara mengatasi
https://www.permohonan.my/pencemaran-alam-sekitar/

17
18

Anda mungkin juga menyukai