Anda di halaman 1dari 1

Berikan pendapat anda tentang penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah

rendah. Bincangkan 2 kebaikan dan 2 keburukan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

Pendapat saya tentang penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah
ialah pada masa kini ianya amat menggalakkan. Kebanyakkan sekolah menggunakan teknologi dalam
penyampaian pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mahupun diluar kelas. Penggunaan teknologi
dalam Pengajaran dan pembelajaran sangat sinonim dengan tugas guru. Penggunaan teknologi dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah sangat membantu guru memudahkan penyampaian isi
pelajaran dan secara tidak langsung ia akan meningkatkan pencapaian, minat dan motivasi murid-murid.

Kebaikan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ialah:

1. Kita boleh mendapat maklumat dan informasi yang terkini dengan cepat dan tepat. Contohnya
untuk mengetahui berita terkini yang berlaku di luar Negara.
2. Kita dapat mempercepatkan tugasan seharian dan dapat menjimatkan masa, contohnya dalam
pembayaran bil-bil air, tenaga elektrik, hutang piutang bank boleh dilakukan secara online
sahaja tanpa perlu ke bank atau tempat-tempat pembayaran.

Namun setiap kabaikan itu ada juga keburukannya antaranya ialah:

1. Akan berlakunya kelemahan dalam proses interaksi sosial antara individu dan keluarga. Ini akan
membawa kesan kepada interaksi dalam masyarakat, dimana tiada interaksi ini akan
menimbulkan masalah social yang sukar dikawal kerana semua masyarakat hanya
mementingkan diri sendiri, dan perpaduan sukar dibentuk.
2. Setiap orang akan mudah terdedah dengan maklumat palsu yang sangat cepat tersebar dan
diviralkan tanpa menghitung kesan dan akibat yang akan diperolehi.

Anda mungkin juga menyukai