Anda di halaman 1dari 2

KURSUS ORIENTASI KSSR MATEMATIK TAHUN 5

DAERAH JOHOR BAHRU



Anjuram :
Tarikh :
Tempat :


Dapatan:
1. Taklimat Umum Berkaitan KSSR & KBAT
a. Pengenalan KSSR dalam Dunia Pendidikan
b. Penambahbaikan dalam KSSR.
Fail-fail showcase tidak diwujudkan seperti yang sebelumnya (PBS).
Pentaksiran secara offline.
c. Apa itu KBAT? Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Kepentingan KBAT dalam
melahirkan generasi yang boleh menyelesaikan masalah dan menaakul.
d. Peserta Kursus diminta membuat in house training di sekolah

2. Penerangan Terperinci Tentang DSKP
a. Modul yang disediakan kepada guru telah dilengkapi dengan contoh-contoh
aktiviti, penilaian dan senarai semak pelaporan.
b. Guru Matematik mengajar 6 masa bagi subjek Matematik Tahun 5
c. Penerangan lanjut dan terperinci setiap topik, sub topik, istilah dalam DSKP
dalam mentaksir murid. Peserta kursus diminta menyampaikan perkara ini dalam
panitia masing-masing secara tepat dan terperinci khususnya dalam mentaksir
tahap penguasaan murid.
d. Pentaksiran:
Tiada pentaksiran secara online.
Penilaian secara ujian / peperiksaan adalah tidak diwajibkan.
Sekolah boleh membuat peperiksaan.
Penilaian secara formatif (semasa PdP) dan sumatif (selepas PdP /
Penggal / Akhir tahun).
Penilaian secara band (1-6) digantikan dengan Tahap Penguasaan (16).
Rekod penilaian akan disimpan oleh guru yang mengajar dan boleh
diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan (untuk kegunaan pada hari
terbuka / streaming kelas).
Contoh set penilaian (templat MS Excel yang telah disediakan) telah
dimuatnaik dalam laman web 4shared.com (rujuk peserta kursus).

3. Penerangan Terperinci Tentang RPH
a. Eleman yang perlu ada dalam RPH.
Tema / tajuk
Standard Pembelajaran
Objektif Pembelajaran
Aktiviti PdP
EMK
BBM
Penilaian
Refleksi

4. Penerangan Penggunaan Tenplat MS Excel yang disediakan untuk pentaksiran
murid secara lisan dan praktikal.

Disediakan oleh: Disahkan oleh,


________________________ _____________________

Anda mungkin juga menyukai