Anda di halaman 1dari 4

Kenali Saka Dalam Keluarga

JillianDenton F
1 Comment
Luar Negara
Friday, 3 October 2014

Punca-Punca Saka & Salasilah


Saka J elmaan Diwujudkan oleh makhluk halus untuk setiap orang dari ahli keluarga yang sama
yang seakan-akan sama dengan makhluk yang pertama untuk mengawal seluruh ahli keluarga. Saka
jenis ini memang sukar untuk diputuskan jika dapat diputuskan maka seluruh ahli keluarga tersebut
akan terlepas dari cengkamannya. Untuk memutuskannya terpaksa mencari dan berlawan dengan
yang mengwujudkan jelmaan tersebut iaitu yang paling atas atau yang utama itu harus diputuskan.



Saka Keturunan Iaitu makhluk halus atau khadam yang berada pada ahli keluarga seketurunan
atau yang sekelompok dalam keluarga terlibat yang diperolehi dari keturunan keluarga yang
terdahulu. Saka jenis ini akan berkaiatan diantara satu dengan yang lain yang berada didalam
keluarga tersebut dan jumlahnya juga amat besar. Bila ia mengetahui ada usaha untuk pisahkan
mereka ada diantaranya akan membuat tipu helah dengan pelbagai cara, termasuk mengwujudkan
jelmaan supaya sukar untuk ditemui punca yang utama.


Saka Adat - Terdapat dalam ahli keluarga atau keturunan tanpa mengira bangsa, agama dan
keturunan yang mengamalkan adat-adat tertentu yang menganggap ia mempunyai kelebihan tertentu
yang dimiliki oleh keluarga tersebut. Saka jenis ini berupaya untuk bergabung dengan sepantas yang
boleh sekiranya ia diganggu atau cuba untuk memutuskan dari mangsanya.

Saka jenis ini memang terkenal ganasnya dan suka menyerang balas terhadap siapa juga yang cuba
untuk melepas dan memisahkan mereka daripada orang yang telah dicengkam oleh mereka dan
mereka sukar untuk memberikan kerjasama untuk melepaskan pegangan mereka, kerana mereka
tidak takut dan angkuh kerana beranggapan mereka ada ramai yang membantu mereka.

Jalur Dan Punca Saka (dalam keturunan keluarga) Pecahan kepada jalur dan punca saka terdiri
daripada ketiga-tiga atau salah satu sumber yang tercatat diatas, yang terjadi dalam sesuatu keluarga
yang dicengkam oleh makhluk halus samada syaitan dan jin termasuk jin islam yang berfungsi secara
senyap dibelakang setiap ahli keluarga yang mempunyai pelbagai tujuan dan niat jahat mereka.
Makhluk halus ini semuanya memiliki ilmu kebatinan dan berupaya mengubah rupa dan bentuk untuk
pelbagai tujuan mereka semasa berada pada tubuh manusia tanpa mengira ianya samada islam dan
bukan islam, bangsa dan keturunan.

Dari Datuk Dan Nenek Sebelah Bapa Atau Sebelah Ibu
1. Cucu Lelaki Sulong
2. Cucu Perempuan Sulong
3. Cucu Perempuan
4. Cucu Lelaki
5. Menantu Lelaki
6. Menantu Perempuan
7. Keluarga Angkat
8. Keluarga Tiri
Dari Sebelah Bapa Dan Ibu Kandung Dan Keluarga Mertua


1. Bapa Kandung
2. Ibu Kandung
3. Bapa Mertua
4. Ibu Mertua
5. Besan Lelaki
6. Besan Perempuan
7. Bapa Angkat
8. Ibu Angkat
9. Adik Beradik Tiri
Gangguan Saka Turut Berlaku

Gangguan Saka Turut Berlaku


Saka jenis ini berupaya memperdayakan perawat dan boleh terjejas akidah hanya dengan kata-
katanya dan mengarahkan perawat supaya mengikut kehendaknya yang boleh mensyirikkan Allah
SWT, seperti "aku boleh lepaskan mereka dan engkau tak perlu bantu untuk merawat yang lain
dalam keluarga ini, baru lah aku lepaskan mereka", sekiranya kita turut dan mendengar dan
tunduk dengan kata-kata syaitan ini maka telah melakukan syirik TANPA sedar itu adalah tipu daya
yang sangat halus mereka berupaya melakukannya terhadap manusia
Gangguan makhluk halus ini turut berlaku menganggu orang yang berhampiran
dengan mereka, apabila saja bertemu makhluk halus ini sentiasa bertindak mencari
peluang untuk mengkhianati mangsanya tanpa mengira tempat dan keadaan.
Sekiranya pemilik kepada saka tersebut merasa benci terhadap jirannya maka
dengan sendirinya makluk halus ini akan bertindak tanpa diarah oleh pemilik untuk
megkhianati jiran tetangga tersebut, ada sebahagian daripadanya suka merasuk
ketubuh jiran yang berdekatan tanpa disedari oleh pemiliknya.

Kerana makhluk halus ini dapat membaca gerak hati tuannya tanpa disuruh ia terus
melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap mangsa-mangsanya. Memang secara
umumnya kita tidak kelihatan akan terjadinya perkara tersebut tetapi berdasarkan
apa yang diperolehi melalui pengalaman melakukan rawatan terhadap mangsa-
mangsa sihir ini ia sememangnya berlaku. Bukan manusia sebagai tuannya yang
melakukan tetapi makhluk halus yang ada pada tuan tersebut yang melakukan
kejahatan tersebut bertujuan untuk memberikan kesakitan kepada tubuh badan
mangsanya. Semua peralatan dan benda-benda yang berbisa dan racun-racun yang
digunakan sentiasa berada dalam simpanan mereka dengan mudah mereka untuk
mengambil dan mengunakannya, apabila diperlukan.

Ianya sama sahaja bagi mereka yang mengamalkan ilmu-ilmu kebatinan yang
memiliki dampingan juga akan bertindak seperti saka-saka yang berdampingan
dengan tuannya. Paling mudah diperolehi atau paling mudah terkena adalah apabila
kita berkunjung atau mendapatkan rawatan daripada dukun-dukun, bomoh dan
pawing kerana makhluk halus ini sangat ramai berdampingan dengan mereka. Ada
diantaranya saka-saka ini juga bertindak sebagai perawata atau menjadi bidan dan
tukang urut. Ketika mereka memberikan rawatan dalam masa yang sama dampingan
mereka ini akan mengagih-agihkan makhluk halus supaya mengikuti mereka yang
hadir bertujuan untuk meneruskan pengkhianatan terhadap mangsanya.

Ini sering berlaku dan tiada satu pun mangsanya menyedari akan kejadian
seumpama ini, kerana kesan dan akibat daripada pengkhianatan ini akan muncul
dan dapat dilihat dalam jangka masa yang panjang, kerana ianya untuk
mengelirukan mangsa SERTA perawat yang cuba mencari tidak menemuinya
dangan cepat. Sebaik-baiknya bagi pasangan yang hendak mendirikan rumah
tangga elok dibersih dan dibuangkan semua saka-saka yang ada pada diri dan
keluarga bagi mengelakkan keruntuhan rumah tangga dan berlakunya hasutan
TANPA disedari akan berlaku kepada pasangan masing-masing, nanti disebabkan
benda yang kecil menjadi besar hingga bergaduh sesama sendiri dan juga cepat
naik marah akan berlaku.
1. Jiran - Contoh Saka jiran yang merasuk jiran belakang rumah
2. Sahabat
3. Besan Lelaki / Perempuan
4. Pasangan Baru Bertemu
5. Orang Yang Dibenci
6. Rakan Yang Sangat Rapat
7. Bomoh, Dukun, Pawang
8. Mandi Bunga - (perawat berkata "nanti atuk akan masuk") syaitan yang masuk
9. Menziarah rakan atau keluarga yang sakit (orang yang sakit semangatnya lemah)

Semoga info yang dikongsikan ini dapat memberi banyak ilmu berguna dan
bermanfaat kepada kita semua. Oleh itu, berhati-hatilah jika berjumpa bidan urut
bersalin, bomoh, dukun atau pawang yang menurun dan memberi tangkal.
Sebaiknya anda berjumpa para ulama' dan ustaz yang lebih arif tentang perawatan
islam ini agar terpelihara dari melakukan kesilapan dan dosa tanpa disedari. Akhir
kata, segala perkara dan ilmu yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan segala
khilaf dan keburukan itu adalah datangnya dari kelemahan diri saya sendiri.
Sampaikanlah kepada semua, agar kita semua beroleh syafaat dan manfaat dan
dilindungi Allah S.W.T, In shaa Allah.. Sekian, terima kasih.



~ Wassalam ~

Anda mungkin juga menyukai