Anda di halaman 1dari 5

Yusof Oleh : ABJAD Malaysia PK2090.

Karamah, Maunah, Istidraj, Sihir dan Silap Mata konsep perbezaannya amat ketara
kekeliruannya di kalangan masyarakat awam. Maka kami perturunkan ringkasan penjelasan
supaya mudah untuk difahami semua.

1. Karamah
-merupakan suatu kemuliaan dari Allah yang dikurniakan kepada diri zahir dan batin hamba
– hambanya yang arif tentang Allah (Arifbillah). Mereka ini mahir sekurang – kurangnya
Fardhu Ain, ilmu Usuluddin, Feqah dan Tasauf serta mereka beramal dengannya pada setiap
masa dan kelakuan. Ikatan diri mereka sentiasa dengan Allah tanpa pengaruhi oleh alam.
Mereka dimuliakan oleh ahli langit dan diperhinakan oleh kebanyakan ahli bumi.

2. Maunah
-suatu kemuliaan yang Allah kurniakan kepada diri zahir dan batin hamba – hambanya yang
Soleh. Mereka arif tentang ilmu – ilmu Fardhu Ain, Usuluddin, Feqah dan Tasauf tetapi
kemampuan beramal adalah terhad. Apabila tiba sesuatu hal ke atas diri mereka sama ada
dari Allah Mutlak berhadap dengan apa – apa dari makhluk, mereka terus melipat – gandakan
pergantungan diri dan keimanan kepada Allah serta memantapkan lagi dengan berbagai –
bagai wirid, doa dan jampian dan segala amalan sunat. Mereka tidak merasa sedih atau
kecewa sekiranya permintaan mereka tidak dihasilkan oleh Allah Taala.

3. Istidraj
-suatu yang mencarik adat yang Allah kurniakan kepada diri orang yang berpura – pura
beramal dengan amalan yang soleh walaupun dirinya mahir Fardhu Ain, Usuluddin, Fiqh dan
Tasauf. Setiap amalan wirid, doa dan jampi itu ada penjaganya (khadam). Ahli – ahli yang
beramal dengan kaedah ini lazimnya mempunyai suatu perasaan huduh yang tersemat di hati
sanubari. Matlamat mereka hanya:
a. ingin dipuja c. ingin dikunjungi orang ramai
b. ingin pangkat dan kebesaran d. ingin mendapat harta dan kuasa.

Golongan khadam ayat dari golongan puak rohani alam rendah yang memang dijadikan oleh
Allah Taala untuk menyukakan golongan yang seumpama tersebut dengan beberapa perkara
luar biasa. Mereka pada zahirnya beriman dan berakhlak Rasul tetapi sebenarnya
(hakikatnya) terjun ke lembah kekufuran sama ada mereka sedar atau tidak sedar. Beramal
dengan kufur walaupun pada pandangan zahir mereka ahli yang menjaga syariat dan beramal
dengannya.

Punca kesesatan mereka apabila rohani – rohani alam rendah datang mengunjungi mereka
dalam tidur atau jaga dengan rupa atas nama – nama orang – orang Soleh sama ada yang
masih hidup ataupun telah mati atau membuat tajalli ketuhanan. Lazimnya ia dibebankan
dengan beberapa syarat yang menepati hukum syarak untuk diamalkan sebagai syarat
perjanjian persahabatan dalam semua kelakuan melalui lidah, anggota dan hati di semua
tempat, waktu dan masa. Maka bermulalah di saat itu dirinya berada di dalam Syirik
Uluhiyyah dan segala rupa bentuk amalan syariatnya tidak ada nilai di sisi Allah.

Mereka tahu dengan sebenarnya dari mana datangnya zahir mencarik adat pada perkataan,
perbuatan dan qosad hati. Golongan ini menjadi jaguh dalam bidang perubatan dengan
mendatangkan beberapa keajaipan dari jenis – jenis ubat – ubatan, kaedah – kaedah perubatan
dan sebagainya. Kadang – kadang melalui gerak langkah mempertahankan diri. Mereka
terjebak dalam permainan tunjuk kuat kebatinan supaya mereka dianggap orang yang paling
makbul doanya atau Tok Keramat.

4. Sihir
-suatu yang mencarik adat yang dikurniakan kepada orang – orang Islam yang ‘asi (durhaka)
yang tidak faham Aqidah, Syariat dan Ubudiah serta tidak beramal dengannya. Juga
dizahirkan di tangan pendita – pendita yang bukan Islam sama ada Yahudi, Nasrani, Buddha,
Majusi atau seumpamanya. Ia mendapat pertolongan daripada rohani jin Islam yang fasik
atau kafir dengan perjanjian yang tertentu.

Golongan Islam yang mendapat hal yang mencarik adat melalui kaedah ini selalunya
berenang di dalam kejahatan di dalam semua hal. Golongan ini sebenarnya adalah Mulhid
dan Zindik dalam bab Aqidah. Selalunya mereka akan mengadakan berbagai – bagai cara
atau upacara yang berselindung di sebalik ajaran Islam.

Antaranya:
a. Hasan Anak Harimau e. Hakikat Insan
b. Wali Suci f. Pati Geni
c. Budi (Buddha) Suci g. Faham Wahdatul Ujud dalam I’tiqad
d. Bathin Sakti h. Baginda Mukhtar
dan lain – lain seumpamanya yang lahir dalam negara ini.

5. Silap Mata
-suatu yang mencarik adat yang dikurniakan kepada orang – orang yang Islam yang fasik dan
orang – orang kafir. Mereka juga terikat dengan perjanjian dan membuat perkara yang
diharamkan oleh hukum syarak. Maka mereka mendapat pertolongan dari rohani jin yang
kafir.

KHADAM
-khadam adalah pembantu atau orang suruhan. Golongan khadam ini akan datang menolong
ahlinya salah satu dari dua cara berikut:
a. Dampingan Luaran di mana khadam itu akan bekerja bagi pihaknya melalui perbuatan,
ucapan atau qosad hati.
b. Dampingan Dalaman dipanggil juga Tanasakhul Aruah atau penjelmaan khadam atau jin
dalam diri seseorang (menurun) dengan menamakan dirinya di kala itu dengan nama – nama
tertentu seperti Nabi Khidir, Panglima Hitam, Wali Songo dan seumpamanya. Ianya hanya
boleh dibuat menunjuk keajaipan atau mencarik adat selagi mana ujud penjelmaan khadam
dalam dirinya; contoh seperti boleh bercakap bahasa Siam, Jawa, Arab dan lain – lain (sedang
mereka tidak mengetahuinya / mempelajarinya).

Khadam terbahagi kepada dua, iaitu:


a. Khadam Asal. Merupakan malaikat dan rohani Jin Islam peringkat tinggi yang mana
seperti nama malaikat. Ia tidak mendatangkan apa – apa syarat kepada ahlinya untuk
berkhidmat. Ianya diharuskan oleh syarak.

b. Khadam bersyarat. Golongan ini terdiri dari jin alam rendah sama ada Islam atau kafir. Ia
mendatangkan kepada ahlinya dengan perjanjian dan beberapa syarat khusus atau umum
sama ada asal hukum syarak atau diharuskan ataupun yang haram dalam hukum syarak.
Golongan ini haram di sisi syarak.
PUNCA TERBITNYA AMALAN KARUT
Dari amalan khadam bersyaratlah amalan jahiliyyah menapak kembali dan ianya turun-
temurun dari satu generasi ke satu generasi yang lain hinggalah ke hari ini dan seterusnya ke
hari qiamat. Proses amalan yang ada hubungkait dengan puak ‘al-jin’ alam rendah ini pun
berpindah dari satu jasad ke satu jasad yang lain pada anak cucu cicitnya yang mana ini
dipanggil “SAKA-BAKA”. Bagi anak cucu yang menerima amalan dari datuk nenek mereka,
mulailah mereka mematuhi syarat – syarat yang telah ditetapkan itu mengikut jenis jin yang
mereka bersahabat iaitu: Jin Islam yang Soleh di alam rendah, Jin Islam yang fasik dan Jin
yang kafir.

Pada kebiasaannya kesinambungan ini terjadi dengan mereka disuruh menggantikan tempat
datuk nenek mereka setelah menerima isyarat – isyarat sama ada melalui dalam mimpi seperti
datangnya orang tua berjubah putih atau orang tua berpakaian hitam atau menyerupai datuk
neneknya (pada hakikatnya penjelmaan jin) yang menyuruh ia mewarisi ilmu kedukunan,
ilmu persilatan, ilmu perbidanan dan sebagainya melalui perjanjian yang diterima daripada
bapa atau ibunya sebelum mereka itu meninggal dunia.

KESESATAN DALAM PERBUATAN


Kesesatan yang berlaku di dalam bidang perubatan terbahagi kepada 3 bahagian:
a. Sesat Tok Bomoh, Tok Dukun, Tok Pawang, Tok Bidan, Mak Andam
b. Sesat Tok Guru Silat atau Pendekar Silat
c. Sesat Ulama

Tok Bomoh, Tok Dukun, Tok Pawang, Tok Bidan, Mak Andam
Berlaku kepada mereka yang ada mempunyai hubungan dengan khadam bangsa Jin alam
rendah melalui:
1. Jampi / Mentera / Serapah
Lazimnya menggunakan jampian atau mentera yang menyeru khadam – khadam sebagai
meminta pertolongan untuk membantu mereka memberi rawatan kepada pesakit – pesakit
yang mengunjungi mereka. Biasanya dimulai dengan bacaan Basmallah... disudahi dengan
selawat atas Nabi atau dengan menyebut La ilaha illalLah Muhammadar RasululLah. Tetapi
ditengah – tengah jampi mentera itu terdapat seruan kepada pertolongan yang berbagai.

Kesesatan yang dilakukan oleh Tok – tok bomoh atau pawang jenis ini adalah terhadap
dirinya sendiri kerana jampi mentera itu mengandungi permintaan pertolongan kepada kuasa
khadam dampingannya di samping mengharapkan pertolongan Allah (iaitu dua Qudrat dua
Iradat) yang terang – terang melakukan syirik terhadap Allah Taala.

Mak Andam memainkan peranan penting menghidupkan suasana persandingan ala-hindu


dengan adat istiadat pelamin dan pengantinnya. Bermula dari “berinai”, masuk pelamin
sehinggalah selesai majlis persandingan dipenuhi suasana dan perkara – perkara khurafat
yang berhubung rapat dengan majlis pemujaan Dewa Rama dan Dewi Sita. (Upacara
persandingan tidak ujud dalam Islam kerana mempertontonkan aurat wanita dikhalayak ramai
itu hukumnya haram. Bahkan persandingan itu bukan sunnah Nabi S.A.W.)

2. Perbuatan / Kelakuan
-adalah penjelmaan ruh jin dalam diri mereka yang dipanggil juga Tanasakhul Aruah semasa
melakukan perubatan. “Menurun” yang dilakukan untuk mengubati itu dengan bergantung
kepada kuasa jin bagi membantu merawat pesakit. Hakikatnya yang menggantikan tok
bomoh itu, yang mengubati pesakit itu adalah jin kerana tidak ada nas Al-Quran, Hadis,
Ijmak Ulama’ dan Qias dan lain – lainnya bahawa aruah jin dan wali – wali menjelma masuk
dalam diri seseorang dan mempernamakan dirinya dengan nama yang dijelmakan itu.

Tok Guru Silat


-berlaku kesesatan dalam persilatan apabila terdapat salah satu dari 5 perkara di bawah ini:
1. Petua – petua atau kaedah yang ada mubai’at atau sumpah yang bertujuan kepada hikmah
mencarik adat.
2. Petua – petua atau kaedah marah atau dimarahi bagi menzahirkan yang mencarik adat.
3. Petua – petua atau kaedah yang ada pantang larang menepati hukum syarak.
4. Petua – petua atau kaedah yang berpegang kepada kebesaran ayat, wirid, jampi atau doa
semata – mata.
5. Tidak tahu asal usul dari mana, di mana dan ke mana.

Lazimnya bagi tok guru silat mereka juga adalah tok bomoh. Kesalahan kesesatan yang
berlaku bagi mereka ialah sudahlah mereka sendiri telah berada di dalam kesesatan kerana
amalan – amalan yang menyesatkan kemudian diajarkan pula kepada anak – anak muridnya
yang turut mengamalkan ilmu tersebut langsung turut terssat bersama merekanya. Jika
diteruskan mengembangkan ilmu tersebut maka akan bertambah ramai lagilah yang akan
sesat.

Ulama
-sesat ulama’ sekiranya mereka ada berhubung dengan khadam tumpangan iaitu rohani jin
Islam alam rendah atau jin kafir yang ada datang mengikut perjanjian penerimaan dalam
mimpi atau jaga melalui wirid, jampi atau doa atau seumpamanya. Bermula dari situ ulama –
ulama ini akan dikunjungi orang bagi meminta pertolongan seperti solat hajat dan sebagainya
serta lain – lain perubatan dan pertolongan di samping memberi kuliah – kuliah agama
kepada orang ramai.
DI ANTARA PERKARA – PERKARA YANG MENYEBABKAN DOSA BESAR
1. Syirik jali, Kufur atau Murtad.
2. Membunuh seseorang dengan tiada sumber amal atau syubhat amal.
3. Zina.
4. Liwat.
5. Wat’ie faraj binatang.
6. Minum minuman yang memabukkan sekira – kira hasil mabuk.
7. Mencuri kadar yang mewajibkan potong tangan.
8. Menuduh seseorang dengan zina.
9. Jadi saksi dusta.
10. Merampas harta anak Adam dengan tiada sebenar.
11. Lari daripada hak peperangan jihad kerana menjaga ugama, maruah diri (termasuk
bangsa) atau harta (termasuk negara).
12. Makan harta riba.
13. Makan harta anak yatim walau apa cara sekalipun dengan tiada sebenar.
14. Durhaka dua ibu-bapa.
15. Dusta atas Rasulullah SAW.
16. Menyembunyikan diri daripada menjadi saksi dengan tiada uzur pada hal ia patut hadir.
17. Berbuka puasa dengan tiada uzur.
18. Bersumpah mengambil harta anak Adam dengan tiada sebenar.
19. Mendahulukan sembahyang fardhu atau mentakhirkan daripada waktunya dengan sengaja
dan tiada uzur syar’ie.
20. Memutuskan perhubungan keluarga dan silaturrahim dengan jiran dan kaum kerabat
bukan sebab syar’ie.
21. Khianat dalam sukatan timbangan atau bilangan dengan mengurang atau melebihi.
22. Meninggalkan sembahyang fardhu dengan tiada uzur syar’ie.
23. Menjatuhkan ‘aib (maruah) orang Islam dengan tiada sebenar.
24. Munyumpah segala sahabat – sahabat Rasulullah SAW.
25. Mengambil rasuah dan memberi rasuah pada melaksanakan hukum.
26. Tiada menegahkan lelaki yang halal nikah masuk ke tempat isterinya atau muhrimnya.
27. Bercampur gaul antara lelaki dan perempuan yang halal nikah dalam satu majlis yang
ditegah syarak.
28. Mengadu kepada penguasa supaya tindakan diambil ke atas seseorang dengan tiada
sebenar.
29. Enggan mengeluarkan zakat.
30. Meninggalkan menyuruh dengan kebaikan dan meninggalkan mencegah kemunkaran
padahal ia berkuasa (ada kemampuan dan kesanggupan).
31. Mengamalkan ilmu sihir dan segala rupa atau kaedah bersangkutan dengan khadam
bersyarat serta mengajar akan dia.
32. Melupakan ayat – ayat Al-Quran atau Hadis yang dihafal.
33. Membakar haiwan.
34. Enggan seseorang isteri dengan suaminya tanpa sebarang sebab atau durhaka akan
suaminya bukan sebab syarak.
35. Putus asa daripada rahmat Allah.
36. Tidak menghiraukan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat dan berserah diri
kepada keampunan Allah.
37. Zihar – menyerupakan isterinya dengan ibu pada haramnya.
38. Makan daging binatang yang diharamkan dengan membelakangkan taklif syarak.
39. Makan bangkai dengan tiada uzur syar’ie.
40. Namimah yakni mengadu – domba.
41. Mengumpat ke atas ahli – ahli yang beramal dengan ilmunya dan menghafaz al-Quran
dan Hadis Saiidul-Anam.

Anda mungkin juga menyukai