Anda di halaman 1dari 3

15 Soal Jawab Orang Kafir Yang Persoalkan Kebenaran Islam

Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah sempurna Islam itu. Maka, semua
persoalan dan keraguan tentang Islam, pasti akan ada jawapannya. Hanya ilmu di
dada sebagai penentu, jawapan apa yang perlu diberi bagi membidas kembali
persoalan dan keraguan yang sengaja ditimbulkan oleh orang bukan Islam pada
orang Islam. Ada di antara mereka yang bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi
kerana hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya ala kadar berasa was-
was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was dengan agama
yang dianutinya. Nauzubillah.
1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali
nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran.
Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan
pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut.
Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi
Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.
2) Nama Nabi Isa lebih banya disebut daripada nama Nabi Muhammad saw
dalam Al-Quran. Tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Dalam Bible, nama syaitan lebih banyak daripada nama Nabi Isa. Jadi, adakah
syaitan lebih hebat daripada Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang
kehebatan Nabi dan RasulNya. Walaubagaimanapun, Allah lebih Maha Mengetahui.
3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan
Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu
sahaja Nabi Isa itu Tuhan kan?
Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap
tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan,
dalam Bible juga ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "Siapa yang
taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan
akan masuk neraka. (Kitab Injil yang menjadi rujukan pengganut Kristian
sekarang ini sebenarnya telah dimanipulasi isi kandungannya)
4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir
zaman nnt Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa yg
terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya.
Contohnya, jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulung masih
hidup, anak sulung tetap kekal pangkatnya sebagai yang sulung.
5) Nabi Isa disembah sbg anak Tuhan krn diaggp mulia sbb lahir tnp bapa.
Antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang
Kristian tidak menyembah Mariam saja? Bukankah Mariam itu ibu, tentu lagi mulia.
Nabi Adam merupakan manusia pertama juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu
juga. Jadi, kenapa tidak disembah Adam saja?
Firman Allah swt : "Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah
adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari
tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah ia. -Surah Al-
Imran, ayat-59.
6) Jika membaca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna
'Kami'. Kenapa? Bukankah maksud 'Kami' itu mewakili 'Tuhan + Mariam +
Anak Tuhan (Isa)'?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. 'Aku' kata jamaknya 'Kami' yang
menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Bukankah Queen Elizebeth
ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'?
7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut?
Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh
Punjabi potong kuku?
8) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam disuruh membunuh
binatang untuk dimakan? Bukankah itu zalim kerana membunuh hidupan
bernyawa?
Sains telah membuktikan bahawa sayur dan pokok turut mempunyai nyawa. Malah,
apabila kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu
tidak kejam? Apabila kita membunuh (sembelih) seekor lembu, sebenarnya kita
telah menyelamatkan banyak nyawa manusia daripada mati kelaparan.
9) Sami Buddha menjawab "Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang
deria. Bunuh binatang dosa besar"
Habis tu, adakah kita cuma berdosa kecil jika membunuh orang yang pekak, buta,
dan bisu hanya kerana dia tidak ada deria?
10) Sami Buddha menjawab lg"Jika kita bunuh sayur, sayur akn tumbuh
balik"
Jadi, makanlah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus.
11) Sami Buddha berkata lg,"Makan binatang akan dapat banyak penyakit"
Sebenarnya, penyakit datang kerana kita banyak makan. Bukan kerana makan
binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Nabi juga suruh berhenti makan
sebelum kenyang. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia
makan binatang dan sayuran. Bukankah tembakau dan ganja itu juga berasal dari
tumbuhan? Lagi besar penyakitnya. Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh
jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi
jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan.
12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan. Jika begitu, batu dan
kayu juga ciptaan Allah. Manusia juga ciptaan Allah. Nak jadi kanibal?
13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah. Tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat.
Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam
sembah Allah, kaabah cuma kiblat. Ada bezanya. Bukti, orang yg sembah berhala
tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan.
Orang Hindu tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar
Kaabah di sejadah. Jika ada sepanduk gambar Kaabah direntangkan di KLCC
sekalipun, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat
kita untuk sembah Allah. Bukan sembah Kaabah!
14)Why perlu ikut Nabi Muhammad?Nabi&Rasul b4 baginda sesatkah?
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja.
Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.
15) Apa bukti Allah wujud? Mana Allah? Tak nampak pun.
(Tampar beliau!) Kemudian cakap, sakit itu wujud dan boleh dirasa, tapi adakah
kita nampak sakit itu? Begitu juga dengan kewujudan Allah. Allah itu wujud dan
kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya, tapi kita tak boleh nampak Allah.

Anda mungkin juga menyukai