Anda di halaman 1dari 6

KELEBIHAN SOLAT TAHAJUD

SOLAT TAHAJUD - DARI PERSPEKTIF PERUBATAN


Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari,biasanya tengah malam atau lewat
tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sabagai shalatulail.Solat ini sangat baik dilakukan
terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak
meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.Dalam Al-Quran
terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai
ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai
perkara ini.

TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD
Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi
pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis,seorang profesor di
Department of HumanSciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa
manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.Waktu tidur boleh dibahagi
kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap.Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap
(deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa
berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap
yang mengikut kajian saintis Barat ialah selam tiga jam.Kita merasakan bahawa tidur malam kita
selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika
tidur. Apabila seseorang atlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih
hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan
untukmemungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut
peraturan.Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur,mula-mula
sekali kita akan merasa mengantuk (drowsiness ) di mana suhu badan kita akan menurun.
Dengan mengatur waktutidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk
tidur bila perlu. Tidur yang diatur boleh menjimatkan masa kita dan membolehkan kita
melakukan ibadah dan kerja-kerja lain.Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik
untuk tidur lengkap dengan doa-doanya. Bolehlah kita ringkaskan latihan untuk tidur malam
seperti :
1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang
banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu
kita akan terlebih tidur pula.
2. Tunaikan solat Isya' sebelum tidur.
3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.
4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.
5. Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk bulan pertama
latihan; pada bula kedua kurangkan masa tidur malam kepada enam jam sehari, seterusnya pada
bulan ketiga kepada lima jam sehingga kita boleh tidur untuk masa tiga jam sahaja.
Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu diikuti untuk menjaga
kesihatan dan mengelakkan diri dari dihidapi pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka
bangun tidur melompat dari tidurnya boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh
membawa maut. Demikian menurut pendapat seorang doktordari China - Dr Huang Guoxiong
dari Kolej Perubatan Lioning.Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk
syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam.Firman Allah dalam Al-Quran yang
bermaksud : " Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan
air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya
mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di
waktumalam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah." ( Surah az-
Zariat ayat 15-18 )

IBADAH TENGAH MALAM DAN AWAL PAGI DALAM AGAMA LAIN.
Penulis pernah bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru dan ketua agama yang bukan Islam
seperti Buddha, Kristian, Tao,Confucious dan Sikh. Dalam perhatian penulis, mereka juga
mengadakan amalan pada tengah malam seperti 'berzikir' dan membaca kitab suci agama
mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, merekaberlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam
atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antanra agama yang dimaksudkan itu
ialah agama Buddha, Kristian,Tao,Confusies dan Sikh.
PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT
Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur
untuk mencapai kerjaya yang cemerlang.
Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : " The woods are lovely, dark
and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep."
Maksudnya " Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti
ditunaikan dahulusebelum saya tidur."
"The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their
companions sleep were toiling upwards in the night." - Longfellow
Maksudnya " Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta
merta tetapi merekabekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka
sedang nyenyak tidur. "
Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup
mereka.
Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang
kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak
tidur.
Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan.
Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup
duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui.Dari segi sains perubatan pula, kita akan
menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi
hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan
badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dn gerak otot itu sangat penting
dalammemastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi
selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun
pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidat merasa
nikmat oksigen ini.




Orang yang rajin melakukan solat sunat tahajud mendapat 9 kelebihan. 5 daripadanya diperoleh di
dunia, manakala selebihnya akan diperoleh di akhirat.

5 kelebihan yang diperoleh di dunia:

1. Allah akan menyelamatkannya daripada bencana
2. Tanda berkat pada wajahnya
3. Disukai oleh ramai manusia
4. Allah jadikannya seorang yang bijaksana
5. Bila bercakap penuh hikmah

4 kelebihan yang akan diperoleh di akhirat:

1. Wajahnya bercahaya
2. Diringankan hisab
3. Menyeberangi titian sirat seperti kilat yang menyambar
4. Dapat buku amalan dengan tangan kanan

"Ya Allah...ringankan tubuh badan kami untuk bangun mengadap dan bermunajat padaMu di sepertiga
malamMu..."













"Malam itu gelap gelita tetapi ia amat indah. Di muka langit bertaburan bintang-bintang yang
berkelipan, disisi bulan yang terang benderang. Untuk apakah Allah s.w.t jadikan malam? Ada
waktu malam yang dihiasi dengan munajat kepada Allah s.w.t dan ada malam yang dihiasi
dengan derhaka kepada Allah s.w.t. Jadi malam itu tidak sentiasa indah dan permai kerana ia
bergantung kepada penghuni-penghuninya.
Bagi orang-orang yang soleh merindui malam ibarat pengantin menanti malam pertama. Kerana
pada waktu malam untuk mereka bermesra-mesra dengan Tuhannya. Pada waktu malam tiada
kebisingan kecuali mereka mengadu dan bermunajat kepada Tuhannya.
Kalau sepasang kekasih mencari waktu malam untuk memadu kasih, maka tidak hairan kalau
orang-orang yang soleh juga menggunakan waktu malam untuk memadu cinta sejati dengan
Allah s.w.t. Berkata Al Fudhail bin Iyadh, "Apabila terbenam matahari maka saya gembira
dengan gelap. Dan apabila terbitnya matahari maka saya berdukacita kerana datangnya manusia
kepadaku!" Abu Sulaiman pula berkata, "Jikalau tidaklah kerana malam nescaya saya tidaklah
menyukai tinggal di dunia ini."
Selain dari keheningan malam yang ada pada waktu malam, Allah juga menurunkan malaikat-
malaikat pada malam hari untuk memberi rahmat kepada hamba-hamba-Nya yang sedang
beribadah. Malaikat akan turun ke bumi mencari manusia-manusia yang menghidupkan malam
dengan ibadah untuk diberi rahmat dan diaminkan doanya.
Pada waktu malam juga akan ada satu detik di mana barangsiapa yang berdoa ketika itu akan
dikabulkan segala hajatnya. Solat yang didirikan pada waktu malam juga lebih banyak
manfaat dan lebih pahalanya.
Sabda Rasulullah bermaksud:
"Dua rakaat yang dikerjakan oleh hamba pada waktu tengah malam adalah lebih baik
baginya dari dunia dan isinya. Dan kalaulah tidak memberi kesukaran kepada umatku,
nescaya saya wajibkan kedua rakaat itu atas mereka."
Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: "Kerjakan solat dua rakaat dalam kegelapan malam
untuk kesuraman kubur."
Maka sebaik-baik pengisian waktu malam ialah dengan mendirikan ibadah solat. Allah memberi
pandangan kepada golongan ini kerana mereka telah sanggup meninggal keenakan dan
keselesaan beristirehat untuk bangun mengabdikan diri sebagai seorang hamba. Di tengah-tengah
kesejukan dan kedinginan malam, maka golongan ini telah membasuh diri dengan wudhuk dan
berdiri serta sujud kepada Allah s.w.t. Untuk melakukan pekerjaan ini bukannya mudah. Ia
memerlukan kegigihan pada hati serta hidup cintanya dengan Tuhan. Sebab itu Allah
menyediakan sebuah syurga bagi hamba-hamba-Nya yang menghidupkan malam.
Meskipun itu adalah janji dari Allah s.w.t. kepada kita namun kepayahan untuk menghidupkan
malam lebih ketara lagi kerana syaitan turut memainkan peranan dengan bersungguh-sungguh
menghalang manusia melakukannya.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Diikat oleh syaitan di atas seseorang kamu dengan tiga
ikatan apabila ia sedang tidur. Maka syaitan memukul tiap-tiap tempat ikatan tersebut sepanjang
malam sehingga tertidurlah kamu. Kalau kamu terbangun dan berzikir kepada Allah s.w.t
nescaya terbukalah satu ikatan. Kalau berwuduk nescaya terbukalah satu ikatan lagi dan kalau
bersolat nescaya terbukalah semuanya. Sehingga kamu menjadi rajin dan baik jiwanya. Kalau
tidak yang demikian nescaya menjadi keji jiwa dan malas."
Bila dilihat dari segi halangan-halangan yang terpaksa ditempuhi oleh seseorang yang mahu
menghidupkan malam dengan ibadah, maka tidak salah kalau diletakkan mereka dalam golongan
manusia yang berjiwa gigih dan hidup cintanya dengan Allah s.w.t. Golongan ini juga telah
mewarisi pekerjaan orang-orang soleh.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Haruslah kamu bangun malam kerana itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum
kamu. Sesungguhnya bangun malam adalah mendekatkan diri kepada Allah Azzawajalla,
menutup segala dosa, menghilangkan segala penyakit pada tubuh dan mencegah daripada
dosa."
















SOLAT tahajud yang dilakukan pada malam hari memberi kesan yang amat besar kepada individu terbabit. Waktu
untuk mendirikannya ialah selepas solat Isyak hingga Subuh. Firman Allah yang bermaksud: "Dan bangunlah pada
sebahagian malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga
Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji." - surah al-Isra': 79.
Kelebihan solat tahajud turut ditekankan oleh Rasulullah s.a.w. seperti dalam hadis baginda yang bermaksud:
"Apabila seseorang itu terjaga daripada tidurnya pada waktu malam dan membangkitkan isterinya, lalu kedua-
duanya menunaikan solat dua rakaat, nescaya mereka ditulis dalam golongan manusia yang banyak menyintai dan
menyebut Allah." - hadis riwayat Ibn Hibban daripada Abi Sa'id. Dalam sebuah hadis yang lain daripada Aisyah r.a:
Bahawa Rasulullah bangun sebahagian daripada waktu malam untuk bersembahyang hingga bengkak kedua
kakinya, maka aku (Aisyah) berkata kepada Baginda, mengapa kamu lakukan ini semua, bukankah dosa tuan telah
diampunkan oleh Allah sama ada yang terdahulu mahupun yang terkemudian? Baginda menjawab: "Bukankah aku
ini hamba yang bersyukur." - Muttafaq A'laih. Solat tahajud merupakan amalan para nabi dan sahabat.
Sememangnya suatu yang amat berat bagi seseorang untuk bangun ketika orang lain tidur nyenyak. Namun demi
Allah, patutlah kita bersusah payah untuk mencari rahmat mendapatkan keredaan-Nya. Bangun malam untuk
merebut rahmat Allah adalah suatu kekuatan yang sangat luar biasa. Dengan ketenangan dan keheningan malam,
hamba yang beriman akan mengambil kesempatan untuk mengukuhkan hubungannya dengan Allah. Mereka
bangun dengan penuh harapan, pujian dan permintaan agar dosa-dosa diampunkan dan rezeki diluaskan. Ketika
mengangkat tangan untuk menyatakan kebesaran dan keagungan Allah sambil menghadap kiblat, terasa suatu
kedamaian yang sangat luar biasa apatah lagi dihayati satu persatu makna ayat-ayat yang dibaca perlahan dan
penuh tertib. Bagi yang memahami maksud ayat yang dibaca, terasa gerun, gembira dan sedih dengan janji-janji
Allah. Mohonlah apa sahaja supaya hidup diberkati. Solat tahajud mampu menguatkan hati kerana hamba dapat
meluahkan isi hati tanpa ada sekatan terhadap Tuhannya. Menyesali dosa-dosa yang dilakukan dan mengharapkan
rahmat Allah. Perkara yang boleh dilakukan dengan sebanyak-banyaknya ialah beristighfar memohon keampunan
selain berzikir dengan khusyuk. Bermunajat dan berdoa supaya Allah memberi ehsan dan bimbinganNya kepada
kita. Rasulullah telah memberikan contoh terbaik untuk tidur lengkap dengan doanya sekali. Antaranya ialah: *
Makan malam yang sedikit sebagai mengalas perut. * Menunaikan solat Isyak sebelum tidur. * Membersihkan
tempat tidur daripada habuk dan kotoran. * Membaca doa sebelum dan selepas bangun tidur.

Anda mungkin juga menyukai