Anda di halaman 1dari 23

KURSUS

PPPQ6213 METODOLOGI AKIDAH DAN TASAWWUF

TAJUK

ANALISIS KONSEP KHALWAH DALAM INSTITUSI TAREKAT

DALAM MASALAH YANG BERTENTANGAN DENGANNYA

NAMA

NURUL ATHIRAH BINTI NORDIN (P121850)

FATIN NUR ATHIRAH BINTI YUSOF (P121848)

PENSYARAH

PENGAJIAN SISWAZAH
PROGRAM USULUDDIN DAN FALSAFAH
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 PENGENALAN

Tasawwuf merupakan salah satu disiplin ilmu daripada tiga komponen asas
ilmu Islam di samping ilmu tauhid dan feqah. Ia adalah bidang ilmu yang
membicarakan berkenaan kaedah pembersihan dan penyucian rohani
seseorang individu Muslim daripada sifat mazmumah (al-takhalli) dan kaedah
menghiasi diri dengan sifat mahmudah (al-tahalli) dalam usaha untuk sampai
kepada keredhaan Allah. Ia memerlukan kepada tunjuk ajar dan sokongan
daripada individu yang berkelayakan lantaran dalam proses untuk mencapai
kejayaan, sudah pasti akan wujudnya pelbagai halangan dan rintangan
dalaman mahupun luaran yang tidak mudah untuk diharungi tanpa bimbingan.
Dengan demikian, tarekat tasawwuf merupakan sebuah institusi yang
mengandungi pengamalan dan penghayatan tasawwuf yang sebenar melalui
pimpinan syeikh mursyid.

Khalwah merupakan salah satu bentuk latihan kerohanian (mujahadat


al-nafs) yang dipraktikkan oleh para pengamal tarekat bertujuan untuk
memperolehi sepenuh tumpuan dalam melakukan amal ibadah. Ia juga
bertujuan untuk membersih dan menyucikan hati dari kekotoran maknawi
yang menghijab hati dari menyaksikan keagungan dan kebesaran Allah SWT.
Kedudukannya dikatakan tergelincir daripada landasan hukum syarak pada
pandangan umat Islam dan para ulama setempat yang tidak mengamalkan
amalan ini. Khalwah atau ‘uzlah seringkali dijadikan kritikan oleh kaum yang
anti terhadap tasawwuf. Mereka menuduh ajaran ini membawa kepada
kemunduran ajaran islam. Bahkan mereka mengangggap ini bukanlah
sebahagian dari ajaran Islam. Oleh itu bagi menjelaskan lebih teliti mengenai
khalwah, penulisan ini akan berfokus kepada konsep khalwah dalam tarekat
serta analisis terhadap masalah yang bertentangan denganya.
2.0 DEFINISI KONSEP, KHALWAH DAN TAREKAT
2.1 Konsep Khalwah

Perkataan khalwah, menurut syeikh Ibn ‘Ajibah bermaksud mengasingkan diri


manakala menurut syeikh al Jurjani dan juga syeikh Ibn Arabi pula khalwah
bermaksud bicara rohani atau percakapan batin (muhadathah al-sir) dengan
Allah secara rahsia dimana ia tidak dapat diketahui oleh manusia dan juga
malaikta. Dari kedua-dua keterangan yang dinyatakan di atas jelas
menunjukkan bahawa khalwah itu terbahagi kepada dua iaitu zahir dan batin.
Khalwah zahir bermaksud mengasingkan diri dari pergaulan manusia
manakala khalwah batin pula bermaksud hati menyedendiri dengan Allah dan
melupakan sesuatu yang lain dariNya. Menurut ajaran ilmu tasawwuf,
khalwah batin inilah yang dikehendaki dan ia adalah khalwah yang sebenar-
benarnya manakala khalwah zahir pula adalah sebahagian wasilah atau
perantaraan bagi mencapai peringkat khalwah batin tersebut. (Abd
Manam,2007)

Menerusi karya Khalwah dalam tasawwuf perlaksanaannya dalam


tarekat Naqshabandiyyah oleh Abd Manam bin Mohamad, menyatakan
bahawa, tokoh-tokoh tasawwuf juga ada menggunakan perkataan-perkataan
lain yang sama makna dengan khalwah ini. antara perkataan yang biasa
mereka gunakan ialah perkataan ‘uzlah, i’tikaf dan arba’niyyah. Perkataan
‘uzlah menurut syeikh Ibnu Ajibah adalah bermkasud hati menyendiri dengan
Allah manakala menurut Imam Qushairi pula,’uzlah bererti memisahkan diri
dari sifat yang dicela oleh syariat. Syeikh al Jurjani pula menjelaskan ‘uzlah
bermaksud keluar atau lari dari pergaulan sesame makhluk. Seterusnya bagi
perkataan I’tikaf pula menurut al Jurjani dan Dr ‘Abd al Mun’im al Hafni
adalah bermaksud mengosongkan hati dari kesibukan duniawi iaitu gangguan
atau ingatan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan keduniaan dan
menyerahkan urusannya kepada Allah swt. Dikatakan juga i’tikaf ini juga
bermaksud iqamah iaitu menetap pada satu-satu tempat tanpa berganjak
darinya. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa perkataan khalwah, ‘uzlah dan
I’tikaf menurut pandangan ahli tasawwuf adalah menunjukkan pengertian
yang sama.

Menurut Buya Syakur, khalwah merupakan pengasingan diri dari


kecelaruan dunia yang bermanfaat untuk mencerdaskan pelakunya secara
spiritual. Hal ini kerana, Ketika seseorang melakukan khalwah akan terjadi
nya dialog internal dengan diri sendiri yang bersifat jujur iaitu seperti tidak
berbicara dengan orang lain kecuali yang diredhai oleh Allah SWT, berpuasa,
tidur, berzikir dalam setiap tarikan nafas. Ringkasnya , khalwah ini
menghilangkan seluruh keinginan kecuali dengan redhanya Allah SWT,
mendekatkan diri kepada Allah SWT, serta menghilangkan kesibukan yang
boleh menggagalkan proses khalwah. (Nadya Surya 2022)

Buku Ihya' Ulumuddin karya Imam Al-Ghazali yang diterjemahkan


oleh Ach Fairuzzabadi tentang pengasingan diri (Khalwah) pula menerangkan
manfaat khalwah yang mana ianya membolehkan seseorang untuk
memfokuskan diri untuk ibadah, bertafakur, menyenangkan diri bersama
Allah, bermunajat kepada-Nya, serta mengkaji alam. Hal-hal tersebut tidak
dapat dilakukan kecuali dengan beruzlah dan memisahkan diri dari makhluk
lain. Oleh sebab itu, sebahagian ahli hikmah berkata bahawa seseorang tidak
dapat melakukan khalwah kecuali menyenangkan dirinya dengan Kitabullah.
Orang-orang yang berpegang teguh dengan kitabullah adalah orang-orang
yang membebaskan diri dari dunia dan berzikir kepada Allah. Sementara
orang yang hidup dengan berzikir akan mati dengan berzikir, serta bertakwa
dengan berzikir.

Seterusnya Ahmad bin Muhammad bin Ajibah Al-Hasani dalam


Iqazhul Himam fi Syarhil Hikam, berkata khalwah ialah “Kekosongan hati
dari makhluk, terhimpunnya keinginan dan cita-cita hanya kepada Allah
dan kuatnya azam atas keteguhan”. Khalwah adalah menyendiri pada suatu
tempat tertentu, jauh dari keramaian dan manusia, selama beberapa hari
dengan mendekatkan diri dengan Allah dengan solat dan amalan yang
tertentu. Dalam kalangan a h l i sufi antaranya Al- Ghazali berpendapat
bahawa berkhalwah itu meneladani Rasullah saw. Disebutkan juga, Al-
Ghazali melakukan khawah selama tiga kali masing-masing 40 hari setiap
tahun dan menjalaninya dengan solat dan puasa.

Menerusi buku “Hakikat Tasawwuf” karya Abdul Qadir Isa,


Khalwah adalah memutuskan hubungan dengan manusia dan
meninggalkan segala perkara duniawi untuk waktu tertentu, supaya hati
dapat dikosongkan dari perkara kehidupan dan akal dapat berehat dari
kesibukan sehari-hari, dengan berzikir dan tafakur. Menerusi pengertian
tersebut khalwah menjadi sangat penting untuk diterapkan di era globalisasi
ini yang mewajibkan manusia untuk memiliki kecerdasan secara spiritual
dan meningkatkannya dengan melaksanakan pengasingan diri dari
kesibukan dunia dan berserah diri hanya kepada Allah SWT. Sebagaimana
firman Allah SWT Al-Qur’an, 19 (Maryam): 49-50.

‫وب َو ُكال َجعَ ْلنَا‬


َ ُ‫َّللا َو َه ْبنَا لَهُ إِ ْس َحاقَ َويَ ْعق‬ ِ ‫فَلَ َّما ا ْعتَزَ لَ ُه ْم َو َما يَ ْعبُدُونَ ِم ْن د‬
ِ َّ ‫ُون‬
(50( ‫ق َع ِليًّا‬
ٍ ‫ص ْد‬ َ ‫) َو َو َه ْبنَا لَ ُه ْم ِم ْن َر ْح َمتِنَا َو َجعَ ْلنَا لَ ُه ْم ِل‬49( ‫نَبِيًّا‬
ِ َ‫سان‬

Yang bermaksud:

Maka ketika Ibrahim sudah menjauhkan diri dari mereka dan dari apa yang
mereka sembah selain Allah. Kami anugerahkan kepadanya Ishaq dan
Ya’qub. Dan masing-masingnya Kami angkat menjadi nabi. Dan Kami
anugerahkan kepada mereka sebagian dari rahmat Kami dan Kami jadikan
mereka buah tutur yang baik lagi tinggi.

Khalwah adalah suatu proses pengosongan jasmani dan rohani dari


segala hal yang Khalwah disebut juga dengan berzikir kepada Allah dengan
penuh khusyuk dan hati yang selalu hadir kepadaNya, serta mentafakuri segala
nikmat-Nya di waktu siang dan malam. Selama melakukan khalwah,
seseorang akan sedikit dalam makan dan minum, waktu hanya disibukkan dan
dipenuhi dengan berzikir dan bermeditasi, mereka juga dilarang berbicara
dengan banyak kecuali dengan syeikh dari tarekat tempat ia menjalani
khalwah. (Mizan, 1996).

Khalwah adalah menyendiri dari pengaruh duniawi , sementara dalam


tasawwuf maknanya adalah penyendirian seorang salik ke tempat pengasingan
(jauh dari keramaian orang-orang awam) untuk mengabdikan diri sepenuhnya
untuk beribadah kepada Allah SWT, di bawah bimbingan syeikh sufi, dan
untuk menyucikan jiwa dari segala jenis keyakinan palsu, fikiran dan perasaan
yang keruh, konsep yang keliru, serta khayalan yang menjauhkanya dari Allah
SWT. Khalwah diibaratkan sebagai tempat peleburan besi yang dinyalakan
dengan api kezuhudan nafsu dilebur, dimurnikan dari segala kotoran, indah
bercahaya seperti sebuah cermin. Dengan cermin ini, tampaklah sesuatu yang
tersembunyi. Khalwah adalah himpunan dari segala sesuatu yang saling
bertentangan di dalam nafsu (nafs) dengan pelbagai latihan rohani seperti
sedikit makan, sedikit berbicara, menghindari berkumpul-kumpul dengan
manusia, selalu berzikir, menolak berbagai macam fikiran, dan sentiasa
melakukan muraqabah. (Ramadhani, 1996).

Secara literal, khalwah adalah penyendirian dan uzlah adalah menarik


diri, sedangkan dalam tasawwuf maknanya adalah penyendirian seorang salik
ke tempat pengasingan (jauh dari keramaian orang-orang awam) untuk
mengabdikan diri sepenuhnya beribadah kepada Allah SWT, di bawah
bimbingan guru atau syeikh sufi, dan untuk menyucikan jiwa dari segala jenis
keyakinan palsu, fikiran dan perasaan yang keruh, konsep yang keliru serta
khayalan yang menjauhkannya dari Allah SWT. Salik menutup semua pintu
hatinya kepada hal-hal yang selain Allah dan bercakap-cakap dengan diri-Nya
melalui batinnya. (Sulaiman al-Kumayi, 2005).

Menurut Abu al-`Abbas Ahmad ibn Musthafa al-Alawi, “ khalwah


merupakan sebuah kamar berukuran kecil di mana aku menempatkan
murid-murid baru setelah berbaiah kepadaku selama empat puluh hari jika
diperlukan” . Dalam kamar ini mereka tidak boleh melakukan sesuatu
apapun kecuali mengulang-ulang tanpa henti, siang dan malam, menyebut
nama Allah, mengeluarkan disetiap sebutan hingga kehabisan nafas.
Selama khalwah mereka akan berpuasa seharian, hanya berbuka antara
matahari tenggelam dan fajar. (Ilma Nugrahani Ismail, 2007).

Menurut Ala’ud Dawlah as-Simnani, khalwah adalah pembersihan


hati dari segala sesuatu selain Allah SWT, mengikatkan diri kepada-Nya,
sehingga sehingga boleh menjadi dekat dengan-Nya. Seorang salik berhasil
mencapai kemajuan berbagai tahap yang disebutkan di atas dengan
melakukan pencarian latihan spiritual dalam khalwah, dan memperbaiki
diri hingga menjadi cermin yang sempurna bagi Allah SWT. “Tak seorang
pun yang dapat mencapai tahap keindahan kepasrahan kecuali dengan
berkhalwah”.

2.2 Konsep Tarekat

Definisi tarekat boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu


definisi tarekat yang umum dan yang khusus. Dalam membicarakan definisi
tarekat yang umum, asal kalimah tarekat yang disebut sebagai tariqah dalam
bahasa Arab adalah daripada kata kerja (taraqa-yatruqu) atau (tariqa-
yatraqu) yang mempunyai kepelbagaian maksud yang berbeza mengikut
pengaplikasiannya dalam konteks sesuatu ayat (Jahid, 2015). Menurut Ibn
Manzur (t.th), tarekat dari sudut bahasa merujuk kepada jalan, mazhab dan
keadaan. Tarekat dari sudut literal pula membawa maksud jalan (Jahid,
2016). Definisi tarekat sebagai ‘jalan’ adalah seumpama maksud perkataan
syariah, sirat, sabil dan manhaj, iaitu kesemua perkataan tersebut
menunjukkan makna jalan yang dilalui untuk sampai kepada Allah SWT
dengan matlamat menggapai reda Allah melalui pelaksanaan ketaatan dan
kepatuhan terhadap segala perintahNya (Zakaria, 2016).

Tarekat dari segi bahasa bermaksud jalan, cara, kedudukan,


keyakinan, agama dan lain-lain. Ianya berasal dari kalimah arab yang
merupakan kata terbitan dari Ṭaraqa. Tarekat ini banyak disebutkan oleh
Allah dalam al-Quran dengan makna yang berbeza antaranya:
‫ط ِر ْيقًا فِى ْالبَ ْح ِر‬ ْ ‫َولَقَدْ اَ ْو َح ْينَا ٓ ا ِٰلى ُم ْوسٰ ٓى اَ ْن اَس ِْر ِب ِعبَاد‬
َ ‫ِي فَاض ِْربْ لَ ُه ْم‬
‫ف دَ َر ًكا او ََّل ت َ ْخ ٰشى‬ُ ‫س ۙا اَّل تَ ٰخ‬ ً َ‫يَب‬

Yang bermaksud: Dan sungguh, telah Kami wahyukan kepada Musa,


“Pergilah bersama hamba-hamba-Ku (Bani Israil) pada malam hari, dan
pukullah (buatlah) untuk mereka jalan yang kering di laut itu, (engkau)
tidak perlu takut akan tersusul dan tidak perlu khawatir (akan tenggelam).”
(al-Quran 20: 77)

Meskipun perkataan tarekat dalam al-Quran mempunyai makna


yang banyak dan berbeza, tetapi ianya bukan semuanya bertepatan dengan
apa yang dikehendaki oleh tarekat tasawwuf. kerana itu al-Jurjani telah
menjelaskan definisi bagi tarekat tasawwuf sebagai jalan kerohanian yang
khusus bagi mereka yang berjalan menuju kepada Allah dan mengharungi
berbagai rintangan dan peningkatan kerohanian dalam berbagai-bagai
maqam. Syeikh Najm al-Din pula mendefinisikan tarekat dengan katanya,
tarekat adalah taqwa dan penghampiran diri kepada Allah yang tentunya
menempuh rintangan dan maqam (al-Hasan, t.thh.)

Pengertian tarekat yang membawa maksud ‘jalan’ dengan


penggunaan kalimah al-tariqah telah disebutkan dalam al-Quran, iaitu di
dalam surah al-Jin:

‫الط ِر ْيقَ ِة ََّلَ ْسقَي ْٰن ُه ْم ام ۤا ًء َغدَقً ۙا‬


‫اواَ ْن لا ِو ا ْستَقَا ُم ْوا َعلَى ا‬
Maksudnya: “Dan sekiranya mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu
(agama Islam), nescaya Kami akan menurunkan kepada mereka itu air
(hujan) yang cukup.” (Surah al-Jin, 72: 16).

Jika diamati kepada penafsiran kalimah al-tariqah dalam ayat


tersebut, didapati bahawa kebanyakan ahli tafsir membuat penafsiran
kalimah tersebut sebagai al-Islam. Dengan demikian, kalimah al-tariqah
dan juga kalimah al-Islam membawa pengertian yang sama.
Menurut Shamsul (2012), makna tarekat yang umum adalah
merujuk kepada setiap jenis dan bentuk ibadah yang dilaksanakan oleh
seseorang itu bertujuan untuk taqarrub kepada Allah SWT. Misalnya seperti
dalam ibadat solat, puasa, zakat dan haji. Hal ini kerana, kandungan kepada
kesemua ibadat tersebut merupakan tarekat atau jalan yang dilalui oleh
seseorang manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.
Ringkasnya, tarekat secara umumnya adalah melibatkan penghayatan
kehidupan kerohanian dalam diri seseorang itu yang bermatlamat untuk
sampai kepada Allah SWT melalui apa-apa cara atau kaedah sekalipun,
walaupun tanpa melibatkan sesebuah organisasi kesufian dan tidak
melibatkan pimpinan seseorang mursyid.

Dalam membahaskan pengertian tarekat dengan makna yang


khusus pula, ia membawa pengertian cara atau kaedah khusus yang dilalui
oleh para salik yang bermatlamat untuk sampai kepada Allah SWT. Kaedah
khusus yang harus dilalui oleh para salik dalam usaha untuk sampai kepada
Allah SWT adalah terdiri daripada cakupan pelbagai kegiatan yang perlu
dilaksanakan. (Malaysian Journal for Islamic Studies, 4(2): 55-66).

Istilah tarekat berasal daripada perkataan Ath-thariq (jalan) kepada


Hakikat atau dengan kata lain pengalaman syariat, yang dinamakan al-Jaraa
atau Al-Amal. Dalam erti kata lain, tarekat itu merupakan kaedah yang
wajib ditempuh oleh seorang salik (orang yang hidup secara sufistik), untuk
membersihkan jiwanya agar dapat membersihkan dirinya kepada Allah
SWT. Namun perlulah memiliki sikap berhati-hati kerana wujudnya jemaah
yang dibangunkan dan bercampur aduk dengan ajaran yang menyeleweng
daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh itu, perlu diingat bahawa terdapat
klasifikasi antara perintah muktabarah (yang dianggap sah) dan ghairu
muktabarah (yang tidak dianggap sah). (Nurhikmah,t.th).

Menurut Faudzinaim, 2015, tiga komponen asas yang terdapat


dalam disiplin ilmu tarekat merangkumi syeikh mursyid yang
membimbing, murid yang mendapat bimbingan dan kaedah yang tertentu.
Dalam disiplin ilmu tasawwuf, apabila disebutkan sahaja istilah al-tariqah,
maka yang terlintas di fikiran adalah ia membawa kepada pengertian suatu
organisasi tarekat yang khusus sebagaimana yang sudah diketahui dan biasa
disebut seperti tarekat Naqshabandiyyah, tarekat Ahmadiyyah dan lain-
lain. Pengertian tarekat yang merujuk kepada organisasi-organisasi tersebut
dianggap khusus kerana ia sememangnya telah dikhususkan dalam peranan
untuk memperbetulkan hal ehwal rohani seseorang murid atau salik yang
pada akhirnya menatijahkan seseorang Mukmin itu sebagai seorang
muhsin, iaitu sampai ke darjat ihsan, seterusnya digolongkan ke dalam
kumpulan muqarrabun di akhirat kelak (Jahid, 2016).

Menurut Barmawie Umari (1961), kalimah tarekat membawa


maksud suatu jalan atau kaedah yang perlu dilalui oleh seseorang dengan
semata-mata bermatlamatkan menggapai keredaan Allah SWT. Selain itu,
al-Jurjani (1985) telah menegaskan pengertian tarekat dengan katanya yang
bermaksud: “Tarekat adalah merujuk kepada sirah, iaitu jalan yang khusus
bagi orang-orang yang berjalan menuju kepada Allah yang sudah pasti
menghadapi pelbagai halangan dan melalui peningkatan (rohani) dalam
pelbagai maqam.” Di samping itu, menerusi Jahid (2015) telah menukilkan
pandangan Syeikh Najm al-Din Kubra berkenaan dengan pendefinisian
tarekat yang khusus dengan maksud: “Dan tarekat itu ialah melakukan
takwa dan perkara-perkara yang dapat menghampirkan diri kamu kepada
Allah yang pasti melalui pelbagai bentuk rintangan dan pelbagai maqam.”

Dalam menyatakan makna tarekat yang khusus ini juga, Shamsul


(2012) berpandangan bahawa tarekat yang khusus merupakan satu jalan
yang di dalamnya terdapat zikir dan ia mengandungi kaedah-kaedah khusus
serta sampainya sanad tarekat tersebut kepada Rasulullah SAW. Dalam erti
kata yang lain, tarekat yang khusus merupakan tarekat ahli sufi.
Penggunaan istilah tarekat ini juga masyhur sebagai suatu bentuk organisasi
ataupun institusi tarekat yang mencakupi sesebuah kumpulan atau
kelompok tertentu. Dalam kelompok tersebut pula terdapat beberapa
kegiatan atau amalan khusus yang dipraktikkan, salah satunya ialah zikir
yang didahului dengan baiah daripada murid kepada mursyid dalam tarekat
tersebut (Sri Mulyati et al, 2005).

Menurut Haidhar, t.th, tarekat merupakan salah satu amalan


kerohanian yang melibatkan berbagai elemen dalam membentuk peribadi
sahsiah mukmin dan mempunyai matlamat untuk mendekatkan diri
terhadap Allah s.w.t. Oleh kerana itulah tarekat mempunyai kaedah-kaedah
dan amalan-amalan yang tertentu dalam mengamalkan disiplin kerohanian.
Ianya bukan hanya melibatkan situasi teoritikal sahaja tetapi bersifat
praktikal yang perlu dilaksanakan bagi mereka yang telah redha dan
bersedia untuk menempuh jalan tasawwuf.

Dalam kesusasteraan tasawwuf terdapat istilah syari'ah Tariqah dan


Haqiqat, dalam kata Syari'ah dan Tariqoh secara harfiahnya bermaksud
jalan. Syariat adalah jalan utama yang dimaksudkan sebagai peraturan
agama yang wajib dilaksanakan oleh seluruh umat Islam. Ia juga boleh
difahami sebagai peraturan agama yang bersifat zahir, manakala cara
tariqoh atau peraturan yang khusus dan bersifat individu diikuti oleh para
sufi. Syariat tidak boleh dari tariqoh dan tariqoh tidak boleh bertentangan
dengan syari’at, maka tujuan tariqoh dan syari’ah adalah untuk mencapai
hakikat kebenaran yang hakiki, iaitu mengenai hal-hal yang baik berupa
petunjuk, ilmu, lambang, serta isyarat dari Allah.

Dalam konsep yang seterusnya, tarekat digunakan dalam erti kata


sebagai sebuah persatuan atau organisasi tasawwuf. Dalam tarekat, orang
yang diseru jiwanya untuk menjadi pengikut syeikh yang mempunyai
pengalaman tertentu dalam cara mendekatkan diri kepada Allah dengan
memberi bimbingan atau tunjuk ajar kepada murid-muridnya dengan cara
latihan selalu disandarkan kepada syeikh yang dianggap mempunyai
kaedah (thariqoh) dan pengalaman yang istimewa.

Kalangan ulama tasawwuf berpendapat bahwa tariqoh/ tarekat


merupakan jalan atau petunjuk dalam melaksanakan suatu ibadah sesuai
dengan ajaran yang dibawa Rasulullah dan dilakukan oleh baginda serta
menjadi ikutan para sahabat, Tabi’in, dan turun-temurun dari masa ke masa
secara bersambung hingga saat ini. Menurut L. Massignon, tarekat dalam
pandangan sufi, memiliki dua pengertian. Pertama, cara pendidikan akhlak
dan jiwa bagi mereka yang berminat menempuh hidup sufi dan kedua,
tarekat bermaksud suatu gerakan yang memberikan latihan rohani dan
jasmani dalam sekelompok orang Islam dengan ajaran dan keyakinan
tertentu.10 (M. Solihin dan Rosihon Anwar, 2008).

Konsep tarekat yang seterusnya, adalah merupakan sebuah institusi


yang berada di bawah tasawwuf yang merujuk kepada jalan yang dilalui
untuk mencapai pengukuhan spiritual Muslim. Mutakhir ini, terdapat
pelbagai tarekat muktabar yang masyhur pengamalannya dalam kalangan
masyarakat seperti tarekat Naqsyabandiyyah, tarekat Ahmadiyyah, tarekat
Kubrawiyyah dan tarekat Qadiriyyah. Setiap institusi tarekat sudah pasti
mempunyai organisasinya yang terdiri daripada golongan guru yang
disebut sebagai syeikh mursyid dan golongan murid yang disebut sebagai
salik. Di sinilah dilihat betapa besarnya peranan guru untuk membantu para
salik menerusi tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan dalam usaha
memastikan tahap pembinaan dan pembentukan rohani atau spiritual para
salik sampai kepada matlamat yang hendak dituju (Abdul Hayei, 2004).
Tegasnya, tahap pencapaian kemantapan rohani seseorang murid itu
bergantung kepada para syeikh mursyid yang membimbing sesebuah
pengamalan tarekat. Hal ini kerana, laluan yang perlu ditempuhi oleh para
salik dalam perjalanan mencapai matlamat adalah penuh dengan rintangan
dan cabaran yang sukar diatasi dan diharungi tanpa pimpinan daripada
syeikh (Jahid, 2015).

Tuntasnya, tarekat dengan makna khusus yang merujuk kepada


institusi khusus adalah bertujuan sebagai institusi sufi yang mempunyai
organisasi yang terdiri daripada kumpulan pelajar yang mendapat pimpinan
dan bimbingan mursyid syeikh yang memiliki tatacara, peraturan dan
undang-undang tertentu, yang perlu dipatuhi oleh seorang pelajar . Dalam
erti kata lain, ia juga merujuk kepada sekumpulan pelajar atau salik yang
berada di bawah naungan syeikh serta patuh kepada peraturan yang telah
ditetapkan dari segi tasawwuf dan amalan kerohanian keseluruhan dalam
sesebuah institusi tarekat.

3.0 KHALWAH DALAM INSTITUSI TEREKAT


Di Malaysia, perkataan khalwah ini kebiasaannya digunakan di kalangan ahli
tarekat. Terdapat banyak tarekat yang mempraktikkan khalwah ini sama ada
secara individua tau berkumpulan. Walau bagaimanapun istilah khalwah ini
kadang-kadang disalahertikan oleh sebahagian orang disebabkan kekurangan
atau kesilapan maklumat yang diperolehi tentang khalwah atau wujud
kekeliruan terhadap istilah yang digunapakai dalam ilmu fiqh atau terpengaruh
dengan gambaran negative yang ditunjukkan oleh sebahagian orang yang
mempraktikkan khalwah ini.Bagi memahami dengan lebih jelas mengenai
konsep khalwah dalam tarekat, penulisan ini akan berpandu dan lebih
menjurus kea rah konsep khalwah dan kedudukannya dalam tarekat yang agak
terkenal di Malaysia iaitu tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah.

Dalam kalangan ahli tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah di


Malaysia, khalwah ini lebih dikenali dengan panggilan suluk. Khalwah
bukanlah menjadi pilihan utama para syeikh tarekat Naqshabandiyyah.
Pendirian ini merupakan pendirian tokoh-tokoh besar tarekat
Naqshabandiyyah bermula dari Khawajah ‘Abd al Khaliq al Ghujdawani lagi.
Mereka lebih mengambil berat tentang persahabatan ( suhbah) terutamanya
persahabatan dengan syeikh dengan menjaga syarat-syarat persahabatan
tersebut. Menurut karya Dr Abdul Manan bin Mohamad yang bertajuk
khalwah dalam tasawwuf , menjelaskan bahawa khalwah itu terbahagi kepada
dua jenis iaitu khalwah zahir dan khalwah batin. Khalwah batin merupakan
khalwah yang sebenar-benarnya seperti yang disyaratkan di dalam firman
Allah surah an-Nur ayat 37
َ ‫ِر َجا ٌل اَّل ت ُ ْل ِه ْي ِه ْم تِ َج‬
ٰ ‫ارة ٌ او ََّل بَ ْي ٌع َع ْن ِذ ْك ِر‬
ِ‫ّللا‬
yang bermaksud:

“iaitu pemuda-pemuda yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli
dari mengingat Allah”.

Sementara itu, khalwah batin (khalwah fi jalwah) atau (khalwah dar anjaman),
menurut al Khani adalah khusus bagi tarekat Naqshabandiyyah kerana ahli
tarekat Naqshabandiyyah ini tidak berkhalwah secara zahir malah khalwah
mereka adalah khalwah batin yang berlaku dalam perhimpunan atau pergaulan
bersama manusia. Zaman mutakhir ini, golongan Naqshabandiyyah yang
melatih murid-murid mereka (para salik) dengan melakukan khalwah zahir
terutamanya pada peringkat permulaan mereka. Tokoh yang telah memilih
khalwah zahir dari kalangan para syeikh Khalid al Uthamni al Kurdi kerana
terdapatnya sesuatu maslahat. Amalan khalwah ini diikuti oleh pengikut-
pengikut beliau hingga ke hari ini sehingga terbentuknya aliran
Naqshabandiyyah Khalidiyyah.

Menurut Imam Al Ghazali perkara yang utama bagi kebanyakan ahli


suluk ialah mengambil atau melalui jalan ‘uzlah (khalwah) kerana ia adalah
sebaik-baik wasilah bagi menyampaikan salik ke maqam atau martabat
ahadiyyah tersebut, sekalipun ukurannya adalah berdasarkan kepada hemah
seseorang dan juga ‘inayah azaliyyah (pertolongan Allah yang telah
ditetapkan ) untuknya. Menurut Mula’ ‘Abd al Rahman al Jami’ pula golongan
sufiyah yang muhaqiqin telah bersepakat mengatakan bahawa ‘uzlah dengan
tubuh badan selama setahun adalah wajib ke atas ahli tarekat pada peringkat
permulaan mereka kecuali bersahabat dengan mursyid dan berkhidmat
kepadanya. Uzlah atau khalwah adalah perlu bagi peringkat permulaan dan
tujuannya adalah untuk menolak gangguan , menetapkan anggota badan dalam
melaksanakan syariat, menanggung kepayahan hidup berseorangan, mencari
ruang untuk memerhatikan atau muraqabah tentang diri dan seterusnya
bersedia untuk menerima apa sahaja yang ditajallikan oleh Allah ke dalam hati
dan perasaannya pada waktu ia mencapai kejernihan kemesraan dengan Allah
swt. (Abd Manam Mohamad, 2007)

Uzlah atau khalwah dalam tasawwuf bukanlah semata-mata


mengasingkan diri daripada manusia dan persekitaran dalam keadaan
kejahilan tetapi seseorang yang mahu berkhalwah menurut Imam al Qushairi
mestilah mencari atau mendapatkan ilmu ‘aqidah yang dapat membetulkan
pegangannya supaya dia tidak ditipu oleh was-was atau keraguan yang
ditimbulkan oleh syaitan. Dia juga perlu mendapatkan ilmu syariat yang mana
dengannya dia dapat melaksanakan kewajipannya supaya khalwahnya itu
terbina di atas asas yang kukuh. Khalwah yang diamalkan oleh golongan
Naqshabandiyyah ini tidaklah menafikan sama sekali persahabatan atau
pergaulan dan tidak pula bertentangan dengan asatarekat Naqshabandiyyah
iaitu khalwah fi jalwah atau khalwah batin. Mereka sebenarnya hanya
membataskan pergaulan tersebut kerana khalwah yang mereka lakukan adalah
secara berjemaah atau berkumpulan dimana mereka tidak meninggalkan solat
berjemaah dan solat jumaat jika sekiranya orang-orang yang melakukan
khalwah tersebut mencukupi syarat-syarat wajib jum’at. Khalwah yang
dilakukan oleh mereka itu bukanlah sepanjang masa kerana mereka
berkhalwah pada waktu tertentu sahaja sebagai Latihan untuk mencapai
peringkat khalwah batin(khalwah fi jalwah) yang menjadi asas tarekat
Naqshabandiyyah.

Khalwah yang dilaksanakan oleh golongan ini memiliki sandaran iaitu


bersandarkan pada khalwah atau uzlah dan I’tikaf Rasulullah saw Ibnu Ishaq
telah meriwayatkan bahawa Nabi saw pernah melakukan khalwah atau
mengasingkan diri ( mujawarah) di gua Hira’ selama sebulan iaitu pada bulan
Ramadan pada tiap-tiap tahun sebelum baginda diangkat menjadi Rasul.
Rasulullah saw sebagaimana yang telah diriwayatkan, juga pernah
mengasingkan diri dari isteri-isteri baginda selama sebulan dimana baginda
telah bersumpah tidak bersekedudukan dengan mereka dalam tempoh
tersebut. Dalam waktu tersebut, baginda SAW telah melakukan ibadah dengan
tekun sehingga kaki baginda menjadi pecah-pecah. Anas ibnu Malik telah
meriwayatkan peristiwa ini dengan kata-kata beliau yang bermaksud:

“Rasulullah saw telah melakukan ila’ terhadap isteri-isteri baginda dan tapak
kaki baginda telah menjadi pecah-pecah di mana baginda telah duduk dan
berada di suatu bilik kecil dalam rumah Baginda (mashrubah) selama dua
puluh Sembilan malam (dengan melakukan ibadah) kemudian baginda turun
lalu mereka (isteri-isteri baginda SAW) berkata : “ Wahai Rasulullah, engkau
telah melakukan ila’ selama satu bulan” lalu baginda SAW berkata “
sesungguhnya bulan ini adalah dua puluh Sembilan hari”.

‘Aisyah r.a juga telah meriwayatkan tentang khalwah Rasulullah saw ini
dimana beliau berkata yang bermaksud:

“ permulaan wahyu yang datang kepada Rasulullah SAW ialah mimpi-mimpi


yang baik di dalam tidur dan dia tidak melihat mimpi-mimpi itu kecuali ia
datang seperti cahaya subuh (kerana terangnya ) kemudian dikasihkan
kepadanya (menjadi gemar) berkhalwah dan dia mula berkhalwah di gua
Hira’ dengan bertahannuth di dalamnya iaitu ta’abbud (beribadah dengan
syariat nabi Ibrahim atau tahannuf) pada beberapa malam (iaitu dinisbahkan
kepada masa yang diselangi oleh baginda dengan kembali ke pangkuan
keluarga bagi mendapatkan bekalan untuk menyambung lagi khalwah
tersebut kerana masa khalwah yang baginda lakukan itu sebulan.

Syeikh Muhammad Mustafa Abu al ‘Ula menerangkan dengan kata-


kata beliau iaitu apa yang dikehendaki atau dimaksudkan dari uzlah itu ialah
kekosongan hati ((dari sebarang gangguan khawatir , apa yang dikehendaki
dari kekosongan hati itu pula ialah hidupnya hati dan terhasilnya fikrah dan
apa yang dikehendaki dari terhasilnya fikrah itu ialah terhasilnya ilmu
makrifah dan tetapnya ia di dalam hati, tetapnya ilmu tentang Allah di dalam
hati merupakan ubat bagi penyakit -penyakit hati dan kemuncak bagi
kesihatan hati tersebut. ‘Uzlah atau khalwah seperti inilah yang akan
menghasilkan makrifatullah dan mahabbah (mencintai Allah). Syeikh abu al
Hasan al Shazili telah menyatakan tentang hasil atau faedah yang diperolehi
dari ‘uzlah (khalwah) ini dengan kata-kata beliau iaitu hasil ‘uzlah itu ialah
kejayaan mendapat kurniaan pemberian Allah dan ia ada empat iaitu terbuka
atau terangkatnya hijab yang menutup hati, turunnya rahmat dari Allah),
mencapai hakikat mahabbah dan benar lidahnya dalam kata-kata.

Uzlah (khalwah seumpama ini dikehendaki dan diamalkan dalam


tarekat Naqshabandiyyah di mana mereka berkhalwah adalah semata-mata
mengenal Allah atau mencapai makrifatullah dengan sebenar-benarnya
berdasarkan rasaan rohani (dhawq) dan penglihatan matahati(basirah),
mencintai-Nya dan seterusnya mencapai keredhaanNya sebagaimana yang
dikehendaki dalam ajaran ilmu tasawwuf. Khalwah mereka adalah dengan
melaksanakan zikir dan muraqabah dan seterusnya mendapat mushahadah
bagi orang orang yang dikehendaki oleh Allah bukannya secara nazar dan fikir
(penelitian akal) yang berdasarkan akal fikir semata-mata. Hal ini kerana,
khalwah memiliki empat jenis iaitu

1. Mencari atau mendapatkan tambahan ilmu dari Allah (makrifah)


bukan dengan cara pemerhatian akal (nazar) dan berfikir.
2. Khalwah untuk membersihkan akal fikiran supaya pandangan mereka
betul di dalam mencari maklumat.
3. Khalwah untuk menjauhkan diri dari sesuatu yang tidak disukai iaitu
memelihara diri dari bergaul dengan orang-orang yang bukan sejalan
atau sealiran dengan mereka dan juga terlibat dengan sesuatu yang
tiada kaitan dan faedah bagi mereka.
4. Khalwah untuk mendapatkan kelebihan yang ada pada khalwah
tersebut seperti kekeramatan, kemasyhuran dan sebagainya.

Khalwah atau suluk ini sebenarnya merupakan prinsip dalam tarekat.


Abdul Qadir (2013) menegaskan bahawa khalwah ialah suatu pengamalan
yang dilaksanakan oleh seseorang dengan cara tidak berhubungan dalam
tempoh tertentu dengan manusia yang lain. Dalam masa yang sama, seseorang
itu juga mengabaikan seketika segala perihal urusan duniawi. Hal tersebut
adalah bagi memastikan hatinya bebas daripada kegiatan hidup yang penuh
dengan kesibukan dan dapat merehatkan fikiran daripada bebanan yang
sentiasa dipikul dalam kehidupan harian yang sentiasa wujud. Setelah itu,
dilaksanakan pula amalan zikir dengan hadir hati dan penuh kekhusyukan
sambil bertafakur berkenaan bukti kebesaran Allah SWT pada sepanjang hari,
siang dan malam. Pengamalan khalwah dalam tarekat ini mestilah di bawah
pimpinan syeikh mursyid ‘arif billah. Mursyid tersebut bertanggungjawab
dalam memberi tunjuk ajar kepada murid sekiranya dia jahil. Sekiranya dia
lalai, mursyid akan memberi peringatan kepadanya. Di samping itu juga,
dalam menjelaskan perihal khalwah, seseorang murid itu perlu sentiasa
berzikir dengan berterusan sehingga ingatan hatinya hanyalah ditumpukan
kepada Allah SWT semata-mata (Jahid, 2015).

Penganut tarekat melakukan khalwah dengan mengasingkan diri ke sebuah


tempat, di bawah pimpinan seorang mursyid. Kadangkala masa bagi
berkhalwah itu adalah selama 10 hari, 20 hari, dan 40 hari. Selama melakukan
khalwah, seseorang makan dan minum sedikit dan hampir seluruh waktunya
dipakai untuk berzikir seseorang itu tidak diperbolehkan berbicara kecuali
dengan syeikhnya atau dengan kelompok yang juga melakukan khalwah dan
itu pun terbatas pada soal kerohanian saja. Bahagian terpenting dari khalwah
adalah mengheningkan suasana dan berdiam diri dalam ruangan, bersikap
tenang dan biarkan fikiran tertumpu pada Tuhan, serta menghiraukan segala
pandangan-pandangan dan suara-suara dari dunia ini.( Zaman, 2014).
4.0 PERMASALAH BERTENTANGAN DENGAN KONSEP
KHALWAH DALAM INSITUSI TAREKAT.

5.0 ANALISIS

6.0 KESIMPULAN
Institusi tarekat tasawwuf sememangnya dikhususkan untuk penyucian jiwa
seseorang individu dengan melalui pendekatan bimbingan daripada syeikh
mursyid. Hal tersebut adalah bertepatan dengan prinsip-prinsip tarekat itu
sendiri yang menjuruskan pengamalnya kepada kebersihan (tazkiyah) dan
kesucian (tasfiyah) rohaninya, iaitu sifat takwa, zikrullah dan muraqabah serta
pengamalan suluk atau khalwah. Kesemua perihal tersebut adalah terarah
kepada aspek dalaman atau spiritual yang positif dan utuh melalui pimpinan
syeikh mursyid. Sekiranya penyakit jasmani mampu dirawat oleh pakarnya
iaitu doktor perubatan saintifik, maka penyakit rohani pula pakar yang mampu
merawatnya ialah syeikh mursyid. Dengan demikian, posisi seorang syeikh
mursyid menerusi bimbingan tarekat adalah sebagai doktor yang
bertanggungjawab dalam merawat rohani dan sahsiah para murid yang
memikul peranan sebagai mursyid dalam membantu para murid untuk
memperoleh kemantapan spiritual yang jitu.
7.0 RUJUKAN

Al- Quran
Abdul Hayei Abdul Sukor. 2005. Syeikh Mursyid di Antara Penghormatan dan
Pendewaan. Jurnal Penyelidikan Islam, 18: 127-142.
Abdul Qadir Isa. 2013. Haqaiq `an al-Tasawwuf. Kaherah: Dar al-Maqtum
Abubakar. 1996. Pengantar Ilmu Tarekat (Uraian Tentang Mistik), cet. XIII.
Abul Qasim al-Qusyairy an-Naisabury. 2001. ar-Risalatul Qusyairyyah fi
`Ilmi at-Tashawwufi, terj.Mohammad Luqman Hakiem, cet.v. Surabaya.
Al-Ghazali, Abu Hamid, Ihya Ulumuddin, vol. III
Haidhar Kamarzaman (T.th) Tarikat Naqshabandiyyah Khalidiyyah: Suatu
Analisis. Universiti Kebangsaan Malaysia
Haidhar Kamarzaman. 2018. Pengenalan Terhadap Institusi Tasawwuf di
Malaysia: Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah. Dalam: Proceeding 3rd
International Seminar on Islamic Thought Islam Rahmatan Lil ‘Alamin
(Mercy to the World). 2018, Bangi, Malaysia.
Imron Aba.1980. Di Sekitar Masalah Thariqat Naqsabandiyah.
Isa & Abdul Qadir. 2005. Haqa’iq at-Tashawuf. terj. Khairul Amru Harahap
dan Afrizal Lubis. Jakarta, Qisthi Press.
Jahid Sidek. 2015. Shaikh dalam Ilmu Tariqah. Selangor: al-Falah Publications
M. Solihin & Rosihon Anwar.2008. Ilmu Tasawwuf. Bandung : Pustaka setia.
Malaysian Journal for Islamic Studies. 2020. Penerbit Universiti Sultan Zainal
Abidin.
Mueeza. 2019. Mukhtashar Ihya’Ulumuddin: Sebuah Ringkasan Kitab Agung
Sepanjang Masa Tentang Cara Hidup yang Berlandaskan Nilai-Nilai
Islam oleh Al-Ghazali. terj. Oleh Ach Fairuzzabadi.
Nurhikmah. T.th. Wujudnya Ajaran Dakwah Jemaah Khalwatiyah Samman.
Putri Fajriah. 2019. Khalwah Dalam Mengendalikan Emosi. Uin Sunan
Gunung Djati Bandung
Saifulloh. 2017. Khalwah Menurut Sihabuddin `Umar As-Suhrawardi Dalam
Kitab Awarif Al-Ma`Arif Dan Kesihatan Jiwa Dalam Pandangan Psikologi
Barat. Tasawwuf Dan Psikoterapi Fakulti Usuluddin Dan Humaniora
Universiti Islam Negeri Walisongo Semarang.
Sulaiman al-Kumayi. 2005. Cahaya Hati Penenteram Jiwa, cet.I (Semarang:
Pustaka Nuun,).
Syihabuddin `Umar Suhrawardi. 2007. Awarif al-Ma’arif, Terj. Ilma
Nugrahani Ismail. Pustaka Hidayah.
Zaman. 2014. Robert Frager, Psikologi Sufi untuk Transformasi Hati, Jiwa,
dan Ruh

Anda mungkin juga menyukai