Anda di halaman 1dari 49

1

PERAKAUNAN AA015
BAB 2 :

KONSEP-KONSEP ASAS
PERAKAUNAN
2
Objektif
Menjelaskan makna prinsip perakaunan
diterima umum dan kepentingannya.
Menjelaskan konsep-konsep asas
perakaunan.
Menjelaskan persamaan perakaunan dan
definisi aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil,
belanja dan ambilan serta kesannya.
Menganalisis kesan transaksi perniagaan
ke atas persamaan asas perakaunan.
Menerangkan sistem catatan bergu.
Menjelaskan hukum debit dan kredit.

3
KONSEP-KONSEP ASAS
PERAKAUNAN




Prinsip Perakaunan Diterima Umum
Konsep-konsep Perakaunan
Persamaan Perakaunan
Sistem Catatan Bergu
Soalan Pengukuhan
4
- Peraturan yang perlu dipatuhi dalam perakaunan.
- Panduan untuk mengukur, merekod dan
melaporkan aktiviti ekonomi.
- Merangkumi konvensyen, konsep, peraturan,
prosedur dan garis panduan yang standard.
- Situasi yang sama akan diukur, direkod dan
dilapor dengan cara yang sama oleh semua
akauntan.
TUJUAN
- Maklumat yang dilaporkan dalam Penyata
Kewangan lengkap, boleh dipercayai, difahami
dan untuk tujuan membuat perbandingan.

Prinsip Perakaunan
Diterima Umum
5
KONSEP-KONSEP
PERAKAUNAN
RUMUSAN
6
Konsep-Konsep Perakaunan
Materialiti
Realisasi
Pemadanan
Konservatisme /
Pruden
Pendedahan
Penuh
Keobjektifan



Kos Sejarah
Pengukuran Wang
Stabil
Entiti Berasingan
Usaha Berterusan
Ketekalan
Tempoh
Perakaunan



7
- Aset direkod pada harga kos asal atau pada masa dibeli.
- Sebab objektif dan boleh dibuktikan.

Contoh:
Perniagaan AA membeli sebuah kereta dengan harga
RM20,000 pada 21 Ogos 2005. Harga pasaran meningkat
kepada RM25,000 pada keesokannya. Apakah nilai yang
harus direkod oleh Perniagaan AA. Kenapa?
Penyelesaian:
Nilai yang direkod adalah RM20,000 kerana nilainya telah
dipersetujui dan bersamaan dengan tarikh berlakunya
urusniaga belian.

Kos Sejarah (Historical Cost)
8
Wang digunakan sebagai alat pertukaran dan direkodkan
dalam buku perakaunan dan ia dianggap stabil.
Contoh:
Satu urusniaga telah berlaku dalam Perniagaan AA tetapi
nilainya dalam wang tidak dapat dipastikan. Akauntan
perniagaan membuat keputusan tidak merekod urusniaga
tersebut sehingga nilai dalam wang dapat dipastikan.
Penyelesaian:
Tindakan tersebut adalah tepat kerana pelaporan
urusniaga perlu dipastikan dan dilaporkan dalam nilai wang
yang tepat dan nilai ini tidak akan diubah mengikut nilai
inflasi.



Pengukuran Wang
(Monetary Unit)
9

Perniagaan dan pemilik adalah dua entiti yang berbeza.
Perniagaan tiada kaitan dengan hak peribadi pemilik .


Contoh:
En AA membeli sebuah kereta untuk kegunaan isterinya.
Beliau telah merekodkan pembelian ini ke dalam rekod
perniagaanya. Selain itu semua perbelanjaan minyak
petrol untuk kereta tersebut turut direkod dalam buku
perniagaannya.


Penyelesaian:
En. AA tidak mematuhi konsep entiti berasingan.
Pembelian kereta dan perbelanjaan minyak petrol adalah
perbelanjaan peribadi bukannya perbelanjaan
perniagaan. Ia tidak boleh direkod dalam buku
perniagaannya.


Entiti Berasingan (Separate Entity)
10
Perniagaan ditubuhkan untuk diteruskan dan dimajukan.
Tidak dibubarkan dalam jangka pendek.
Menilai aset tetap secara berterusan dalam operasi
perniagaan untuk menghasilkan pendapatan.

Contoh:
Perniagaan AA membeli sebuah kenderaan berharga
RM20,000 dengan anggaran jangka hayatnya selama 10
tahun. Harga pasaran kenderaan tersebut adalah
RM25,000. Adalah dicadangkan kenderaan tersebut
disusutnilaikan untuk tempoh 5 tahun kerana perniaagaan
dijangka akan dibubarkan dalam jangkamasa tersebut.
Penyelesaian:
Cadangan ditolak kerana bertentangan dengan konsep
usaha berterusan. Kenderaan perlu direkod pada nilai
RM20,000 dan disusutnilaikan selama 10 tahun kerana
perniagaan diandaikan akan beroperasi untuk jangkamasa
yang tidak boleh ditetapkan


Usaha Berterusan (Going Concern)
11

Kekalkan semua kaedah yang digunakan.
Tujuan mudah buat perbandingan antara tahun-tahun
lepas dan firma lain.
Laporan itu adil dan dapat dipersembahkan.

Contoh:
Perniagaan AA menggunakan kaedah garislurus dalam
menilai susutnilai semua aset tetap syarikat. Syarikat
bercadang untuk menukar kaedah penilaian kepada kaedah
baki berkurangan untuk semua aset tetap. Adakah tindakan
ini mematuhi konsep ketekalan?
Penyelesaian:
Tidak mematuhi konsep ketekalan, kerana sesuatu kaedah
yang telah digunakan perlu diteruskan penggunaannya
untuk tahun-tahun seterusnya.

Ketekalan (Consistency)
12
Perniagaan disediakan untuk satu tempoh biasanya 12
bulan, membolehkan prestasi entiti dapat diukur dan
dibandingkan.

Contoh:
Perniagaan AA telah ditubuhkan pada 1 Januari 2006.
Perniagaan ini menutup akaun perniagaannya setiap 12
bulan iaitu pada 31 Disember setiap tahun. Jelaskan
konsep perakaunan yang terlibat.

Penyelesaian:
Tindakan ini adalah amalan biasa perniagaan dan ia
memenuhi konsep tempoh perakaunan di mana penyata
kewangan disediakan untuk setiap 12 bulan.

Tempoh Perakaunan
(Accounting Period)
13
Dianggap material atau tidak dari segi nilai (angka) dan
maklumat jika ia boleh mengubah keputusan yang akan
dibuat oleh pembuat keputusan.
Penentuan materialiti:-
a) perlu buat bandingan.
b) imbangan dari segi saiz, ciri-ciri dan sifat.

Contoh:
Dua peralatan telah dibeli pada harga RM10 dan
RM10,000 masing-masing. Usia guna dijangkakan selama
10 tahun. Dicadangkan kedua-dua peralatan
disusutnilaikan selama 10 tahun. Berikan pendapat anda.
Penyelesaian:
Menurut konsep materialiti adalah tidak material untuk
mengira susutnilai ke atas peralatan berharga RM10. Ia
lebih sesuai dilaporkan sebagai belanja. Sementara
RM10,000 adalah material untuk disusutnilaikan selama
10 tahun.








Materialiti (Materiality)
14
Realisasi (Realisation)
Hasil hanya diambilkira jika ia benar-benar berlaku.
Kriteria:-
berlaku pertukaran hakmilik.
pembeli sanggup bayar.
kestabilan nilai matawang.
pembeli berupaya bayar.

Contoh:
En AA adalah pengusaha tembikar. Beliau telah menerima
tempahan 100 pasu tembikar dan telah menerima bayaran
sebanyak RM100. Beliau telah merekodkan tempahan
tersebut dan mengiktiraf hasilnya pada tarikh tempahan
diterima. Berikan pendapat anda.
Penyelesaian:
En AA tidak boleh mengiktiraf tempahan tersebut sebagai
hasil kerana urusniaga pertukaran hak milik belum berlaku
dan bayaran tersebut hanyalah sebagai deposit.
Tindakannya tidak menepati konsep realisasi.



15

Belanja yang dikeluarkan untuk mendapatkan hasil untuk
tempoh yang sama.
Tujuan ketahui jumlah sebenar hasil & belanja untuk sesuatu
tempoh perakauanan.
.
Contoh:
En AA tidak merekodkan belanja utiliti dalam bulan Disember
sebanyak RM 2000 kerana bil hanya diterima dalam bulan
Januari berikutnya.

Penyelesaian:
Tidak mematuhi konsep pemadanan kerana belanja tempoh
semasa perlu direkodkan dalam tempoh perakaunan semasa.



Pemadanan (Matching/Accrual)
16
Jika ada jangkaan dalam kerugian akan diambilkira
tetapi jangkaan keuntungan tidak diambilkira.
Aset tidak terlebih nyata dan liabiliti tidak terkurang
nyata
Contoh:
Perniagaan AA telah disaman dan peguam syarikat
menjangkakan syarikat akan kalah dalam
perbicaraan tersebut dan dijangka perlu membayar
RM10,000 sebagai pampasan. Apa pendapat
anda?
Penyelesaian:
Jangkaan kerugian tersebut perlu dicatat dalam
Penyata Kewangan.

.


Konservatisme / Pruden
(Conservatism / Prudent)
17
Mendedahkan semua fakta penting yang berkaitan dengan
organisasi.

Contoh:
Perniagaan AA telah membuat perubahan dalam kaedah
penilaian stok yang digunakan. Syarikat tidak mendedahkan
perkara ini dalam penyata kewangan bagi tempoh
perakaunan berkenaan.
Penyelesaian:
Tindakan ini tidak mematuhi konsep pendedahan penuh di
mana perubahan yang dibuat itu perlu dilaporkan dalam nota
kepada akaun. Tujuannya adalah untuk memaklumkan
perubahan yang berlaku kepada pengguna penyata
kewangan.

Pendedahan Penuh (Full
Disclosure)
18
Semua data perakaunan harus ada bukti yang menyokong
berlakunya urusniaga.
Tujuan elak daripada akauntan beri pendapat yang
subjektif dan tidak tepat.
Rekod boleh dipercayai benar dan tepat.
Contoh:
Perniagaan AA menjalankan dasar di mana hanya
urusniaga tunai sahaja dikeluarkan resit, tetapi bagi
urusniaga pemulangan barang jualan tiada sebarang
dokumen dikeluarkan. Beri pendapat anda.
Penyelesaian:
Syarikat tidak mematuhi konsep objektiviti untuk urusniaga
pemulangan barang jualan kerana semua urusniaga yang
berlaku perlu disahkan dengan pengeluaran dokumen
tertentu. Selain sebagai bukti ia juga dapat memudahkan
perekodan dibuat.

Objektiviti (Objectivity)
19
RUMUSAN






Konsep-konsep asas dalam perakaunan
menjadi garis panduan yang diterima
umum dan dipraktiskan sebagai satu
standard yang universal.

Konsep-konsep ini penting bagi
memastikan penyediaan penyata
kewangan yang standard kepada
pengguna maklumat perakaunan.

20
PENGKELASAN AKAUN
DALAM SESUATU ENTITI

Rumusan
PERSAMAAN PERAKAUNAN

Rumusan
21
Pengkelasan Akaun Dalam
Sesuatu Entiti
Penyata
Kewangan
(Financial Statement)
Penyata
Pendapatan
(Income
Statement)
Penyata
Ekuiti
Pemilik
Lembaran
Imbangan
(Balance Sheet)

Penyata
Aliran Tunai
(Cashflow
Statement)
Nota Kepada
Akaun
(Notes To The
Accounts)
22








Penyata Pendapatan



Hasil


Belanja

23
Hasil (Revenues)
Segala perolehan daripada jualan barang atau
penyediaan perkhidmatan.

2 jenis hasil iaitu:-
Hasil Pengendalian Pernigaaan
Contoh:- Jualan, hasil perkhidmatan

Hasil Bukan Pengendalian Perniagaan
Contoh:- Faedah diterima, simpanan, sewa
diterima, untung atas jualan aset tetap
24
Belanja (Expenses)

Kos atau pembayaran dalam memperolehi hasil.

2 jenis belanja iaitu:-
Belanja Operasi
Contoh:- Kadar bayaran / utiliti, Belanja
Jualan, Angkutan Keluar
Belanja Bukan Operasi
Contoh:- Faedah atas Overdraf


25








Lembaran Imbangan

Aset Liabiliti
Ekuiti
Pemilik
26
- Harta /sumber yang dimiliki oleh perniagaan.
- Aset dibahagikan kepada dua:-
1. Aset Bukan Semasa
Aset yang tahan lama dan boleh digunakan
untuk beberapa tahun.
Terbahagi kepada 2:-
i. Aset ketara/nyata/tetap Dapat dilihat
secara fizikal.
Contoh:- Bangunan, kenderaan, peralatan
ii. Aset tak ketara Tidak dapat dilihat
secara fizikal.
Contoh:- Tanda dagang, paten, hak cipta

Aset (Asset)
27
2. Aset Semasa

Wujud dalam satu tempoh perakaunan dan
boleh ditukar menjadi tunai dalam tempoh
setahun.

Sentiasa berubah bentuk dan nilai.
Contoh :- Inventori, Akaun Belum Terima,
Tunai, Bank dan sebagainya.
28
LIABILITI (LIABILITY)
Hutang / obligasi perniagaan yang perlu dibayar
oleh
entiti kepada pihak lain.

Liabiliti dibahagikan kepada 2 jenis:-

1. Liabiliti Jangka Panjang ( > 1 tahun)
Hutang yang perlu dijelaskan dalam tempoh
yang melebihi satu tahun.
Contoh:- Pinjaman jangka panjang, gadai janji


29
2. Liabiliti Semasa ( < 1 tahun)

Hutang yang perlu dijelaskan dalam tempoh
kurang dari setahun.

Contoh:- Akaun belum bayar, Belanja utiliti belum
bayar, overdraf.

30
EKUITI PEMILIK
(OWNERS EQUITY)
- Tuntutan pemilik ke atas perniagaan. Ia
termasuk :
Modal yang dilaburkan oleh pemilik ke
dalam perniagaan.
Untung bersih hasil daripada kegiatan
perniagaan.
31
Elemen-elemen yang terlibat dalam ekuiti
pemilik :
Modal
Terdiri daripada aset-aset yang diletakkan dalam
perniagaan oleh pemilik.
Ia akan menambahkan ekuiti pemilik.
Ambilan
Pemilik mengeluarkan wang tunai atau barang niaga
untuk kegunaannya sendiri.
Kesannya akan mengurangkan nilai ekuiti pemilik.
Untung
Belanja
Kesannya akan mengurangkan ekuiti pemilik.
Hasil
Kesannya akan menambahkan nilai ekuiti pemilik.
32
RUMUSAN
Terdapat 5 kumpulan utama akaun-akaun di
dalam Penyata Kewangan untuk keperluan
perekodan akaun perniagaan iaitu:
1. Hasil
2. Belanja
3. Aset
4. Liabiliti
5. Ekuiti Pemilik

33

Persamaan Perakauan

Tanpa Hasil
Dan Belanja
Mengambilkira
Hasil Dan Belanja
34
Persamaan Perakaunan Tanpa
Hasil Dan Belanja
35
Contoh:-
1. Memulakan perniagaan dengan modal tunai RM 1,000
ASET = LIABILITI + EKUITI

Tunai Modal
+1000 +1000


ASET = LIABILITI + EKUITI

Tunai Ambilan
-100 -100

Kesannya: Aset bertambah : Ekuiti bertambah
2. Pemilik mengeluarkan RM 100 tunai untuk kegunaannya
Kesannya: Aset berkurang : Ekuiti berkurang


36
3. Perniagaan meminjam dengan En. BB sebanyak
RM3,000 dan diberikan cek.


ASET = LIABILITI + EKUITI

Tunai Pinjaman
+3000 +3000


ASET = LIABILITI + EKUITI

Tunai Pinjaman
-100 -100

Kesannya: Aset bertambah : Liabiliti bertambah
4. Perniagaan membayar pinjaman RM 100 secara tunai

Kesannya: Aset berkurang : Liabiliti berkurang


37
Persamaan Perakaunan
Mengambilkira Hasil dan Belanja
38
Contoh:
1. Perniagaan membuat jualan secara kredit kepada CC
Agensi bernilai RM2,000
ASET = LIABILITI + EKUITI

A/K belum Terima Jualan
+2000 +2000
ASET = LIABILITI + EKUITI
Bel. Telefon terakru Belanja telefon
+90 -90
Kesannya: Aset bertambah : Ekuiti bertambah
(Peningkatan HASIL)
2. Perniagaan menerima bil telefon sebanyak RM90
Kesannya: Liabiliti bertambah : Ekuiti berkurang
(Peningkatan BELANJA)
39

3. Pemilik perniagaan En. JJ mengambil wang tunai
sebanyak RM150 untuk kegunaannya sendiri.

ASET = LIABILITI + EKUITI

Tunai Ambilan
-150 -150

Kesannya: Aset berkurang : Ekuiti berkurang
(Peningkatan Ambilan)
40
RUMUSAN
Persamaan Perakaunan adalah asas
utama kepada penyediaan semua
rekod-rekod perakaunan.

Semua catatan urusniaga di dalam
rekod-rekod perakaunan perlu
mengekalkan keseimbangan
Persamaan Perakaunan ini.
41
SISTEM CATATAN BERGU
(DOUNBLE ENTRY)
Rumusan
42

Bergu bererti berpasangan dan sistem
catatan bergu adalah satu sistem yang
melibatkan catatan debit dan catatan
kredit.
Definisi Catatan Bergu
43
Prinsip Sistem Catatan Bergu
DEBIT = Catatan sebelah KIRI akaun
KREDIT = Catatan sebelah KANAN akaun

Format Akaun T :

Tajuk Akaun
DEBIT KREDIT
44
Hukum Debit Dan Kredit

Akaun Rekod Catatan Baki Normal

ASET DEBIT DEBIT
KREDIT


LIABILITI KREDIT KREDIT
DEBIT


45
Hukum Debit Dan Kredit

Akaun Rekod Catatan Baki Normal


EKUITI PEMILIK KREDIT KREDIT
DEBIT



HASIL KREDIT KREDIT
DEBIT


BELANJA DEBIT DEBIT
KREDIT
46
Contoh:-
1. Pemilik memulakan perniagaan dengan tunai RM 1,000
Aset = Liabiti + Ekuiti Pemilik
Tunai (Debit) = Modal (Kredit)
2. Membeli peralatan pejabat secara tunai RM 150
Peralatan (Debit) =
Tunai (Kredit)

Akaun Tunai Akaun Modal
1. 1000 1. 1000
2. 150
Akaun Peralatan
2. 150


47
Mengira Baki Akaun - T
Contoh:-
Akaun Tunai

Baki b/b 0
1000 150
h/b 850
1000 1000

b/b 850
48

Terdapat 2 jenis baki iaitu:

1. Baki Normal
Baki normal sesuatu akaun adalah di sebelah di
mana peningkatan akan direkodkan
Contoh:- Aset disebelah DEBIT
Liabiliti dan Ekuiti di sebelah KREDIT

2. Baki Tidak Normal
Baki adalah disebelah bertentangan dari baki
normal
49
RUMUSAN
Mengikut Sistem Catatan Bergu jumlah
sebelah debit akan sama dengan jumlah
sebelah kredit.

Dalam merekod urusniaga mesti mematuhi
peraturan merekod dalam Sistem Catatan
Bergu iaitu hukum debit dan kredit.

Dengan itu, sistem catatan bergu akan terjadi
secara automatik dan persamaan perakaunan
akan seimbang.

Akaun T adalah satu cara merekod
urusniaga secara sistematik.

Anda mungkin juga menyukai