Anda di halaman 1dari 3

1

Pengenalan Rekoder


REKODER

PENGENALAN

Rekoder adalah sejenis alat muzik tiupan yang diperbuat daripada kayu atau plastik.
Terdapat pelbagai saiz rekoder untuk peranan yang berlainan. Antaranya adalah rekoder
sopranino, soprano, alto, tenor dan bes. (Gambarajah 1)

Gambarajah 1





























Penggunaan rekoder dalam aktiviti pembelajaran muzik di bilik darjah adalah bertujuan
memberi pengalaman muzikal secara hands-on. Pada masa yang sama pelajar
mengukuhkan kefahaman bahasa muzik melalui pengalaman praktikal.

Bahan yang dicadangkan dapat membantu proses pembelajaran bagi mengukuhkan
kemahiran dan penguasaan bermain rekoder.
Soprano
Tenor
Bes
Alto
Sopranino


2
Pengenalan Rekoder




1. STRUKTUR REKODER

Struktur rekoder adalah seperti dalam Gambarajah 2.


Gambarajah 2


























2. TEKNIK BERMAIN REKODER

Untuk bermain rekoder dengan baik, teknik permainan rekoder yang betul
perlu diamalkan.

2.1 Teknik Asas Sebelum Meniup Rekoder

2.1.1 Postur
Duduk atau berdiri tegak dalam keadaan selesa semasa
memegang rekoder.


3
Pengenalan Rekoder
Pegang rekoder dengan kecondongan 45 darjah dari badan.
(Elakkan daripada menundukkan kepala berlebihan atau
membongkokkan badan.)





Gambarajah 3(a) Gambarajah 3(b)


















2.1.2 Cara Memegang Rekoder

Cara memegang rekoder yang betul akan memberi keselesaan dan
memudahkan pergerakan jari semasa bermain rekoder.

a. Pegang rekoder dengan meletakkan jari tangan kiri pada bahagian
pangkal.

b. Tangan kanan memegang bahagian hujung badan rekoder.

c. Imbangan rekoder terletak pada bibir bawah dan ibu jari tangan kanan.

Anda mungkin juga menyukai