Anda di halaman 1dari 11

1

MODUL SKOR A PENGAJIAN AM


KERTAS 2
2007















Edisi Guru
















Unit Kurikulum
Jabatan Pelajaran Perak

MODUL 1
2
Bahagian A

Soalan

Petanda kecelaruan moral dalam diri remaja hari ini semakin membimbangkan semua pihak.
Konflik dalaman remaja itu bukanlah satu-satunya faktor yang menyumbang kepada peningkatan jenayah
juvenil. Bincangkan.

Jawapan

Pengenalan:
Zaman remaja merupakan transisi alam kanak-kanak ke alam dewasa. Pada peringkat ini perubahan
fizikal dan mental individu berlaku dengan lebih cepat. Semua pihak seharusnya lebih prihatin terhadap
dilema yang dihadapi oleh remaja.

BIL IDEA HURAIAN


1.
A. KONFLIK REMAJA

Konflik dalaman


- Remaja mengalami kecelaruan identiti dan sukar untuk
menerima proses transisi / perubahan.
- Mereka berasa rendah diri berbanding orang lain
(pencapaian akademik / penampilan fizikal).
- Bimbang disingkirkan rakan.


2.
B. FAKTOR LAIN-LAIN

Kepincangan institusi
kekeluargaan


- Mangsa penceraian ibu bapa kehidupan mereka
terabai.
- Kurang kasih sayang disebabkan ibu bapa sibuk.
- Kemiskinan - tidak dapat memenuhi keperluan asas
3. Pegangan agama yang longgar - Kurang didikan agama menyebabkan mereka terjebak
dalam kegiatan tidak bermoral seperti ragut, rogol dan
rompakan.
4. Pengaruh media massa - Perkembangan teknologi maklumat menyebabkan
remaja mudah memperoleh bahan-bahan yang tidak
bermoral seperti gambar-gambar porno dan pelbagai
bahan picisan.
- Program realiti tv lebih menjurus kepada pengaruh
negatif yang tidak mencerminkan nilai-nilai ketimuran.
5. Sikap individualistik masyarakat - Segelintir masyarakat tidak mengamalkan semangat
kekitaan dan semangat kejiranan.
- Mereka sekadar memandang segala aksi negatif remaja
tanpa berusaha untuk mencegah pelakuan tersebut.
- Mereka tidak mahu menjaga tepi kain orang.
6. Keciciran dalam pendidikan - Mereka tidak berminat untuk belajar dan sering ponteng
sekolah.
- Mereka menganggap peraturan-peraturan sekolah
sesuatu yang mengongkong kebebasan, akibatnya
tercicir dalam pelajaran.
- Seterusnya, mereka bergaul dengan rakan-rakan yang
terlibat dalam kegiatan jenayah.
- Sikap remaja yang ingin mencuba menyebabkan mereka
sangup melakukan aksi-aksi ganas.
3
Penutup:
Semua pihak perlu berkerjasama menangani masalah yang melibatkan salah laku remaja. Hal ini
penting bagi melahirkan modal insan yang boleh memacu kemajuan negara.

Skema : 1 + 3

Idea 4 markah
Huraian 12 markah
Bahasa 5 markah
Persembahan 4 markah
-------------
J umlah 25 markah


Bahagian B

Soalan

Pada tahun 2006, didapati kira-kira lima peratus atau sejuta rakyat Malaysia dikenal pasti sebagai
pembawa gen talasemia. Daripada jumlah ini, 200 hingga 350 bayi yang dilahirkan di negara ini
didiagnosis menghidap penyakit tersebut. Bayi yang tidak dirawat akan meninggal dunia dalam usia antara
10 hingga 12 tahun.
Huraikan simptom-simptom penyakit ini dan bincangkan kaedah rawatan yang sesuai untuk
mengawal talasemia.

Skema Jawapan
Pengenalan
Talasemia atau dikenali sebagai Mediterranean Anemia adalah penyakit kecacatan darah yang boleh
diwarisi oleh anak jika kedua-dua ibu bapanya mempunyai gen yang terlibat. Penghidap talasemia ini tidak
boleh menghasilkan hemoglobin yang normal.

BIL. IDEA HURAIAN


1
A. SIMPTOM

Pucat bibir, lidah, tangan, kaki
dan bahagian badan lain


- Hemoglobin tidak mencukupi / paras hemoglobin
rendah.
- Sel darah merah kurang menyebabkan pesakit menjadi
pucat.
2. Lesu, keletihan dan sesak nafas - Kekurangan sel darah merah untuk membawa oksigen
dan nutrien lain ke seluruh badan.
- Tisu gagal berfungsi dengan baik kerana ketiadaan /
kekurangan oksigen - tubuh menjadi lemah.
3. Kurang selera makan - Bayi sukar menyusu.
- Tidak selesa untuk bernafas kerana kekurangan oksigen.
- Kekurangan tenaga untuk melakukan aktiviti.
4. Abdomen membengkak - Disebabkan oleh pembesaran limpa dan hati.
- Lebihan ferum, akibat kekerapan pemindahan darah,
merosakkan hati dan organ-organ lain (jantung / paru-
paru).


B. LANGKAH-LANGKAH
PENGAWALAN


4
5. Pemindahan darah untuk
penghidap talasemia major /
serius
- Sekurang-kurangnya 3 hingga 4 minggu sekali untuk
mengekalkan tahap hemoglobin.
- Kesannya penghidap akan menjadi aktif dan cergas.
- Rawatan ini membantu perkembangan / tumbesaran
kanak-kanak.
6. Penggunaan antibiotik dan ubat.
Exjade - ubat oral,
deferasirox - bentuk pil,
ubat desferrioxamine - suntikan
- 30% pesakit yang menggunakan ubat ini dapat hidup
secara normal.
- Penghidap talasemia, terutamanya kanak-kanak boleh
menerima suntikan secara berterusan pada waktu
malam.
- Hal ini membantu tubuh badan membuang lebihan
ferum.
7. Melakukan ujian darah - Pasangan yang hendak berkahwin disarankan untuk
menjalani ujian darah bagi memastikan mereka normal.
- Pasangan yang menjadi pembawa - menjalani ujian
darah sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan
anak kerana kebarangkalian 25 % sahaja anak yang
dilahirkan normal, 25% - penghidap talasemia dan 50%
pembawa.
8. Khidmat nasihat kaunselor
genetik
- Mendapat maklumat dan membuat ujian / diagnosis
pranatal bagi pembawa yang hamil.
- Membantu membuat perancangan keluarga penghidap
talasemia.

Penutup
Talasemia tidak boleh dicegah pada masa ini tetapi pesakit yang mendapat rawatan secara optimum
berpeluang untuk hidup sehingga usia 40-an. J usteru, mengetahui simptom-simptom talasemia lebih awal
dan mengambil tindakan sewajarnya dapat mengurangkan bilangan penghidap penyakit ini.


Skema : 2 + 2

Idea 4 markah
Huraian 12 markah
Bahasa 5 markah
Persembahan 4 markah
-------------
J umlah 25 markah


Bahagian C

Soalan 5(a)

kempen yang dijalankan pelbagai pihak terhadap bahaya merokok seringkali ditenggelamkan
oleh iklan rokok yang hebat dan mempesonakan. Rokok telah menjadi sebahagian daripada hidup
masyarakat hari ini biarpun tidak ada manfaat yang diperoleh. Rokok juga telah menjadi sebahagian
daripada madat yang menyebabkan penggunanya menjadi ketagih.
(Dipetik dan diubahsuai daripada
Di Mana Silapnya Bahaya Merokok?. Akademik, Disember 1997)

5
(i) Mengapakah kempen bahaya merokok seringkali gagal?
(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan beberapa faktor yang
mendorong seseorang itu merokok?

Jawapan (i) :
Kempen bahaya merokok seringkali gagal kerana pengaruh iklan.

Jawapan (ii) :
- Pengaruh rakan, ibu bapa dan iklan
- Perasaan ingin tahu dan ingin mencuba sehingga menjadi tabiat.
- Ingin mengatasi perasaan rendah diri apabila berada di khalayak ramai
- Sebagai lambang kedewasaan
- Penawaran dan bekalan yang mencukupi

Soalan 5(b)
Perlindungan harta intelek di Malaysia telah bermula sejak 1962 dan mulai dari tarikh itu, semua
harta intelek mesti dipatenkan. Bertujuan menjaga kepentingan industri harta intelek di peringkat domestik
dan global serta mewujudkan satu sistem perlindungan dan pembangunan yang kukuh dan komprehensif.
Bahagian Harta Intelek telah digubal dan menjadi badan berkanun dengan penguatkuasaan Akta Perbadanan
Harta Intelek Malaysia 2002.
(Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada
Utusan Malaysia, J umaat 27 April 2007)

i) Mengapa Harta Intelek mesti dipatenkan?.
ii) Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan, jelaskan kepentingan harta intelek
kepada semua pihak ?
Jawapan (i) :
Mewujudkan satu sistem perlindungan dan pembangunan yang kukuh serta komprehensif di
samping menjaga kepentingannya di peringkat domestik dan global.

Jawapan (ii) :
- Menjana ekonomi negara.
- Mempertahankan hak dengan adanya pendaftaran dan perlindungan jenama.
- Menembusi pasaran perniagaan ke serata dunia.
- Bukti pemilikan idea dan reka bentuk secara rasmi.
- Terjamin - tiada ciplak inovasi.
- Tidak dieksploitasi oleh mana-mana pihak demi keuntungan ke atas keringat orang lain.
- Menghormati hak-hak pemilikan inovasi.
- Elak pengakuan dan penipuan jenama

Soalan 6(a)
perhatian juga diberikan bagi memastikan orang kurang upaya (OKU) ada akses tanpa halangan
dalam menjalani kehidupan seharian. Menyedari potensi guna tenaga yang ada pada OKU, pelbagai
inisiatif dalam menghasilkan kemudahan dan keperluan golongan ini telah dititikberatkan. Pelbagai
kemudahan dicipta agar pengurusan diri mereka boleh dioptimumkan sebaik mungkin
(Dipetik dan diubahsuai Kosmo, 19 April 2007)

(i) Kenapakah pelbagai kemudahan dicipta kepada OKU?
(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, bagaimanakah alat ciptaan sains
dan teknologi memudahkan OKU menjalani kehidupan seharian?

6
Jawapan (i) :
- supaya pengurusan dan keupayaan diri OKU boleh digunakan sepenuhnya.

Jawapan (ii) :
- kerusi roda boleh menggerakkan OKU yang lumpuh / kecacatan kaki
- alat kawalan jauh supaya mereka tidak perlu banyak bergerak
- peralatan pendidikan seperti mesin braille, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), alat
pendengaran dsb.
- pengangkutan seperti basikal, motosikal, kereta, dan bas
- tandas


Soalan 6(b)

walaupun makanan ubah suai genetik atau transgenik (GMO) dilihat mampu mengatasi masalah
kekurangan makanan di sesetengah negara miskin, namun ia tidak diterima sepenuhnya oleh masyarakat
dunia. GMO turut mendapat tentangan banyak pihak terutamanya pejuang keselamatan makanan sekalipun
banyak makanan GMO berjaya diperkenalkan. Atas faktor keselamatan dan kesihatan serta bantahan orang
ramai di peringkat antarabangsa hanya beberapa jenis makanan GMO sahaja dibenarkan antaranya tomato,
padi golden, jagung manis, kacang soya, kentang, tebu dan sayur sawi
(Sumber : Estidotmy, 28 Mac 2007)

i) Mengapakah GMO mendapat tentangan masyarakat dunia walaupun mampu mengatasi
masalah kekurangan makanan?
ii) Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan, apakah kesan bahaya makanan GMO
kepada kesihatan?.

Jawapan (i) :
Faktor kesihatan dan keselamatan .

Jawapan (ii) :
1) Mengandungi toksin : Makanan GMO boleh menyebabkan perubahan struktur mutasi
dalam sesuatu organisma. Mencipta toksin atau racun yang baru dan berkadar tinggi
dalam makanan.
2) Kesan alergi : Makanan GMO boleh menghasilkan kesan alergi yang tidak dikenalpasti
dan tidak diketahui dalam makanan.
3) Kematian, lumpuh dan ilat sementara sindrom L-Tryptophani iaitu sejenis tambahan
makanan yang terhasil akibat bacteria GMO.
4) Bakteria yang kebal antibiotik : Saintis pemakanan menggunakan gen yang kebal
antibiotik dalam tanaman GMO. Hal ini bermakna tanaman tersebut mengandungi gen
yang kebal antibiotik. Apabila bakteria ini telah mencemari gen tersebut, ia akan memberi
kesan kepada manusia.
5) Mengurangkan zat makanan boleh mengelirukan pengguna dengan rupa kesegaran
yang palsu. Tomato yang merah dan kelihatan lazat mungkin telah berusia beberapa
minggu dan mempunyai kandungan zat yang rendah.
6) Pencemaran alam 50% kawasan tanaman GMO menggunakan racun yang banyak
supaya kebal kepada perosak.
7) Mencemarkan ekologi kesan GMO dalam rangkaian makanan boleh merosakkan
ekologi habitat. Organisma baru ini berjaya bersaing dengan tanaman semulajadi, yang
tanpa disedari boleh merubah keadaan alam sekitar.

7
Bahagian D

7. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf bar yang sesuai untuk
menunjukkan perubahan pendapatan eksport pelbagai komoditi pertanian antara tahun 2000 hingga 2002.

Eksport komoditi pertanian masih berperanan penting dalam menjana pendapatan negara.
Sungguhpun saiz pendapatan eksport komoditi pertanian semakin menunjukkan penurunan, namun
pendapatan eksport komoditi ini tidak boleh diabaikan. Pada tahun 2000 hingga 2002, jumlah pendapatan
eksport komoditi pertanian menurun berterusan daripada RM44975 juta pada tahun 2000 kepada RM43317
juta pada tahun 2002, iaitu menurun sebanyak RM1150 juta berbanding dengan jumlah pendapatan eksport
pada tahun sebelumnya.

Getah merupakan komoditi penting dalam eksport pertanian di Malaysia. Pada tahun 2000,
pendapatan eksport getah berjumlah RM1350 juta, kemudian mencatat pertambahan sebanyak RM122 juta
pada tahun 2001. Pada tahun berikutnya, amaun pendapatan eksport getah terus bertambah kepada RM1540
juta. Eksport hasil pertanian padi pula menyumbang sebanyak RM2110 juta pada tahun 2000. Menjelang
tahun 2001, saiz pendapatan komoditi ini menurun sebanyak RM146 juta. Pendapatan padi terus menurun
kepada RM1743 juta pada tahun 2002.

Pendapatan eksport kayu balak dan kayu siap digergaji menunjukkan dua keadaan yang berbeza.
Pada tahun 2000, pendapatan eksport kayu balak menyumbang sejumlah RM32250 juta dan kayu siap
digergaji pula sebanyak RM4850 juta. Pada tahun 2001, pendapatan eksport kayu balak merosot sebanyak
RM1293 juta berbanding tahun sebelumnya dan terus mencatatkan penurunan kepada RM29400 juta pada
tahun 2002. Dalam tempoh ini, saiz pendapatan kayu siap digergaji terus mencatatkan peningkatan kepada
RM5441 juta bagi tahun 2001 dan RM5500 juta pada tahun 2002.

Pendapatan eksport minyak kelapa sawit pula mencatatkan sebanyak RM3985 juta pada tahun 2000.
Angka ini meningkat kepada RM4133 juta pada tahun 2001, berbanding RM4544 juta pada tahun 2002.
Komoditi minyak isi kelapa sawit menjadi komponen yang paling kecil dalam tempoh tersebut. Namun
demikian, jumlah pendapatan eksportnya mencatatkan peningkatan setiap tahun. Pada tahun 2000, komoditi
ini menyumbang RM430 juta, kemudian meningkat sedikit kepada RM500 juta pada tahun berikutnya. Pada
tahun 2002, amaun pendapatan minyak isi kelapa sawit terus mencatatkan pertambahan sebanyak RM90 juta
berbanding dengan tahun 2001.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Tahunan
Bank Negara Malaysia, 2003)
Malaysia : Jumlah Pendapatan Eksport Pelbagai Komoditi Pertanian
Bagi Tahun 2000 Hingga 2002


(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Tahunan
Bank Negara Malaysia, 2003)

TAHUN

KOMODITI
2000
(000 tan metrik)
2001
(000 tan metrik)
2002
(000 tan metrik)
Getah 1350 1472 1540
Padi 2110 1964 1743
Kayu balak 32250 30957 29400
Kayu siap digergaji 4850 5441 5500
Minyak kelapa sawit 3985 4133 4544
Minyak isi kelapa sawit 430 500 590
J umlah 44975 44467 43317
8
Jawapan :
Malaysia : Jumlah Pendapatan Eksport Pelbagai
Komoditi Pertanian Di antara Tahun 2000 Hingga
2002
0
5000
10000
15000
20000
25000
30000
35000
2000 2001 2002
Tahun
Per ubahan
Pendapat an
(' 000 t an met r ik)
Getah
Padi
Kayu Balak
Kayu Siap Digergaji
Minyak Kelapa Sawit
Minyak Isi Kelapa Sawit



Bahagian E
Soalan

Berdasarkan carta pai di bawah, huraikan perubahan pendapatan pelancongan mengikut negara
asal antara tahun 2001 hingga 2005 dan nyatakan faktor kedatangan pelancong tersebut.








PETUNJUK
Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada
Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia, 2002
9


2001
48%
20%
8%
10%
14%
2003
50%
21%
9%
9%
11%


2005
52%
22%
9%
7%
10%
ASEAN
J epun
Hong Kong
Taiwan
China



Jadual :
Malaysia : Pendapatan Daripada Pelancongan Mengikut Negara Asal
Bagi Tahun 2001 Hingga 2005.



(Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Buletin Tahunan,
Kementerian Pelancongan Malaysia 2006)
2001 2003 2005 Tahun
Negara RM( juta) % RM( juta) % RM(juta) %
ASEAN 27386.2 48 30503.7 50 36824.6 52
J epun 11410.9 20 12811.6 21 15579.7 22
Hong Kong 4564.4 8 5490.7 9 6373.5 9
Taiwan 5705.5 10 5490.7 9 4957.16 7
China 7987.7 14 6710.8 11 778.98 10
Jumlah 57054.7 100 61007.5 100 7081.65 100
Malaysia : Pendapatan Pelancongan Mengikut Negara Asal
Bagi Tahun 2001 Hingga 2005
RM 57,054.7 juta RM 61,007.5 juta
RM 70,816.5 juta
10

SKEMA JAWAPAN

Pengenalan

Carta pai menunjukkan pendapatan pelancongan mengikut Negara asal antara 2001 hingga 2005

IDEA HURAIAN
A) POLA PERUBAHAN

Pola meningkat
1. Jumlah keseluruhan


2001 (RM57054.7 juta), 2003 (RM61007.5 juta),
2005 (RM70816.5 juta)
Meningkat sebanyak RM13761.8 juta
Peratus peningkatan sebanyak 24.12%
2. Negara-negara ASEAN 2001 (48%), 2003 (50%), 2005 (52%)
Meningkat sebanyak 4%
Dari segi nilai mutlak juga menunjukkan pola
peningkatan
2001 (RM27386.2 juta), 2005 (RM36824.6 juta)
Meningkat sebanyak RM9438.4 juta
Peratus peningkatan 34.46%
3. J epun 2001 (20%), 2003 (21%), 2005 (22%)
Meningkat sebanyak 2%
Dari segi nilai mutlak juga menunjukkan pola
peningkatan
2001 (RM11410.9 juta), 2005 (RM15579.7 juta)
Meningkat sebanyak RM4168.8 juta
Peratus peningkatan 36.53%
B) POLA PENURUNAN

1. Taiwan









2001 (10%), 2003 (9%), 2005 (7%)
Menurun sebanyak 3%
Dari segi nilai mutlak juga menunjukkan pola
penurunan
2001 (RM5705.5 juta), 2005 (RM4957.16 juta)
Menurun sebanyak RM748.34 juta
Peratus penurunan 13.12%
C) POLA TIDAK KONSISTEN

1. Hong Kong

a) Dari segi peratus mengalami pola
tidak konsisten.
b) Dari segi nilai mutlak
menunjukkan pola peningkatan







2001 (8%), 2003 (9%), 2005 (9%)
Perubahan peratus dari tahun 2001 ke 2003
meningkat sebanyak 1%
Perubahan peratus dari tahun 2003 ke 2005
adalah kekal
Dari segi nilai mutlak menunjukkan pola
peningkatan
2001 (RM4564.4 juta), 2003 (RM5490.7 juta),
2005 (RM6373.5 juta)
Meningkat sebanyak RM1809.1 juta
Peratus peningkatan 39.3%
11


2. China

a) Dari segi peratus mengalami pola
penurunan
b) Dari segi nilai mutlak
menunjukkan pola tidak
konsisten

2001 (14%), 2003 (11%), 2005 (10%)
Perubahan peratus sebanyak 4%
Dari segi nilai mutlak menunjukkan pola tidak
konsisten
2001 (RM7987.7 juta), 2003 (RM6710.8 juta),
2005 (RM7081.65 juta)
Penurunan dari tahun 2001 ke tahun 2003
sebanyak RM1276.9 juta
Peratus penurunan dari tahun 2001 ke tahun 2003
sebanyak 15.98%
Peningkatan dari tahun 2003 ke tahun 2005
sebanyak RM370.85 juta
Peratus peningkatan dari tahun 2003 ke tahun
2005 sebanyak 5.53%
D) FAKTOR 1. Kestabilan politik negara
2. Nilai pertukaran wang asing
3. Keindahan alam semulajadi
4. Kemudahan dan keselesaan tempat penginapan
(hotel, chalet, rumah rehat dan home stay)
5. Promosi dan kempen (Tahun Melawat Malaysia)
6. Bebas dari penyakit berjangkat
7. Sosio-budaya yang unik dan pelbagai - masyarakat
majmuk

Kesimpulan
Kedatangan pelancong ke negara ini sememangnya menjana ekonomi Malaysia. Oleh itu pelbagai
strategi mesti sentiasa dirancang demi kestabilan pendapatan negara dan keselesaan rakyat.

Anda mungkin juga menyukai