Anda di halaman 1dari 14

KERTAS 2 SET 1 Skema Jawapan

BAHAGIAN A
1.
Akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan beberapa peristiwa kehilangan anak sehingga ada yang tidak ditemui oleh keluarga masing-masing. Bincangkan punca dan langkah bagi menangani masalah ini.

Skema jawapan
Pengenalan. Peristiwa kehilangan anak sering disiarkan oleh media massa dewasa ini. Peristiwa ini haruslah dibendung dengan segera agar kita dapat melahirkan masyarakat yang selamat. BIL PUNCA 1. Personaliti anak. - Terdapat anak yang terlampau aktif, mempunyai sifat berani atau ingin tahu / mencuba. - Mudah mengikut orang-orang yang tidak dikenali. - Mudah mempercayai orang yang baru dikenali. - Ibu bapa sibuk dengan tugas-tugas harian. - Menyerahkan tugas-tugas menjaga anak kepada pembantu rumah / adik-beradik yang lain. - Membiarkan anak-anak bermain dan berkeliaran di tempat-tempat awam tanpa kawalan. - Tidak mempunyai sikap curiga terhadap orang yang tidak dikenali. - Ibu bapa bermasalah dengan orang lain (ceti haram, kumpulan kongsi gelap). - Timbul perasaan dendam terhadap keluarga tersebut. - Wujudnya ugutan - bunuh dan culik. - Masyarakat hanya mementingkan diri sendiri tidak mengenali jiran. - Tidak mengambil tahu tentang masyarakat sekeliling takut dianggap menjaga tepi kain orang lain. - Merasakan masalah tersebut tidak akan berlaku terhadap keluarga mereka. ISI HURAIAN

2.

Kecuaian ibu bapa.

3.

Konflik dengan pihak lain.

4.

Sikap masyarakat.

LANGKAH 5. Penguatkuasaan undang-undang. - Pesalah harus dikenakan denda dan hukuman yang berat. - Tindakan yang tegas harus diambil terhadap ibu bapa / penjaga yang cuai. - Mengadakan kempen / penerangan tentang anak-anak yang hilang. - Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga dan memberi perlindungan kepada anak-anak. - Menghebahkan tentang berita kehilangan anak-anak. - Menyebarkan maklumat dengan segera tentang penculik yang disyaki. - Membantu dalam menaja papan-papan iklan / risalah. 1

6.

Peranan media massa.

7.

Peranan pihak swasta.

- Membantu masyarakat menyebarkan maklumat penculik dengan menyediakan talian hotline. - Syarikat-syarikat telekomunikasi sepatutnya menghasilkan telefon bimbit yang senang dipakai oleh kanak-kanak untuk membuat panggilan kepada ibu bapa, kawan atau guru. (Telah digunakan secara meluas di Hong Kong, Taiwan dan China) 8. Peranan pihak berkuasa - polis. - Polis lebih kerap membuat rondaan di kawasan-kawasan perumahan, taman permainan, dan pusat membeli belah. - Pihak berkuasa membuat tangkapan / menahan orangorang yang disyaki. - Menyediakan unit khas berkaitan kanak-kanak hilang agar tindakan segera boleh diambil apabila berlaku kehilangan anak-anak.

Penutup Masalah kehilangan anak ini harus ditangani dengan segera. Jika tidak, lebih banyak mangsa akan terlibat dan ini akan menggugat ketenteraman masyarakat. Skema : 2 + 2

2.

Pewujudan wilayah ekonomi memberi manfaat kepada pembangunan negara dalam usaha mempertingkatkan potensi dan sumber wilayah yang belum diterokai. Namun, implikasi yang wujud tidak harus diabaian. Bincangkan.

Skema jawapan
Pengenalan Cabaran globalisasi memberikan kesan yang besar kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara. Penggunaan sumber memberikan ruang kepada sesebuah negara menghadapi cabaran tersebut. Peluang ini membolehkan negara mempelbagaikan usaha dan pendekatan pembangunan untuk mencapai Wawasan 2020, antaranya ialah membangunkan wilayah ekonomi seperti Projek Koridor Utara dan Iskandar Malaysia. BIL ISI KEBAIKAN 1. Memacu pertumbuhan ekonomi negara dan serantau. HURAIAN - Membuka ruang kerjasama ekonomi yang luas dan strategik dengan negara serantau. - Menjana potensi pelaburan asing di negara kita. - Menambahkan pelaburan sektor swasta dan inisiatif pembiayaan swasta. - Menambah pendapatan negara melalui pelaburan syarikat dalam dan luar negara. - Meningkatkan pendapatan penduduk melalui peluang pekerjaan dan perniagaan. - Pengagihan kekayaan kepada semua rakyat termasuk di luar bandar. - Menjadi pemangkin ke arah merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dengan luar bandar. - Dapat menyusun kembali taburan pembangunan dan memindahkannya ke kawasan luar bandar. - Menjana pertumbuhan bandar baru melalui infrastruktur yang boleh dimanfaat oleh penduduk sekitarnya. 2

2.

Meningkatkan pendapatan.

3.

Merapatkan jurang pembangunan.

4.

Mengoptimumkan penggunaan modal insan.

- Dapat menggunakan sumber tenaga secara optima dan berkesan. - Peluang pekerjaan dapat dipertingkatkan dan diperluaskan. - Dapat menyediakan pekerja mahir melalui latihan dan pembelajaran sepanjang hayat.

5.

KELEMAHAN Perbelanjaan yang besar.

- Kerajaan terpaksa menyediakan dana yang besar, kemungkinan berlaku pengurangan peruntukan bagi sesetengah sektor. - Pinjaman dana dari luar akan menambah beban kewangan kerajaan. - Penggunaan kewangan yang besar akan menyebabkan kos hidup tinggi. - Bila pembangunan berpindah ke luar bandar, akan berlaku kekurangan tenaga buruh di sektor pertanian. - Permintaan buruh yang tinggi akan menyebabkan kemasukan pekerja asing. - Keperluan buruh dalam pelbagai sektor memerlukan latihan. - Kejutan budaya bagi pekerja berimigrasi yang menggugat perpaduan. - Wujud masalah setinggan, penyakit dan persekitaran yang kotor. - Pekerja asing membawa bersama budaya negatif yang menjejaskan moral masyarakat.

6.

Masalah tenaga buruh.

7.

Masalah sosial.

Penutup Pembangunan wilayah ekonomi mampu merapatkan jurang ekonomi dan dapat menyeimbangkan pembangunan antara wilayah. Selain dapat menyediakan negara dalam menghadapi arus globalisasi yang kian mencabar, pihak kerajaan juga perlu memberi penekanan dalam aspek sosial dan pembangunan insan berkualiti. Skema : 2 + 2

BAHAGIAN B
3.
Banyak orang mengambil makanan suplemen untuk menjamin kesihatan. Namun tidak ramai yang tahu risiko yang mungkin dihadapi seseorang jika makanan itu diambil secara berlebihan. Bincangkan.

Skema Jawapan
Pengenalan. Pengambilan makanan suplemen sudah semakin popular dalam kalangan masyarakat, namun jika diambil secara berlebihan akan memudaratkan pengguna. BIL ISI KESAN BAIK 1. Menjamin kesihatan. HURAIAN - Masyarakat sekarang sibuk dengan kerjaya masing-masing. - Tiada masa untuk bersenam atau beriadah. - Kekurangan zat makanan kerana tiada masa menyediakan makanan yang seimbang. - Mengambil makanan suplemen bagi membantu mengekalkan kesihatan yang baik. 3

2.

Keperluan pesakit.

- Pesakit yang kekurangan vitamin tertentu wajar mengambil makanan suplemen. - Boleh memulihkan kesihatan mereka dengan segera. - Sesuai diambil oleh pesakit-pesakit yang elergik dengan makanan tertentu sebagai alternatif kepada pesakit yang alergi terhadap makanan tertentu (makanan laut / bahanbahan kimia). - Kanak-kanak yang sedang membesar wajar mengambil makanan suplemen untuk meningkatkan antibodi selsema, batuk, dan demam. - Untuk melengkapkan gizi pemakanan, kecerdasan minda dan pertumbuhan fizikal yang normal.

3.

Meningkatkan antibodi

KESAN BURUK 4. Keracunan makanan. - Pengambilan secara berlebihan atau tidak mendapat nasihat doktor akan mengancam kesihatan seseorang. - Badan seseorang akan berinteraksi dengan makanan suplemen yang diambil secara berlebihan. - Boleh menyebabkan alahan seperti ruam, muntah, dan sakit kepala. - Makanan suplemen yang diambil secara berlebihan akan menyebabkan berlaku pemendapan dalam buah pinggang. - Akibatnya saluran buah pinggang akan tersekat dan fungsi buah pinggang terjejas. - Menyebabkan penyakit batu karang dan kerosakan hati. - Pengambilan suplemen tanpa nasihat pakar ginekologi akan membawa kesan buruk. - Pengambilan makanan suplemen yang tidak sesuai dengan ibu mengandung akan memudaratkan kesihatan ibu dan janin. - Perkembangan janin menjadi tidak normal, pembentukan otak dan fizikal akan terjejas dan bayi yang dilahirkan akan cacat. - Pengambilan makanan suplemen tanpa mengikut dos yang ditetapkan akan mendatangkan risiko yang tinggi kepada kanak-kanak. - Suplemen yang mengandungi EPA yang tinggi boleh meningkatkan tahap kecairan darah, keadaan ini menyebabkan pendarahan sukar dihentikan. - Kanak-kanak boleh mengalami sakit kepala yang melampau dan muntah-muntah akibat pengambilan makanan suplemen yang tidak sesuai dengan umur.

5.

Kerosakan organ badan.

6.

Kesan kepada ibu mengandung.

7.

Risiko kepada kanak-kanak.

Penutup Setiap orang haruslah berhati-hati apabila mengambil makanan suplemen. Individu yang ingin mengambil makanan suplemen perlu mendapatkan nasihat doktor dan pakar pemakanan. Skema : 2 + 2

4.

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan penyakit mental antara 5 penyakit
utama di dunia yang menyebabkan hilang upaya. Menjelang tahun 2020, penyakit ini dijangka menjadi penyebab kedua tertinggi. Bincangkan punca dan langkah yang perlu diambil untuk mengawal penyakit ini. 4

Skema jawapan
Pengenalan Penyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang. Langkahlangkah yang serius perlu diambil oleh semua pihak agar penyakit ini dapat dikawal. BIL ISI PUNCA 1. Faktor genetik / keturunan. HURAIAN - Ahli keluarga yang mempunyai sejarah penyakit mental. - Berisiko lebih tinggi mengidap penyakit mental berbanding individu yang tiada sejarah penyakit ini. - Bahan-bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai neurotransmeter terjejas dan tidak berfungsi dengan baik. - Contoh Kemurungan adalah disebabkan oleh paras serotonin terlalu rendah. Kebimbangan pula disebabkan terdapat gangguan di dalam penghasilan noradrenalin dan mengganggu fungsinya. - Tekanan mental dan fizikal yang keterlaluan - Tidak mampu menangani tekanan / stress dengan kaedah yang betul. - Emosi terganggu menyebabkan tahap kesihatan merosot. Hilang upaya seperti Dementia dan Alzheimer. - Dadah sintetik yang diambil secara berlebihan. - Mempunyai bahan kimia yang boleh menyebabkan penggunanya mengalami halusinasi atau berkhayal. - Bahan-bahan pengkhayal ini boleh mendatangkan ketagihan. - Dadah akan merosakkan sel-sel di dalam otak. - Otak yang rosak tidak dapat berfungsi dengan baik

2.

Gangguan bahan kimia dalam otak.

3.

Stress.

4.

Penyalahgunaan dadah.

5.

LANGKAH Amalkan cara hidup sihat.

- Mengambil makanan yang seimbang. - Mengekalkan berat badan yang unggul. - Mengamalkan senaman yang bersistematik bagi mengatasi masalah tekanan. - Mendapat tidur dan rehat yang mencukupi. - Membabitkan diri dengan aktiviti yang berfaedah dan produktif. - Pesakit harus menjalani rawatan fizikal, psikologi dan sosial. - Rawatan fizikal - penggunaan arus elektrik diperlukan kepada sesetengah pesakit yang terlalu murung atau terlalu agresif yang tidak bertindak balas dengan ubatubatan. - Rawatan psikologi dikaitkan dengan rawatan kaunseling dan psikoterapi - Rawatan sosial rawatan pemulihan pekerjaan, pemulihan sosial (aspek kebersihan diri, urusan rumahtangga dan masyarakat). - Memastikan pesakit terus mematuhi ubat mengikut jadual. - Pengambilan ubat haruslah secara konsisten kerana ubat yang diambil memakan masa yang agak lama untuk memberi kesan. 5

6.

Rawatan yang baik dan berkesan.

7.

Pengambilan ubat secara berjadual / berkala

Penutup Setiap ahli masyarakat harus memberi perhatian yang serius terhadap penyakit mental ini. Arus globalisasi yang semakin mendesak mampu meningkatkan jumlah penghidap penyakit mental. Justeru, langkah yang bijak harus diambil bagi meminimakan penghidap penyakit ini. Skema : 2 + 2

BAHAGIAN C
5a.
Bahasa asing merujuk kepada bahasa yang tidak dituturkan oleh masyarakat sesuatu tempat. Terdapat pelbagai bahasa asing seperti bahasa Urdu, Kemboja, Myanmar dan Filipina dituturkan di Malaysia. Hal ini berlaku kerana dasar liberalisasi pendidikan yang diamalkan oleh kerajaan serta dasar pengambilan tenaga manusia dari pelbagai negara untuk bekerja dalam pelbagai sektor di negara ini.. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kuasai Bahasa Asing untuk Bersaing, S.Nathesan, Dewan Bahasa, Mac, 2008) (i) Apakah faktor kewujudan pelbagai bahasa asing di Malaysia? - Amalan dasar kebebasan pendidikan dan dasar pengambilan tenaga kerja asing. (ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan manfaat menguasai bahasa asing . a. Mudah mendapat maklumat dan menambah pengetahuan. b. Meningkatkan peluang kerjaya, terutama pada peringkat antarabangsa / menjanjikan pendapatan yang lumayan. c. Mendedahkan kita untuk mengenali aneka budaya dunia. d. Meningkatkan daya ingatan / kognitif / menajamkan minda.

ATAU
5b. Modal insan mempunyai dimensi yang luas iaitu daripada aspek individu, masyarakat dan ekonomi. Dengan memperkukuhkan modal insan, ia akan menggalakkan produktiviti negara, sekali gus akan menjana pendapatan lebih baik di samping mewujudkan peluang pekerjaan. Bagi negara yang mana aset materialnya rendah seperti Korea Selatan dan Jepun, mereka berjaya membuktikan bahawa pembangunan modal insan dapat membantu memajukan diri dan negara setanding negara maju lain. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada ; Menjelang RMK-9 : Modal Insan Agenda Utama Kerajaan, Berita Harian,30 Mac 2006) (i) Apakah kelebihan yang diperoleh negara dengan memperkasakan modal insan? - Produktiviti dan pendapatan negara meningkat serta mewujudkan peluang pekerjaan. (ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan bagaimanakah modal insan dapat memacu pembangunan negara. a. Melahirkan masyarakat yang berintegriti tinggi / minda kelas pertama - berakhlak mulia, mengikis nilai-nilai negatif, zero rasuah b. Melalui sumber tenaga yang berkualiti, tenaga mahir / kepakaran dalam sains dan teknologi c. Mempunyai semangat patriotik yang tinggi, tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang negatif / jati diri d. Menggunakan kepakaran untuk kemajuan negara tidak berhijrah ke negara lain. 6

6a.

Penubuhan Taman Laut Malaysia adalah untuk memulihara dan melindungi batu karang, ikan, hidupan akuatik, flora dan fauna dalam kawasan perairan sejauh 2 batu nautika dari pasir pantai yang dizonkan sebagai kawasan terhad atau pelindung sumber lautan termasuk komuniti terumbu karang. Ekosistem yang paling utama di kawasan Taman Laut adalah ekosistem terumbu karang, juga hutan bakau dan ekosistem dasar lumpur. Bagi sesetengah kawasan ia termasuk juga lumpur. (Dipetik dan diubahsuai daripada, Taman Laut Melindungi Keindahan Laut, Estidotmy, Oktober 2006) (i) Berdasarkan petikan di atas, apakah yang dikatakan Taman Laut ? - Kawasan perairan sejauh 2 batu nautika yang dijadikan pelindung sumber lautan. (ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, huraikan kebaikan yang didapati daripada penubuhan Taman Laut di Malaysia. a. Sumber perikanan melalui pengekalan biodiversiti flora dan fauna di Taman Laut. b. Memberi galakan dan peluang kepada penyelidik menjalankan kajian. c. Mengekalkan sumber lautan, terutamanya batu karang yang mana menjadi asas kepada daya tarikan pengunjung bagi melawat kawasan Taman Laut. d. Dapat membaikpulih sumber-sumber lautan yang mengalami kerosakan, kemusnahan dan ancaman dari kepupusan. e. Dapat mempertingkatkan peluang pendidikan dan pembelajaran kepada penuntut dan orang awam.

ATAU 6b.
Penangan senjata yang digelar Little Boy yang digugurkan di Hiroshima dan Fat Man di Nagasaki merupakan sebahagian senjata pemusnah besar-besaran atau WMD. Senjata pemusnah ini adalah program ketenteraan yang menggunakan senjata yang berasaskan atom, biologi, kimia dan nuklear. Ada banyak lagi senjata yang digunakan yang menjadi alat bagi menghalalkan segala matlamat peribadi pemerintah perang. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada, Senjata Pemusnah Keturunan Manusia, Dewan Kosmik, April 2007.) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan WMD ? - Senjata pemusnah besar-besaran berasaskan atom, biologi, kimia dan nuklear. (ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, bagaimanakah senjata pemusnah ini boleh mengancam manusia ? a. Mengancam kesihatan manusia - Uranium Rosot (UR) dan Agen Orange menyebabkan manusia mendapat kanser, kerosakan saraf dan organ dalaman serta kecacatan bayi. b. Menyebabkan kematian Bom berangkai menghasilkan letupan berganda dan yang tidak meletup di tanah akan membawa kematian kepada pemijaknya. Antraks (senjata biologi) boleh mengakibatkan pembengkakan, renjatan dan kematian. c. Memusnahkan alam sekitar Letupan bom akan memusnahkan alam sekitar. Rantaian makanan akan terjejas dan sumber makanan manusia juga akan berkurangan.

BAHAGIAN D
7.

Berdasarkan petikan di bawah, lukis graf bar yang sesuai untuk menunjukkan jumlah jualan bahan petroleum di stesen minyak seluruh Malaysia dari tahun 2003 hingga 2006. Penggunaan kenderaan di Malaysia semakin bertambah dari masa ke semasa. Dasar Automatif Negara telah menggalakkan pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya. Walaupun 7

kerajaan menggalakkan rakyat berkongsi kereta untuk mengurangkan kesesakan dan menjimatkan petrol, namun permintaan terhadap kereta tetap bertambah. Justeru, jumlah penjualan bahan petroleum telah menunjukkan peningkatan yang ketara dari tahun 2003 hingga tahun 2006. Pada tahun 2003, jumlah jualan bahan petroleum adalah sebanyak 14466.0 juta liter di stesen minyak dan meningkat sebanyak 1810.4 juta liter pada tahun berikutnya. Manakala pada tahun 2006, jumlah jualan bahan petroleum adalah sebanyak 17163.6 juta liter melebihi jualan tahun sebelumnya sebanyak 458.2 juta liter. Petrol RON 97 menunjukkan jualan yang tertinggi pada tahun 2003 iaitu sebanyak 8736 juta liter. Jualan ini melebihi sebanyak 4623 juta liter berbanding diesel pada tahun berkenaan. Minyak diesel pula telah mencatat jualan kedua tertinggi pada setiap tahun yang dinyatakan. Pada tahun yang sama petrol RON 92 hanya mencatat sebanyak 666.9 juta liter. Jualan bahan petroleum yang selebihnya adalah untuk LPG iaitu menyumbang kira-kira 6.57% daripada jumlah jualan pada tahun 2003. Kenaikan harga bahan petroleum tidak menghalang peningkatan penggunaan bahan tersebut. Kemajuan bidang sains dan teknologi telah menghasilkan mesin dan jentera yang menggunakan bahan petroleum sebagai bahan pelengkap. Keadaan ini dibuktikan lagi dengan peningkatan jualan Petrol RON 97 sebanyak 346 juta liter pada tahun 2004 berbanding tahun sebelumnya. Bagi Petrol RON 92 pula hanya mencatat sebanyak 652.4 juta liter sahaja. Walaupun kerajaan telah memberi bekalan subsidi diesel untuk nelayan tetapi bahan petroleum ini terus mencatat jualan kedua tertinggi bagi tahun 2004 iaitu mencatatkan 5562 juta liter. Manakala jualan LPG hanya meningkat sebanyak 29.9 juta liter berbanding tahun sebelumnya. Menjelang tahun 2005, jualan Petrol RON 97 telah meningkat kepada 9613 juta liter, jumlah ini melebihi jualan diesel sebanyak 3951 juta liter. Petrol RON 92 pula menyumbang sebanyak 643.4 juta liter atau sebanyak 3.85% daripada jumlah jualan keseluruhan. Bahan LPG pula telah menyumbang sebanyak 787.0 juta liter dan meningkat sebanyak 383 juta liter pada tahun berikutnya. Jualan bahan petrol RON 92 bagi tahun 2006 telah berkurang sebanyak 1.68% berbanding tahun 2005. Sumbangan jualan bagi bahan Petrol RON 97 dan diesel masing-masing sebanyak 9895 juta liter dan 5466 juta liter bagi tahun yang sama. Permintaan terhadap bahan bakar fosil ini semakin meningkat dan sukar untuk dikawal. Meskipun Malaysia turut mengeluarkan minyak, tetapi bekalan bahan ini hanya mampu bertahan untuk jangka 30 tahun sahaja. Justeru, penggunaan bahan bakar alternatif perlu mendapat sambutan dari semua pihak. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi, Kementerian Kewangan Malaysia,2007.)

Skema jawapan
Malaysia: Jumlah Jualan Bahan Petroleum di Stesen Minyak dari Tahun 2003 hingga 2006 JENIS Petrol RON 97 Petrol RON 92 Diesel LPG Jumlah 2003 (Juta Liter) 8736.0 666.9 4113.0 950.1 14466.0 2004 (Juta Liter) 9082.0 652.4 5562.0 980.0 16276.4 2005 (Juta Liter) 9613.0 643.4 5662.0 787.0 16705.4 2006 (Juta Liter) 9895 632.6 5466.0 1170.0 17163.6

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi, Kementerian Kewangan Malaysia,2007.)

8.

Berdasarkan petikan berikut, lukis graf yang sesuai untuk menunjukkan peratus perubahan kematian mengikut kategori bagi tahun-tahun yang dinyatakan. Perangkaan kematian jalan raya menunjukkan peningkatan setiap tahun walaupun pihak kerajaan telah mengambil pelbagai insiatif untuk mengurangkan tragedi yang tidak diingini ini. Oleh itu, pihak PDRM telah melaksanakan operasi Ops Sikap pada setiap musim-musim perayaan utama. Dalam tempoh Jan-Sept 2006, bilangan kematian bagi pemandu dan penumpang kereta telah mencecah sebanyak 920 orang dan meningkat sebanyak 193 orang pada tempoh yang sama bagi tahun 2007. Aktiviti tidak bermoral seperti merempit telah mengorbankan sebanyak 2736 orang penunggang dan pembonceng motosikal bagi tempoh Jan-Sept 2006. Kempen kerajaan secara besar-besaran melalui media massa untuk meningkatkan kesedaran kepada penunggang dan pembonceng motosikal telah berjaya mengurangkan kematian sebanyak 260 orang pada tahun berikutnya. Keselamatan penumpang bas kini kurang terjamin kerana kebanyakan pemandu bersikap sambil lewa dan kurang berhemah. Sikap pemandu bas telah mendorong kepada peningkatan kematian pemandu dan penumpang bas sehingga mencecah 64 orang pada Jan-Sept 2007. Manakala pada tahun 2006 bagi tempoh yang sama hanya mencatat sebanyak 26 orang. Bagi kategori pemandu dan kelindan lori telah menyumbangkan kira-kira 3.73% daripada jumlah keseluruhan atau sebanyak 174 orang bagi tempoh Jan-Sept 2006. Pada tempoh yang sama bagi tahun 2007, bilangan kematian kategori ini telah menurun sebanyak 29 orang. 9

Dalam tempoh Jan-Sept 2006, kematian bagi pemandu dan kelindan van adalah sebanyak 73 orang. Bagi tahun berikutnya, kematian bagi kemalangan ini telah meningkat kepada 101 orang berikutan kecuaian pemandu terutamanya pada waktu malam. Kemalangan maut bagi pemandu dan kelindan pacuan 4 roda telah mencatat jumlah yang sama dengan kes pemandu / kelindan van bagi tempoh Jan-Sept 2006. Bilangan kematian bagi kategori ini telah menunjukkan penurunan bagi tempoh yang sama tahun 2007 iaitu mencatat 65 orang sahaja. Kemalangan yang membawa kematian bagi kategori lain-lain pada tahun 2006 dan 2007 masing-masing sebanyak 48 orang dan 59 orang. Kerajaan telah menanggung kerugian yang besar apabila kematian jalan raya meningkat setiap tahun. Justeru, media massa perlu memperhebatkan lagi kempen kesedaran untuk menyedarkan rakyat. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan PDRM, Disember 2007.)

Skema jawapan

Malaysia : Peratus Perubahan Kematian Jalan Raya Pelbagai Jenis Kenderaan Bagi Tempoh Jan hingga Sept 2006 dan Jan hingga Sept 2007 Kategori
Pemandu / Penumpang Kereta Penunggang / Pembonceng Motosikal Pemandu / Penumpang Bas Pemandu / Kelindan Lori Pemandu / Kelindan Van Pemandu / Kelindan Pacuan 4 Roda Lain-lain

Jan-Sept 2006 (orang)


920 2 736 26 174 73 73 48

Jan-Sept 2007 (orang)


1 113 2 476 64 145 101 65 59

% Perubahan
20.98% - 9.50% 146.15% - 16.67% 38.36% - 10.96% 22.92%

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan PDRM, Dis 2007.)

10

BAHAGIAN E
9.
Berdasarkan jadual di bawah, huraikan perubahan import makanan bagi tahun 2000 hingga 2010(anggaran). Bincangkan sebab-sebab berlakunya penurunan dalam beberapa komoditi.

Malaysia : Jumlah Import Makanan bagi Tahun 2000 hingga 2010* Komoditi Haiwan hidup Daging dan Penyediaan Daging Keluaran Tenusu Sayur-sayuran dan Buah-buahan Penyediaan Gula dan Madu Penyediaan Bijirin Ikan, Kerang, Kepah Lain-lain JUMLAH Nota : * tahun anggaran 11 RM juta 2005 177.4 1 054.4 745.1 1 515.1 1 406.0 2 267.1 851.9 2 779.8 10 796.8

2000 154.6 771.4 1 176.5 1 585.2 1 085.2 1 839.1 1 085.8 917.3 8 615.1

2010* 127.0 1 262.0 1 533.0 1 482.1 1 216.0 1 464.8 841.0 2 047.1 9 973.0

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri)

Skema jawapan:
Pengenalan Jadual yang dipetik dan diubahsuai daripada Rancangan Malaysia Kesembilan 2006 hingga 2010 (anggaran) membincangkan tentang jumlah import makanan bagi tahun 2000 hingga tahun anggaran 2010. BIL IDEA A. Pola Perubahan Jumlah keseluruhan Pola tidak konsisten HURAIAN

2000 RM 8615.1 juta. 2005 RM 10796.8 juta. Meningkat sebanyak RM 2181.7 juta atau 25.32%. 2010 (anggaran) RM 9973 juta. Menurun sebanyak RM823.8 juta atau 7.63%

2.

Pola Meningkat i. Daging dan penyediaan daging

2000 RM 771.4 juta. 2010 (anggaran) RM 1262 juta. Meningkat sebanyak RM 490.6 juta atau 63.60%

Pola Penurunan i. Sayur-sayuran dan buahbuahan

2000 RM 1585.2 juta 2010 (anggaran) RM 1482.1 juta. Menurun sebanyak RM 103.1 juta atau 6.50% 2000 RM 1085.8 juta 2010 (anggaran) RM 841 juta. Menurun sebanyak RM 244.8 juta atau 22.55%

ii.

Ikan, kerang, kepah

Pola Tidak Konsisten i. Haiwan hidup

2000 RM 154.6 juta 2005 RM 177.4 juta. Meningkat sebanyak RM 22.8 juta atau 14.75%. 2010 (anggaran) RM 127 juta. Menurun sebanyak RM 50.4 juta atau 28.41% 2000 RM 1176.5 juta. 2005 RM 745.1 juta. Menurun sebanyak RM 431.4 juta atau 36.67% 2010 (anggaran) RM 1533 juta. Meningkat sebanyak RM 787.9 juta atau 105.74% 2000 RM 1085.2 juta. 2005 RM 1406 juta. Meningkat sebanyak RM 320.8 juta atau 29.56%. 2010 (anggaran) RM 1216 juta. Menurun sebanyak RM 190 juta atau 13.51% 2000 RM 1839.1 juta. 2005 RM 2267.1 juta. Meningkat sebanyak RM 428 juta atau 23.27%. 2010 (anggaran) RM 1464.8 juta. Menurun sebanyak RM 802.3 juta atau 35.39%. 2000 RM 917.3 juta 12

ii.

Keluaran tenusu

iii. Penyediaan gula dan madu

iv. Penyediaan bijirin

v. Lain-lain

2005 RM 2779.8 juta Meningkat sebanyak RM 1862.5 juta atau 203.04% 2010 (anggaran) RM 2047.1 juta Menurun sebanyak RM 732.7 juta atau 26.36 % Pengeluaran makanan tempatan meningkat. Kejayaan Dasar Pertanian II pengeluaran berskala besar / komersil P&P dalam pertanian benih lebih bermutu, tahan lasak, hasil lebih banyak. Kejayaan industri akuakultur. Penggunaan teknik / peralatan tangkapan yang lebih canggih pukat harimau

B. Sebab-sebab penurunan

Skema : 3 + 1 Idea Huraian Bahasa Rumusan 4 8 (4 x 2) 1 2 --------------15 markah

10.

Berdasarkan jadual di bawah, bandingkan pola eksport mengikut jenis yang dinyatakan di Malaysia. Jelaskan mengapa keadaan sedemikian berlaku.

Malaysia: Komponen Eksport Barangan Malaysia bagi Tahun 2004 dan 2005 Komponen Eksport Barangan Elektrik Tekstil & Kain Kenderaan Hasil Pertanian Komponen Kenderaan Jumlah ( RM bilion) 2004 66.82 29.79 26.84 14.9 9.14 147.5 (%) 45.30 20.20 18.20 10.10 6.20 100 2005 44.14 25.75 56.27 13.0 19.34 158.5 (%) 27.85 16.25 35.50 8.20 12.20 100

(Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia, 2006)
Skema Jawapan
BIL A. 1. ISI EKSPORT MALAYSIA HURAIAN

Keseluruhan - Eksport 2005 lebih tinggi daripada 2004

- 2005 RM158.5 bilion - 2004 RM147.5 bilion - Sebab : Ekonomi Malaysia yang stabil dan banyak mengeksport barangan ke negara-negara ASEAN - 2004 Barangan elektrik RM66.82 bilion ( 45.30%) daripada RM 147.5 bilion - 2005 Kenderaan RM56.27 bilion (35.50%) daripada RM 158.5 bilion - Sebab: 1. Malaysia pengeksport barangan elektrik utama dunia banyak mengeksport ke negara-negara jiran. 2. Permintaan yang tinggi terhadap kenderaan 13

2.

Eksport paling tinggi / besar

buatan Malaysia. 3. Eksport paling sedikit / kecil - 2004 Komponen kenderaan RM9.14 billion ( 6.20%) daripada RM 147.5 bilion - 2005 Hasil pertanian RM13.00 billion (8.20%) daripada RM 158.5 bilion - Sebab : 1. Negara-negara pengimport mengimport komponen kenderaan daripada negara lain. 2. Malaysia menggunakan sendiri hasil pertanian yang dihasilkan.

4.

Meningkat paling ketara sepanjang 2 tahun - Kenderaan

- RM 26.84 bilion pada tahun 2004 meningkat kepada RM 56.27 bilion pada tahun 2005, iaitu meningkat sebanyak RM 29.43 bilion bersamaan 109.65% - Sebab Peningkatan dalam teknologi automobil dan berlaku peningkatan permintaan dari luar negara.

B. 5. Eksport paling tinggi dan paling rendah pada tahun 2004 - Tertinggi Barangan elektrik RM 66.82 bilion daripada RM 147.5 bilion (45.30%) - Sebab Perkembangan pengeluaran E&E di negara ini. - Terendah Komponen kenderaan RM 9.14 bilion daripada RM 147.5 bilion (6.20%) - Sebab Wujud saingan dari negara-negara pengeluar yang lain. - Tertinggi Kenderaan RM 56.27 bilion daripada RM 158.5 bilion (35.50%) - Sebab Negara meluaskan pasaran ke negara-negara rakan dagangan yang baharu. - Terendah Hasil Pertanian RM 13.0 bilion daripada RM 158.5 bilion (8.20%) - Sebab Pengeluaran berkurangan kerana faktor iklim.

6.

Eksport paling tinggi dan paling rendah pada tahun 2005

Skema : A + B 3+1=4 Idea Huraian Bahasa Rumusan 4 8 (4 x 2) 1 2 --------------15 markah

14

Anda mungkin juga menyukai